
Rabu , 16/12/2009 – Salah satu saluran TV Zionis-Israel telah menyiarkan sambutan 22 tahun HAMAS yang telah di hadiri ratusan ribu rakyat Palestin. Kehadiran yang memeranjatkan itu membuktikan sokongan terhadap Perdana Menteri Ismael Haneya dan seluruh kepimpinan Palestin. Dalam kesempatan itu, Haneya menyatakan bahawa HAMAS bukan hanya akan membebaskan Gaza, malah seluruh bumi Palestin.













