Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Robohkan Kediaman di Kem Shu’fat

Jumaat, 26-3-2021 – Rabu lalu jentolak Israel telah merobohkan sebuah rumah di kejiranan Ras Khamis di kem pelarian Shu’fat, utara Baitulmaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa sekumpulan besar polis Israel mengawal jentolak yang memusnahkan sebuah rumah di kem yang terdiri daripada dua bilik yang beratapkan timah.

Sumber-sumber itu menambah bahawa semasa kerja-kerja meroboh sedang berlangsung, berlaku pertempuran dengan polis pendudukan di daerah itu, tanpa ada kecederaan yang dilaporkan.

Dalam perkembangan lain, pasukan rejim Zionis telah meratakan tiga dunum di kampung Kisan, di sebelah timur Bethlehem.

Ahmed Ghazal, timbalan ketua Majlis Kisan, menyatakan bahawa rejim Zionis telah meratakan dunum tersebut, yang terletak di sebelah barat kawasan desa bersebelahan dengan penempatan Ibi Hanahl, untuk memperluaskan pintu masuk penempatan Ibi Hanahl tersebut.

Ghazal menekankan bahawa tanah tersebut telah dirampas oleh pihak rejim Zionis semenjak bertahun-tahun yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami Tidak Banyak Berharap Perubahan Dalaman Israel

Jumaat, 26-03-2021 – Hamas menyatakan bahawa pihaknya tidak banyak berharap dengan sebarang perubahan di dalam Israel. Beliau menegaskan bahawa semua tindakan Zionis bertujuan mengukuhkan entiti mereka dengan mengorbankan hak Palestin.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, identiti pemerintahan Israel mendatang tak akan mengubah karakter konflik Palestin vs penjajah Zionis. Barhum menyebutkan penjajah harus ditentang. Semua perubahan yang terjadi tidak akan menggoyahkan perjuangan Palestin untuk mengusir penjajah.

Menurut Barhum, Hamas percaya kepada cita-cita bangsa Palestin dan perjuangannya, sebagai hak yang sah membela bangsa, dan menghadapi penjajah dan konspirasinya serta menggagalkan semua usaha yang hendak menghapus kepentingan Palestin.

Pilihan raya Israel yang keempat dalam dua tahun ini berlangsung pada Selasa lalu, disertai 39 calon, yang terbesar dalam sejarah penjajah Israel, hasil awal memperlihatkan parti Likud pimpinan Benyamin Netanyahu meraih suara terbanyak dengan memenangi 31 kerusi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencerobohi selatan semenanjung Gaza.

Jumaat, 26-03-2021 – Rejim Zionis Israel pada pagi Rabu menceroboh masuk ke kawasan pertanian di selatan Gaza dan meratakan kawasan pertanian warga Palestin. Sumber tempatan melaporkan lapan jentolak mencerobohi tanah milik Palestin, timur kawasan al-nahda, timur di Rafah. Rejim Zionis Israel menjalankan kerja meratakan di kawasan pertanian milik warga Palestin dan kemudian bergerak ke arah utara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Warga Jerusalem meneruskan merobohkan kediaman di Issawiya

Khamis, 25-03-2021 – Seorang warga Jerusalem pada Selasa pagi, kembali merobohkan kediamannya di daerah Issawiya selepas rejim Zionis Israel memaksa beliau pada tiga hari lepas atas alasan tiada lesen pembinaan. Menurut sumber tempatan, Rajaei Atiyah meneruskan usaha merobohkan kediamannya bermula pada hari Ahad lepas, di dalam kawasan al-Madares di timur Jerusalem di daerah Issawiya.

Atiyah menerima notis berkenaan dari pihak berkuasa tempatan yang bertegas akan menyaman beliau dan mengenakan kos perobohan sekiranya beliau enggan merobohkan kediaman beliau dengan usaha beliau sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel mengenakan penutupan di Tebing Barat, Gaza

Khamis, 25-03-2021 – Rejim zionis (IOA) mengumumkan perintah berkurung di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza atas alasan memastikan keselamatan pilihanraya Knesset Israel.

Akhbar Hebrew menyatakan pada Isnin yang akan Israel akan mengenakan penutupan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada hari pilihanraya 23/03/2021.

Menurut sumber media Israel, satu lagi perintah penutupan akan dikenakan di Tebing Barat dan sempadan Semenanjung Gaza pada cuti umum Passover Yahudi bermula Jumaat 26/03/2021 sehingga tengahari Sabtu 03/04/2021.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menculik tiga pemuda Yerusalem

Khamis, 25-03-2021 – Polis regim Zionis Israel pada petang Isnin menculik tiga pemuda Palestin dari berbagai daerah di Yerusalem.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Thaer Jaber berhampiran kawasan Bab al-Amud di Kota Lama Yerusalem.

Pasukan polis juga menyerbu pinggiran as-Salam di kota Anata, Yerusalem timur, dan menculik dua lagi pemuda tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera IOA memaksa dua warga Baitulmuqaddis memusnahkan rumah mereka

Rabu, 24-03-2021 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa memaksa dua warga Palestin agar memusnahkan kediaman mereka atas alasan pembinaan tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan, Sami Obeid terpaksa memusnahkan rumah seluas 100 meter persegi miliknya yang dibina beberapa bulan lalu, setelah menerima makluman daripada perbandaran Israel.

Seorang lagi warga Baitulmuqaddis bernama Mohamed al-Sabah telah dipaksa memusnahkan rumahnya di kejiranan Ras Khamis dekat kem pelarian Shuafat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menahan wanita Palestine yang sedang menuju ke Al-Aqsa

Rabu, 24-03-2021 – Pasukan penjajah Israel menahan sejumlah wanita dekat pintu gerbang Sahira, salah satu pintu gerbang al-Quds, saat mereka menuju ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat.

Menurut sumber al-Quds, pasukan israel menahan sejumlah wanita yang datang dari Tebing Barat untuk menunaikan solat zohor dan asar di masjid al-Aqsa Turut di tahan adalah kanak-kanak. Mereka di pukul dengan senjata dan tongkat oleh tentera Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin di Britain menyatakan kebersamaan dengan Sheikh Jarrah

Rabu, 24-03-2021 – Forum Palestin Britain (PFB) menganjurkan malam kebersamaan dengan warga kejiranan  Sheikh Jarrah pada 19 Mac 2021 dengan mematuhi peraturan bagi mengawal penyebaran COVID-19.

Ketua Forum Palestin Britain, Dr. Hafez Al-Karmi menekankan yang Baitulmuqaddis telah menderita lebih seratus tahun akibat penjajahan Britain dan zionis, di mana segala bentuk mercu tanda sentiasa dipadamkan. Namun setiap hari ia tetap teguh mengingatkan tentang fasisme, ketidakadilan dan kekejaman penjajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serang Para Petani dan Nelayan di Gaza

Selasa, 23-03-2021 – Pasukan rejim Zionis pada pagi Ahad lalu telah menyerang petani dan nelayan Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) mengatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan dari pos tentera di belakang pagar sempadan ke arah sekumpulan petani ketika mereka mengusahakan tanah mereka di sebelah timur Rafah (selatan Gaza).

Serangan tembakan rejim Zionis tersebut memaksa para petani meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah.

Sementara itu, bot pembedil Israel melepaskan tembakan senapang ke beberapa bot nelayan semasa mereka berada di pesisiran Bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.

Pasukan tentera laut juga menyasar para nelayan dengan meriam air dalam usaha untuk mengaramkan kapal mereka. Satu kapal dilaporkan mengalami kerosakan dalam serangan itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan rejim Zionis tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hubungan Israel-Jordan DiHujung Tanduk

Selasa, 23-03-2021 – Penulis Israel berhaluan kanan menyatakan sejumlah laporan media di Israel dan akhbar antarabangsa menyebutkan tentang maklumat akurat bahawa hubungan Israel dan Jordan berada dalam situasi di hujung tanduk.

Dalam tulisannya di Israel To Day, Carolina Glick menegaskan bahawa ketegangan Jordan–Israel mungkin tidak berpengaruh besar kepada Israel namun tetap perlu dianalisis. Ini kerana krisis ini menjelaskan keberadaan hubungan Israel-Jordan di masa kesepakatan normalisasi meskipun krisis terjadi akibat dua kejadian yang saling terkait.

Menurut jadual, Putera Jordan, Emir Husain mengunjungi Masjid Al-Quds dan sudah disepakati persiapan kunjungan dua pihak sebelumnya, termasuk prosedur keselamatan. Namun ketika sudah berada di jambatan Nabi penghubung Jordan-Israel, pihak keselamatan Israel mengabaikan aturan yang disepakati. Jordan mengerahkan pihak keselamatan lebih ramai dari yang disepakati. Pejabat keselamatan Israel tidak setuju dengan keadaan tersebut.

Putera Jordan sepatutnya menjadi anggota pertama dari kerajaan Hasyimiah Jordan yang berkunjung ke Al-Aqsha sejak perang 1967. Namun kegagalan kunjungan ini mendorong ayahnya, Raja Abdullah II untuk memanfaatkan apa yang terjadi untuk menghalangi perjalanan PM Netanyahu yang dijadualkan ke Abu Dhabi untuk membalaskan dendam.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Selasa, 23-03-2021 – Rejim Zionis pada malam dan waktu subuh Isnin telah menculik bebarapa warga Palestin di Tebin Barat dan Jerusalem. Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda termasuk dua adik beradik dan menyerang seorang lagi ketika gerakan kempen di bandar Fajjar di selatan Bethlehem. Mangsa penculikan telah dikenal pasti sebagai Fayez dan Salameh Taqatega ( adik beradik)  , Waleed Taqatega dan Atef Thawabteh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Masjid al-Aqsa di ceroboh lagi

Selasa, 23-03-2021 – Seramai 89 warga pemukim yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat polis Israel. Pihak Wakaf Islam menyebut, seramai 89 orang pemukim Yahudi termasuk 50 orang pelajar telah menyerbu dataran Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud.

Pencerobohan warga Yahudi ke Masjid Al-Aqsa d lakukan setiap hari sebagai usaha Israel menguasai penuh masjid tersebut secara bertahap. Bermula dengan memaksa pembahagian waktu untuk
Yahudi dan Islam.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Isnin, 22-03-2021 – Rejim Zionis Israel pada malam dan pagi Selasa telah menculik beberapa warga Palestin dalam operasi di Tebing Barat dan Jerusalem.  Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu ke kawasan Qarawat Bani Zeid di utara Ramallah dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Wajid Saker dan Saud Arrar dari kediaman mereka.

Di Salit, rejim Zionis menyerbu bandar Kifl Haris dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Ahmad al-Asaad dan Hamza Buziya selepas mengeledah kediaman mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Serangan polis zionis Israel, menahan tiga orang Palestin dari kem Shuafat

Isnin, 22-03-2021 – Polis Regim Zionis Israel pada Isnin malam menyerang dan menculik tiga pemuda Palestin dari kem pelarian Shuafat di timur Yerusalem.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis dan pegawai berpakaian biasa menyerbu kem Shuafat setelah seorang askar cedera malam sebelumnya semasa pertempuran dengan pemuda tempatan.

Polis mendakwa ketiga-tiga pemuda itu mengambil bahagian dalam pertempuran yang menyebabkan tentera itu cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada