
Isnin , 23/02/2009 – Amerika Syarikat optimis terhadap hasil proses damai di Timur Tengah dan mengisytiharkan ia akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan Zionis yang akan dibentuk oleh pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu.

Isnin , 23/02/2009 – Amerika Syarikat optimis terhadap hasil proses damai di Timur Tengah dan mengisytiharkan ia akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan Zionis yang akan dibentuk oleh pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu.

Jumaat , 20/02/2009 – Mohammed Dahlan, ketua gerakan Fatah mengalami kerugian apabila terpaksa membayar jaminan dalam satu kes mahkamah terhadap kolumnis Palestin terkenal Dr Ibrahim Hamami dan TV Aljazeera.
Sumber menyebutkan bahawa Mahkamah Agung England, Dahlan terpaksa membayar 200 000 dolar US ikat jamin di mahkamah itu. Kerugian ini adalah kerana penolakan mahkamah terhadap permintaan peguam Dahlan untuk mengemukakan saksi-saksi Ibrahim Hamami dan stesen TV Aljazeera. Kes ini ditangguhkan ke 2/11 setelah sidang persiapan telah selesai. Menurut perjalanan kes ini, anggapan kemenangan Dahlan dalam kes ini akan menjadi kabur.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Jumaat , 20/02/2009 – HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Jumaat , 20/02/2009 – Jet pejuang Israel telah mengebom tengahari semalam di sepanjang kawasan sempadan Gaza-Mesir, menurut sumber Palestin. Tentera Israel menyatakan sasaran mereka adalah terowong bawah tanah di sepanjang garisan sempadan itu, namun menurut sumber tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Israeli menambah serangan itu adalah sebagai tindakbalas berikutan serangan yang dilancarkan dari Gaza ke atas kubu mereka berhampiran wilayah Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Jumaat , 20/02/2009 – Di dalam sebuah operasi penahanan besar-besaran yang tidak pernah berlaku, pasukan penceroboh rejim Zionis menahan hampir 100 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat dalam masa empat hari, menurut sumber tempatan. Menurut mereka juga, awal pagi Khamis lalu, Tentera rejim Zionis telah menahan tujuh rakyat rakyat tempatan di daerah Nablus.
Media yahudi pula telah melaporkan bahawa tentera rejim Zionis menahan 10 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat sepanjang 24 jam lalu untuk pemeriksaan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77

Jumaat , 20/02/2009 – Polis Britain menahan sembilan lelaki yang sedang melalui lebuh raya yang dituduh merancang untuk meninggalkan Britain dengan konvoi bantuan bernilai £1,000,000 untuk Semenanjung Gaza yang dikelolakan sendiri oleh Ahli Parlimen George Galloway, ketua badan kebajikan Viva Palestin. Menurut laporan berita Britain, van-van yang dinaiki oleh sembilan lelaki itu berimejkan bendera Palestin pada bahagian sebelahnya dan terpapar tanda “Berhenti membunuh kanak-kanak, bebaskan Palestin” pada bahagian yang lain.

Jumaat , 20/02/2009 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS menegaskan isu gencatan senjata mempunyai aliran tersendiri dengan matlamat tertentu dan jelas yang ingin dicapai, iaitu pembukaan pintu-pintu sempadan, pembatalan sekatan atau kepungan dan penamatan atau pemberhentian sebarang bentuk permusuhan. Mengaitkan gencatan senjata dengan isu-isu lain tidak akan berhasil sama sekali.

Rabu, 18/02/2009 – Dr Mahmud al-Zahhar, seorang pemimpin HAMAS berkata keperluan rakyat Palestin kepada Mesir sama seperti keperluan manusia kepada air dan udara, sambil menegaskan dari sudut geografi dan sejarah, rakyat kedua-dua negara adalah satu dan sempadan tidak pernah ditutup sebelum itu.

Rabu, 18/02/2009 – Ra’fat Nassif, anggota kepimpinan politik Hamas telah menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihak berkuasa PA di Ramallah telah membebaskan tahanan di penjara Tebing Barat bagi mewujudkan gabungan dengan Pergerakan Hamas.

Selasa , 17/02/2009 – Hamas mengumumkan mempunya sejumlah bukti mayat tentera Zionis Israel yang terbunuh. Salah seorang tentera Zionis Israel telah ditembak mati oleh penembak tepat Hamas. Antara bukti yang turut dalam simpanan Hamas ialah mayat tentera Zionis, topi tentera, kaca mata, peluru dan anggota badan mereka.
Sebelum ini, telah terdapat kenyataan rasmi oleh Hamas menyatakan terdapat 2 orang tentera Zionis yang berjaya ditangkap tetapi mati akibat serangan pesawat mereka sendiri.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa , 17/02/2009 – HAMAS menegaskan ia amat serius untuk menjayakan segala usaha dan inisiatif yang diambil demi mencapai persefahaman terhadap segala isu Palestin yang dikemukakan, terutamanya usaha Mesir untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dengan regim Zionis, perjanjian pertukaran tawanan dan penyatuan kembali antara kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Selasa , 17/02/2009 – Seramai 100 penghuni sebuah hotel di Israel cedera akibat menghidu gas toksik pada tengahari Isnin di pusat peranginan Eliat, Israel dan dikejarkan ke hospital berdekatan.
Polis Israel memberitahu kebocoran gas toksik tersebut adalah disebabkan kecuaian manusia dan bukannya bermotifkan politik.
Pengurus hotel tersebut memberitahu seorang pekerja telah membiar sebuah tong kimia yang bocor di sebuah bilik berdekatan dengan kolam renang yang menyebabkan reaksi toksik yang membawa gas tersebut ke seluruh hotel melalui saluran udara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Selasa , 17/02/2009 – Gerakan pejuang Hamas, menegaskan, pihaknya tidak pernah menghalang kesepakatan berkaitan gencatan senjata mahupun pembebasan tahanan tentera, Gilad Shalit. Namun begitu Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan melepaskan sedikitpun haknya.

Selasa , 17/02/2009 – Dalam satu pencabulan secara terang-terangan ke atas hak asasi manusia antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat, yang mengharamkan hukuman secara kolektif ke atas seseorang penduduk, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan yang beliau akan meneruskan hukuman ke atas keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza sehingga Gilad Shalit, iaitu salah seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin pada 2006, dilepaskan.

Isnin , 16/02/2009 –Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.