Khamis, 25-03-2021 – Polis regim Zionis Israel pada petang Isnin menculik tiga pemuda Palestin dari berbagai daerah di Yerusalem.
Menurut sumber tempatan, pegawai polis menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Thaer Jaber berhampiran kawasan Bab al-Amud di Kota Lama Yerusalem.
Pasukan polis juga menyerbu pinggiran as-Salam di kota Anata, Yerusalem timur, dan menculik dua lagi pemuda tempatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu, 24-03-2021 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa memaksa dua warga Palestin agar memusnahkan kediaman mereka atas alasan pembinaan tidak berlesen.
Menurut sumber tempatan, Sami Obeid terpaksa memusnahkan rumah seluas 100 meter persegi miliknya yang dibina beberapa bulan lalu, setelah menerima makluman daripada perbandaran Israel.
Seorang lagi warga Baitulmuqaddis bernama Mohamed al-Sabah telah dipaksa memusnahkan rumahnya di kejiranan Ras Khamis dekat kem pelarian Shuafat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 24-03-2021 – Pasukan penjajah Israel menahan sejumlah wanita dekat pintu gerbang Sahira, salah satu pintu gerbang al-Quds, saat mereka menuju ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat.
Menurut sumber al-Quds, pasukan israel menahan sejumlah wanita yang datang dari Tebing Barat untuk menunaikan solat zohor dan asar di masjid al-Aqsa Turut di tahan adalah kanak-kanak. Mereka di pukul dengan senjata dan tongkat oleh tentera Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu, 24-03-2021 – Forum Palestin Britain (PFB) menganjurkan malam kebersamaan dengan warga kejiranan Sheikh Jarrah pada 19 Mac 2021 dengan mematuhi peraturan bagi mengawal penyebaran COVID-19.
Ketua Forum Palestin Britain, Dr. Hafez Al-Karmi menekankan yang Baitulmuqaddis telah menderita lebih seratus tahun akibat penjajahan Britain dan zionis, di mana segala bentuk mercu tanda sentiasa dipadamkan. Namun setiap hari ia tetap teguh mengingatkan tentang fasisme, ketidakadilan dan kekejaman penjajah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 23-03-2021 – Pasukan rejim Zionis pada pagi Ahad lalu telah menyerang petani dan nelayan Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung.
Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) mengatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan dari pos tentera di belakang pagar sempadan ke arah sekumpulan petani ketika mereka mengusahakan tanah mereka di sebelah timur Rafah (selatan Gaza).
Serangan tembakan rejim Zionis tersebut memaksa para petani meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah.
Sementara itu, bot pembedil Israel melepaskan tembakan senapang ke beberapa bot nelayan semasa mereka berada di pesisiran Bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.
Pasukan tentera laut juga menyasar para nelayan dengan meriam air dalam usaha untuk mengaramkan kapal mereka. Satu kapal dilaporkan mengalami kerosakan dalam serangan itu.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan rejim Zionis tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 23-03-2021 – Penulis Israel berhaluan kanan menyatakan sejumlah laporan media di Israel dan akhbar antarabangsa menyebutkan tentang maklumat akurat bahawa hubungan Israel dan Jordan berada dalam situasi di hujung tanduk.
Dalam tulisannya di Israel To Day, Carolina Glick menegaskan bahawa ketegangan Jordan–Israel mungkin tidak berpengaruh besar kepada Israel namun tetap perlu dianalisis. Ini kerana krisis ini menjelaskan keberadaan hubungan Israel-Jordan di masa kesepakatan normalisasi meskipun krisis terjadi akibat dua kejadian yang saling terkait.
Menurut jadual, Putera Jordan, Emir Husain mengunjungi Masjid Al-Quds dan sudah disepakati persiapan kunjungan dua pihak sebelumnya, termasuk prosedur keselamatan. Namun ketika sudah berada di jambatan Nabi penghubung Jordan-Israel, pihak keselamatan Israel mengabaikan aturan yang disepakati. Jordan mengerahkan pihak keselamatan lebih ramai dari yang disepakati. Pejabat keselamatan Israel tidak setuju dengan keadaan tersebut.
Putera Jordan sepatutnya menjadi anggota pertama dari kerajaan Hasyimiah Jordan yang berkunjung ke Al-Aqsha sejak perang 1967. Namun kegagalan kunjungan ini mendorong ayahnya, Raja Abdullah II untuk memanfaatkan apa yang terjadi untuk menghalangi perjalanan PM Netanyahu yang dijadualkan ke Abu Dhabi untuk membalaskan dendam.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 23-03-2021 – Rejim Zionis pada malam dan waktu subuh Isnin telah menculik bebarapa warga Palestin di Tebin Barat dan Jerusalem. Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda termasuk dua adik beradik dan menyerang seorang lagi ketika gerakan kempen di bandar Fajjar di selatan Bethlehem. Mangsa penculikan telah dikenal pasti sebagai Fayez dan Salameh Taqatega ( adik beradik) , Waleed Taqatega dan Atef Thawabteh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 23-03-2021 – Seramai 89 warga pemukim yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat polis Israel. Pihak Wakaf Islam menyebut, seramai 89 orang pemukim Yahudi termasuk 50 orang pelajar telah menyerbu dataran Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud.
Pencerobohan warga Yahudi ke Masjid Al-Aqsa d lakukan setiap hari sebagai usaha Israel menguasai penuh masjid tersebut secara bertahap. Bermula dengan memaksa pembahagian waktu untuk Yahudi dan Islam.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 22-03-2021 – Rejim Zionis Israel pada malam dan pagi Selasa telah menculik beberapa warga Palestin dalam operasi di Tebing Barat dan Jerusalem. Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu ke kawasan Qarawat Bani Zeid di utara Ramallah dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Wajid Saker dan Saud Arrar dari kediaman mereka.
Di Salit, rejim Zionis menyerbu bandar Kifl Haris dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Ahmad al-Asaad dan Hamza Buziya selepas mengeledah kediaman mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 22-03-2021 – Polis Regim Zionis Israel pada Isnin malam menyerang dan menculik tiga pemuda Palestin dari kem pelarian Shuafat di timur Yerusalem.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis dan pegawai berpakaian biasa menyerbu kem Shuafat setelah seorang askar cedera malam sebelumnya semasa pertempuran dengan pemuda tempatan.
Polis mendakwa ketiga-tiga pemuda itu mengambil bahagian dalam pertempuran yang menyebabkan tentera itu cedera.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin, 22-03-2021 – Dua kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan peluru oleh tentera rejim pada malam Isnin deka kem pelarian al-Jalazon, utara Ramallah di Tebing Barat.
Menurut Pusat Media Sosial Jalazon, tentera rejim menembak peluru hidup ke arah dua kanak-kanak tempatan ketika mereka berada di kejiranan al-Yasamin dekat kem al-Jalazon dan penempatan haram di Beit El.
Rangkaian 12 Israel mendakwa tentera rejim melepaskan tembakan dan mencederakan dua pemuda setelah mereka melemparkan bom Molotov ke arah Beit El.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 22-03-2021 – Mahkamah Agung Israel pada hari Selasa lalu telah meluluskan permohonan untuk merobohkan Khirbet al-Mateh di utara Lembah Jordan.
Moataz Basharat, pegawai Lembah Jordan di Tubas, berkata dalam suatu kenyataan media bahawa pada hari Isnin lalu Mahkamah Agung Israel telah menolak petisyen yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan untuk menentang notis peruntuhan yang disampaikan sekitar sebulan lalu kepada 26 buah keluarga Palestin dari Khirbet.
Dalam perkembangan yang lain, peneroka haram Yahudi di perkampungan Kharsina telah memusnahkan tanah pertanian di daerah Baqaa, di sebelah timur al-Khalil.
Pemilik tanah tersebut, Aref Jaber, mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa para peneroka tersebut sedang berusaha merampas 25 dunum tanahnya secara paksa, melalui kerja-kerja pembajakan dan pengembangan haram di atasnya.
Peneroka haram telah cuba mengusir Jaber dari tanahnya serta melanggarnya. Ini adalah cubaan kali kelima belas peneroka haram untuk merampas tanahnya.
Dia menambah bahawa aktivis dari kumpulan pembela hak asasi manusia dan aktivis penentang popular telah datang untuk memberi sokongan dan mengusir para peneroka tersebut.
Jaber meminta pihak berkuasa Palestin untuk menghulur sokongan dan melindungi tanahnya dari peneroka haram.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 22-03-2021 – Puluhan Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis telah mencermari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang ditawan pada selasa pagi ini.
Menurut sumber tempatan, 178 orang penceroboh Yahudi telah memasuki Masjid melalui pintu al-Maghariba dan berjalan mengelilingi halamannya secara berkumpulan.
Beberapa penceroboh Yahudi telah dilaporkan melakukan sembahyang Yahudi semasa lawatan mereka ke tempat suci Islam itu. Lima pegawai perisik Israel juga telah mencemarkan semua bangunan tempat solat di Masjid tersebut dan beberapa orang pekerja Yahudi kuno Israel telah menyerbu bangunan Dome of Rock.
Masjidil Aqsa terdedah kepada pencemaran secara harian oleh penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan tengahari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Pihak polis Israel akan tutup pintu Maghariba yang akan digunakan oleh penceroboh Yahudi untuk memasuki kawasan masjid tersebut pada pukul 10:30 pagi selepas penceroboh tersebut selesai lawatan mereka disebelah pagi. Kemudian pada waktu tengahari pula, pintu yang sama akan dibuka bagi memberi laluan untuk lawatan penceroboh yahudi pada sebelah petang pula.
Semasa kehadiran penceroboh Yahudi didalam kawasan Masjid, kemasukan bagi orang Islam akan ditahan dan mereka harus menyerahkan kap pengenalan mereka dan akan diberikan kembali ketika mereka meninggalkan kawasan suci tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Isnin, 22-03-2021 – Sekitar 178 orang pemukim Yahudi menceroboh memasuki dataran al-Aqsa dan kemudian melakukan ritual Talmud di lokasi, dengan di kawal oleh penjajan Israel.
Menurut sumber di Al-Quds, terdapat sekitar 130 mahasiswa dan 5 orang perisik Yahudi memasuki ruang solat di kawasan al-Aqsa sementara beberapa orang pegawai arkeologi Israel memasuki Qubbatus Sakhra. Pencerobohan ini dengan motif mengubah peta demografi kota al-Quds dan Masjidil Aqsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu , 17-03-2021 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean telah mengecam keputusan Israel untuk mengevakuasi dan merobohkan rumah Palestin di Yerusalem yang diduduki, membuka jalan untuk melaksanakan rancangan untuk operasi pemusnahan dan pemindahan besar-besaran terhadap penduduk asal, yang mungkin merupakan “kejahatan pembersihan etnik.”
“Keputusan Israel bertepatan dengan pembentukan pihak berkuasa projek penyelesaian di tengah-tengah masyarakat Palestin di Yerusalem timur untuk mengabadikan kebijakan diskriminasi ras terhadap penduduk Palestin,” kata sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh Euro-Med Monitor pada hari Sabtu.
Monitor Euro-Med merujuk kepada keputusan pengadilan negeri Israel pada 4 Maret 2021, menolak rayuan yang dikemukakan oleh tiga keluarga Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Yerusalem timur terhadap keputusan sebelumnya yang dikeluarkan oleh mahkamah hakim Israel pada 4 September 2020.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada