Isnin, 21/07/2008 –
Ismail Haneyya, PM kerajaan PA menekankan bahawa kerajaannya bersedia untuk segera berdialog kebangsaan Palestin dan membincangkan segala isu dalam yang tertangguh tanpa sebarang syarat.
Isnin, 21/07/2008 –
Ismail Haneyya, PM kerajaan PA menekankan bahawa kerajaannya bersedia untuk segera berdialog kebangsaan Palestin dan membincangkan segala isu dalam yang tertangguh tanpa sebarang syarat.
Isnin, 21/07/2008 –
Pergerakan Hamas telah memberi amaran tentang bahayanya kerjasama politik di antara Presiden PA Mahmoud Abbas dan PM Israel Ehud Olmert yang mungkin membawa ke arah penubuhan negara Palestin bersempadan tahun 1967, tanpa memberi penyelesaian kepada isu Baitul Maqdis, pelarian dan tahanan Palestin.
Jumaat, 18/07/2008 –Seorang bayi Palestin berumur sepuluh bulan yang menyertai kumpulan warga Palestin yang sakit pada Khamis lalu telah meninggal dunia disebabkan sekatan Israel dan penutupan lintasan di Semenanjung Gaza, meningkatkan jumlah kanak-kanak yang mati kepada 46 orang disebabkan oleh pengepungan itu, menurut sumber perubatan Palestin.
Pergerakan Hamas pada Selasa lalu berkata wakil Jawatankuasa Kuartet Antarabangsa, Tony Blair telah membatalkan lawatan yang dijadualkan ke Semenanjung Gaza disebabkan oleh tekanan Israel.
Rabu, 16/07/2008 –Pergerakan Hamas Selasa lalu menafikan dakwaan perisikan Presiden PA, Mahmoud Abbas bahawa Hamas telah menghantar kumpulan bersenjata dari Gaza ke Tebing Barat.
Selasa, 15/07/2008 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya menolak keputusan Kongres Amerika yang menuduh TV Arab, termasuk TV Al-Aqsa Palestin sebagai organisasi ‘haram’. Beliau melihat keputusan itu sebagai bukti keangkuhan Amerika yang ingin menambah sekatan terhadap rakyat Palestin.
Selasa, 15/07/2008 –John Ging, pengarah operasi UNRWA di Tebing Gaza menyeru Israel dan Mesir pada Isnin agar terus membuka semula pintu komersil Gaza dan pintu sempadan Rafah, dengan menekankan bahawa penutupan pintu adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa untuk hak asasi manusia.
Selasa, 15/07/2008 –Pergerakan Hamas mengutuk keras tuduhan jenayah perang yang telah diserahkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Omar Hassan Al-Bashir berikutan pertelingkahan di Darfur.
Selasa, 15/07/2008 –Lawatan rasmi Dr Basim Na’eem, Menteri Kesihatan Palestin ke Turki berbayar apabila menerima jemputan Humanitarian Relief Foundation (IHH) semasa beliau berjumpa dengan rakan sejawatan dari Turki iaitu Dr. Recep Akdag Menteri Kesihatan Turki serta pegawai-pegawai lain. Beliau juga melawat ke hospital berkenaan bagi melihat rakyat palestin yang dirawat.
Isnin, 14/07/2008 –Keluarga banduan Wajeeh Qawas, datuk bandar majlis perbandaran Qalqilya di Tebing Barat, merayu kepada semua pertubuhan hak asasi manusia dan pakar undang-undang di Palestin untuk membentuk satu kumpulan lobi mempertahankan Qawas dan memberi tekanan untuk membebaskannya kerana dia berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan.
Jumaat, 11/07/2008 –Menteri Wakaf (pembiayaan) Palestin, Dr. Taleb Abu Shaar pada Khamis lalu menyelar keputusan Israel membangunkan 1800 unit penempatan baru di bandar Baitulmuqaddis sambil menuduh rejim Zionis mengubah identiti kota suci Islam itu.
Jumaat, 11/07/2008 –Pihak pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haniyah menegaskan tuntutan kepada pemimpin Mesir tentang peri pentingnya menekan pemerintah penjajah Israel agar memberi komitmen terhadap kesepakatan gencatan senjata dan merealisasikannya dengan membuka pintu masuk agar keperluan harian boleh dibawa masuk tanpa sebarang penundaan.
Jumaat, 11/07/2008 –Pergerakan Hamas Selasa lalu mengecam hebat kempen yang dicetuskan bersama oleh askar-askar rejim Zionis dan pihak keselamatan PA terhadap warga Palestin yang mensasarkan kehidupan mereka serta perkhidmatan awam dan swasta di Tebing Barat, sambil menggambarkan keadaan di sana sebagai terlalu serius.
Rabu, 09/07/2008 –Menurut sumber laporan Palestin, tentera rejim Zionis telah melanjutkan tempoh perintah berkurung untuk hari yang keempat berturut-turut yang dikenakan keatas perkampungan Na’lin yang terletak di barat bandar Ramallah.
Rabu, 09/07/2008 –Pejabat penerangan kerajaan Palestin di bawah naungan Presiden Ismael Haneyya dengan lantang mengutuk kongres US yang diadakan di atas saluran TV satelit Aqsa. Beliau menegaskan bahawa saluran itu adalah sebuah stesen TV yang sah dan bersifat nasionalis.