Categories
Berita Semasa

Aktivis dari Jerusalem menyeru untuk menentang dasar pengusiran Israel

Rabu, 09-08-2023 – Aktivis dari Jerusalem, Ra’edah Saed, pada hari Isnin menyeru rakyat Palestin untuk berprotes menentang dasar pengusiran warga Jerusalem dari Masjid Al-Aqsa oleh pihak Israel.

“Regik Zionis Israel (IOA) semakin meningkatkan pengeluaran perintah pengusiran terhadap penduduk Jerusalem,” tegas Saed, menambah bahawa kadang-kadang aktivis Jerusalem diusir dari Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Jerusalem selama setahun.

Dari pihaknya, Sheikh Najeh Bakirat, timbalan ketua Pentadbiran Awqaf Islam di Jerusalem yang Dijajah, menegaskan kembali penolakannya terhadap perintah pengusiran Israel yang dikeluarkan oleh IOA, dan menekankan bahawa perintah-perintah sedemikian tidak akan melemahkan tekad rakyat Palestin untuk mempertahankan hak-hak dan tapak-tapak suci mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Syahid Ditembak Di Tebing Barat

Rabu, 09-08-2023 – Remaja Palestin, Ramzi Fathi Hamed yang berusia 17 tahun, meninggal dunia hari ini, Isnin (7/8/2023). Beliau cedera parah sejak tiga hari lalu setelah ditembak penduduk pendatang Yahudi berdekatan pintu masuk Silwad sebelah timur Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Pengarah Kompleks Perubatan Palestin, Dr. Ahmad Al-Bitawi mengatakan bahawa mangsa Ramzi Hamed meninggal dunia pagi ini akibat pendarahan paru-paru yang teruk setelah ditembak dengan peluru tajam di dada dan perut.Sumber tempatan mengatakan bahawa remaja lelaki, Ramzi Hamed ditembak oleh seorang pengawal penempatan Yahudi di kereta yang dipandu ketika dia berada di Jalan Waar Al-Adas di Silwad.

Dia menambah bahawa Ramzi terkena dua peluru, salah satunya meledak di perutnya dan mengakibatkan dia meninggal dunia tiga hari setelah kejadian. Ramzi Hamed adalah korban ke-219 yang dibunuh oleh tentera penjajah Zionis dan penduduk pendatang Yahudi sejak awal tahun 20223 ini dan korban ke-13 dari daerah Ramallah dan Al-Bireh.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi melanggar seorang kanak-kanak Palestin di timur Bethlehem

Selasa, 08-08-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera teruk pada petang Ahad setelah seorang pendatang Yahudi melanggarnya, di timur kota Bethlehem, Tebing Barat.

Sumber tempatan mengenalpasti kanak-kanak itu sebagai Jibril Sawarkah, berusia empat tahun.

Sumber tersebut menyebut, kanak-kanak itu dilanggar lari di kampung Kisan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF melakukan serbuan ganas, dan penahanan di Tebing Barat.

Isnin, 07-08-2023 – Polis rejim zionis (IOF) melancarkan serbuan dan kempen penahanan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh Jumaat.

Mereka menahan dua warga Palestin termasuk seorang bekas tahanan, setelah menceroboh bandar Biddu dan Al-Eizariya di Baitulmuqaddis.

Seorang lagi warga Palestin ditahan di kem pelarian Al-Aroub di al-Khalil.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Empat warga Palestin ditahan di Baitulmuqaddis, Lembah Jordan.

Jumaat, 04-08-2023 – Polis rejim menahan tiga orang pemuda di Baitulmuqaddis, termasuk dua saudara pada petang Selasa.

Sumber dari Baitulmuqaddis melaporkan yang polis rejim menyerang rumah keluarga syahid Muhannad Mazraa yang telah melakukan serangan tembakan di bandar Al-Eizariya, dan menahan dua adik-beradik lelakinya.

Seorang pemuda juga turut ditahan di pintu masuk penempatan Ma’aleh Adumim, timur Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

OIC memberi amaran terhadap pencabulan Israel  ke atas hak umat Islam di Masjid Al Aqsa

Jumaat, 04-08-2023 – OIC memberi amaran terhadap pencabulan Israel  ke atas hak umat Islam di Masjid Al Aqsa. Dalam rumusan mesyuarat ke 18, kesemua wakil  kementerian luar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pencerobohan dan provokasi berterusan ke atas masjid al Aqsa sebagai satu tindakan yang serius dalam pencabulan undang-undang antarabarangsa dan mencemari tapak sejarah dan status asal perundangan.

Dalam kenyataan turut mengutuk tindakan pencerobohan berulang kali di Masjid al-Aqsa oleh Menteri keselamatan yang berfahaman pelampau kanan ,  pegawai kerajaan dan ahli Knesset dan ianya jelas sebagai usaha bertersuan dalam provokasi ke atas negara Islam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Bakirat Beri Amaran Bahaya Besar Ancam Masjid Aqsa

Jumaat, 04-08-2023 – Sheikh Najeh Bakirat, timbalan ketua Pentadbiran Waqaf Islam di Jerusalem, menggesa rakyat Palestin memperhebat kehadiran mereka di Masjid Aqsa, bagi menggagalkan percubaan dan keinginan peneroka Yahudi ekstrim untuk mempersembahkan korban haiwan selain upacara Talmud di tapak suci umat Islam.

Kenyataan akhbar pada Selasa memberitahu, Sheikh Bakirat memberi amaran tentang bahaya besar yang mengancam Masjid Aqsa, berikutan terdedah kepada keganasan Israel yang semakin meningkat.

Beliau menyeru agar mengambil langkah segera untuk menentang perbuatan Israel di Masjid Aqsa, seterusnya melindunginya daripada peyahudian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho

Rabu, 02-08-2023 – Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho pada petang Isnin.

Sejumlah pendatang Yahudi memasang rumah bergerak setelah menyerbu kawasan dekat bulatan al-Tayiba sebagai langkah merampas tanah Palestin di kawasan itu.

Manakala tentera rejim zionis (IOF) memecah masuk ke kawasan arkeologi di bandar Sebastia town, ke barat laut Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa memberi amaran mengenai rancangan pengyahudian di Masjid Al-Aqsa

Rabu, 02-08-2023 – Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa telah mengeluarkan amaran mengenai langkah-langkah besar yang diambil oleh pihak penjajah Israel untuk merosakkan Masjid Al-Aqsa, dan mengutuk ketidakberkesanan antarabangsa terhadap pelanggaran Israel terhadap Masjid tersebut.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Fakhri Abu Diab, seorang ahli Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa, menyatakan bahawa Israel sedang mengambil langkah-langkah lebih lanjut untuk mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.

“Pihak penjajah Israel telah menjalankan penggalian di Masjid Al-Aqsa untuk melaksanakan rancangan pengyahudian dan menghapuskan tanda-tanda Islamik Masjid tersebut,” tegas Abu Diab.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamadeh: Pencerobohan ke atas Masjid Aqsa adalah sebahagian daripada perang agama

Selasa, 01-08-2023 – Muhammad Hamadeh, jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis telah menekankan yang pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa merupakan sebahagian daripada perang agama terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.

Hamadeh pada Khamis menyelar pencerobohan berulang pendatang ke Masjid Aqsa, dan menegaskan yang rakyat Palestin akan terus mempertahankan tanah mereka hingga tiada lagi penjajahan.

“Pencerobohan Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi merupakan provokasi ke atas perasaan orang Islam seluruh dunia”, Hamadeh berkata, menyeru seluruh negara Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid dengan apa cara sekalipun, dan mengakhiri normalisasi dengan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di bandar Jenin

Jumaat, 28-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Yabad, Jenin pada petang Rabu dan menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin, lalu mencederakan seorang pemuda, demikian menurut sumber tempatan.

Dalam perkembangan lain, polis rejim menahan seorang bekas tahanan ketika serbuan di rumahnya di Wadi al-Jouz di Baitulmuqaddis, satu sumber tempatan berkata.

Polis rejim turut menahan seorang pemuda dari kedainya di Baitulmuqaddis, warga tempatan melaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lakukan 17 Pertempuran di Tebing Barat dan Al Quds

Jumaat, 28-07-2023 – Aksi-aksi perlawanan terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds terus berlanjutan selama 24 jam terakhir.

Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya 17 aksi perlawanan selama 24 jam terakhir. Ia termasuk 4 tembakan, pelemparan mercub dan bom molotov serta pertempuran di 11 tempat.

Para pejuang mujahidin menembak helikopter tentera penjajah di Jenin dan mensasarkan penduduk Yahudi “Homesh” di selatan Jenin dengan tembakan secara intensif.

Pejuang Palestin terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan penjajah Zionis Israel sepanjang serangan kem pelarian Al-Ain di Nablus yang dilakukan pasukan penjajah Zionis, mengakibatkan seorang pemuda Palesetin, Mohammed Abdel-Hakim Naim Nada (23 tahun), syahid akibat peluru pasukan penjajah Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas di ketuai oleh Haneyya bertemu Abbas di Turki.

Jumaat, 28-07-2023 – Delegasi peringkat tertinggi dari Pergerakan Hamas dengan diketuai oleh Ketua biro Politik, Ismail Haneyya pada hari Rabu , bertemu dengan President Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas di Ankara, ibu negara Turki dalam persediaan untuk mesyuarat Setiausaha Negara yang bakal di adakan di Kaherah.

Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata mesyuarat melibatkan perbincangan terbuka dan terperinci sebagai usaha Pergerakan Hamas untuk memastikan keberkesanan mesyuarat yang bakal di adakan di Kaherah oleh Setiusaha kesatuan Palestin pada hujung bulan Julai.

Pada pertemuan tersebut, dua parti bersetuju dalam kepentingan untuk berkerjasama dalam usaha menghadapi tentangan terhadap usaha Palestin terutamanya dari golongan ekstrimis yang menjalankan projek rejim Zionis Israel untuk merampas tanah milik Palestin dan meluaskan penerokaan haram.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Tahanan: Pelanggaran oleh IPS akan memburukkan keadaan di penjara

Khamis, 27-07-2023 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab di atas akibat tindakan pelanggaran ke atas tahanan-tahanan wanita Fatimah Shahin dan Itaf Jaradat. 

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Isnin, suruhanjaya itu menekankan yang keputusan Israel untuk meletakkan Shahin dan Jaradat dengan tahanan penjenayah tidak akan dibiarkan.

Suruhanjaya itu menyuarakan kebimbangan tentang keputusan Israel untuk meletakkan dua tahanan Palestin dengan tahanan penjenayah, dan menyeru rakyat Palestin agar menyokong mereka semampu mungkin. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis hak asasi manusia meminta Amazon dan Google untuk menghentikan kontrak dengan Israel

Khamis, 27-07-2023 – Aktivis hak asasi manusia di Amerika Syarikat telah menyeru semua pekerja Google dan Amazon untuk bangkit menentang syarikat mereka dan mendesak mereka untuk menghentikan perniagaan dengan Israel yang mengamalkan sistem aparteid.

Dalam kenyataan pada hari Isnin, para aktivis menegaskan bahawa kontrak Amazon dan Google dengan Israel untuk menyediakan teknologi awan akan memudahkan kerajaan Israel untuk mengawasi rakyat Palestin dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.

Para aktivis telah memanggil untuk bergerak menyertai perhimpunan tahunan Amazon Web Service yang diadakan di New York pada Rabu depan kerana Amazon memberi keutamaan keuntungan di atas manusia dengan memperkuat keganasan regim Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin