
Selasa, 26-08-2014 – Sumber perubatan Palestin, di barat laut bandar Nablus, Tebing Barat telah melaporkan ramai rakyat Palestin cedera termasuk seorang kanak-kanak yang cedera teruk setelah tentera rejim Israel menyerang pemprotes Paleston di timur Nablus.
Sumber berkata, Hassan Hazem Abu ‘Ashour, 14, telah dimasukkan dengan segera ke bahagian pembedahan di Hospital Rafidia di Nablus. 4 rakyat Palestin telah ditembak oleh peluru hidup. Puluhan lagi ditembak oleh peluru besi bersalut getah dan yang lainnya menerima rawatan kerana tersedut gas pemedih mata.
Dalam berita berkaitan, tentera rejim menyerbu kampung al-‘Arqa village pada Jumaat di barat daya Jenin, di kawasan utara Tebing Barat. Sumber tempatan menyatakan kenderaan tentera bersenjata Israel menyerbu kampung dan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas, menyebabkan puluhan penduduk menderita kesan terhidu gas pemedih mata.
sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati













