Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin setelah menyerbu kediaman di Nablus

Selasa, 04-07-2023 – Rejim Zionis menculik seorang pemuda Palestin pada pagi Khamis setelah mengepung kediaman di bandar Urif, di selatan Nablus.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel mengepung kediaman dan menggunakan pembesar suara untuk menggesa beliau untuk menyerah sebelum menyerbu dan menahan beliau. Saksi melaporkan kedengaran bunyi tembakan ketika serbuan rejim Zionis ke atas kediaman berkenaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin menderita akibat gas pemedih mata ketika serbuan IOF di kampung Tebing Barat

Selasa, 04-07-2023 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata pada Khamis ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) di kampung Tura, barat Jenin.

Menurut sumber tempatan, pertelingkahan berlaku ketika polis rejim menyerbu kampung itu, yang terletak dekat tembok pemisah.

IOF turut memasang pos pemeriksaan di jalan berdekatan yang menuju ke kampung-kampung berhampiran serta menghentikan kereta-kereta untuk pemeriksaan keselamatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin diculik oleh IOF di Tebing Barat

Jumaat, 30-06-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menculik beberapa warga Palestin pada serbuan subuh dan pagi di Tebing Barat pada Selasa, ketika pertelingkahan dengan pemuda tempatan dan pejuang di beberapa kawasan.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik enam warga dari rumah mereka dan melepaskan tembakan kepada para pemuda, mencederakan dua daripada mereka, Ketika serbuan di kota Nablus.

Manakala, tentera rejim diserang oleh para pejuang ketika mereka menyerbu kem pelarian di timur Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ahmad Manasra akan hadir lagi di mahkamah

Rabu, 28-06-2023 – Mahkamah Agung Israel mengambil keputusan mengadakan perbicaraan baru untuk tahanan Ahmed Manasra pada Isnin untuk mendengar rayuan terhadap sambungan pengasingannya yang telah diserahkan.

Peguamnya, Khaled Zabarqa, mengesahkan yang Manasra dijadualkan muncul di mahkamah pada Isnin jam 3.30 petang bagi mempertimbangkan petisyen yang diserahkan oleh pasukan pembela terhadap penerusan pengasingannya.Pada Mac lepas, rejim zionis menetapkan hukuman pengasingan 6 bulan terhadap Manasra.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan baru rejim Zionis di Tebing Barat.

Isnin, 26-06-2023 – Rejim Zionis melancarkan serangan terbaru ke atas rakyat Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat pada petang Khamis.

Di Nablus, rejim Zionis mengenakan sekatan keselamatan yang ketat di bandar Turif dengan diselangi  beberapa serangan peneroka haram dalam beberapa hari. Kawalan ketat keselamatan  serupa turut dikenakan di bandar Husan, di barat Bethlehem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera dalam serangan oleh pendatang di selatan Nablus

Isnin, 26-06-2023 – Enam warga Palestin cedera pada petang Khamis apabila pendatang Yahudi menyerang rumah warga Palestin dekat kampung  Jalud, di selatan Tebing Barat Nablus.

Sumber tempatan melaporkan seorang warga Palestin cedera di kepala akibat tembakan peluruh getah bersalut besi manakala lima orang lagi cedera akibat batu atau serpihan setelah puluhan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh tentera rejim zionis (IOF), menyerang rumah warga Palestin di sekitar kampung Jalud.

Mereka menambah yang puluhan warga Palestin menderita masalah pernafasan ketika pertelingkahan yang tercetus di antara IOF dan orang kampung yang menentang serangan pendatang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Penentangan hanya satu-satunya pilihan yang ada untuk mendapatkan semula hak rakyat Palestin

Isnin, 26-06-2023 – Ketua biro politik Pergerakan Hamas di luar negara, Khaled Mishaal, menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya pilihan bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan menubuhkan negara merdeka mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, Mishaal berkata bahawa negara penjajahan Israel dan pendatang Yahudinya keliru berikutan aktiviti penentangan yang semakin memuncak di seluruh wilayah yang diduduki terutamanya di Tebing Barat.

“Operasi penentangan sebegini menggambarkan bahawa penentangan Palestin mampu menghadapi jenayah Israel di semua peringkat sehingga mencapai pembebasan penuh tanah Palestin,” tegas Mishaal.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas bertemu pegawai kanan Iran

Rabu, 21-06-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah bertemu dengan wakil Ketua Tertinggi Revolusi Iran, Brigedier Jeneral Ali Akbar Ahmidan, di Tehran, pada petang Isnin.

Ketua Hamas diiringi oleh delegasi kanan Hamas.

Haneyya membincangkan perkembangan politik berkaitan Palestin dengan pegawai Iran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin cedera parah di Jenin

Rabu, 21-06-2023 – Dua rakyat Palestin cedera parah apabila Regim Zionis Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang mereka naiki di perkampungan Nazlet al-Sheikh Zayed, barat daya Jenin, pada petang Isnin.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa kedua-dua warga Palestin telah dipindahkan ke hospital berdekatan di Jenin dengan kesan tembakan, dengan seorang dalam keadaan kritikal.

Pertubuhan Penyelamat Tanpa Sempadan Israel berkata bahawa dua askar cedera ringan akibat tembakan bersahaja selepas melepaskan tembakan ke arah kereta Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lancarkan 22 Serangan Di Tabing Barat

Rabu, 21-06-2023 – Aksi-aksi perjuangan Palestin di Tebing Barat selama dua puluh empat jam terakhir berterusan. Sebanyak 22 aksi perlawanan berlaku termasuk 6 tembakan yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi.

Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya letupan dua alat peledak, pelemparan bom molotov dan hadangan terhadap serangan para penduduk pendatang Yahudi serta menghancurkan kenderaan milik mereka.Disamping itu berlaku juga pertempuran konfrontasi dan pelemparan batu di 11 tempat di pelbagai daerah terpisah dari Tebing Barat.

Di antara aksi yang memberi kesan kepada pasukan Zionis adalah serangan para pejuang Palestin yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dengan peluru dan bom berangkai sewaktu penyerbuan pasukan Zionis ke kem pelarian Jenin, selain serangan tembakan ke pos pemeriksaan tentera Israel Al-Jalama di Jenin.

Para mujahidin turut menembak pasukan penjajah Zionis Israel berdekatan pos pemeriksaan tentera Hamra di Jericho.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang haram Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di bawah kawalan polis

Selasa, 20-06-2023 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi ekstremis mencemarkan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram pada pagi Ahad dan kemudian pada sebelah petang.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 201 pendatang memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

Sebilangan pendatang yang diiringi anggota polis turut berkumpul di kawasan timur Masjid dan memulakan solat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa ICC untuk berlaku adil untuk mangsa Pal

Isnin, 19-06-2023 – Pergerakan Hamas telah menyeru ICC ( Mahkamah Jenayah Antarabangsa) untuk dapatkan keadilan untuk mangsa penjajahan damm keganasan rejim Ziionis Israel.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Jabatan Perundangan Hamas meletakkan harapan pada  pelan strategik yang dikeluarkan oleh ICC boleh memberikan perundangan efektif dan keadilan setimpal untuk mangsa keganasan rejim Zionis Israel terutama dalam pencerobohan dan penempatan haram serta pembunuhan orang awam Palestin.

Sistem perundangan juga menegaskan keperluan ICC untuk lebih responsif ke atas keperluan untuk mencapai keadilan untuk rakyat  Palestin menurut pelan strategik 2023 hingga 2025.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul


Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Syahid Dalam Serangan Israel di Nablus

Isnin, 19-06-2023 – Seorang pemuda Palestin syahid, dua cedera parah dan puluhan lainnya mengalami sesak nafas akibat peluru dan bom gas pasukan penjajah Zionis Israel ketika pertempuran dan serangan pasukan penjajah Zionis di kota Nablus serta pengeboman rumah keluarga tawanan Osama Al-Taweel, pada Khamis (15/6/2023) pagi.

Sumber-sumber perubatan di Hospital Al-Najah di Nablus mengumumkan kematian pemuda Khalil Yahya Al-Anees, dari kem Al-Ain akibat ditembak
oleh penjajah Zionis Israel semasa penyerbuan pasukan Zionis di Nablus. Sementara itu, dua warga lain cedera dan puluhan mengalami sesak nafas.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa para pejuang dengan berani menghadang pasukan penjajah Zionis Israel sewaktu mereka menyerbu kota Nablus dan menrobohkan rumah keluarga tawanan Osama Al-Taweel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel Musnah Rumah Warga Palestin di Perkampungan Negev

Isnin, 19-06-2023 – Pihak berkuasa Israel merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kampung Sa’wa di Negev dengan alasan pembinaan tidak berlesen pada hari Khamis.

Menurut sumber setempat, jentolak Israel merobohkan sebuah rumah milik keluarga Qassasi selepas pasukan polis mengepung kawasan sekitarnya.

Dua hari lalu, pihak berkuasa Israel memindahkan keluarga Palestin selepas mereka merobohkan lima rumah milik keluarga al-Ghoul di pinggir kampung Ar’ara di Negev.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis rejim menculik bekas tahanan

Isnin, 19-06-2023 – Polis rejim menculik seorang bekas tahanan di kem pelarian Jenin pada petang Rabu.

Saksi mata melaporkan yang polis rejim menculik bekas tahanan, Mujahid Mahmoud Abu Khalifa, di sekitar kem Jenin.Polis rejim menyusup masuk ke sebuah trak komersil dan menculik bekas tahanan itu sebelum membawanya ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati