Categories
Berita Semasa

Barak Gelar Perusuh” Pengganas Yahudi” Selepas Pertempuran Dengan Penduduk Berhaluan Kanan di Baitulmaqdis.

Khamis , 22/12/2011 – Remaja Israel yang berhaluan kanan terus menyerang harta-benda dan tempat suci Yahudi untuk tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberitahu Radio Tentera bahawa beliau menyifatkan serangan tersebut adalah perbuatan ” pengganas Yahudi”.

Dalam pertempuran tersebut, polis Israel cuba menahan beberapa remaja Israel berhaluan kanan di Baitulmaqdis bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran masjid, malam semalam. Remaja-remaja tersebut membalas dengan memecahkan tayar dan merosakkan kereta polis.

Menurut orang awam, polis tiba di kediaman yang didiami oleh penduduk Israel berhaluan kanan yang telah diusir dari penempatan Yitzhar kerana mencetuskan rusuhan ganas disana. Sejurus selepas polis tiba, puluhan penduduk berhaluan kanan berkumpul disekeliling kejiranan tersebut bagi menghalang polis memasuki kediaman mereka dan mula merusuh.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Penduduk Tempatan Cedera Parah Hasil Tembakan Tentera di Gaza

Khamis , 22/12/2011 – Sumber Perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa salah seorang penduduk tempatan cedera parah pada pagi hari Rabu, selepas tentera Israel melepaskan tembakan kepadanya di timur bandar Gaza.

Sumber-sumber menyatakan bahawa penduduk tersebut, berusia lingkungan dua puluhan, ditembak di paha, dan telah dipindahkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Pada hari Selasa, dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera selepas tentera Israel menyerang di kawasan kem pelarian Al-Boreij, di tengah Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Pengamal Undang-undang di Culik Tentera Israel di Ramallah

Khamis , 22/12/2011 – Rabu, pada waktu subuh, tentera Israel telah menculik seorang pengamal undang-undang Palestin dikenali sebagai Ayman Daraghma dari Ramallah. Daraghma adalah ahli Persatuan Perubahan Hamas dan Parti Reformasi iaitu Parti yang terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin.

Kira-kira jam dua pagi, hari Rabu, tentera tersebut telah memecah masuk kedalam rumah Dataghma yang terletak di kejiranan Al Masayef di Ramallah. Mereka menggeledah perkakasan dan menahan pengamal undang-undang tersebut selepas memberitahu tentang waran bagi penahannya.

Isteri Daraghma berkata, suaminya meringkuk dalam penjara Israel lebih dari dia puluh bulan sebelum beliau dibebaskan hampir setahun lalu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

PHCR Mengutuk Pencegahan Perwakilan Perubatan Meninggalkan Gaza

Khamis , 22/12/2011 – PHCR mengutuk tindakan menghalang Perwakilan Perubatan meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengutuk pencegahan yang dilakukan terhadap rombongan perubatan daripada meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza. Rombongan tersebut mengambil bahagian dalam persidangan perubatan di Jerusalem.

Menurut siasatan yang dijalankan oleh PHCR, pada kira-kira 13:00 hari Rabu, 07 Disember 2011, Dr Bassam al=Badri, Pengarah Jabatan Rawatan Luar Negeri, menerima panggilan telefon dari Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, diberitahu bahawa beliau dan 4 orang ahli Jawatankuasa Tinggi Perubatan bagi Unit Rawatan Luar, yang dicalonkan oleh Kementerian Kesihatan, telah diharamkan daripada meneruskan perjalanan ke Jerusalem untuk mengambil bahagian dalam persidangan perubatan yang akan diadakan pada 08 dan 09 Disember 2011.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Memecah Masuk Rumah Ahli Lembaga IMEMC

Khamis , 22/12/2011 – Tentera Israel telah memecah masuk rumah Saher Al-Sous, di Beit Sahour, berhampiran Bethlehem. Al-Sous merupakan ahli lembaga Pusat Penyesuaian Kemanusiaan Palestin, pengasas kepada organisasi Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah (IMEMC).

Pada pukul 3.30 pagi, tentera Israel memecahkan pintu sepupu Al-Sous dengan pangkal senapang menunjukkan keganasan terhadap kanak-kanak dan ibu mereka, ketika si bapa ke luar bandar untuk urusan perniagaan.

Setelah menyedari kesilapan mereka, mereka bergegas ke rumah Saher dan membangunkan keseluruhan ahli keluarga untuk menangkap Saher dengan jaminan satu temu bual bersama pegawai perisikan Israel yang dikenal pasti sebagai “Leor”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Dijatuhi Hukuman Tiga Bulan Khidmat Awam Kerana Berulang-kali Menyerang Rakyat Palestin

Khamis , 22/12/2011 – Mahkamah Daerah Israel di Jerusalem menjatuhkan hukuman ke atas seorang penceroboh, yang merempuh dan berkali-kali melanggar seorang rakyat Palestin yang cedera dengan keretanya, tiga bulan “Perkhidmatan Awam”.

Rakyat Palestin tersebut telah dikenalpasti Waseem Maswada, seorang penduduk di selatan bandar Tebing Barat Hebron. Maswada bergegas ke penempatan Keryat Arba’ di Hebron, dan terus menikam dua orang penceroboh, leleki dan wanita.

Tentera Isreal kemudiannya menembak Maswada, dan tercedera, lalu rebah ke tanah.

Tidak lama selepas tembakan berlaku, penceroboh “David Mizrahi” menyerang penceroboh lelaki yang tercedera, tersilap dengan rakyat Palestin. Selepas menyedari kesilapannya, dia memandu keretanya dan merempuh berkali-kali rakyat Palestin yang cedera walaupun menyedari kehadiran tentera Israel di tempat kejadian.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu selar rejim Zionis kerana membina pintu sekatan Shu’afat di Jerusalem

Selasa , 20/12/2011 – Setiausah Agung Oraganisasi Persidangan Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu menyelar tindakan rejim Zionis yang membina pintu sekatan tentera, Shu’afat di Jerusalem. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh radio OIC, Ihsanoglu berkata pintu sekatan itu akan memburukkan lagi keadaan sedia ada dan memisahkan 65 ribu penduduk Palestin dari timur Jerusalem.

Menurutnya lagi, tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang dan merupakan sebahagian kecil daripada usaha rejim Zionis untuk meYahudikan seluruh Bandar Jerusalem. Beliau juga mengkritik rancangan rejim Zionis untuk membina lagi 40 unit penempatan haram Yahudi di Baitulaham.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa khas menyerbu penjara Eishel dan menawan tahanan Palestin

Selasa , 20/12/2011 – Sumber dari dalam penjara Eishel memaklumkan kepada Kementerian Tahanan dan Bekas Banduan bahawa pihak berkuasa khas menyerbu seksyen 10 penjara pada hari Rabu dan mencari bilik bernombor 8. Askar-askar tawanan telah menyembur gas ke dalam seksyen yang mengakibatkan tiga mangsa termasuk Isa Abed Rabbuh yang telah 27 tahun di dalam penjara penjajahan.

Menurut sumber itu, para tawanan membantah serangan itu dengan mengetuk pintu sel dan melaungkan Allahu Akbar. Pentadbiran penjara telah menghukum banduan dengan menarik balik peralatan elektrik, menarikl kembali kebenaran dari dilawat saudara-mara serta menahan tawanan seksyen 10 dari masuk ke kantin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Manusia Rayu Selamatkan 450 Pesakit di Gaza

Selasa , 20/12/2011 – Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia (PCHR) membuat rayuan pada hari Khamis kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas, campur tangan untuk menyelamatkan nyawa 450 pesakit buah pinggang di Semenanjung Gaza kerana kehidupan mereka terancam kerana kekurangan penapis darah Dialisis.

“Menurut siasatan yang dijalankan oleh PCHR, pada 15 Disember 2011, penapis darah sudah habis di semua hospital di Semenanjung Gaza, dan seterusnya, dialisis untuk 450 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang telah dihentikan.”

“Selepas perkembangan serius ini, PCHR mengambil bahagian dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza bagi membincangkan kesan-kesan yang serius kekurangan ini ke atas kehidupan pesakit. Mesyuarat itu dihadiri oleh tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan tempatan yang terlibat dalam sektor kesihatan.

“Para peserta telah menyimpulkan bahawa kekurangan penapis ini membahayakan nyawa pesakit, dan kekurangan tersebut adalah hasil daripada perbezaan politik di antara Kementerian Kesihatan di Ramallah dan Gaza. Mereka telah cuba untuk mencari mekanisme untuk menyediakan bahan ini tetapi mereka tidak dapat kerana ia sepenuhnya habis di gudang farmasi dan perubatan, terutamanya di Semenanjung Gaza. Kini hanya boleh didapati di gudang Kementerian Kesihatan di Ramallah.

“PCHR meluahkan kebimbangan untuk kehidupan pesakit-pesakit ini, dan merayu kepada Presiden Mahmoud Abbas dengan serta-merta campur tangan dan mengarahkan Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk menyediakan penapis darah ke Semenanjung Gaza dengan serta-merta dan kerap.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Hadapi Serangan Israel Terhadap Masjid

Selasa , 20/12/2011 – Hamas memperingatkan Israel supaya menghentikan kejahatannya terhadap tempat suci dan masjid di Tebing Barat. Hamas menuding Israel bertanggungjawab penuh atas kesan yang ditimbulkannya.

Daripada maklumat yang diterima Khamis (15/12) Hamas menegaskan bahawa pembakaran Masjid an-Nur di desa Barqas, wilayah Timur Ramallah Tebing Barat. Hamas menyebutkan bahawa bangsa Palestin tidak gentar menghadapi kebijakan ini dan tidak akan berdiam diri terhadap tindakan serangan Israel.

Hamas menyatakan, tindakan Israel dan penduduknya memerangi rumah Allah merupakan pelanggaran nyata terhadap syariat langit dan menentang norma dan hukum antarabangsa.
Hamas menyeru agar segenap rakyat Palestin untuk bersatu membangun barisan menghadapi kejahatan Israel ini. Hamas juga menyeru kepada seluruh negara-negara Arab dan OIC untuk segera bertindak melindungi masjid dan tempat suci dari kejahatan Israel dan penduduk Yahudi.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar masjid di Burqa, rejim Israel tutup daerah Nablus

Selasa , 20/12/2011 – Pendatang pelampau Israel pada Khamis memulakan kebakaran di masjid al-Noor di Kampung Burqa timur Ramallah di selatan Tebing Barat, sehari selepas pendatang membakar masjid Okasha di Baitulmuqaddis dalam satu siri keganasan terhadap rakyat Palestin dan kawasan suci sejak awal tahun ini.

Sumber tempatan memberitahu wakil PIC bahawa mereka mendapati tingkat bawah dan tingkat pertama masjid terbakar apabila mereka ingin menunaikan solat subuh di masjid. Mereka mula memadamkan kebakaran
tersebut, namun kerosakan tela h banyak berlaku.

Mereka menambah, bahawa mereka menjumpai slogan-slogan menghina ditulis dalam bahasa Hebrew pada tembok dinding.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Menyeru Supaya Menangani Perang Penjajah Keatas Masjid.

Selasa , 20/12/2011 – Amaran diberi kepada Gerakan Penentangan Islam “Hamas”, pendudukan Zionis akan berterusan di dalam menyerang tempat-tempat suci, dan mengadakan pakatan sulit dengan penjajahan lain dalam menyerang terhadap masjid di Tebing Barat yang diduduki,dan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada mereka ke atas akibat daripada itu.

Hamas menyatakan dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Maklumat Palestin pada hari Khamis (15-12-2011) mengulas tentang Zionis membakar dan merampas Masjid Nur di desa Burqa,timur Ramallah di Tebing Barat,menyatakan bahawa rakyat Palestin tidak akan takut dengan dasar-dasar ini dan tidak akan lepas tangan .

Hamas berkata,pendudukan Zionis dan penjajahan akan berterusan dalam menyerang terhadap rumah-rumah Allah,adalan menyalahi undang-undang secara terang-terangan mengikut syariat dan konvensyen antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin yang Dibebaskan Melalui Perjanjian Pertukaran Dipercayai Tahu Lokasi Shalit

Selasa , 20/12/2011 – Telah mendapat kebenaran untuk penerbitan hari Selasa; pada September 2007, pasukan tentera penyamar Israel telah menculik seorang penduduk yang dikenali sebagai Mohawish Al-Qadi, dari Rafah, dibahagian Selatan Genting Gaza. Selepas penangkapan beliau, Hamas telah menukar lokasi dimana beliau telah ditahan.

Amira Hass dari Haaretz, seorang wartawan yang dikenali diperingkat antarabangsa dan tempatan, telah melaporkan bahawa selepas penangkapan Al-Qadi, gabungan pasukan keselamatan Hamas di Gaza telah menjalankan usaha yang gigih untuk mencari dan menangkap mereka yang telah membantu Israel untuk menangkap beliau, tetapi sebahagian daripada mereka berjaya melepaskan diri dan keluar dari Genting Gaza. Al-Qadi telah dituduh terlibat secara tidak langsung dalam kes penculikan Gild Shalit, yang telah ditangkap oleh penentang pada Jun 2006, dan telah dibebaskan dibawah pertukaran tahanan pada 18 Oktober 2011.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

PHCR Khuatir Kekurangan Bekalan Perubatan Hospital-Hospital Tebing Barat

Selasa , 20/12/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PHCR) melahirkan kebimbangan mengenai masalah serius kekurangan bekalan perubatan hospital-hospital di Tebing Barat. PHCR memberi amaran potensi berlakunya bencana kepada kesihatan penduduk Semenanjung Gaza, terutamanya pesakit yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang akibat kekurangan penapis darah yang digunakan untuk rawatan dialisis.

PHCR bimbang kekurangan bahan-bahan seperti penapis darah tersebut akan menghentikan khidmat dialisis hospital-hospital Semenanjung Gaza, dan akan membahayakan nyawa 450 orang pesakit.

Menurut Dr Ashraf al-Qidwa, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, penapis dialisis 5 dan 6 merupakan bahan yang mendapat permintaan tinggi, berupaya berfungsi seperti buah pinggang normal dan bertindak membuang toksik dari darah semasa dialisis. Penapis-penapis ini akan kehabisan stok di hospital dan pusat jagaan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Pegawai Gaza: 6 wanita, 55 kanak-kanak bersedia untuk dibebaskan dari tahanan

Selasa , 20/12/2011 – Enam wanita dan 55 kanak-kanak adalah di antara tahanan-tahanan yang akan dikeluarkan pada hari pembebasan mengikut perjanjian pertukaran banduan dengan Israel, pegawai satu banduan-banduan Gaza berkata pada hari Khamis.

Riyad al-Ashqar, pengarah media di Kementerian Penjara di Gaza, di petik berkata 550 di jangka akan dibebaskan minggu ini, 506 ialah dari the West Bank, 40 ialah dari Gaza , dan dua ialah dari Baitulmuqaddis. Dua dariJordan, Saleh Aref and Wael Hurani , juga akan dibebaskan,katanya.

sumber : Ma’an News Agency
penterjemah : nasir bravo