Categories
Berita Semasa

Warga palestin ditembak semasa perarakan aman menentang pembinaan tembok di selatan Gaza

Selasa ,28/09/2010 – Seorang lelaki warga Palestin telah ditembak oleh tentera Israel di timur Khan Younis, selatan Gaza, demikian menurut sumber pihak perubatan pada Ahad.

Pemuda berusia 20 tahun itu telah ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel yang ditempatkan di timur Khan Younis. Pemuda tersebut ketika ditembak sedang sama-sama berarak dalam demonstrasi aman menentang pembinaan tembok pemisah di Bandar Absan, Jurucakap perkhidmatan perubatan Palestin, Adham Abu Salmiya memberitahu Pusat Maklumat Palestin.

Sumber-sumber juga mengatakan, pemuda tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan dan keadaan beliau dilaporkan stabil. Perarakan tersebut yang dicetuskan daripada kempen menentang tembok pemisah, dianjurkan oleh wakil-wakil daripada jawatankuasa buruh kebangsaan, penyokong warga asing dan belasan lagi warga Palestin.

Pada satu kejadian berasingan, tentera Israel telah menumpaskan perarakan menentang tembok pemisah di selatan Nablus, Burin pada Ahad. Beberapa warga Palestin mengalami sesak nafas akibat serangan gas beracun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Halang Siasatan Jenayah Seks Budak

Selasa ,28/09/2010 – The Defense for Children International (DCI) menuduh penyiasatan Israel berdiam diri dalam aduan yang diajukan oleh anak Palestin di bawah umur yang diseksa secara fizikal dan keganasan seksual oleh penyiasat Israel.

Organisasi ini mengatakan budak kecil ini membuat aduan pada bulan Ogos bahawa ia dipukul dan dipaksa untuk mengaku oleh tentera Israel yang menangkapnya atas tuduhan membaling batu, dan ia kemudian diseksa secara fizikal dan keganasan seksual ketika sedang disiasat di pejabat polis Etzion di Tebing Barat selatan.

Dia menuduh penyiasat meletakkan klip buaya dari kabel elektrik pada alat kelamin dan lagi satu klip di gari dan mengugut untuk mebuat kejutan elektrik terhadap dia.

Setelah aduan diajukan tarikh 15 Ogos, seorang pegawai Israel menghubungi mangsa dan memerintahkan dia untuk tampil di pusat penyisatan Etzion tanpa peguam untuk membincangkan aduan, dan mengancam akan menghentikan penyiasatan jika ia meminta kehadiran peguammnya, lapor DCI.

Gerakan tersebut mengatakan langkah itu adalah usaha untuk menyekat penyiasatan, dan di bawah undang-undang Israel, setiap mangsa kejahatan dan kekejaman, yang meliputi kesalahan seks, berhak untuk mendapatkan peguam, kecuali yang akan membahayakan penyiasatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pimpinan Israel: Abbas Akan Menarik Balik Ancaman

Selasa ,28/09/2010 – Sejumlah pemimpin tertinggi Zionis menyokong sepenuhnya keputusan pemerintahnya untuk tidak melanjutkan masa menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat. Mereka meyakini bahawa Abbas akan menarik balik ancamannya.

Menteri perlindungan lingkungan Zionis, Gilad Ardan dalam kenyataan akhbar yang disiarkan semalam, Ahad (26/9) mengatakan, masa pembekuan perluasan penempatan akan berakhir pada 26 September 2010 ini, walau apapun yang terjadi. Bahkan walaupun ledakan situasi ini berlangsung dengan ancaman pemerintah Palestin.

Namum Ardan mengatakan, saya yakin, Abbas akhirnya akan menarik balik ancamannya untuk meninggalkan perundingan. Beliau mengatakan, setiap kali masa berlalu dan tidak tercapainya perdamaian dalam isu pengiktirafan Israel sebagai negara Yahudi atau perdamaian berkenaan pelarian, maka di Palestin akan tercipta perkara baru yang tidak mungkin diubah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pengganas Zionis cedera dalam operasi pertahanan Hebron

Selasa ,28/09/2010 – Pada petang Ahad (26 September), Pasukan Pertahanan Palestin melancarkan operasi pertahanan yang berani dengan mensasarkan 2 buah kereta milik pengganas Zionis di selatan bukit Hebron (selatan Tebing Barat) mengakibatkan 2 pengganas tercedera dan luka-luka. Mereka terus digegaskan ke hospital untuk rawatan. Operasi ini adalah sebagai tindak balas kepada penguguman “meneruskan pembinaan petempatan” oleh rejim Zionis malam tadi.

Menurut sumber media Ibrani, kedua-dua pengganas Zionis (masing-masing berumur 35 tahun) cedera kerana kereta mereka terkena tembakan pada petang Ahad, yang dilepaskan dekat kawasan petempatan “Tinih-Omarim”, selatan bukit Hebron.

Sumber Radio Zionis pula berkata, sebanyak dua buah kereta Zionis rosak teruk, dan dua pengganas Zionis yang cedera dikejarkan ke Hospital Soroka di Bi’ir Sabi’ (selatan Palestin) untuk menerima rawatan. Kejadian ini telah memaksa penjenayah Zionis untuk melakukan pemeriksaan besar-besaran di sekitar kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Turki Menyambut Baik Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Serangan Armada Bantuan-Flotilla Gaza

Isnin ,27/09/2010 – Turki positif dengan laporan penyelidikan PBB yang menyatakan bahawa serangan Israel terhadap armada bantuan Gaza pada Mei lalu adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu memberitahu agensi berita Anatolia pada hari Khamis bahawa penemuan dari jawatankuasa ini adalah “sangat wajar dan berdasarkan bukti kukuh.” Laporan menyatakan bahawa tindakan tentera zionis Israel terhadap armada itu adalah “tidak wajar dan amat kejam” dan ianya “menunjukkan tahap kekerasan yang melampau dan kekejaman yang tidak masuk akal”.

Pada 31 Mei lalu, angkatan laut Israel menyerang 8 kapal bantuan ketika mereka belayar di perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Sembilan pekerja bantuan Turki dibunuh oleh bedilan tentera manakala 45 yang lain telah tercedara. Lapan tentera zionis luka ringan dalam kejadian itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Obama gesa Zionis lanjutkan pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi

Isnin ,27/09/2010 – Presiden Amerika, Barack Obama menggesa rejim zionis melanjutkan tempoh pembekuan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajahnya. Tambahnya lagi, rundingan damai Palestin-Zionis mesti diteruskan.

Berucap dalam Perhimpunan Agung PBB pada hari Khamis semalam, Obama berkata bahawa pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi telah membawa perubahan kepada suasana rundingan. Tambahnya lagi, pendirian AS berkaitan pembekuan aktiviti pembinaan tersebut adalah jelas.

“Kita juga percaya bahawa rundingan mesti diteruskan hingga ianya berhasil.” Kata Obama lagi, “Kedua-dua pihak mesti membantu antara satu sama lain bagi mengatasi segala halangan.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

15 cedera dalam pertempuran terbaru di Al-Quds

Isnin ,27/09/2010 – 15 penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran berlaku di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis di bandar terjajah Al-Quds yang telah berlaku beberapa hari yang lalu dan berterusan hingga ke kawasan Ras Al-Amud dan Isawiyah.

Menurut sumber kami, 15 penduduk Al-Quds tercedera disebabkan oleh tembakan peluru hidup, dan puluhan yang lain sesak nafas sewaktu pertempuran dahsyat ini berlangsung di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis dekat bandar Silwan pada hari Khamis (23 September) yang lalu.

Sumber tempatan dari bandar Baitul Muqaddas pula menyatakan bahawa Rejim Zionis masuk dan menyerang puluhan penduduk asal perkampungan Al-Bustan, Wadi Helwah dan Batn Al-Hawa, yang menaikkan kemarahan para warga Palestin lalu mencetuskan pertempuran. Semburan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup oleh Zionis mengakibatkan puluhan cedera dan mengalami sesak nafas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mendakwa telah menangkap pengintip-pengintip utama Israel

Isnin ,27/09/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza menyatakan pada Khamis bahawa mereka telah menahan pengintip-pengintip Israel yang telah menyelinap masuk ke kumpulan tentera.

Pendedahan itu melengkapkan kempen berbulan-bulan untuk mengingatkan warga Gaza supaya jangan bekerjasama dengan Israel. “Badan-badan berkaitan telah berjaya mendapatkan pengakuan serta nama-nama ejen yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa pemimpin,” jurucakap kementerian dalaman Ihab al-Ghussein memberitahu para wartawan.

“Kami berjaya menahan beberapa ejen yang telah menyusup masuk,” beliau menambah sewaktu kenyataan akhbar.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Marah Dengan Saranan Obama Teruskan Pembekuan

Isnin ,27/09/2010 – Pemimpin pemukiman Tebing Barat membantah kenyataan Barack Obama untuk PBB pada hari Khamis, yang meminta Israel untuk melanjutkan pembekuan pada penempatan haram Israel.

“Posisi kami tentang masalah ini sangat jelas. Kami percaya bahawa suatu pemebekuan ini harus diperpanjang,” kata Obama tentang penempatan haram Israel, yang dijangka akan berakhir pada tarikh 26 September. Ketua Majlis Daerah Shomron Gerson Mesika berkata, “Hussein Obama adalah seorang ahli politik yang sombong dan rasis, yang mungkin berfikir dari kebodohan, bahawa Israel adalah diktator seperti negara-negara di Timur Tengah.”

Dalam satu kenyataan oleh biro Netanyahu mengatakan dia sedang berdiri di kedudukannya tidak melanjutkan pembekuan tersebut. Dia mengatakan, bagaimanapun, dia bermaksud untuk menyekat ruang lingkup pembangunan penempatan Israel masa depan. Pemukiman dianggap oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa menjadi haram, keputusan yang disangkal oleh Israel. Daerah-daerah Palestin takut akan penempatan yang berterusan akan mengugat mereka sebuah negara yang layak, berterusan dan berdekatan.

sumber : Haaretz
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

40 Ton Bantuan Perubatan Syria Memasuki Gaza

Isnin ,27/09/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Syria mengumumkan, Khamis (23/9) bahawa kiriman bantuan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang dibawa kapal Syria kini sedang dihantar menuju Semenanjung Gaza setelah muat turun di pelabuhan Aresy, Mesir.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah, Marwan Abdullah, menjelaskan bahawa ketika ini bantuan perubatan mencapai 40 ton sedang menuju Gaza. Selainnya lebih dari 600 ton bahan makanan akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir yang bertanggungjawab mengirimkannya kepada penduduk Gaza.

Dalam pernyataannya kepada pejabat berita Syria, Abdullah menambah bahawa pakej bantuan perubatan akan tiba ke Gaza pada hari Khamis melalui pintu masuk Rafah dan Auja yang disertai oleh delegasi mewakili Bulan Sabit Merah Syria dan puluhan persatuan kemanusiaan lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Laporan PBB mengenai serangan kapal Gaza adalah bias.

Isnin ,27/09/2010 – Laporan PBB mengenai serangan kapal Gaza adalah bias, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu sambil menambah kumpulan yang bertanggung jawab untuk laporan tersebut adalah “terobses dengan mensasarkan Israel.”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB mengeluarkan laporan pada Rabu lalu yang menyatakan pasukan Israel melanggar undang-undang antarabangsa ketika mereka menyerbu sebuah kapal bantuan Gaza, yang membunuh sembilan aktivis, awal tahun ini.

“Seluruh dunia melihat video tentera datang ke geladak kapal Marmara ke arah pra-rancangan dan penyokong keganasan yang cuba membunuh dengan menggunakan pisau,” kata Netanyahu.

sumber : Haaretz
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pertempuran baru antara Zionis dan warga Palestin di Silwan

Isnin ,27/09/2010 – Petang Rabu (22 September) menyaksikan pergaduhan dahsyat antara pemuda Palestin yang marah dengan penjenayah Zionis di beberapa tempat dalam perkampungan Silwan dekat bandar terjajah, Al-Quds. Kejadian ini adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang pemuda Palestin, Samer Sirhan, pada pagi Rabu tersebut.

Sumber tempatan menyebut pertempuran bertumpu di sekitar kawasan kejiranan Wadi Helwa di mana terdapat pos ketenteraan Zionis. Saksi menyatakan bahawa para pemuda Palestin mula membaling batuan dan bom Molotov ke arah pos ketenteraan di Silwan, sebagai menunjukkan kemarahan mendalam mereka terhadap aksi tembakan rambang ke atas warga Palestin oleh pihak penjenayah Zionis yang mebunuh As-Syahid Samer Sirhan, (32 tahun) ayah kepada 5 orang anak yang tinggal di kejiranan Bustan. Seorang tentera Zionis dilaporkan cedera dalam pertempuran ini.

Pihak berkuasa Zionis mengarahakan sejumlah besar tentera dan pihak berkuasanya untuk menutup pintu masuk ke kawasan tersebut dan menyembur gas pemedih mata kepada warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hebron: Pendatang Israel Dan Tentera Zionis Mengepung Sebuah Sekolah, dan Menangkap Dua Kanak-kanak

Jumaat ,24/09/2010 – Dua kanak-kanak Palestin ditangkap selepas pendatang Israel bersama tentera Zionis mengepung sekolah mereka di kota lama Hebron, selatan Tebing Barat.

Pengetua sekolah tersebut, Saleh Abu Sliyma, mengatakan bahawa dalam kejadian yang berlaku pada hari Rabu itu, sekitar 200 pendatang Israel, datang bersama-sama dengan tentera Zionis sebagai perisai mereka dan beramai-ramai mengelilingi sekolah itu. Beliau mendakwa salah seoarang pelajar telah menyerang seorang dari pendatang Israel itu.

Setelah tiga jam pengepungan, tiga tentera zionis menceroboh masuk dan menangkap dua kanak-kanak- dan membawa mereka ke sebuah pos pemeriksaan tentera zionis. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis di penempatan Keryat Arba berhampiran Hebron.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan penjara wanita Palestin mengadu tentang Nashon

Jumaat ,24/09/2010 – Seramai 40 orang tahanan penjara wanita warga Palestin telah memfailkan saman terhadap Unit Nashon rejim Zionis yang pakar dalam memberi layanan buruk kepada para tahanan.

Para tahanan melaporkan bahawa unit tentera Nashon yang bertugas mengiringi mereka pergi dan balik ke perbicaraan mahkamah, hospital dan penjara, telah memalukan dan memberi layanan buruk kepada para tahanan. Tentera unit tersebut juga melarang mereka pergi ke tandas mahupun meminum air ketika dalam perjalanan yang panjang.

Selain itu, tentera tersebut juga menyumbat para tahanan beramai-ramai di dalam sebuah van dan membawa mereka pergi dari penjara pada pukul 3 pagi dan mereka hanya dihantar pulang semula ke penjara pada pukul 11 malam, sedangkan jarak antara penjara dan mahkamah hanya mengambil masa selama 1 jam perjalanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan bina lagi 2,500 unit petempatan haram di Tebing Barat

Jumaat ,24/09/2010 – Pada Khamis lepas, Radio Israel melaporkan bahawa reji Zionis bercadang untuk membina lagi 2,500 unit rumah di penempatan haram Modi’in Ilit yang terletak berdekatan Bandar Ramallah, tengah Tebing Barat.

Radio tersebut melaporkan sebaik sahaja tamat fasa pembekuan pembinaan penempatan haram berakhir pada hujung bulan ini, pembinaannya akan disambung semula penempatan haram Modi’in Ilit dan beberapa penempatan haram yang lain di kawasan jajahan rejim Zionis di Tebing Barat.

Radio itu juga melaporkan bahawa sebuah syarikat pembinaan Israel, Na’ot Hapisga akan memulakan pembinaan 2,400 unit rumah di Modi’in Ilit. Keputusan ini dibuat setelah kerajaan rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa mereka tidak berminat untuk melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa