Selasa,04-05-2021 – Pada hari Ahad lalu, anggota polis Israel telah menahan tiga pemuda Palestin di sebuah kampung berhampiran Akka (Acre), di utara Palestin Yang Diduduki 1948, ketika mereka sedang mengambil bahagian dalam demonstrasi tunjuk perasaan.
Polis Israel telah menutup jalan masuk ke perkampungan al-Makar dan menyekat perarakan penunjuk perasaan Palestin ke jalan utama Akka-Safed 85.
Para penunjuk perasaan membantah keputusan Israel untuk merampas ratusan dunum tanah kampung bagi tujuan menjalankan projek di jalan raya 6.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa,04-05-2021 – Rejim Zionis menembak dan menyebabkan kecederaan teruk seorang wanita Palestin berusia 60 tahun di selatan Baitullaham pada pagi Ahad selepas mendakwa wanita berkenaan cuba menikam kumpulan tentera tersebut.
Akhbar Yahudi, Yediot Ahronot mendakwa wanita berkenaan cuba menyerang tentera dengan sebilah pisau di persimpangan Gush Etzion di selatan Baitullaham.
Akhbar tersebut menyatakan wanita tersebut yang berasal dari perkampungan Beit Husan, dibawa ke hospital Shaare Zedek di bahagian Jerusalem yang diduduki dengan kecederaan serius.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa,04-05-2021 – Mahkamah Tinggi Israel hari ini menunda keputusan mengosongkan rumah di kampung Syeikh jarrah al Quds kepada keluarga Palestin iaitu Iskafi, Al-Kurd, Al-Jauni dan Al-Qasim untuk kepentingan penduduk Yahudi yang mendakwa tanah yang diduduki keluarga Palestin tersebut sebagai milik mereka .
Pada September 2020, Israel mengeluarkan keputusan pengosongan rumah kepada empat keluarga Palestin tersebut dari kampung Syekh Jarrah; Iskafi, Al-Kurd, Al-Jauni Al-Qasim dan diikuti keputusan pada bulan berikutnya dengan pengosongan tiga keluarga lainnya; Hamad, Danaji dan Dawudi.
Keluarga-keluarga di kampung Syekh Jarrah tersebut telah mengajukan tuntutan semak semula. Pihak mahkamah Israel mengeluarkan keputusan pada Februari 2021 agar kumpulan pertama dari keluarga Palestin tersebut mengosongkan rumah mereka pada 2 Mei 2021 dan kumpulan kedua pada 1 Ogos 2021.
Malam semalam, pasukan Israel menyerang para pemuda Palestin yang menunjuk perasan di kampung Syekh Jarrah di Al-Quds. Pasukan Israel memukul dan memaksa mereka untuk meninggalkan tempat tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin,03-05-2021 – Rombongan peringkat tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya Ismail Haneyya bertemu dengan Menteru Luar Qatar,, Mohamed Al Thani di Doha pada hari Khamis.
Pertemuan itu dihadiri oleh timbalan Ketua Biro Politik Luar Hamas, Mousa Abu Marzouq dan anggota biro berkenaan Ezzat al-Resheq dan Husam Badran. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, delegasi dan Menteri Luar Qatar itu telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai beberapa isu kepentingan bersama dan perkembangan terbaru berkaitan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin,03-05-2021 – Puluhan pendatang menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa pada Rabu dengan perlindungan polis.
Jabatan Waqaf Islam di Baitulmuqaddis melaporkan bahawa 134 pendatang termasuk 95 pelajar Yahudi dan 2 pegawai perisik memecah masuk Masjid Al-Aqsa pada waktu pagi.
Ia menyatakan bahawa kumpulan pendatang itu melakukan ritual Talmud yang di dataran masjid.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin,03-05-2021 – Hari Rabu lalu, polis rejim Zionis telah membebaskan seorang paramedik Baitulmaqdis setelah memutuskan untuk menempatkannya di bawah penahanan rumah selama lima hari dan melarang beliau daripada hadir di kawasan Bab al-Amud dan jalanan Sultan Suleiman selama dua minggu.
Pada malam Selasa lalu, pegawai polis telah menyerang secara fizikal beberapa orang paramedik Palestin di kawasan Bab al-Amud berhampiran Masjid Al-Aqsa dan menahan salah seorang daripadanya yang dikenali sebagai Louay Jaafira.
Pengarah Persatuan Perkhidmatan Kesihatan Amal Abdul-Majeed Abu Sneineh menjelaskan bahawa pasukan polis, pada malam itu, telah menyerang salah seorang kakitangan persatuan berikut ketika beliau sedang menjalankan tugasnya seperti biasa di Bab al-Amud dengan memberikan bantuan perubatan untuk orang awam yang mengalami kecederaan akibat serangan polis.
Abu Sneineh menambah bahawa pasukan polis memukul Jaafira dengan teruk sebelum menahannya, tanpa alasan.
Dia mengatakan bahawa Jaafira dibawa ke balai polis di Jalan Salahuddin di kota suci dan kemudiannya dibebaskan dengan syarat tidak meninggalkan rumah selama lima hari dan menjauhkan diri dari jalan Bab al-Amud dan Sultan Suleiman selama 15 hari.
Sejak hari pertama bulan suci Ramadan, polis rejim Zionis telah mengganggu ahli-ahli paramedik Palestin di kawasan Bab al-Amud dan menghalang tugas-tugas mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin,03-05-2021 – Rejim Zionis pada malam tadi dan awal pagi hari Khamis telah menculik sekurang-kurangnya empat orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik seorang pemuda dari perkampungan Jalbun di timur laut Jenin. Persatuan Tawanan Palestin mengenal pasti pemuda tersebut sebagai Mohamed Ibrahim, seorang pelajar universiti.
Di Baitullaham, rejim Zionis menculik seorang bekas tawanan dikenali sebagai Ahmed Tayeh selepas menggeledah rumahnya di bandar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat,30-04-2021 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal telah mengatakan bahawa rakyat Palestin sedang berperang menentang usaha Israel untuk menguasai Jerusalem dan memecah belahkan Masjidil Aqsa.
“Kami sedang melakukan pertempuran ideology ke atas kota suci ini,” kata Mishaal dalam kenyataannya pada Ahad.
Dia mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel, sekali lagi melakukan kesalahan dalam menilai keadaan seperti yang terjadi pada tahun 2017 ketika Isarael menyerang pintu keselamatan di Kota Tua Jerusalem.
“ Mereka (Yahudi) terkejut apabila melihat orang-orang Jerusalem yang mulai bangkit untuk menggagalkan rancangan pembudayaan Yahudi di Yerusalem” tambah pemimpin Hamas itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat,30-04-2021 – Sejumlah polis rejim Israel pada malam Ahad menyerbu kawasan Bab al-Amud di kota Baitulmuqaddis dan menyuraikan serta menyerang warga Palestin yang berkumpul di situ.
Menurut sumber tempatan, polis rejim menahan seorang pemuda, menyerang dan merampas bendera Palestin di Bab al-Amud.
Beberapa pemuda cedera di Bab al-Amud apabila polis rejim mula mengejar mereka yang berarak di kawasan itu dan mengalihkan sekatan polis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat,30-04-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah memberi peringatan bahawa tidak akan ada keamanan jika negara pendudukan Israel meneruskan tindakan ganasnya di Baitulmaqdis Yang Diduduki, sambil menegaskan bahawa pemberontakan Palestin akan berlanjutan.
Dalam sebuah pertemuan maya, Haneyya mengatakan bahawa pihak penentang Palestin di Gaza tidak akan membiarkan Baitulmaqdis bersendirian menghadapi pencerobohan Israel dan akan sentiasa bersedia melindungi rakyatnya.
Beliau memuji para pemuda Baitulmaqdis kerana telah memaksa peneroka dan pasukan polis Yahudi untuk meninggalkan dataran dan kawasan pejalan kaki Bab al-Amud dan mempertahankan identiti kota suci Islam itu.
Pemimpin Hamas tersebut menyatakan kepercayaannya bahawa tindakan peneroka baru-baru ini di Baitulmaqdis, terutama di Bab al-Amud, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengambil alih Masjid Al-Aqsa dan mengyahudikan kota suci tersebut.
“Apa yang telah terjadi di Baitulmaqdis dan jalanannya adalah sebahagian dari polisi [Israel] untuk merobohkan rumah-rumah kediaman dan rancangan untuk membahagi ruang dan masa Masjid Al-Aqsa dan mencegah orang-orang kami untuk sampai ke sana,” kata Haneyya.
Beliau menjelaskan bahawa Baitulmaqdis bukan milik rakyat Palestin sahaja tetapi untuk seluruh negara Arab dan Muslim, sambil menggambarkan kota suci itu sebagai “titik pusat konflik” dengan penjajahan Israel.
Dia menggesa negara-negara Arab dan Muslim untuk bersedia menyokong dan bersatu dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan tanah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat,30-04-2021 – Polis penjajah Israel pada petang Ahad memperhebatkan kehadiran mereka di Kota Lama Yerusalem dan menangkap dua warga Yerusalem setelah menyerang mereka.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis menyerang secara fizikal dan menahan Ali Jaber dari kejiranan as-Sa’diya di Kota Tua dan menyeretnya ke tanah setelah dia tersedak dan pengsan.
Saksi mata mengatakan bahawa pakaian Jaber terkoyak ketika pegawai polis menyeretnya ke pusat penahanan di Yerusalem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Jumaat,30-04-2021 – Kementerian Luar Negeri Turki pada hari Isnin meminta pemerintah Israel untuk mengambil langkah-langkah melindungi orang awam Palestin dari serangan para peneroka.
Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan media mengulas perlakuan provokatif peneroka di Timur Jerusalem, “Tindakan provokatif yang dilakukan oleh kumpulan rasis yang tinggal di penempatan haram di wilayah Palestin, di hadapan Bab al-Amud di Kota Lama Jerusalem adalah berbahaya dan membimbangkan.”
Ia juga menambah terdapat kebimbangan mengenai sejumlah besar warga Palestin yang cedera semasa pertempuran dan penangkapan beberapa dari mereka oleh polis Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat,30-04-2021 – Surat khabar Israel Yediot Ahronot menyebutkan, perkembangan terbaru telah membuktikan adanya peningkatan canggih roket yang dilepaskan dari Gaza.
Menurut surat khabar tersebut, sekitar 22% roket yang dilancar dari Gaza mengarah ke kawasan berpenduduk, maksudnya Hamas terus mengembangkan kemampuannya.
Data yang dikeluarkan surat khabar Israel menjelaskan, selama beberapa tahun gencatan senjata, Hamas mengembangkan kemampuannya di wilayah selatan, 9 roket dari 40 yang dilepaskan dalam beberapa hari terakhir mengarah ke kawasan berpenduduk Zionis di sekitar Gaza, 7 di antaranya berjaya, dan 2 buah lainnya meledak berdekatan bangunan dan menyebabkan kerosakan.Dengan perbandingan mudah, jika seribu roket ditembak dalam pertempuran akan datang, maka sekitar 200 roket akan mengarah ke kawasan berpenduduk, jika kubah besi hanya mampu menangkis 85-95%, maka puluhan roket akan jatuh di kawasan padat penduduk.
Disebutkan bahwa Hamas terus berusaha selama 2 tahun kebelakangan ini untuk melampaui kubah besi, dengan menembak banyak roket dalam waktu pendek, sebahagian serangan serta menyebabkan kematian di Asdod. Menurut data Israel, Hamas cukup berjaya walaupan serangannya tidak menyebabkan korban di pihak Israel.
Dalam konteks lain, penembakan roket dari Gaza ke penempatan Zionis meningkatkan kemampuan strategi Hamas mengelelola pertempuran, dan di setiap pertempuran kecil mampu mempelajari perkembangan kubah besi dan kemampuannya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat,30-04-2021 – Rejim Zionis pada malam Ahad dan awal pagi Isnin telah menahan beberapa penduduk Palestin, termasuk dua orang pemudi, di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem.
Di Jerusalem, satu perarakan telah dilancarkan di bandar Beit Haniba, membantah serangan berterusan oleh penceroboh ke atas penduduk Jerusalem di Bab al-Amud.
Pertempuran tercetus dan polis Israel telah menembak bom gas dan bunyi ke arah pendemonstrasi. Unit khas tentera penceroboh dikenali sebagai ‘Mistaravim’ telah menculik empat orang pemuda.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat,30-04-2021 – Nelayan Palestin dihalang memasuki zon tangkap ikan Gaza berikutan tindakan tentera Rejim Zionis menutup kawasan tersebut pada Isnin, selepas Palestin melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke arah penempatan Israel semalam.
Kumpulan penentang Palestin di Gaza memberitahu, ia adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan kejam Rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem.
Melalui maklumat daripada pihak berkuasa Gaza, penyelaras sindiket nelayan, Zakaria Baker berkata, tentera Rejim Zionis memutuskan untuk menutup zon berkenaan sepenuhnya sehingga diberitahu kelak.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil