Categories
Berita Semasa

Haaretz : Israel Halang Perjalanan Penduduk Gaza Untuk Rawatan Barah

Rabu,02-06-2021 – Semenjak pencerobohan terakhir terhadap Gaza dimulakan, pihak berkuasa Israel telah menghalang pesakit barah meninggalkan wilayah pesisir itu untuk mendapat rawatan perubatan untuk menyelamatkan nyawa di hospital-hospital di Jerusalem.

Pesakit-pesakit barah mendapatkan rawatan kimoterapi di hospital Jerusalem kerana rawatan itu tidak terdapat di Gaza.

Menurut akhbar Haaretz, sejak hari pertama peperangan Israel ke atas Gaza hingga Selasa 25 Mei yang lalu, seberang sempadan Erez (Beit Hanoun) ditutup sepenuhnya, tetapi setelah dibuka semula, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa mereka akan memberi kebenaran masuk kepada pesakit yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis Israel melanggar kanak-kanak Palestin kerana menaikkan bendera Palestin

Rabu,02-06-2021 – Polis Israel pada hari Ahad melanggar kanak-kanak Palestin berusian 15 tahun, Jawad Abbasi di kejiranan Ras al-Amud di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, kerana memasang bendera Palestin pada basikalnya.

Saksi melaporkan bahawa tiga orang anggota polis Israel mengekori Abbasi dengan kenderaan mereka semasa dia menunggang basikal dan melanggarnya dengan alasan dia memasang bendera Palestin pada basikalnya. Dia mengalami kecederaan pada kakinya.

Saksi menambah bahawa polis rejim menahan Abbasi buat seketika sebelum dia dibawa untuk mendapatkan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Kami mengalahkan ‘entiti zionis’ dalam pertempuran yang lepas.

Selasa, 01-06-2021 – Khaled Mishaal, pemimpin Hamas di luar negara, menyatakan pada Jumaat bahawa pertempuran dengan ‘musuh zionis’ belum berakhir.

Mishaal menambah Ketika berucap di Sambutan Kemenangan Pertempuran Saif Al-Quds di Lembah Bekaa Lubnan, “Kami mengalahkan entity zionis dan menang besar dalam pertempuran ini.”

Beliau menyatakan, Israel cuba untuk mencapai secara politik, apa yang tidak dapat dicapai di medan dengan memprovokasi rakyat di Baitulmuqaddis, Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah serta cuba menutup jenayahnya menerusi normalisasi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Beratus tunjuk perasaan di Washington sokong Palestin

Selasa, 01-06-2021 – Beratus orang melakukan tunjuk perasaan pada petang hari Sabtu di ibu negara US, Washington, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, menyeru US menamatkan bantuan kepada Israel. Peserta membawa bendera Palestin dan sepanduk, berhimpun di hadapan Tugu Peringatan Lincoln seketika sebelum berarak ke arah plaza di luar Rumah Putih.

Mereka turut melaungkan slogan menyokong rakyat Palestin dan mengecam pencabulan dan jenayah berterusan Israel ke atas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan

Categories
Berita Semasa

Keluarga Palestin Diarah Robohkan Rumah, Ladang di Bethlehem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memerintahkan sebuah keluarga Palestin untuk merobohkan rumah kediaman dan ladang mereka sendiri di timur Bethlehem dengan alasan bahawa ia adalah pembinaan tidak berlesen.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Mohamed al-Wahsh mengatakan bahawa keluarganya mendapat notis daripada pihak pentadbiran awam tentera Israel yang memerintahkan supaya mereka merobohkan sebuah rumah seluas 60 meter persegi dan sebuah ladang lembu seluas 40 meter persegi di kawasan Fureidis di timur Bethlehem.

Wahsh menambah bahawa tentera Israel mengancam untuk mengenakan bayaran denda ke atas keluarga tersebut serta perbelanjaan untuk kos perobohan sekiranya kakitangan mereka datang untuk melaksanakan arahan perobohan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis menculik remaja Jerusalem dari Jalan Issawiya.

Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim zionis Israel pada hari Sabtu lepas menculik seorang remaja Jerusalem dari kawasan timur Jerusalem , dalam daerah Issawwiya dan menyerahkan perintah berkurung kepada bapanya.

Menurut sumber tempatan, polis rejim zionis menculik Nayef Obeid yang berusia 17 tahun semasa beliau dalam perjalanan ke kedai runcit di kawasan Obied di daerah Issawiya and membawanya ke pusat penahanan Moskobiya. Tiada maklumat tentang sama ada beliau telah dibebaskan kemudian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hairul ahmad

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel tembak dan tahan pemuda Palestin di Negev.

Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin pada subuh hari Sabtu di Negev selepas mengejar kereta dipandunya dan melepaskan tembakan.

Menurut laporan pihak polis rejim, pemuda itu tidak berhenti di sekatan jalan sebaliknya terus memandu dengan laju, kemudian merempuh  kereta polis rejim mengakibatkan empat anggota polis pengawal sempadan rejim cedera dan akhirnya pemuda itu telah ditangkap.

Pada kejadian sebelum itu pula, polis rejim Israel dikatakan telah menyerang seorang pemuda Palestin yang sedang memandu kereta. Kejadian berlaku di Haifa pada malam hari Jumaat lalu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Selasa, 01-06-2021 – Puluhan peneroka Yahudi, termasuk Menteri Perumahan Israel Yaakov Litzman, mencemarkan Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan polis pada pagi Ahad.

Menurut sumber setempat, lebih 70 orang peneroka memasuki masjid itu melalui Pintu al- Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki masjid pada jam 10:30 pagi setelah para peneroka melengkapkan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan oleh peneroka pada sebelah petang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel paksa warga Palestin robohkan sendiri rumah.

Selasa, 01-06-2021 – Rejim Israel memaksa seorang penduduk Palestin di Al-Taybeh yang terletak di wilayah yang diduduki Israel 1948 merobohkan sendiri rumah yang sedang dalam pembinaan kerana bangunan itu tidak berlesen.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pemilik rumah, Nabil Amr telah dipaksa untuk meruntuhkan sendiri rumah yang sedang dibinanya itu bagi mengelakkan dari disaman serta  dikehendaki membayar belanja kerja meroboh yang lebih tinggi.

Pihak rejim Israel masih terus meroboh rumah penduduk dan bangunan milik pertubuhan Arab walau pun pengumuman  terbaru menyatakan  pihak rejim  membekukan sebarang pindaan  pada Artikel  116 A Rancangan dan Undang-Undang Bangunan. Artikal itu menyatakan tempoh dua tahun diberi sebelum perobohan ribuan rumah  penduduk Arab dilakukan bagi membolehkan rumah  mereka dilesenkan dan dalam masa sama  mengelak dari diruntuhkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Lebih 250 warga Palestin ditahan di kawasan Arab Israel dalam dua hari

Selasa, 01-06-2021 – Dalam tempoh dua hari lepas, lebih 250 pemuda dan wanita Palestin ditahan atas tuduhan penglibatan mereka dengan kekacauan terkini. 

Hasan Jabareen, pengarah Pusat Perundangan untuk Hak Minoriti (Adalah), berkata, satu keputusan politik dari rejim Israel menjadi dalang di sebalik penangkapan terbaru di kawasan Arab, dan menyifatkannya sebagai tidak sah dan bertujuan mengganas terhadap warga Palestin. Penahanan tidak dilakukan terhadap pemuda Yahudi yang melakukan keganasan kepada warga Palestin dan harta benda mereka di Israel, demikian pengumuman polis pada Ahad lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Ireland: Israel terlibat dalam “penggabungan Palestin secara de facto” (Negara EU pertama yang menyatakan kedudukan tersebut)

Selasa, 01-06-2021 – Parlimen Ireland secara sebulat suara meluluskan usul yang mengecam “aneksasi de facto haram” terhadap tanah Palestin, termasuk Timur Baitulmaqdis oleh Rejim Zionis.

Usul itu, yang dibentangkan oleh parti pembangkang Sinn Fein, disahkan pada hari Rabu setelah mendapat sokongan parti.

Ini menjadikannya negara Kesatuan Eropah pertama yang mengambil kedudukan tersebut dan menggunakan ungkapan “aneksasi de facto yang tidak sah” berkaitan dengan kehadiran Israel dan pencurian tanah di wilayah Palestin yang dijajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera zionis Israel telah menyersbu dan menculi beberapa orang rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Rabu dan berlanjutan hingga subuh Khamis.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel di timur Jerusalem menculik sejumlah penduduk dari rumah mereka. Sebilangan dari mereka dikenali sebagai Nihda al-Zafhir, Adham Obeidat, Adnan Aliyan, Uday Kabaja dan Mohamed Kabaja.

Di pinggir bandar Jarusalem pula, zionis Israel menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Ahmed Abu Samra setelah menggeledah rumahnya di kem pelarian Qalandia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur shuhada mohd sayuti

Categories
Berita Semasa

Qatar Janji $500,000 untuk Gaza Yang Dilanda Perang

Selasa, 01-06-2021 – Qatar menjanjikan $500,000 untuk projek pembinaan semula di Semenanjung Gaza yang dilanda perang, menurut Jawatankuasa Pembinaan Semula Gaza Qatar. Di laman web rasminya, Jawatankuasa Qatar menyatakan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan setengah billion dollar sebagai sokongan untuk pembinaan semula Gaza.

Jawatankuasa itu menjelaskan dana tersebut akan digunakan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza menghadapi cabaran hidup baru yang disebabkan oleh serangan terakhir Israel dan untuk menyumbang membina semula dan memulihkan kemudahan serta infrastruktur perkhidmatan yang terjejas dan rumah-rumah kediaman yang mengalami kemusnahan atau kerosakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mogok Lapar Tahanan Pentadbiran Palestin Masuk Hari ke-22

Selasa, 01-06-2021 – Mogok lapar terbuka tahanan Palestin Al-Ghadhanfar Abu Atwan telah memasuki hari ke-22. Mogok tersebut adalah sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya yang dijalankan tanpa dakwaan atau perbicaraan.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS) pada hari Rabu, perkhidmatan penjara Israel baru-baru ini memindahkan tahanan Abu Atwan, 28, ke sebuah sel pengasingan di penjara Ohalei Kedar (Beersheba) untuk memaksanya untuk mengakhiri mogok laparnya.

Abu Atwan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Dia juga pernah ditahan secara pentadbiran beberapa kali sebelumnya.

Atas perintah pemerintah mereka, pentadbiran keamanan dan perisikan Israel telah mempertingkatkan penahanan warga Palestin secara pentadbiran pada bulan Mei.

Menurut PPS, 155 perintah, sama ada untuk menahan rakyat Palestin secara pentadbiran atau pun untuk melanjutkan perintah sebelumnya, telah dikeluarkan antara 1 dan 20 Mei pada bulan yang sama, yang telah menyebabkan peningkatan jumlah tahanan pentadbiran kepada sekitar 500 orang rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Schmale mohon maaf atas komen, menyeru siasatan ke atas tindakan Israel

Selasa, 01-06-2021 – Pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale telah memohon maaf di atas komen yang dibuatnya di TV Israel di mana dia berkata bahawa serangan ketenteraan Israel ke atas Semenanjung Gaza dilihat sebagai ‘tepat’.

Dalam satu komen di Twitter, Schmale menyatakan bahawa tentera Israel tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa semasa perang terakhirnya ke atas Gaza dan membunuh berpuluh orang awam, lantas menyeru siasatan dan kebertanggungjawapan antarabangsa.

“Membunuh lebih 200 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak adalah tindakan yang tidak mengikut undang-undang peperangan. Satu siasatan dan kebertanggungjawapan bebas ke atas tindakan tersebut hendaklah diwujudkan”, katanya di Twitter.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan