
Khamis, 22/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari pada hari Selasa telah mengirimkan surat penghargaan kepada kerajaan Turki pimpinan Recep Erdogan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap Palestin dan perjuangannya.

Khamis, 22/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari pada hari Selasa telah mengirimkan surat penghargaan kepada kerajaan Turki pimpinan Recep Erdogan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap Palestin dan perjuangannya.

Khamis, 22/10/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyatakan Rabu bahawa penglibatan Pihak Keselamatan Palestin (PA) membuat pertemuan dengan para pegawai Israel secara berterusan telah melindungi agenda yahudisasi Zionis yang kian serius di Baitulmuqadis.

Rabu , 21/10/2009 – Dr Yousuf Rezqa, penasihat politik perdana menteri Palestin di Gaza Sabtu lalu menyatakan bahawa kenyataan pedas Mahmoud Abbas terhadap Gerakan Hamas hadir ketika ketika beliau tidak berupaya membela diri selepas skandal politiknya tersebar disebabkan kedudukannya dalam laporan Goldstone.
Isnin , 19/10/2009 – Menurut seorang bekas tahanan, Abdun Nasher Farawnah, Utsman Ali Hamdan merupakan seorang tahanan berpangkat tinggi telah dipenjara selama 27 tahun dan kini masih lagi dipenjarakan oleh Zionis-Israel. utsman ditahan pada 15/10/1982 kerana bekerjasama dengan Fatah menentang Zionis-Israel. Utsman yang mempunyai 7 orang anak yang mana Naji, 37 tahun merupakan yang tertua manakala Nadhal, 27 merupakan anak bongsu.

Jumaat , 16/10/2009 –Ahli Parlimen berkecuali, Jamal Al-Khudari telah mendesak masyarakat dunia yang mewakili pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, aktivis keamanan antarabangsa, agensi dan parlimen untuk memulakan kempen keamanan dan bantuan terbesar untuk para penduduk yang terkepung di Gaza bagi membantu mereka mengatasi keadaan musim sejuk yang semakin buruk.

Jumaat , 16/10/2009 – Pusat Hak Asasi Manusia Swasya menyatakan pada Khamis, bahawa Semenanjung Gaza mengalami kesukaran keadaan persekitaran terutama pencemaran air minuman disebabkan keganasan Israel dalam peperangan baru-baru ini dan kini pula menghadapi sekatan mereka.

Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-選sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-選sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.
Jumaat, 16/10/2009 – Wartawan Sweeden, Donal Bustrm, menyatakan pihak PLO sudah mengetahui kerja-kerja mencuri organ rakyat Palestin yang terkorban yang dilakukan oleh Zionis-Israel.

Jumaat, 16/10/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata pada hari Isnin bahawa ucapan Abbas semalam mencerminkan kesan skandal politik yang dilakukan oleh Abbas terhadap rakyat Palestin yang menguntungkan agenda pihak Zio-Amerika serta tidak langsung menyentuh tahap perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin. Walaupun Abbas membuat konspirasi politik terhadap rakyat Palestin namun ia tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka.

Sabtu, 10/10/2009 – Masjid Baitulmuqaddis menjemput semua warga Palestin di tanah yang diduduki sejak tahun 1948 untuk terlibat dalam kawalan di Masjid Aqsa bagi menghalang usaha penduduk Zionis mencerobohinya.

Sabtu, 10/10/2009 – Turki telah membatalkan latihan tentera udara mereka yang sepatutnya melibatkan tentera Israel, AS, Itali dan NATO. Media Turki melaporkan pada Khamis, jurucakap kedutaan Israel di Ankara telah mengesahkan latihan yang bakal berlangsung di sebuah Pusat Tentera Udara teletak tengah-tengah Turki, Bandar Konya telah di batalkan oleh Turki pada bulan ini.

Sabtu, 10/10/2009 –Masjid-masjid di sekitar al-Quds telah mengarahkan seluruh rakyat Palestin bangkit menjaga keselamatan al-Aqsa. Arahan turut mengarahkan rakyat palestin supaya membolos sekatan Zionis-Israel dan berjaga di luar al-Aqsa bagi mengahalang serangan ekstrimis Yahudi.

Jumaat , 09/10/2009 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah memulakan pembinaan 105 unit rumah baru dekat Jabal Al-Mukabir di wilayah Baitulmuqaddis, lapor sebuah radio Israel. Laporan tersebut turut menambah bahawa satu upacara akan diadakan untuk meletakkan batu asas bagi pembinaan penempatan fasa kedua di mana 91 unit rumah telah siap dibina. Majlis itu bakal disertai ribuan penduduk bersama dengan menteri, ahli parlimen dan rabbai.

Jumaat , 09/10/2009 – Sumber Palestin mendedahkan bahawa Mahmoud Abbas telah disarankan oleh beberapa penasihatnya agar menangguhkan perjalanannya ke Ramallah, Tebing Barat sehingga kemarahan memuncak dan skandal disebabkan oleh kedudukannya mengenai laporan Goldstone semakin reda.

Khamis, 08/10/2009 – Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya memberi amaran terhadap konspirasi Zionis terhadap bandar al-Quds yang dijajah. Perancangan jahat mereka berlangsung bagi menjejaskan Masjid al-Aqsa sehingga kawasannya dapat dibahagikan sebagaimana yang telah berlaku kepada halaman Masjid al-Ibrahimi sebelum ini. Kerajaan Palestin itu juga menegaskan bahawa perancangan jahat itu tidak akan dapat dilaksanakan melainkan setelah kami terkorban. Masjid al-Aqsa adalah garisan penentu, kerananya seluruh umat Islam sanggup berkorban.