Categories
Berita Semasa

Warganegara Palestin Berdepan Peneroka Meradak Tanah di Battir

Selasa, 06-04-2021 – Penduduk kota Battir, barat Bethlehem berdepan sekumpulan peneroka Yahudi yang berada di bawah perlindungan Rejim Zionis pada waktu Subuh hari Ahad dan menghalang mereka daripada meratakan tanah di bandar itu.

Omar al-Qaisi, salah seorang pemilik tanah yang disasarkan melaporkan berpuluh-puluh peneroka diiringi oleh jentolak telah menyusup masuk kawasan Al-Khamar dan Al-Qusayr di timur laut bandar pada jam 1 pagi untuk meneruskan aktiviti meradak yang telah dimulakan sejak tiga (3) hari yang lalu.

Qaisi menjelaskan penduduk berdepan dengan peneroka dan menghalang mereka daripada meratakan tanah sebelum berundur setelah tiga (3) jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh menderita sesak nafas akibat gas pemedih mata dalam serbuan rejim Zionis ke atas perkampungan di Nablus

Selasa, 06-04-2021 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan selepas rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata kepada orang awam di perkampungan Lubban al-Sharqiya di Nablus pada pagi Sabtu.

Sumber tempatan berkata rejim Zionis di dalam beberapa kenderaan berperisai berkeliaran di jalan raya di kampung tersebut sambil melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan.

Mereka juga berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam dirawat di padang kerana sesak nafas selepas menghidu gas pemedih mata yang dilepaskan rejim Zionis, selain pintu beberapa rumah dan kedai mengalami kerosakan akibat letupan bom tangan rejim Zionis itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pemukim Yahudi memusnahkan 100 tanaman zaitun di Qasrah Nablus

Selasa, 06-04-2021 – Sekelompok pemukim Yahudi telah memusnahkan tanaman zaitun di Qasrah, selatan Nablus, utara Tebing Barat. Anggota dewan daerah Qasrah, Emad Hasan menyatakan warga pemukim Yahudi dari pemukiman Esh Kudish telah memusnahkan sekitar 100 tanaman zaitun kepunyaan Jawad
Jamil Hasan dan Abdul Adzim Abu Lafa.

Daerah Qasrah terus-terusan menjadi sasaran pasukan Israel dan pemukim ekstrim Yahudi yang di bekalkan senjata untuk melakukan kekerasan kepada penduduk awam Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel menceroboh kawasan sempadan Gaza

Isnin, 05-04-2021 – Jentolak tentera rejim pada pagi Rabu menceroboh timur bandar Deir al-Balah di kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, empat jentolak bersenjata bergerak dari pos tentera di belakang pagar keselamatan kawasan sempadan timur Deir al-Balah dan meratakan tanah.Unit tentera yang lainnya memberikan perlindungan kepada jentolak -jentolak tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Paderi Musallam: Orang Kristian Ditekan Tidak Calonkan Diri Dalam Pilihan Raya

Isnin, 05-04-2021 – Pastor Manuel Musallam, seorang paderi Palestin yang terkenal dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Damai Jerusalem, mengesahkan pada hari Selasa bahawa beberapa calon Kristian menjadi sasaran tekanan untuk mencegah mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Musallam mengatakan dalam kenyataan media bahawa terdapat propaganda jahat dan menyesatkan untuk memfitnah Hamas oleh media yang mencurigakan.

Komuniti Kristian di Tebing Barat khususnya ditekan untuk tidak bergabung dengan daftar sebagai calon Hamas, tambahnya.

Hamas menyerahkan senarainya untuk pilihan raya Majlis Perundangan Palestin tahun 2021 di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat dengan slogan “Jerusalem menyatukan kita.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Dipenjara 20 tahun, Barier Ditangkap semula Selepas 24 Jam Dibebaskan

Isnin, 05-04-2021 – Tentera Israel mengeledah rumah tawanan Al-Quds yang baru bebas, Majed Barier di baldah Silwan di kota Al-Quds setelah baru 24 jam dibebaskan.

Pihak Bulan Sabit Merah Palestin menegaskan, krew mereka menguruskan 12 mangsa yang tercedera luka akibat semprotan gas air mata dan luka pukul serta luka tembakan peluru karet dalam pertembungan dengan pasukan Israel ketika operasi menangkap Barier.

Bulan Sabit Merah menyebutkan, sejumlah warga dirawat di tempat kejadian sementara sebahagian lain dibawa ke hospital.

Pasukan Israel melakukan tindakan penganiyaan dan kekerasan dengan memukul serta melepaskan gas ke arah keluarga Barier dan warga yang sedang merayakan pembebasan Barier setelah dipenjara Israel selama 20 tahun.

Pasukan penjajah Israel membebaskan Barier, dari baldah Silwan pada Isnin lalu setelah ditunda beberapa ketika kerana penduduk Palestin akan merayakan pembebasannya di rumah keluarganya.

Barier Ditangkap Israel pada 30 Mei 2001 dalam operasi penangkapan yang menyasar warga Al-Quds. Majed dipenjara 20 tahun dengan tuduhan melawan penjajah dan terlibat dengan Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin. Beliau meninggalkan isteri dan anaknya Muntasir dan anak perempuannya Zeinah yang belum 15 hari usianya ketika itu.

Majed dan rakan-rakannya diisoal-siasat dengan cara yang berat dan lama oleh perisikan Israel di Maskobiyah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik rakyat Palestin pada kempen waktu Subuh

Isnin, 05-04-2021 – Rejim Zionis pada Subuh hari Rabu telah menculik sejumlah rakyat Palestin semasa kempen di beberapa bahagian berbeza di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua orang penduduk dikenali sebagai Abdul-Wahhab Daraghmeh dan Abboud Shad setelah menggeledah rumah mereka di bandar Tubas di utara Tebing Barat.

Di Ramallah pula, rejim Zionis menculik seorang pemuda dikenali sebagai Maan Alawi dari bandar Deir Jarir dan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Ayman Zaid dari kem pelarian al-Jalazon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang orang Palestin, tutup perniagaan di al-Khalil

Isnin, 05-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah menutup perniagaan di kejiranan Bab az-Zawiya di pusat bandar al-Khalil dan menyerang warga Palestin dalam usaha melindungi perarakan yang diadakan oleh peneroka Yahudi ekstremis.

Menurut sumber setempat, Rejim Zionis telah menyerang sejumlah penduduk secara fizikal dan menangkap seorang pemuda ketika mereka sedang berusaha menghalang penutupan kedai komersial di Bab az-Zawiya.

Sementara itu, Rejim Zionis mengiringi perarakan para peneroka ke sebuah kubur Yahudi di Bab az-Zawiya yang dipercayai tempat mereka melakukan ritual.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Ratusan peneroka haram Yahudi mencemari perkarangan Al-Aqsa

Isnin, 05-04-2021 – Ratusan peneroka haram Yahudi menyerbu masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu dengan perlindungan polis Israel. Jabatan Zakat Palestin di dalam kawasan taklukan Jerusalem dalam laporan ringkas menyatakan 309 penerok haram menyerbu masuk ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu.

Peneroka haram yahudi mula menyerbu masuk ke perkarangan Al-Aqsa dari pintu Maghareba dan mengadakan lawatan yang membangkitan kemarahan warga Islam sebelum meninggalkan perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu al-Silsila menurut laporan dari Jabatan Zakat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Hamas: Sasaran Israel terhadap hak Palestin tidak akan berjaya

Isnin, 05-04-2021 – Gerakan Hamas menegaskan bahawa usaha Israel untuk menjejaskan hak rakyat Palestin dan mengubah identiti tanah mereka akan gagal.

“Semua usaha [Israel] untuk memintas hak-hak Palestin tidak akan berjaya, sama ada melalui pencerobohan langsung, atau melalui pemalsuan dokumen atau menuntut hak milik harta tanah dan tanah,” kata Hamas dalam pernyataannya pada ulang tahun ke-45 Hari Tanah Palestin.

Hamas juga menuduh beberapa rejim Arab, yang baru-baru ini menormalkan hubungan mereka dengan negara itu menikam rakyat Palestin di belakang mereka dan menggalakkan orang Israel untuk melakukan lebih banyak pencabulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang menyerbu tapak purba di Nablus

Khamis, 01-04-2021 – Puluhan pelampau Yahudi pada pagi Selasa menyerbu bandar Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat, atas alasan mengerjakan ibadah di kawasan arkeologi.

Datuk Bandar Sebastia Mohamed Azem berkata sejumlah pendatang menyerbu kawasan arkeologi di bandar dengan dilindungi tentera.

Azem menambah bahawa tentera rejim zionis menutup kawasan itu kepada warga Palestin, bagi membolehkan para pendatang mengadakan sambutan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Khamis, 01-04-2021 – Rejim Zionis pada subuh hari Selasa telah menculik beberapa orang rakyat Palestin di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, pihak rejim Zionis yang berpakaian biasa telah memecah masuk rumah Abdul-Majeed Hasan, seorang pelajar Universiti Birzeit, di bandar Ramallah dan menculiknya.

Hasan adalah anggota Blok Islam (sayap pelajar Hamas) di Universiti Birzeit; dan beliau adalah anak lelaki pegawai kanan Hamas, Majed Hasan dan adik dua tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis Israel serah notis henti kerja di Bethlehem dan al-Khalil.

Khamis, 01-04-2021 – Tentera rejim Zionis Israel pada pagi Selasa telah menyerahkan notis penghentian kerja ke atas tembok pemisah di bandar Teqoa , timur Bethelem.  

Datuk bandar Teqoa Tayseer Abu Mifreh berkata seorang warga tempatan menerima notis pemberhentian kerja pembinaan tembok sempadan tanah beliau di Khirbet ad-Deir , di kawasan barat bandar dengan alasan pembinaan tanpa lesen. Dalam insiden berasingan, seorang warga Palestin pada hari Isnin menerima notis pemberhentian kerja , dengan memerintahkan beliau menghentikan tuntutan hak terhadap kawasan pertanian di perkampungan At-Tuwani di Masafer Yatta, selatan al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Majlis Fatwa: Pemusnahan kejiranan al-Bustan adalah langkah yang bahaya.

Khamis, 01-04-2021 – Majlis Tertinggi Fatwa Palestin memberi amaran tentang kesan keputusan memusnahkan kejiranan al-Bustan di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Ini bermakna, pemusnahan puluhan rumah untuk membina taman berunsur Yahudi akan menyebabkan puluhan rakyat Palestin terusir, tambahnya.

Majlis tersebut menyatakan demikian Ketika sesi yang diadakan pada Ahad diketuai oleh Mufti Besar Baitulmuqaddis dan Pengerusi Majlis Tertinggi Fatwa, Muhammad Hussein, yang langkah ini berbahaya bagi sejarah Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditahan di Pusat Tahanan Palestin

Khamis, 01-04-2021 – Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan pada hari Isnin bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) telah menahan dua orang remaja di bawah umur, Amal Nakhleh, dari kem pelarian Jalazoun dan Faisal Al-Arouj, dari Bethlehem. Kedua-duanya berumur 17 tahun.

Kedua-dua mereka ditahan di pusat tahanan Megiddo di bawah fail rahsia, tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

Jawatankuasa berkenaan dalam laporannya menyatakan bahawa Nakhleh yang ditangkap

pertama kali pada 02/11/2020 selama 40 hari, ditangkap sekali lagi pada 21/01/2021 dan IOA telah memerintahkan tahanan pentadbiran kepadanya selama enam bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar