
Rabu, 16/09/2009 – Badan Alam Sekitar di bawah PBB berkata bekalan air bawah tanah di Gaza sedang menghadapi bahaya besar berdepan dengan kemusnahan teruk selepas Perang Gaza-Israel.

Rabu, 16/09/2009 – Badan Alam Sekitar di bawah PBB berkata bekalan air bawah tanah di Gaza sedang menghadapi bahaya besar berdepan dengan kemusnahan teruk selepas Perang Gaza-Israel.

Selasa, 15/09/2009 – Parlimen Arab dengan tegas menolak usaha membenarkan Zionis-Israel bertapak di bumi al-Quds. Mereka turut menggesa supaya segala masalah dalaman Palestin diselesaikan. Dalam sidang kali ke 2 itu, mereka bersetuju agar kesatuan diutamakan hingga tercapainya sebua negara Palestin yang merdeka. Mereka juga menolak keras al-Quds dijadikan kota Yahudi.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 15/09/2009 – HAMAS menegaskan bahawa ia tidak pernah memberi kuasa kepada Mahmoud Abbas, Presiden yang sudah tamat tempoh pemerintahannya, untuk berunding dengan pihak Zionis sebelum penyatuan saf dalaman dan penamatan perpecahan. HAMAS juga bimbang kelemahan yang sedang dihadapi oleh pihak berkuasa Palestin ketika ini akan menjadi alasan bagi mengemukakan lebih banyak kompromi.

Isnin, 14/09/2009 – Militia Abbas meneruskan tindakan menculik barisan penyokong HAMAS di Tebing Barat. 13 orang daripada mereka diculik dalam masa 2 hari di wilayah Nablus, Salfeet dan Tulkarem. Antara yang diculik ialah ketua pejabat seorang wakil rakyat Abdul Razzaq, seorang guru dan 8 orang tawanan yang sudah dibebaskan sebelum ini.

Isnin, 14/09/2009 – Kerajaan Palestin di Ismail Haneyya telah memberi amaran bahawa polisi diskriminasi oleh pihak berkuasa Ramallah di Tebing barat sebagai satu usaha sengaja untuk mensabotaj usaha bagi merapatkan jurang dalaman kerajaan.

Isnin, 14/09/2009 – Ghufran Zamel telah diletakkan dalam soal siasat berterusan yang kejam selama 12 hari di penjara pihak rejim Zionis , menurut Pertubuhan Tadamun Antarangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia pada Ahad lalu.

Isnin, 14/09/2009 –Zionis-Israel telah memindahkan Syaikh Jamal Abu Haija ke kawasan isolasi di penjara Raimon serta segala kunjungan adalah dilarang. Hukuman terbaru ini merupakan hukuman yang berat dan penjara Raimon merupakan tempat yang paling buruk untuk tahanan. Tidak ada sebarang alasan pemindahan di lakukan.

Jumaat, 11/09/2009 –Kerajaan haram Israel merasmikan pembinaan 455 buah rumah haram untuk penduduk haram Israel di kejiranan Mafseret Adumim berhampiran Maaleh Adumim di Timur Jerusalem.

Jumaat, 11/09/2009 – Menteri Luar Mesir, Ahmad Abu Al-Gheit membuat satu kenyataan pada Selasa, bahawa terdapat kemungkinan berlaku hubungan baik Israel dan Negara Arab tetapi bergantung juga kepada rundingan keamanan Palestin-Israel, dan pemberhentian terus segala aktiviti penempatan baru Yahudi di Wilayah Palestin. Sewaktu dalam satu sidang media bersama rakan sejawatannya di Sepanyol, Miguel Angel Martinos, Al-Gheit memberitahu bahawa hubungan baik ini bakal membantu lagi dalam menjernihkan hubungan kedua-dua belah negara yang bertelagah, Palestin-Israel.

Jumaat, 11/09/2009 – Ratusan rakyat Palestin terdiri daripada kaum keluarga para syuhada’ dan orang-orang hilang dalam tahanan regim Zionis telah mengadakan demonstrasi pada hari Selasa di bandar Nablus. Mereka menuntut dikembalikan mayat anak-anak mereka dan orang-orang yang yang hilang dalam tahanan regim Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Jumaat, 11/09/2009 – Pihak berkuasa Israel Selasa lalu telah merobohkan semua khemah di kampung tidak dikenali, Tawil Abu Jarwal untuk kali ke-31 sambil meninggalkan para penduduk di bawah panas matahari.

Jumaat, 11/09/2009 – HAMAS menyatakan masih belum ada koordinasi dari Fatah dalam rangka lawatan mereka ke Gaza. Dalam satu kenyataan, wakil HAMAS Fauzi Barhum menegaskan beberapa syarat dan peraturan haruslah dipenuhi oleh Fatah. Ini kerana kunjungan tersebut dimaklumkan adalah untuk membincangkan permasalahan yang masih tertunggak.

Rabu, 09/09/2009 – Beberapa pembangkang Israel dari kumpulan ‘Peace Now’ adalah satu-satunya pembangkang yang hadir untuk bersama-sama dengan ratusan peneroka-peneroka Israel, menteri-menteri kerajaan dan ahli-ahli Knesset(Parlimen) yang menjalankan upacara pecah tanah Isnin lalu, di bawah perlindungan dan sokongan penuh polis Israel, mereka merancang penempatan baru yang dipanggil Mevaseret Adumim.

Rabu, 09/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen dalam Majlis Perundangan Palestin, Mushir al-Misri menegaskan bahawa cadangan Mesir adalah pandangan seimbang yang boleh menjadi titik tolak kepada perdamaian dan penamatan sebarang konflik Palestin.

Rabu, 09/09/2009 – Hatem Abdul Qader, merupakan petugas untuk Isu-isu Baitulmaqdis dalam Wilayah Palestin, dipetik sebagai berkata semasa beliau di Ramallah pada Isnin, Amerika Syarikat ( AS ) terus lemah dan tidak mampu menghentikan aktiviti penempatan haram Yahudi di situ.Abdul Qader menambah, negara-negara Arab mesti membawa isu penempatan ini ke Kaunsel Keselamatan atas sebab keengganan Israel menghentikannya.