Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Lawatan ke Mesir permulaan yang baik dalam hubungan dua hala

Khamis, 24-03-2016 – Pemimpin kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata, lawatan Hamas ke Mesir menandakan permulaan yang lebih baik dalam hubungan dua hala.

Bercakap dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau, Abu Marzouk berkata, lawatan itu sekali gus melenyapkan semua khabar angin mengenai kegagalan Hamas untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan dengan Mesir. “Lawatan itu baru sahaja berakhir. Spekulasi tersebut adalah palsu. Kami sudah berdepan dengan pegawai-pegawai Mesir yang mengasihi Palestin dan serius komited untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Mesir,” kata perwakilan Hamas itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel meratakan tanah milik warga Palestin di Salfit

Khamis, 24-03-2016 – Pendatang Israel pada Rabu meratakan tanah milik warga Palestin di barat bandar Salfit sebagai menyokong perluasan penempatan haram.

Seorang wartawan PIC menyebut saksi mata menyatakan yang jentolak Israel meratakan tanah warga Palestin, bag membuka jalan membina infrastruktur pembinaan unit penempatan haram dengan mengorbankan tanah warga Palestin di barat Salfit. Penyelidik Khaled Maali memberi amaran tentang perkembangan pesat pembinaan penempatan haram Israel di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua Remaja Palestin Cedera Ditembak Israel

Khamis, 24-03-2016 – Dua remaja Palestin cedera setelah ditembak pasukan penjajah Zionis dalam dua kejadian berasingan pada hari Ahad (13/3) di Ramallah, wilayah tengah tepi Barat dan belah timur Sempadan Gaza.

Sumber dari Palestin mengatakan, seorang remaja Palestin pada Ahad malam luka parah selepas ditembak pasukan penjajah Zionis di desa sebelah barat laut kota Ramallah, wilayah tengah pinggir barat.

Menurut sumber dari Palestin, seorang remaja bernama Adi Salamah berusia 14 tahun luka parah dalam pergolakan yang meletus dengan pasukan penjajah Zionis di desa barat laut Ramallah. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Hamas akan meneruskan usaha untuk menamatkan pemisahan Palestin

Khamis, 24-03-2016 – Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha untuk mengembalikan perpaduan dan perjuangan untuk membebaskan tanah Palestin .

Mishaal membuat kenyataan tersebut pada petang Ahad sejurus tiba di Khartoum, ibu negara Sudan, bagi upacara berkabung dan untuk mengucapkan takziah ke atas kematian Dr Hasan al- Turabi. Pegawai Hamas menyifatkan Dr. Turabi sebagai seorang “ikon politik dan intelektual” dan menghargai usaha beliau dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka, serta usahanya untuk merapatkan jurang di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pemuda-pemuda Palestin Mengetuai Perjuangan Anti Penjajahan

Khamis, 24-03-2016 – Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal memuji peranan utama pemuda Palestin dalam menentang dan menghadapi penjajahan Israel ke atas tanah mereka.

Mishaal membuat kenyataan beliau di saluran satelit al-Quds pada petang Selasa dalam siaran program televisyen mengenai perjuangan di Palestin. Beliau menekankan bahawa belia-belia Palestin tersebut adalah pencetus revolusi rakyat Palestin menentang penjajahan, dan menggelarkan mereka sebagai “wira operasi individu”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

34 terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera dalam sebuah letupan kereta di Ankara, Turki.

Khamis, 17-03-2016 – 34 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera, pada petang Ahad (13/3/2016); oleh letupan di perhentian bas berdekatan dengan stesen Kizlaa di ibu negara Turki, Ankara.

Menteri Kesihatan Turki, Mehmet Muadzin Oghlu memberitahu Agensi berita “Anatolia” bahawa 34 orang telah terbunuh dalam pengeboman tersebut, 30 daripada mereka meninggal dunia di tempat pengeboman dan empat lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.
Beliau juga menambah, “Kami percaya bahawa salah seorang atau dua orang daripada mayat yang berada di tempat kejadian adalah pengebom tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

150 rakyat Palestin ditahan rentetan apa yang disiarkan di Facebook

Khamis, 17-03-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan 150 warga Palestin kerana status Facebook mereka dan menahan sebahagian mereka atas tuduhan mencetuskan kebencian kepada Israel dan selebihnya ditahan tanpa bicara.

Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, dalam kenyataan pada Sabtu yang rejim Israel membentuk “Gerakan Alam Maya Arab” untuk polis Israel yang menyasarkan media sosial rakyat Palestin. Penahanan dikhususkan di Baitulmuqaddis, selari dengan polisi Israel untuk meningkatkan kawalan ke atas warga Baitulmuqaddis.

Jawatankuasa itu mendedahkan yang hukuman dikenakan Israel ke atas perbuatan menyuarakan pandangan politik di Facebook adalah pemecatan daripada pekerjaan mereka di Palestin atau memindahkan mereka ke kejiranan lain. Jawatankuasa menyifatkan hukuman-hukuman tersebut sebagai merampas hak bersuara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tahan gadis didakwa cuba tikam anggotanya.

Khamis, 17-03-2016 – Tentera rejim Israel menahan seorang gadis warga Palestin di utara daerah al-Khalil pada petang hari Ahad, kelmarin kerana didakwa cuba menikam anggotanya.

Menurut kata pemberita PIC, pihak tentera rejim Israel telah menahan Suzan Shehde Ghneimat, gadis 16 tahun yang berasal dari bandar Surif, bandar yang terletak di jalan menuju arah barat, al-Khalil. Suzan telah didakwa atas tuduhan melakukan serangan ke atas anggota tenteranya dengan cuba menikam menggunakan pisau di satu persimpangan Gush Etzion, simpang jalan menuju ke arah utara, al-Khalil.

Tambah PIC lagi, pihak tentera rejim sejak kebelakangan ini kerap melakukan pemeriksaan ke atas mana-mana gadis atau kanak-kanak warga Palestin yang bergerak secara berkumpulan dan menahan mereka dengan alasan cuba menyerang anggotanya menggunakan pisau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

2 pekerja ditemui mati akibat banjir berterusan di sempadan Mesir Gaza

Khamis, 17-03-2016 – Dua pekerja Gaza ditemui mati pada Sabtu lalu dalam terowong perdagangan di sepanjang sempadan Gaza- Mesir akibat jumlah air laut yang besar yang telah dipam ke kawasan itu oleh tentera Mesir.

Menurut sumber-sumber tempatan, pasukan penyelamat telah menarik keluar mayat kedua-dua pekerja Palestin Fadi Tayseer Abu Dan, dari Khan Younis , dan Muhammad Abbas , dari Rafah. Kedua-duanya dalam lingkungan 20-an .

Kedua-dua mangsa telah dipindahkan ke Hospital Yussef Abu al- Najar , di Rafah. Muhammad Abbas telah hilang
selepas dia memasuki terowong untuk mencari pasangannya Abu Dan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Jordan Menafikan Kerjasama Israel Untuk Pemasangan Kamera di al Aqsa

Isnin, 14-03-2016 – Abdul Munem al-Hiyari, Setiausaha Agong Kementerian Awqaf Jordan telah menafikan kerjasama dengan Israel bagi kerja-kerja pemasangan kamera di Masjid al Aqsa pada bulan depan. Beliau telah menegaskan bahawa kajian teknikal masih dijalankan pada peringkat terakhir.

Terdahulu, akhbar Israel Today melaporkan bahawa Jordan dan Israel telah bersetuju dalam pemasangan kamera di sekitar Masjid al Aqsa menjelang perayaan Pesach pada bulan April nanti.

Perjanjian tersebut yang dimeterai antara Jordan dan Israel di bawah pemerhatian Setiausaha Amerika, John Kerry sejak 25 Oktober 2015, bagaimanapun masih belum dilaksanakan. Ketegangan antara Jordan dan Israel berlaku akibat perselisihan Jordan mempertahankan kedaulatan masjid tanpa campur tangan Israel, manakala Israel menuntut pemasangan kamera tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Mesir tuduh Hamas terlibat pembunuhan Barakat

Isnin, 14-03-2016 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya, menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Mesir, Magdy Abdul Ghaffar yang menuduh Hamas terlibat dalam pembunuhan pendakwa raya Mesir, Hisham Barakat. Dalam perhimpunan di Khan Younis, Al-Hayya berkata, hanya Israel adalah musuh Hamas, sekali gus mengutuk tuduhan Mesir yang mengatakan bahawa Hamas terlibat dalam pembunuhan Barakat.
Abdul Ghaffar memberitahu pemberita, rancangan pembunuhan itu berkait rapat rapat dengan Hamas.

Sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Aliyan memberi amaran tentang kesan daripada upacara perkahwinan Yahudi di Masjid Aqsa

Isnin, 14-03-2016 – Jurucakap Fatah, Raf’at Aliyan telah memberi amaran yang akan ada kesan buruk hasil daripada mengadakan majlis perkahwinan pendatang Yahudi di Masjid Aqsa.

Ia diadakan setelah rabbi Bentzi Gophstein, ketua kumpulan pelampau Lehava, mengumumkan yang anaknya Elyashiv telah melangsungkan perkahwinan pada Khamis lepas di Masjid Aqsa. Tindakan itu dikatakan bertujuan untuk menekankan hak keagamaan golongan Yahudi untuk membina semula kuil mereka.

Menyifatkan tindakan Gophstein sebagai mencemarkan Masjid Aqsa, Aliyan menegaskan yang tindakan provokasi ke atas tempat suci Islam tidak akan dibiarkan dan akan mencetuskan kemarahan oleh warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tahan gadis Palestin disyaki ingin menyerang dengan pisau.

Isnin, 14-03-2016 – Tentera rejim Israel menahan seorang gadis warga Palestin kerana didakwa memiliki sebilah pisau. Kejadian berlaku di bandar al-khalil, selatan Tebing Barat pada pagi hari Isnin, kelmarin..

Menurut sumber berita media Israel, pihak tenteranya sedang giat menjalankan operasi menahan mana-mana wanita muda di bandar tersebut sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah serangan menggunakan pisau yang kerap berlaku di situ.

Pertubuhan Amnesty International, menyatakan bahawa hasil dari kajian yang mereka lakukan melalui lawatan ke Tebing Barat dan juga Timur Baitulmuqaddis mendapati, sejak bermulanya Intifada, pihak tentera penjajah Israel terbukti terlibat dalam satu siri pembunuhan yang menyalahi undang-undang dan dengan sengaja menggunakan kekerasan tanpa sebab ke atas warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

18 Tahanan Palestin di Penjara Etzion Lanjutkan Mogok Lapar

Isnin, 14-03-2016 – Seramai 18 tahanan Palestin di penjara Zionis “Etzion” terus melanjutkan tindakan mogok lapar, yang sudah dimulaka sejak hari Khamis minggu lalu. Sementara itu tahanan lain yang ada di penjara yang sama menghentikan tindakan mogok lapar mereka hari ini.

Kelab Tahanan Palestin dalam kenyataannya pada hari Isnin (7/3), menyebutkan bahawa seramai 18 tahanan daripada jumlah 60 orang, menolak hidangan makanan yang diberikan pada mereka sebagai protes perlanjutan penahanan mereka oleh pihak Zionis dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Kelab Tahanan Palestin menyatakan bahawa apabila situasi yang ada terus berlanjutan maka para tahanan akan mengambil langkah-langkah protes lain, meskipun sebagian dari mereka menerima keputusan pemindahan ke penjara Ofer dari pihak pengadilan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

3 Perkara Yang Menakutkan Israel: Dasar Terowong, Kelemahan Perisik dan Roket Perang.

Selasa, 08-03-2016 – Wakil tertinggi penjajah Zionis sudah mula membuat persiapan untuk pelbagai senario yang akan mendatang terutamanya yang berdekatan Gaza. Di celah-celah kekalutan, akan meningkatnya kekuatan perjuangan Palestin dan semakin meluas aksi menggali terowong, di saat yang sama puak Zionis mengalami kesukaran dalam mengumpulkan maklumat-maklumat perisik.

Sebuah laporan yang dikeluarkan laman web Perisik Zionis, “Walla”, diberitakan bahawa komando selatan tentera Zionis pada Ahad pagi(28/2) telah memulakan latihan untuk mempersiapkan Batalion Gaza untuk melakukan pelbagai latihan lapangan bagi menangkis kemungkinan-kemungkinan yang bakal terbit di belah Selatan.Perkara ini akan berlangsung sehingga Khamis yang datang di kawasan industri Ashkelon dan kawasan sekitarnya.

Berdasarkan laporan yang diterima, dikhabarkan akan terjadi pergerakan secara besar-besaran selama latihan pasukan penjajah Zionis berlangsung. Sementara itu pesawat-pesawat perang akan terbang di wilayah selatan. Pelbagai pasukan akan melakukan latihan lapangan, serangan darat dan mengumpul maklumat perisik. Itu semua untuk mengatasi ancaman-ancaman di sebalik terowong, yang sejak kebelakangan ini kembali mendahului surat-surat khabar yang diberitakan ancaman Hamas tentang penggalian terowong menuju ke Israel.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad