Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Kepung14 rakyat Palestin

Khamis, 02-02-2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) mengepung14 warga Palestin di tiga wilayah Tebing Barat majoriti yang diambil dari Betlehem, kata sumber-sumber tempatan. Mereka berkata bahawa askar IOF menahan 11 warganegara di Bethlehem selepas menyerbu banyak rumah di wilayah tersebut. Sumber-sumber menyatakan bahawa dua yang lain ditahan di Jenin dan satu di Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas di Jordan selama tiga hari

Khamis, 02-02-2012 – Delegasi Kanan Hamas yang diketuai oleh pengerusi biro politik, Khaled Mishaal akan berada di Amman
selama tiga hari sebagai tetamu mahkamah diraja Jordan.

Sumber-sumber Hamas berkata bahawa mesyuarat bersama kerajaan dan tokoh-tokoh terkemuka mungkin akan diadakan
pada hari kedua lawatan delegasi tersebut yang bermula pada hari Ahad lalu dengan mesyuarat 90 minit bersama Raja Abdullah II. Putera Mahkota Qatar yang mengiringi Mishaal dalam lawatan itu telah meninggalkan Amman dan kembali ke Doha.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : husna

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin meninggal dunia akibat seksaan sewaktu ditahan di penjara Iraq

Khamis, 02-02-2012 – Seorang lelaki Palestin berusia 30 tahun meninggal di Iraq 3 hari lepas akibat diseksa dan dipukul teruk di penjara Iraq, demikian menurut keluarganya di kem pelarian Breij di timur Gaza pada Isnin.

Sumber memberitahu agensi berita Safa bahawa Emad Abdulsalam tinggal di Doura, selatan Baghdad selama 30 tahun dan ditahan 3 hari lepas. Mereka berkata, Emad telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal ketika tiba di hospital kerana seksaan berterusan yang teruk. Abangnya, Jihad telah dibunuh dengan cara yang sama oleh pihak keselamatan Iraq beberapa tahun lepas di Baghdad ketika pendudukan Amerika di Iraq.

Ratusan pelarian Palestin di Iraq terbunuh di tangan pihak berkuasa Iraq dan Amerika sejak 10 tahun lepas manakala ribuan lagi cedera dan sejumlah besar daripada mereka melarikan diri dari ancaman pembunuhan dan rompakan ke sempadan Iraq-Syria.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Majlis Rakyat tuntut lajukan implementasi rekonsiliasi

Khamis, 02-02-2012 – Mesyuarat Majlis Rekonsiliasi Rakyat di Gaza pada hari Isnin (30 Januari) memutuskan bahawa terdapat urgensi untuk memastikan segalal keputusan yang dicapai rekonsiliasi dilaksanakan secepat mungkin, agar gerak kerja kerajaan dapat berjalan dengan segera.

Dr. Ismael Radwan, perwakilan Hamas dan Majlis Rakyat, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, mesyuarat juga telah membincangkan pembentukan majlis-majlis eksekutif dan daerah, nama-nama ahli yang bakal menggangotainya serta penubuhan majlis-majlis khas, yang akan disahkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung 2 minggu kehadapan.

Beliau turut memberitahu bahawa turut disepakati adalah keperluan untuk menyelesaikan masaalah kewangan yang dihadapi oleh majlis, yang akan dibawa kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas. Menurutnya majlis memerlukan sumber kewangan untuk majlis sendiri serta majlis-majlis kecil di bawahnya, serta turut memerlukannya untuk menggantikan kerugian mangsa Palestin yang sepatutnya telah berjalan secara dalaman dan luaran.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel sahkan pelan pembinaan di 70 penempatan Tebing Barat

Khamis, 02-02-2012 – Kerajaan Israel telah mengesahkan rancangan untuk membina lebih banyak rumah-rumah di 70 penempatan berasingan di pelbagai kawasan Tebing Barat, menurut akhbar Israel, Jerusalem Post Isnin lalu.
Ia berkata 57 penempatan berada di luar tembok pemisahan dan pejabat Perdana Menteri telah menerbitkan senarai nama 557 penempatan yang disokong oleh kerajaan. Akhbar itu berkata pejabat itu tidak menyebut apa-apa sekatan ke atas bangunan dalam penempatan terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Menteri Maghribi: Tidak Ada Keputusan Untuk Mengiktiraf Israel

Khamis, 02-02-2012 – Menteri negara Maghribi, Abdullah Baha, menafikan wujudnya hubungan antara Maghribi dan entiti Israel. Beliau menegaskan bahawa persoalan pengiktirafan terhadap entiti Israel tidak menjadi keputusan politik Maghribi ketika ini.

Pernyataan ini dikeluarkan dalam menjelaskan isu yang dikeluarkan media Israel berkait pernyataan PM Maghribi, Abdullah bin Kiran kepada media Israel mengenai isu ini yang langsung dinafikan Menteri Komunikasi, Mushtafa Khalfi, bahawa tidak mungkin Ben Kiran berbicara kepada media Israel ketika mengikuti forum ekonomi dunia di bandar Davos Swiss.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Seorang Warga Palestin Mati di penjara Iraq

Khamis, 02-02-2012 – Sumber Palestin mendedahkan seorang rakyat Palestin telah mati dalam penjara Iraq. Imad Abdul Salam yang mati di sebabkan seksaan yang amat dasyat. Imad yang sudah 30 tahun menetap di Iraq telah ditangkap dan dipenjarakan ketika Amerika menyerang masuk Iraq. Ratusan rakyat Palestin kini berada di sempadan Iraq apabila mereka lari dari hukuman.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Tutup Dua Madrasah di Baitulmaqadis

Khamis, 02-02-2012 – Polis Israel telah menutup dua madrasah milik rakyat Palestin yang terletak di kejiranan Silwan, dekat Timur Baitulmaqdis, petang ahad lalu dengan tuduhan bahawa madrasah tersebut dibiayai oleh pergerakan Hamas. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Israel, Yohanan Danino.
Jurucakap Polis Israel, Luba Samri memberitahu Agensi Berita Ma’an bahawa Pegawai Polis, pemberi maklumat dan penyiasat telah menyerbu madrasah tersebut pada hari ahad lalu dan menutupnya untuk tempoh tiga puluh hari dibawah perintah serta merta Danino.

Pihak Polis Israel juga mendakwa dua madrasah tersebut digunakan sebagai mengumpulkan dana bagi membiayai aktiviti pergerakan Hamas di Silwan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Kenderaan Israel “menghentam” remaja Palestin dalam kejadian langgar lari

Khamis, 02-02-2012 – Seorang pemandu dari Israel melanggar seorang remaja Palestin di satu tempat pemeriksaan berhampiran Baitulmuqaddis pada Sabtu. Kejadian-kejadian seperti ini meningkat dalam bulan-bulan kebelakangan ini, dengan penjajah dari Israel dengan tekad melanggar pejalan-pejalan kaki dari Palestin dengan kenderaan mereka.

Walaupun bilangan askar-askar Israel ramai berada di tempat kejadian itu, tiada askar-askar atau polis beruusaha menghalang pemandu yang memandu laju ke arah Suleiman Abu Mahamid ,18 tahun. Mahamid sedang berdiri betul-betul di luar tempat permeriksaan al-Zayyam dalam kawasan kejiranan Abu Diskawasan , di Timur Baitulmuqaddis ketika dia telah dilanggar oleh kenderaan tersebut.

Remaja terbabit telah dibawa ke satu klinik perubatan di Ramallah untuk diberikan rawatan kecederaan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Peneroka Mengambil Alih Tanah Rakyat Palestin, Membuat Pagar

Khamis, 02-02-2012 – Agensi Info dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa seorang penduduk Yahudi mengambil alih tanah rakyat Palestin secara haram berhampiran utara bandar Tebing Barat Jenin dengan membina pagar mengelilingi kawasan tersebut, juga mendakwa tanah tersebut adalah kepunyaannya.

Tanah tersebut terletak berhampiran Kampung nazlat Zeid, dan terletak di belakang Dinding Perbatasan Israel. WAFA menyatakan, minggu lalu, peneroka tersebut, yang dikenali sebagai Eli, memagari tanah milik Abdul-Raouf Barry dan beberapa orang saudaranya, serta mendakwa bahawa beliau “menyewa tanah daripada kerajaan Israel.” Tanah tersebut merupakan hak milik persendirian keluarga Barry.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

IOF tangkap 7 penduduk Palestin termasuk 2 adik-beradik

Khamis, 02-02-2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 7 orang penduduk Palestin di beberapa tempat di Tebing Barat menjelang waktu Subuh hari Khamis lalu. 2 daripada mangsa adalah adik-beradik, kata sumber tempatan.

Menurut mereka lagi, IOF menangkap kedua-dua adik-beradik itu selepas menceroboh ke dalam rumah mereka di Kampung Samu, selatan Al-Khalil. Beberapa buah rumah juga telah dibaling dengan bom tangan.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa mangsa ketiga telah ditangkap dari wilayah Al-Khalil selepas IOF menyerbu bengkel yang sedang dijaga mangsa, yang terletak di Kampung Beit Kahel, utara Al-Khalil. IOF juga menceroboh beberapa buah rumah penduduk Palestin yang lain di Al-Khalil dan membaling bom sonik ketika operasi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Speaker Mesir tolak jemputan melawat Israel

Selasa, 31-01-2012 – Speaker Parlimen Mesir, Mohamed Al-Katatni menyatakan beliau enggan menerima surat yang dihantar oleh speaker Knesset, Reuven Rivlin bagi menjemput beliau untuk melawat Israel dan mengiktiraf Knesset.

Kenyataan ini dipetik dari laman twitter Katatni kerana Israel semakin bimbang mengenai hubungan mereka dengan Mesir, yang secara umumnya telah semakin buruk sejak parti Islam mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen.

Jemputan yang sama turut diterima oleh Speaker Parlimen Turki, Cemil Çiçek yang kemudiannya telah menolak jemputan Knesset tersebut Rabu lepas. Beliau berkata beliau tidak dapat melawat Israel atas sebab hubungan yang tegang antara kedua-dua belah pihak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

IOF gunakan bom fosforus putih untuk perang Gaza yang akan datang

Selasa, 31-01-2012 – Tentera Israel akan menggunakan bom fosforus putih yang dihalang penggunaannya seluruh dunia untuk serangan di Semenanjung Gaza pada masa akan datang, akhbar Israel melaporkan.

Akhbar Israel berbahasa Inggeris Jerusalem Post berkata dalam laman webnya pada Khamis bahawa seorang aktivis hak asasi manusia Israel yang juga seorang peguam telah memfailkan permohonan dengan mahkamah tinggi Israel meminta larangan dikenakan atas penggunaan bahan tersebut di dalam serangan ketenteraan terutamanya di kawasan selatan, namun tentera Israel menolak permintaan itu, dan menambah ia cuma akan menghadkan penggunaannya.

Yair Naveh, timbalan ketua staf berkata dia telah mengeluarkan arahan agar penggunaan bom itu dihadkan pada kadar minimum pada sebarang operasi akan datang di Gaza. Tentera Israel bahagian selatan baru-baru ini diarahkan supaya setiap bahagian bersedia untuk serangan besar-besaran dalam beberapa bulan akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan Terbaru PBB Tunjukkan Peningkatan Drastik Pelarian Palestin Disebabkan Oleh Pencerobohan Israel.

Selasa, 31-01-2012 – Hampir 1,100 rakyat Palestin, lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang mereka diami diceroboh di West Bank oleh tentera Israel pada tahun 2011 – lebih 80 peratus lebih tinggi daripada tahun lepas, menurut laporan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada 26 januari 2012.

” Pencerobohan dan pengusiran terjadi di kawasan berpenghuni, di West Bank,” laporan yang disediakan oleh pegawai PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), menambah bahawa 4200 orang terjejas disebabkan oleh pencerohon terhadap tempat tinggal mereka.

Laporan itu juga menyebut bahawa tentera Israel telah memusnahkan 622 buah binaan yang dimiliki oleh penduduk Palestin termasuklah rumah, kandang-kandang haiwan ternakan, madrasah dan juga masjid, dimana peratusannya meningkat 42 peratus daripada tahun 2010.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Seruan Menteri Tahan Untuk Boikot Mahkamah Ketenteraan

Selasa, 31-01-2012 – Menteri Tahanan Palestin di Tebing Barat, Issa Qarage’, menyeru agar semua mahkamah ketenteraan Israel diboikot atas pemerintahan mereka yang berulang kali mengurung ribuan tahanan di bawah perintah pentadbiran tanpa memfailkan sebarang dakwaan rasmi terhadap mereka. Kenyataannya itu dikeluarkan dalam satu lawatan ke keluarga salah seorang tahanan, Ahmad Nabhan Sager, 47 tahun, di kem pelarian Askar, berhampiran bandar Nablus, di bahagian utara kawasan Tebing Barat. Sager telah dipenjara dibawah tahanan pentadbiran selama tiga tahun, iaitu semenjak dia diculik pada November 2008, dan mahkamah ketenteraan Israel telah berulang kali mengeluarkan arahan tahanan pentadbiran terhadapnya, tanpa memfailkan apa-apa dakwaan rasmi.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar