Categories
Berita Semasa

Zionis gagal buktikan hubungan dengan al-Quds

Rabu, 21/04/2010 – Dr Talib Abu Shi’r, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama menegaskan bahawa kegiatan arkeologi berterusan yang dijalankan oleh tentera penjajah Zionis di bandar al-Quds dan lainnya, gagal menemui walaupun seketul batu yang mempunyai hubungan dengan sejarah bangsa Yahudi kuno. Beliau juga menjelaskan pakar arkeologi Yahudi sendiri mengaku tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan hubungan dengan kuil yang didakwa dan tidak juga dengan sejarah kuno Yahudi.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Isnin (19/4), beliau menarik perhatian bahawa meskipun tiada sebarang bukti ditemui di bawah Masjid al-Aqsa, tetapi mereka masih meneruskan penggalian dan pencarian kerana mahu menunjukkan seolah-olah mereka pernah mempunyai sejarah dan tamadun di situ, melalui pemalsuan yang mereka lakukan terhadap kitab Taurat dan dakwaan bahawa kuil mereka berada di situ. Namun beliau menjelaskan, rakyat Palestin yang bertahan di kawasan al-Aqsa akan mempertahankannya dengan segala kemampuan yang mereka miliki dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang perancangan jahat Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Anggota Parlimen desak Kerajaan Mesir usir Duta Zionis Israel

Rabu, 21/04/2010 – Anggota parlimen Mesir dari Ikhwan, Ir. Ibrahim Abu Auf mendesak dan memohon ketua dewan kabinet dan menteri luar Mesir agar membantu menangani isu rakyat Palestin di Tebing Barat yang didiami secara haram oleh Zionis. Abu Auf menyatakan seramai 70000 rakyat Palestin telah diusir dari kampung halaman mereka dan digantikan pendatang haram Yahudi. Keadaan ini telah menjadikan seolah-olah tanah rakyat Palestin menjadi hak ZIonis Israel.

Abu Auf turut mengingatkan undang-undang antarabangsa memberikan hak kepada rakyat Palestin untuk mereka hidup di tanah mereka sendiri dan juga hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Jelas Zionis melanggar undang-undang antarabangsa namun seluruh dunia hanya mampu berdiam diri khususnya negara-negara Arab.

Abu Auf turut mendesak agar duta besar Israel di Mesir di usir, segala perjanjian dibatalkan dan menutup terus kedutaan Israel di sini. PBB yang sepatutnya bertindak menghadapi kezaliman Israel masih tidak mampu bertindak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan serangan terhad di Utara Gaza.

Rabu, 21/04/2010 – Semalam, Tentera Haram Israel telah menyerbu bandar Bait Lahya di utara Semenanjung Gaza .

Menurut sumber tempatan, Pasukan Tentera Khas Israel yang digabungkan dengan beberapa buah kenderaan tentera dan serta dibantu dengan pesawat pejuang telah melakukan serangan di mukim Doght di barat Bait Lahya yang mana mereka telah melepaskan tembakan yang kuat terhadap semua objek bergerak.

Al-Nasser Salah Brigade Al-Deen dalam kenyataannya berkata bahawa para pejuang tetap menentang tentera Israel yang menyerang wilayah Doght ketika mereka melepaskan tembakan ke arah mereka, walau bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan oleh kedua-dua belah pihak.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel tutup laluan komersil Gaza.

Rabu, 21/04/2010 – Tentera Rejim Zionis mengumumkan penutupan laluan komersil Gaza hari ini dan esok sempena cuti kebesaran Yahudi.

Raed Fattouh, Pengerusi Badan kemasukan bahan-bahan ke Gaza, menyatakan Tentera Rejim Zionis menutup laluan komersil Kerem Abu Salem dan Carney hari ini dan esok sempena perayaan Yahudi dan akan dibuka semula pagi Rabu ini.

Fattouh menambah bahawa Penguasa Rejim Israel membenarkan kemasukan 69 lori menerusi laluan Kerem Abu Salem, termasuk dua lori bantuan, di samping mengisi 223,437 liter gasolin untuk Stesen Janakuasa dan 111,300 liter gas memasak, dan mengeluarkan satu lori penuh dengan bunga-bungaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan beri amaran akan krisis di Gaza berpunca dari kekurangan bahan bakar

Selasa, 20/04/2010 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengeluarkan amaran berlakunya krisis kemanusiaan dan kesihatan di Gaza berpunca dari kekurangan bahan bakar di hospital-hospital Semenanjung Gaza.

Kementerian tersebut juga menambah dalam satu kenyataannya bahawa mereka mengalami kesukaran akibat kekurangan 300 liter diesel yang diperlukan untuk mengerakkan janakuasa bagi menjalankan beberapa servis kecemasan, selain peti sejuk ubat-ubatan, makmal dan tabung darah berpunca dari terputusnya bekalan elektrik.

Kenyataan tersebut menuduh Israel menghalang kemasukan mesin-mesin penting sebagai ‘UPS’ yang diperlukan untuk disambung ke mesin unit rawatan rapi dan peralatan dialisis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Selatan Lubnan semakin bergolak.

Selasa, 20/04/2010 – Tentera Israel telah melepaskan bunga api ke langit malam tadi di bandar “Al-Edesah” berdekatan dengan sempadan selatan Lubnan untuk memastikan mereka bersiap siaga di daerah itu terutamanya apabila jamuan makan malam di rumah gabenor bandar tersebut dihadiri oleh sejumlah pemimpin “Hizbullah” yang menimbulkan kecurigaan dan ketegangan terhadap tentera Israel di sempadan, menurut sumber media Lubnan.

Media Lubnan melaporkan hari ini bahawa pasukan UNIFIL telah dimaklumkan oleh pasukan Israel yang mereka akan membakar rumah gabenor jika kenderaan-kenderaan sekitarnya yang dianggarkan melebihi seratus buah tidak meninggalkan rumah terbabit .

Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Vilnai semalam menyatakan ketegangan meningkat terhadap tentera Israel berikutan ancaman “roket sekitar Israel,” katanya dalam sebuah seminar yang diadakan di Bersyeba: “berdasarkan subjek pemindahan roket SCUD Syria kepada Hizbullah, negara Israel adalah semua terletak dalam lingkungan sasaran roket itu”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel tutup Tebing Barat.

Selasa, 20/04/2010 – Sumber mengatakan bahawa kerajaan haram Israel telah mentutup sepenuhnya semua wilayah Palestin dalam menyambut perayaan apa yang mereka sebut “Pesta kemerdekaan” ke-62 Negara Haram Israel.

Sumber-sumber mengatakan bahawa penutupan tersebut akan terus sampai ke tengah malam Selasa depan, dan oleh itu warga Palestin dilarang untuk memasuki Israel selama tempoh ini, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan bantuan kemanusiaan yang hanya selepas memohon dengan pengawai awam Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Proses pemindahan 200 warga Palestin Semenanjung Gaza bermula.

Selasa, 20/04/2010 – Speaker Majlis Perundangan Palestin, Dr Aziz Duweik menegaskan tentera Zionis mula melaksanakan ketetapan memindahkan warga Palestin dengan menghalau 200 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu jenayah besar dan tragedi yang menimpa rakyat Palestin.

Duweik menegaskan dalam satu kenyataan kepada akhbar Jordan al-Sabeel pada hari Ahad (18/4) bahawa negara Israel yang menjadi sandaran pihak berkuasa di Tebing Barat melalui meja-meja rundingan dan proses damai, tidak lebih hanya sebagai negara khayalan yang tidak mempunyai sebarang hakikat. Beliau juga menyeru pihak berkuasa di Tebing Barat agar menghentikan proses rundingan, bahkan mendokong perjuangan dan mempertahankannya.

Beliau juga menganggap bahawa dengan melaksanakan tindakan tersebut, ini bermakna regim Zionis menghancurkan semua perjanjian dan persetujuan antarabangsa bahkan ia menghantar mesej kepada dunia bahawa ia adalah negara penjajah yang tidak memahamai sebarang undang-undang dan tidak menghormati apa-apa perjanjian.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Hamas di Gaza hukum bunuh dua orang tali barut.

Selasa, 20/04/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza pada Khamis lalu mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menjalankan hukuman bunuh ke atas dua orang rakyat Palestin yang didapati bersalah bekerjasama dengan perisikan Zionis. Kedua-duanya telah ditembak mati.

Jeneral Ahmad Atalla, Ketua Pendakwaraya Tentera di Gaza mengesahkan kedua-duanya dibunuh setelah semua proses rayuan dan pertimbangan undang-undang dipenuhi.

Pada 22 Februari 2009, Mahkamah Tentera telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua rakyat Palestin.

Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang berkaitan dengan Hamas mengenalpasti kedua-duanya sebagai Nasser Salama Abu Freih, seorang pegawai polis dari Izbit Abed-Rabbo di Kem Pelarian Jabalia dan Mohammad Ahmad Al Sabe’, didapati bersalah bekerjasama dengan pihak musuh, pembunuh dan bersubahat dalam pembunuhan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Obama tarik diri

Selasa, 20/04/2010 – Presiden Barack Obama telah melahirkan rasa kecewa di atas usaha rundingan damai Timur Tengah yang menemui jalan buntu. Katanya, pihak Israel dan Palestin mungkin belum bersedia untuk menyelesaikan konflik mereka walaupun mendapat tekanan daripada Washington.

Obama berkata dalam satu sidang media selepas mesyuarat kemuncak Keselamatan Nuklear bahawa, “penduduk Israel melalui kerajaan mereka dan rakyat Palestin menerusi pihak berkuasa PA, serta Negara-negara Arab mungkin berkata kepada diri sendiri bahawa mereka belum bersedia untuk menyelesaikan isu antara mereka walaupun menerima tekanan daripada AS”.

Menurutnya lagi, Washington tidak boleh menetapkan sebarang penyelesaian dalam perkara-perkara yang menjadi perbalahan melainkan pihak-pihak terlibat menunjukkan kesungguhan untuk mencari penyelesaian.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sidang mahkamah terhadap pembelot Israel tumpu pada dokumen yang hilang

Selasa, 20/04/2010 – Dalam dakwaan terhadap Anat Gam, kerajaan haram Israel dan media berfokus pada kenyataan bahawa bukti tertentu yang hilang, fokus yang beberapa penganalisis berkata kerajaan haram Israel cuba lari dari masalah nyata dalam kes ini yaitu isi yang terkandung dalam dokumen tersebut yang dibongkar oleh Anat GAM.

Sebanyak 2000 buah dokumen, video dan rakaman yang dibongkarkan kepada media oleh bekas askar Israel, Anat Gam, tentera Israel menggunakan pembunuhan diluar tabii terhadap rakyat Palestin dan menjadi prosedur operasi standard, yang tiada pengecualian.

Pembunuhan di luar tabii ini melanggar undang-undang antarabangsa, dan jelas melanggar kewajipan Israel sebagai tenter penjajah di bawah Konvensyen Geneva Keempat.

Selain mendedah luas tindakan tentera rejim Zion yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, kes Anat Gam juga membongkar kepincangan keselamatan dalam rahsia Israel dari segi kekalutan dalam badan-badan perisikan operasi Israel, cara bukti ditangani dan kawalan dari kerajaan haram Israel.

Meskipun Anat Gam ditangkap pada tarikh 10 Februari semua media Israel diperintahkan oleh tentera rejim Zionis untuk diam tentang penahanan itu. Kes kecurian ini melibatkan Gam terhadap dokumen dan video dari pejabat tentera di mana dia bekerja, dan penyerahan dokumen-dokumen ini ke wartawan akhbar Ha’aretz Israel, yang kemudiannya diterbitkan sebuah laporan berdasarkan maklumat dalam dokumen tersebut oleh wartawan akhbar Ha’aretz.

Menurut Gam, mengambil dokumen rahsia dari pejabat tentera rejim Zionis sangat mudah, kerana prosedur keselamatan yang longgar di pejabat. Selamapenyiasatan oleh pihak polis, dia menyatakan bahawa Komando Sentral GOC adalah “pejabat yang memalukan dalam hal keselamatan maklumat” yang memperlihatkan “kecuaian tentang sesuatu yang ada berkaitan dengan dokumen-dokumen tentera rejim Zionis.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Datuk Bandar Jerusalem mahu roboh lagi rumah Palestin.

Selasa, 20/04/2010 – Datuk Bandar Jerusalem, Nir Barkat, mengeluarkan arahan bagi penguatkuasa tempatan untuk merobohkan lagi rumah-rumah Palestin di dalam beberapa kejiranan di bandar Silwan di Timur Jerusalem.

Penguatkuasa tersebut akan memulakan tindakan meranap rumah-rumah Palestin di Silwan pada hari Rabu dan juga akan meranapkan rumah-rumah di kejiranan arab yang lain. Israel baru-baru ini telah meranapkan beberapa rumah Palestin di Timur Jerusalem tetapi menghentikan tindakan meroboh setelah mendapat tekanan luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Zionis bersiap sedia buka ‘Muzium Kuil’

Selasa, 20/04/2010 – Beberapa sumber Palestin di bandar al-Quds yang dijajah memberi amaran tentang satu perancangan baru Zionis untuk membuka apa yang dinamakan sebagai ‘Muzium Kuil’ berhadapan dengan tembok ‘al-Buraq’. Muzium tersebut akan bersaiz lebih besar sedikit daripada Masjid al-Aqsa. Jaraknya pula dengan bahagian barat masjid hanya beberapa meter sahaja. Perlu diingatkan bahawa pembinaan ini adalah di samping pembinaan sebuah lagi kuil yang akan diisytiharkan pembukaannya tidak lama lagi, yang dinamakan sebagai ‘Kuil Kebanggaan Israel’.

Sumber tersebut memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa perancangan pihak berkuasa regim Zionis itu terhadap bandar al-Quds dalam tempoh beberapa hari akan datang itu akan mengancam dan membahayakan masjid al-Aqsa, bahkan ia lebih merbahaya daripada ‘Kuil Robohan’ yang telah dibuka beberapa minggu lalu.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa sebuah lagi kuil yang dinamakan ‘Cahaya Suci’ akan didirikan di kampung al-Shaykh Jarrah sehingga tahun 2014 di atas tapak 20 buah rumah yang telah dimasukkan sebagai binaan yang akan dirobohkan menurut perancangan Zionis. Sebuah kawasan simpanan semula jadi juga ingin diwujudkan oleh pihak Zionis dengan merobohkan beberapa buah rumah rakyat Palestin di kawasan al-Tur dengan alasan bahawa wujud di kawasan tersebut beberapa ekor burung helang dari spesis yang sukar didapati. Rumah-rumah tersebut perlu dirobohkan bagi menjamin kehidupan yang selesa bagi burung-burung itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis halang kerja2 memadam kebakaran.

Isnin, 19/04/2010 – Sumber Palestin Khamis lalu melaporkan ketika beberapa gudang untuk kegunaan isirumah dan produk span terbakar, tentera Israel telah menghalang pasukan bomba dan penyelamat Palestin untuk sampai ke daerah itu sehingga menyebabkan kerosakan dan kerugian meningkat.

Gudang-gudang yang dimiliki peniaga Fathi Omar Amour dan Khaled Al-Nabulsy terletak di kampung Barta’a dan dikelilingi oleh Tembok Annex berhampiran bandar Tebing Barat, utara Jenin.

Majdi Qabha, Ketua Persatuan Kampung Barta’a menyatakan penduduk bergegas ke tempat kejadian dan kemudian membantu memadamkan api itu namun pegawai bomba tidak dibenarkankan melalui tempat itu dengan kerugian ditaksirkan sebanyak 1 juta NIS.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Beberapa penduduk Palestin tercedera dalam pertengkaran di Hebron

Isnin, 19/04/2010 – Tiga orang rakyat Palestin tercedera terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan oleh tentera pada sekumpulan ahli demonstrasi Palestin selasa lalu, sementara itu, beberapa warga lain turut menerima rawatan perubatan selepas terhidu gas yang dilepaskan oleh tentera di bandar Beit Ummar, bahagian utara bandar selatan Tebing Barat Hebron .

Pertengkaran terjadi berhampiran sebuah pos penempatan haram selepas kumpulan pendatang mengancam akan menembak dan membunuh seorang penduduk Hashim Ahmad, sewaktu beliau sedang bertani.

Kumpulan pendatang tersebut melepaskan beberapa rentetan tembakan peluru hidup ke udara dan menyerang penduduk tersebut dalam usaha untuk memaksa beliau keluar dari tanahnya. Salah satu daripada pos penempatan haram telah dibina di dalam tanah beliau.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez