Categories
Berita Semasa

PA lupuskan produk penduduk.

Khamis , 08/04/2010 –Jabatan Perlindungan Pengguna di bawah Kementerian Ekonomi Negera pada Selasa lepas telah melupuskan secara besar-besaran produk penduduk, termasuklah hasil pertanian (kurma dan gandum), hasil tangkapan dari Laut Mati, produk kosmetik dan makanan yang lain (seperti susu, gula-gula, yogurt dan sebagainya). Kesemuanya dianggarkan sebanyak 4 tan.

Mohamed Arziqat, Ketua Jabatan itu mendakwa bahawa pelupusan produk-produk penduduk tersebut merupakan sebahagian daripada kempen peringkat kebangsaan dan selari dengan polisi kementerian terbabit untuk menjadikan tahun 2010 sebagai tahun bebas daripada produk-produk penduduk dalam pasaran Palestin.

Dalam konteks yang sama, pelbagai sumber memberitahu bahawa kementerian itu telah melupuskan produk makanan yang telah luput tarikh yang disita semasa operasi pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkelayakan sejak awal bulan ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Ramai penduduk Gaza alami kanser hasil serangan Zionis.

Rabu , 07/04/2010 –Dr. Youssef Ibrahim, ketua kawalan kualiti di Gaza, menyatakan adanya peningkatan pesakit kanser dan buah pinggang yang tidak berfungsi akibat bahan uranium dan fosforus yang digunakan oleh Zionis ketika serangan tahun lalu. Dr. Youssef menyatakan dalam satu dialog khusus dengan koresponden Info Palestina.

Beliau turut menggesa ke semua negara dan pihak antarabangsa untuk mengambil berat ke atas apa yang telah berlaku. Ini penting bagi menyelamatkan rakyat Palestin yang berada di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Abbas beri perlindungan rasmi kepada perasuah.

Rabu , 07/04/2010 –Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS menganggap pendedahan yang dilakukan mutakhir ini berkenaan dengan kes-kes keruntuhan akhlak, penyelewengan kewangan dan pentadbiran serta menjadi tali barut Zionis di kalangan para pemimpin Fath di Tebing Barat menegaskan lagi betapa kebejatan akhlak dan keruntuhan semangat nasionalisme di kalangan pihak berkuasa tersebut.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan akhbar bertulis pada hari Selasa (6/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keputusan Abbas untuk memusnah dan membakar semua fail melibatkan kes rasuah adalah perlindungan rasmi dan jelas kepada pelaku rasuah, serta memberikan imuniti daripada kuasa tertinggi Fath dan ini akan menyebabkan kes tersebut akan meningkat pada masa-masa akan datang.

Barhoum menuntut semua pihak dan kumpulan pejuang Palestin, orang ramai, kumpulan elit Palestin, nasionalis dan kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia yang prihatin terhadap kepentingan rakyat Palestin supaya memainkan peranan bagi mendedahkan perbuatan ini dan mereka yang terlibat di belakangnya, serta menuntut secara berterusan agar mereka yang terlibat itu dihukum dengan mendaulatkan undang-undang sedia ada. Tindakan ini perlu sebagai melindungi kesatuan dalaman dan kepentingan rakyat Palestin, kerana penerusan mereka melakukan rasuah dan kerosakan serta memberikan perlindungan kepada mereka oleh Abbas adalah perkara paling bahaya terhadap keselamatan dan khazanah kekayaan rakyat Palestin itu sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel menahan kira-kira 400 orang kanak-kanak Palestin di penjara.

Rabu , 07/04/2010 –Isnin lalu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengatakan bahawa hampir 400 orang kanak-kanak Palestin telah ditahan di penjara Israil, telah menjadi mangsa siksaan dan kekerasan yang dilakukan oleh tentera Zionis.

Pusat Hak Asasi Manusia ‘Sawasiya’, mengatakan di dalam sebuah sidang akhbar bahawa tentera zionis Israel masih mengurung kanak-kanak tersebut di penjara, dan menjadi korban kepada semua jenis tindakan pencerobohan dan tidak berperikemanusiaan yang sangat dikutuk oleh undang-undang antarabangsa.

Agresi Israel yang menentang pertumbuhan penduduk di Semenanjung Gaza baru-baru ini merupakan bukti kekerasan Israel terhadap hak-hak kanak-kanak Palestin yang tak berdosa, termasuk beratus-ratus yang telah cedera dan terbunuh oleh tentera Israel dalam serangan udara yang disifatkan sebagai pengecut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Dua pekerja hilang dalam runtuhan terowong.

Rabu , 07/04/2010 –Sebuah terowong di sempadan Gaza-Mesir runtuh hari ini berdekatan dengan pindu Salah Al-Dain di Rafah, Selatan Semenanjung Gaza Strip, sementara enam pekerja di dalamnya, kata sumber Palestin.

Empat pekerja terowong keluar daripada terowong ke arah Mesir, manakala dua lagi masih hilang, Sumber perubatan Palestin berkata. Terowong di antara Semenanjung Gaza dan Mesir adalah sasaran serangan udara tentera udara rejim Zionis dan usaha Mesir untuk membanjirkannya dengan air dan gas.

Israel dan Mesir menutup sempadan mengepung Gaza. Penduduk Gaza menggunakan terowong untuk menyeludup makanan dan barangan keperluan hidup masuk ke kepungan Semenanjung Gaza sejak 2006.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak 15 tahun terbunuh akibat serangan Israel dalam satu tunjuk perasaan di Gaza.

Rabu , 07/04/2010 –Seorang remaja Palestin terbunuh dan beberapa yang lain tercedera Selasa lalu ketika pasukan Israel menembak para penunjuk perasaan berhampiran sempadan Gaza, sementara Arab Israel dan Palestin telah diperingati sebagai “Hari Tanah.”

Kekerasan di sepanjang sempadan Gaza telah menjadi keadaan tegang di Israel dan beberapa wilayah pendudukan sebagai amaran tahunan Israel untuk menewaskan enam warga Arab sejak 1976 sebagai protes terhadap tanah sitaan.

Seorang kanak-kanak Palestin 15 tahun, Mohammed al-Faramawi, ditembak mati di sebelah timur bandar Gaza selatan Rafah berhampiran sempadan yang dikawal ketat sebelum puluhan penunjuk perasaan tampil. Pegawai perubatan Gaza dan beberapa saksi mengatakan beliau dibunuh oleh pasukan Israel, namun dibantah oleh tentera Israel, yang mengatakan mereka telah melepaskan tembakan amaran pada mereka yang mendekati sempadan tetapi tidak mengenai siapa pun.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Mesir meletupkan terowong di sempadan Gaza-Mesir.

Rabu , 07/04/2010 –Pasukan keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah terowong di sempadan Gaza-Mesir Isnin lepas. Pasukan Keselamatan Mesir telah meletupkan terowong berhadapan dengan Salah Al-Dain Gate di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut Sumber pihak perubatan yang dilaporkan oleh Agensi berita Safa, mereka menegaskan bahawa terowong itu telah meletup namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.  Selasa lalu, polis Mesir telah merampas 41 buah kereta baru berhampiran sempadan Gaza yang akan diseludup ke Semenanjung Gaza melalui terowong berkenaan.

Terowong di antara Mesir dan Semenanjung Gaza telah menjadi sasaran serangan udara Israel dan kerajaan Mesir sememangnya berupaya untuk membanjirkan mereka dengan air dan gas bumi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Jurucakap Tentera Rejim Zionis mengumumkan Israel membenarkan kemasukan terhad simen ke Semenanjung Gaza.

Rabu , 07/04/2010 – Jurucakap, yang tidak mahu dikenali, berkata: “Kami akan izinkan dalam beberapa hari akan datang, kemasukan beberapa lori yang membawa simen untuk projek pemulihan khas yang memperbetulkan unit perparitan, yang diurus oleh Bangsa–Bangsa Bersatu di Semenanjung Gaza”.

Dia berkata dalam perbincangan yang dibuat Menteri Pertahanan Ehud Barak , ianya tidak bermaksud sebagai “perubahan polisi”.

Jurucakap tidak menetapkan jangka waktu atau kuantiti tertentu lori pembawa simen, walaubagaimanapun dia mahu PBB memberi jaminan kepada Israel bahawa simen tidak akan digunakan dalam sebarang tindakan atau kegunaan ketenteraan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Zionis bakar pekerja Palestin.

Rabu, 07/04/2010 – Monjed Besharat, 26, seorang pekerja rakyat Palestin yang bekerja di “Keryat Shmoonah” telah diserang oleh 3 orang askar rejim Zionis dengan menyimbah air mendidih ke atas muka pemuda itu sehingga menyebabkannya melecur tahap ketiga.

Selepas bekerja di sebuah kilang besi selama lebih 14 bulan, Monjed tidak pernah menyangka akan didatangi oleh 3 askar rejim Zionis yang memakai topi, melompat turun dari motor dan secara tiba-tiba melnyimbah air panas mendidih ke mukanya selepas membelasahnya tanpa sebarang sebab lain kecuali untuk menganiaya jika tidak berjaya membunuhnya.

“Saya dibelasah dengan teruk sehingga tidak sedarkan diri dan selepas itu dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui lalu disimbah dengan air panas mendidih,” kata Monjed.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Beberapa ‘kebanggaan Israel’ di bawah al-Aqsa

Selasa, 06/04/2010 – Dr. Ahmad Abu Halbiyyah, seorang wakil rakyat dan ketua jawatankuasa al-Quds dalam Dewan Perundangan Palestin mengutuk perancangan Zionis baru yang bertujuan membina sebuah kuil Yahudi dengan jarak 200 meter daripada Masjid al-Aqsa di bandar al-Quds. Kuil tersebut diberi nama ‘Kuil kebanggaan Israel’. Beliau meminta rakyat Palestin agar membela tanah suci itu dengan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, sokongan moral, media dan menyebarkan kefahaman sebenar tentang al-Quds.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis dan diedarkan oleh Pejabat Penerangan HAMAS dan diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Ahad (4/4): “Perancangan baru itu adalah sebagai siri baru daripada perancangan Zionis yang merbahaya untuk mengyahudikan tanah-tanah suci Islam.”

Beliau seterusnya menambah, perancangan itu amat merbahaya kerana pembinaannya yang amat hampir dengan Masjid al-Aqsa. Beliau menegaskan sebahagian daripada kuil tersebut termasuk ke bawah laman masjid dari arah barat. Ini akan menyebabkan binaan Masjid al-Aqsa bahagian kiblat dan kubah ‘Batu’ akan dirobohkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel rampas 16 dunum di Jenin

Selasa, 06/04/2010 – Tentera Rejim Zionis Sabtu lalu telah bertindak merampas 16 dunum dari perkampungan Jalma, utara Jenin, bertujuan untuk memperluaskan pos pemeriksaan tentera Al-Jalma, yang merupakan laluan utama bagi kawasan penempatan penduduk Palestin sejumlah 48 orang.

Khaled Abu Farha, ketua dewan penduduk Jalma, berkata kepada agensi berita SAFA Ahad lalu, tanah yang dirampas adalah milik penduduk bernama Fawzi Sadiq Abu Farha dan Ahmed Saeed Abu Farha, kedua-duanya menetap di kampung tersebut.

Dia turut menjelaskan tindakan itu bukan untuk kali pertama kerana sebelum ini banyak lagi arahan dikeluarkan untuk merampas ratusan dunum yang merangkumi kebanyakan tanah subur di kampung tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap rakyat Baitulmaqdis

Selasa, 06/04/2010 – Pasukan Polis Khas Rejim Zionis mencederakan lima orang termasuk seorang wanita dan menahan mereka semasa serangan yang dilakukan di Kota Lama Baitulmaqdis hari ini.

Menurut sumber, sejumlah besar polis menyerbu kawasan kejiranan Bab al-Sahira di gerbang kota tua itu, mereka memukul setiap seorang yang terdapat disitu dan menyembur dengan gas air mata menyebabkan kecederaan dan mati lemas di kalangan orang awam.

Mereka lalu menangkap lima pemuda berusia antara 20 ke 30 tahun yang berada di tempat kejadian dan membawa mereka ke suatu tempat yang tidak diketahui. Polis rejim Zionis menyatakan bahawa lima pemuda tersebut merenung mereka semasa mereka berlegar-legar di tempat itu, lalu mereka menyerang pemuda-pemuda tersebut. Ini membuatkan orang ramai bertanya-tanya akan kesalahan apakah yang telah dilakukan untuk menerima serangan ganas seperti itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel ceroboh Hebron.

Selasa, 06/04/2010 – Tentera rejim Zionis pada hari Ahad menceroboh beberapa kawasan di Hebron selatan Tebing Barat. Tentera rejim Zionis menceroboh bandar Dora, Ezna, Bait Omar di Hebron dan memecah masuk ke rumah orang awam termasuk rumah Husian Amr tetapi tiada penangkapan dibuat.

Mereka juga memecah masuk ke rumah Mohamed Al-Jiawi di bandar Ezna mencari anak beliau tetapi anak beliau tiada pada masa itu.  Mereka juga menceroboh bandar Bait Omar dan mahu penduduk Faraj Abu Ayish untuk melawat perisik Israel untuk siasatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin ditangkap kerana masuk secara ‘haram’ di Israel.

Selasa, 06/04/2010 – Seorang pemuda Palestin dari Semenanjung Gaza ditangkap oleh pasukan askar sempadan Israel hari ini di kota Rishon LeZion, Israel setelah unit polis mendakwa pemuda itu memasuki Israel secara “haram” seperti yang mereka nyatakan.

Polis Israel mendakwa seorang askar mengalami cedera ringan setelah diserang oleh pemuda itu ketika ingin melepaskan diri. Polis meminta bantuan (pasukan askar sempadan) yang mengggunakan senjata dengan menembak ke udara sehingga penangkapan dibuat. Dia kemudiannya ditahan untuk disoalsiasat oleh pasukan keselamatan Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi telah cuba menceroboh Aqsa.

Selasa, 06/04/2010 – Pada 1 April lalu, polis Israel memperhebatkan penyebaran mereka disekitar Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa serta mengagihkan ribuan anggota sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan pada malam sebelum perayaan Kristian Good Friday dan Holy Saturday yang bertembung dengan perayaan Yahudi Passover. Kumpulan pelampau Yahudi mengisytiharkan keinginan mereka untuk berbaris di sekitar kota tua serta menjemput pengikut mereka menyertai perarakan ini dan cuba untuk mengakses Masjid Al Aqsa .

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitlmuqaddis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menutup semua jalan utama yang menuju ke Kota lama daripada sebarang kenderaan samada kenderaan awam atau pun persendirian denganbantuan polis. PIhak Polis Israel juga diminta untuk membenarkan Umat Islam memasuki Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat tetapi melalui pintu tertentu sahaja.

Hal ini adalah sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya kesesakan dan pergeseran akibat pertembungan antara Solat Jumaat esok dengan sambutan Good Friday kristian dan perbarisan yang dianjurkan oleh pelampuan Yahudi. Kenyataan itu menambah bahawa polis akan menutup semua pintu ke Masjid Al-Aqsa dan membukan hanya tiga sementara membenarkan 49 pelampau Yahudi berlegar-legar di perkarangan Al-Aqsa dibawah perlidungan, Selain itu, seramai 631 pelancong asing dibenarkan untuk melawat masjid-masjid di sini, seperti dilaporkan oleh Penjaga Rasmi Masjid Al-Aqsa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah