Categories
Berita Semasa

Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan

Jumaat, 04/06/2010 – Dengan perasaan marah dan cemas yang mendalam, pagi ini, saya telah mendengar khabar tragis tentang pembunuhan aktivis keamanan, lelaki dan wanita, anggota masyarakat awam yang belayar ke Semenanjung Gaza untuk memecahkan pengepungan oleh Tentera Zioni- Israel. Serangan terhadap armada ‘Freedom’ – yang belayar jauh dari Cyprus beberapa hari lalu dengan membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, simen untuk pembinaan semula Gaza setelah serangan Israel “Cast Lead” pada tahun 2009 – berlaku di tengah laut terbuka antarabangsa dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia.

Israel sekali lagi menunjukkan bahawa satu-satunya tindakan yang boleh digunakan mereka hanyalah ketenteraan, sombong mengatasi undang-undang Antarabangsa, dan sedar mustahil bagi mereka untuk dihukum. Hujah bahawa dunia ingin membantu Hamas adalah masuk akal: yang terus dihukum adalah penduduk Gaza, dan semua orang Palestin melalui pendudukan tentera dan pengepungan, mereka bertanggung jawab untuk melindungi Palestin. Penulis Israel, David Grossman pernah berkata sewaktu demonstrasi menentang perobohan rumah rakyat Palestin oleh penduduk Israel di Syaikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, bahawa Israel sekarang seperti “tanaman karnivor”, bahkan kini terpaksa makan dirinya sendiri.

Masyarakat antarabangsa harus mengambil pendirian yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai warga awam yang dilakukan oleh Israel ini, dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang antarabangsa sahaja bahkan harus bangkit menentang kebencian, keganasan, dan pelanggaran undang-undang dan kemanusiaan oleh Regim Zionis itu. Mereka juga harus terus konsisten menentang pengepungan Gaza sehingga wilayah terbabit kembali merdeka kerana tindakan ketenteraan regim terbabit tidak akan membawa sebarang erti kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Serbu Hospital Arab Di Jerusalem Timur

Jumaat, 04/06/2010 – Tentera Zionis dan anggota polis sempadan yang serbu masuk ke Hospital Al-Makassed di Baitulmuqaddis Timur dalam usaha untuk menculik seorang warga Palestin yang cedera tapi tidak dapat menculik pemuda terluka kerana puluhan pemuda bertahan dan memaksa mereka keluar.

Pemuda itu terluka dalam pertengkaran yang terjadi dengan tentera yang menceroboh bandar Silwan, di Baitulmuqaddis Timur, dan ingin menculik pemuda tersebut walaupun dalam keadaan berluka.

Polis Israel, tentera dan pasukan bawah tanah menceroboh Silwan sementara penduduk haram Israel juga menyerang kota itu dan membuka tembakan terhadap warga Palestin.

Sebahagian besar pertengkaran difokuskan di daerah Ayyoub Be’er, dan persekitaran Al Bustan. Tentera dan polis menembak peluru hidup, peluru getah berlapis dan bom gas dan beberapa kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Ireland beri amaran tidak ganggu kapal Rachel Corrie

Jumaat, 04/06/2010 – Kerajaan Ireland memberi amaran kepada Zionis agar tidak mengganggu perjalanan kapal Rachel Corrie yang akan tiba di Gaza. Rachel Corrie merupakan antara kapal konvoi keamanan. Presiden Ireland telah memaklum kepada Zionis agar kapal itu berjaya menurunkan bantuan di Gaza.

Kementerian Luar Ireland telah memaklumkan duta besar Israel di Dublin dan menunggu jaminan dari Zionis Israel agar kapal Rachel Corrie tidak diganggu. Ketika ini, gelombang kemarahan di Eropah ke atas Zionis Israel amat memuncak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Aktivis 17 tahun di tahan di Baitullaham.

Jumaat, 04/06/2010 – Polis Israel telah menculik seorang aktivis keamanan Palestin berumur 17 tahun malam Rabu lalu di kampung Al Ma’sara , bandar Baitullaham di selatan Tebing Barat .

Saddam Ala Ed-Deen, 17 aktif dalam pergerakan keamanan dan membantah pembinaan Tembok Annex di kampung itu. Jawatankuasa popular membantah pembinaan tembok menyatakan Ala ‘Ed Deen diculik ketika sedang berjalan di salah satu jalan kampung dan dipindahkan ke pusat penahanan dan pengkalan tentera Etzion di selatan Baitullaham .

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel pindahkan warga Palestin dari Bair Al-Sabea ke Gaza

Jumaat, 04/06/2010 – Tentera Rejim Zionis memindahkan warga palestin daripada Bair Al-Sabea ke Semenanjung Gazap, Sumber Palestin melaporkan.

Pertubuhan Wa’d bagi banduan dan bekas banduanberkata, yang dipindahkan, Naser Al-Jarousha memasuki Gaza melalui Lintasan Bait Hanoon (Erez) , Tentera Rejim Zionis juga menahan dia dan memindahkan ke lintasan tetapi terus membiarkan anak isterinya di Bair Al-Sabea.

Israel telah memindahkan ramai warga palestin daripada Tebing Barat dan wilayah Palestin 1948 ke Gaza atau negara lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Blair akui kepungan Gaza tidak capai matlamat

Jumaat, 04/06/2010 – Tony Blair, utusan Jawatankuasa Kuartet Antarabangsa di Timur Tengah mengakui kegagalan polisi kepungan yang dikenakan terhadap semenanjung Gaza untuk tahun keempat berturut-turut. Beliau juga mengakui bahawa hasilnya adalah bertentangan dengan matlamat asalnya sebagaimana ia juga tidak akan berjaya menyebabkan pembebasan tentera Israel yang ditawan, Jelad Shalit.

Dalam satu kenyataan kepada Agensi Reuters, Blair juga menyeru regim Zionis agar menamatkan kepungan yang dikenakannya terhadap semenanjung Gaza dengan mengatakan bahawa kepungan itu hanya menyebabkan akibat yang bertentangan dengan matlamat asalnya. Apa yang mesti dilakukan oleh regim Zionis ialah membenarkan kemasukan bahan binaan bagi membina semula perumahan dan rangkaian kesihatan, bekalan elektrik dan air, serta membenarkan proses pelaburan berjalan dengan lancar.

Beliau juga menambah bahawa kepungan tersebut tidak membantu Israel membebaskan tenteranya yang ditawan HAMAS, Jelad Shalit semenjak tahun 2006. Beliau juga menegaskan bahawa kita tidak boleh menjejaskan kedudukan HAMAS dengan mendatangkan penderitaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Mengulas keputusan Mesir membuka sempadannya dengan semenanjung Gaza, beliau berkata: “Mereka melakukannya atas sebab-sebab kemanusiaan dengan menjadikan bandar Rafah lebih berfaedah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Laluan Masuk ke Rafah di buka

Jumaat, 04/06/2010 – Selepas kejadian serangan kejam oleh rejim Israel ke atas ‘Freedom Flotilla’, kerajaan Mesir telah membuka sempadan masuk ke Gaza melalui Rafah. Ini adalah kali pertama dalam masa lebih dar setahun, pihak berkuasa Mesir membuka laluan tersebut untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Dengan pembukaan sempadan tersebut, penduduk Gaza yang memerlukan bantuan perubatan dibenarkan keluar dan bantuan kemanusiaan dari luar akan dibenarkan masuk. Menurut sumber di Gaza, sebanyak 800 penduduk Gaza dijangka dibenarkan keluar melalui sempadan dengan persetujuan pihak berkuasa Mesir.

Untuk makluman, Mesir telah menutup sempadannya dengan Gaza semenjak Parti Hamas menguasai kerajaan Palestine dari tahun 2007.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

(Penting) Jemputan Menyertai Demo Soladirati

Yang dihormati,

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.

Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:

Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum

Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.

Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)

Tarikh: 4 Jun, 2010

Untuk penyelarasan, sila SMS setiausaha Crisis Management Team (CMT-LL4G) di talian 019-5511-600 untuk penyelarasan SENARAI ORGANISASI/NGO YANG AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA selewat-lewatnya pada hari Khamis 3/6/2010 jam 6 petang.

Categories
Berita Semasa

Solat Hajat Perdana Hari Ini di Stadium Melawati, Shah Alam.

Solat hajat perdana memohon keselamatan dan perlindungan Allah serta menyatakan sokongan keatas misi konvoi sukarelawan ke GAZA:

Tarikh: 3 jun 2010 (Khamis)

Masa: 6.30ptg

Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Sila bawa Sejadah

Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Categories
Berita Semasa

Rapat Umum Solidariti – “End the Siege!”, Jumaat ini.

ISMA, Aman Palestin dan PEMBINA akan menganjurkan rapat umum seperti berikut:

Tempat: Di depan Kedutaan Turki

Tarikh: 4hb Jun 2010

Masa: 11 pagi.

Rapat umum ini bertujuan memberi sokongan kepada kerajaan Turki, rakyat dan para syuhada’nya dalam usaha mereka menghentikan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak sekian tahun.

Semua dijemput turut serta.

Categories
Berita Semasa

Mangsa korban ke-374 sejak pengepungan Gaza

Khamis, 03/06/2010 – Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital al-Shefa, Dr. Muawiya Hassanein berkata seorang bayi Gaza berusia 7 bulan telah meninggal dunia semalam kerana keluarganya tidak mampu pergi ke Israel untuk mendapatkan rawatan di sana, menurut laporan agensi berita SAFA.

Hassanein berkata bahawa bayi itu menanggung sengsara tumor otak semasa hayatnya.

Tambah beliau lagi, angka kematian telah mencecah sehingga 374 orang sejak pengepungan oleh rejim Zionis dan menggesa kepungan itu ditamatkan segera.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Mogok dan Bersedih seluruh Palestin

Khamis, 03/06/2010 – Mogok besar diadakan hari ini di seluruh kawadan diduduki, dan juga kawasan diduduki 1948, dan mengingati kematian pembunuhan kebebasan yang dilakukan oleh Israel di kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean terhadap aktivis keamanan daripada 40 negara.

Mogok diadakan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, dan seluruh institusi , sektor awam dan swasta, termasuk sekolah , universiti dan kedai Palestin.

Di kawasan diduduki 1948 Komiti menggesa supaya mogok besar dilakukan hari ini di semua bandardan bandar arab di wilayah diduduki sebagai bantahan keatas pembunuhan kebebasan, kemarahan mereka dikalangan warga Palestin akibat daripada pembunuhan oleh Israel, wajah kemarahan dan sedih kelihatan jelas pada air muka warga Palestin yang mahukantindakan global ke atas pembunuhan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Yaman Mengutuk Serangan Israel terhadap Armada Gaza

Khamis, 03/06/2010 – Yaman pada hari Isnin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel sebagai “pengganas lanun” terhadap Armada Bebas Gaza, yang mengakibatkan kematian sekitar 19 aktivis keamanan, terutama Turki.

“Kerajaan Yaman mencela dalam istilah yang paling kuat pencerobohan Israel terhadap konvoi kapal kebebasan Gaza, pembunuhan aktivis keamanan di atas kapal, dan mencederakan puluhan dari mereka. Kami menganggap tindakan seperti itu sebagai rampasan pengganas yang menyingkapkan wajah jelek pengganas Israel, “kata seorang pegawai kerajaan Yaman dipetik oleh Agensi Akhbar Quds.

Pegawai rasmi Yaman meminta Israel untuk segera membebaskan semua aktivis keamanan dan kapal yang ditahan dan memberi laluan kepada mereka hulur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Yaman menggesa untuk segera membatalkan kepungan yang dikenakan di Gaza, pembebasan semua aktivis keamanan yang ditahan, dan membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza,”

Beberapa ahli parlimen Yaman berada bersama di dalam Armada Bebas Gaza untuk menyatakan sokongan dengan orang-orang Palestin di Gaza yang hidup di bawah kepungan Israel yang tidak adil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Raed Shalah: Berita kematian adalah propaganda Zionis


Khamis, 03/06/2010 – Ketua Gerakan Islam, Syaikh Raed Shalah menyatakan propaganda media Zionis yang sentiasa berusaha melenyapkan beliau. Syaikh Raed berkata lagi kerja Zionis ini adalah sia-sia. Zionis tidak lagi dapat menutup kezaliman yang dilakukan ke atas konvoi keamanan.

Syaikh Raed masih dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan Turki yang telah membantu banyak dalam menjayakan kovoi keamanan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak seorang warga tua Palestin

Khamis, 03/06/2010 – Tentera rejim Zionis menembak seorang wanita tua Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza hari ini.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa kakitangan perubatan telah membawa Salma Shlouf, 65, ke hospital setelah beliau mengalami kecederaan yang agak kritikal.  Saksi mengatakan bahawa wanita itu sedang membawa binatang ternakannya berhampiran sempadan Gaza-Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul