Isnin, 10-06-2024 – Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata bahawa serbuan Rejim Zionis ke atas bandar Nablus telah membunuh dua lelaki Palestin, berusia 33 dan 28 tahun, pada petang Isnin lalu.
Serangan itu turut mencederakan enam orang, tambah pihak berkuasa kesihatan.Rejim Zionis telah melakukan serangan hampir setiap hari ke atas bandar-bandar Palestin di Tebing Barat, dan membunuh beratus-ratus orang sejak permulaan perang di Gaza pada Oktober tahun lalu.
Bulan Sabit Merah Palestin juga mengesahkan bahawa seorang pemuda Palestin menghembuskan nafas terakhirnya akibat cedera selepas penahanannya oleh Rejim Zionis (IOF) ketika pertempuran ganas meletus di Nablus.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Selasa, 04-06-2024 – “Kami memaklumkan pengantara hari ini mengenai pendirian jelas kami bahawa jika Israel menghentikan peperangan dan pencerobohannya terhadap rakyat kami di Gaza, kami bersedia untuk mencapai persetujuan penuh yang merangkumi perjanjian pertukaran yang komprehensif,” Pergerakan Hamas mengisytiharkan dalam satu kenyataan yang diterbitkan di saluran Telegramnya pada hari Khamis.
“Kami menunjukkan fleksibiliti dan sikap positif dengan kerjasama pengantara sepanjang pusingan rundingan sebelum ini, yang membawa kepada pengumuman kelulusan cadangan pengantara pada 6 Mei,” kenyataan itu menyambung, merujuk kepada ketika, awal bulan ini, Hamas mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh pengantara: Qatar dan Mesir.
Israel bagaimanapun segera menolak tawaran ini daripada Hamas. Kemudian pada 7 Mei, Israel memulakan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas orang awam di selatan Gaza, Rafah.
Israel “membalas pendirian positif kami dengan menyerang bandar Rafah dan menakluki lintasan sempadan, serta memberikan kenyataan-kenyataan yang mensabotaj usaha pengantara,” tambah Hamas dalam kenyataannya.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Selasa, 04-06-2024 – Dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera pada hari Khamis dalam serangan udara Israel di perkampungan Houla di selatan Lubnan.
Sumber media Lubnan berkata bahawa serangan udara Israel menyasarkan kawasan kejiranan barat perkampungan Houla di tenggara Lubnan, membunuh dua orang dan mencederakan seorang lagi.
Sumber mengatakan bahawa lebih ramai mangsa masih hilang di bawah runtuhan bangunan. Ketegangan di sepanjang sempadan Lubnan-Israel meningkat pada 8 Oktober 2023 berikutan serangan roket yang dilancarkan oleh Hezbollah dan puak penentang Palestin terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Selasa, 04-06-2024 – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengkritik Amerika Syarikat yang menutup mulut terhadap kekejaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu.
Pada Isnin, Presiden Maduro menegaskan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu mengabaikan arahan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan mengebom kanak-kanak.
“Netanhayu adalah Herodes zaman kita. Dan apa yang dikatakan oleh Amerika Syarikat? Dan apa yang dikatakan oleh Eropah? Mereka membisu. Kebisuan ini menggalakkan genosid. Ini adalah salah satu genosid paling mengerikan yang pernah dialami oleh penduduk dunia sejak zaman Hitler,” katanya.
“Presiden-presiden Eropah mempunyai segala kuasa untuk mengakhiri kengerian ini, tetapi mereka tidak melakukannya. Itu menjadikan mereka bersubahat dalam semua pembunuhan ini,” tegas Maduro.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Selasa, 04-06-2024 – Gerakan Hamas menyeru masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah-langkah praktikal segera bagi menghentikan serangan agresif Israel yang semakin meningkat ke atas bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Seruan ini dibuat ketika bandar Rafah sedang menghadapi pengeboman rawak Israel ke atas rumah-rumah dan khemah-khemah perlindungan serta pasukan pertahanan awam, yang mengakibatkan kematian puluhan orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di tengah-tengah gelombang perpindahan yang semakin meningkat.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Hamas menyatakan bahawa Majlis Keselamatan PBB mesti memenuhi tanggungjawab undang-undang dan moralnya terhadap tindakan Israel yang menentang keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menetapkan penghentian segera serangan ke atas bandar tersebut.
Gerakan pembebasan Palestin itu memberi amaran tentang bencana kemanusiaan dan kesihatan yang semakin buruk di Rafah, kerana tentera pendudukan Israel terus menyasarkan hospital dan pusat kesihatan, sehingga menyebabkan kebanyakan daripadanya tidak dapat berfungsi sebagai sebahagian daripada perang genosidanya yang semakin meningkat di Semenanjung Gaza selama lebih dari tujuh bulan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Selasa, 04-06-2024 – Akhbar Ibrani Haaretz mendedahkan pada Selasa lepas dua tahanan syahid di Semenanjung Gaza yang ditahan di kem Sde Timan, akibat penyeksaan dan pukulan oleh tentera penduduk.
Akhbar itu berkata dalam siasatan bahawa dua penduduk Gaza telah mati syahid akibat dipukul teruk mereka telah dikenakan oleh tentera, dan bukan kerana keadaan jalan yang kasar semasa pemindahan mereka, seperti yang didakwa oleh anggota pasukan pendudukan yang menangkap mereka.
Akhbar itu menegaskan bahawa kedua-dua syahid itu, dibawa keluar hidup-hidup, dan diikat dengan pita di dalam trak yang mengangkut mereka dari Khan Yunis ke pusat tahanan berhampiran Beersheba, dan ditemui mati pada akhir perjalanan.
Beliau menegaskan bahawa bukti yang dikumpulkan bercanggah dengan dakwaan tentera mengenai kerosakan yang disebabkan oleh jalan raya, dan tanda-tanda pukulan muncul di beberapa tempat di badan mereka, dan menurut bukti, salah seorang daripada mereka mengalami pukulan ke kepala.
Beliau mengesahkan bahawa 35 lagi syahid sedang disiasat mengenai keadaan mati syahid mereka di dalam penjara rahsia, di mana banyak laporan telah mendedahkan bahawa rakyat Palestin telah menjalani rawatan kejam dan penyeksaan yang teruk.
Akhbar itu berkata siasatan sedang dijalankan ke atas syahid rakyat Palestin yang lain, akibat kecuaian atau kekurangan rawatan perubatan, dan kematian akibat penyakit dan jangkitan yang berlaku di dalam kem tahanan itu.
Kem Sde Timan adalah pangkalan tentera dan telah ditukar menjadi penjara, menempatkan kebanyakan tahanan di Semenanjung Gaza, sehingga keputusan dibuat sama ada untuk meneruskan prosiding terhadap mereka dan memindahkan mereka ke Pihak Berkuasa Penjara.
Kira-kira 2,000 rakyat Palestin telah dipindahkan ke penjara lain dan ditahan di bawah perintah tahanan kekal.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Rabu, 29-05-2024 – Israel terus mengabaikan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk perintah terbaru. Perintah itu memerlukan Israel menghentikan serangan ketenteraan ke atas Rafah di Selatan Semenanjung Gaza dan membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan pergerakan warga dan bantuan kemanusiaan, Euro-Med Human Rights Monitor berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Namun dalam tempoh 48 jam selepas Keputusan ICJ pada 24 Mei, hari Jumaat, Israel melakukan lebih 60 serangan udara ke atas Rafah, Kumpulan hak asasi itu mendedahkan.Manakala puluhan serangan tembakan peluru dan Meriam dilepaskan di kawasan Rafah di mana tentera rejim zionis sedang menceroboh.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Rabu, 29-05-2024 – Tentera penjajah Israel melakukan satu lagi pembunuhan ngeri selepas menyasarkan khemah keluarga yang dipindahkan di barat Bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, pada petang Ahad.
Menurut wartawan PIC, pesawat perang Israel mengebom sebuah kem pelarian, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang yang dipindahkan.
Lebih ramai mangsa masih berada di lokasi yang disasarkan kerana pasukan pertahanan awam tidak dapat mencapai mereka.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lapan peluru berpandu telah ditembak ke arah khemah pelarian, menyebabkan kebakaran yang meluas.
Sementara itu, pesawat perang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di barat Rafah, menyasarkan beberapa tapak kediaman.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Rabu, 29-05-2024 – Brigade Al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas mengumumkan bahawa mereka telah memerangkap pasukan Zionis ke salah satu terowong di kem pelarian Jabalia, utara Gaza dan bertempur dengan musuh secara berhadapan, menewaskan, mencederakan dan menangkap semua anggotanya.
Perkara ini disampaikan dalam rakaman pidato Abu Ubaida, jurucakap Brigade Al-Qassam yang disiarkan di Al Jazeera.
Brigade Al-Qassam menyiarkan sebuah video yang menunjukkan keadaan salah seorang tentera Zionis, tanpa jelas sama ada dia terbunuh atau tercedera, selain memperlihatkan peralatan militan yang disita dalam perangkap di salah satu terowong di Jabalia.
Brigade Al-Qassam menutup video tersebut dengan kalimat, “Inilah yang memungkinkan untuk disiarkan.”
Mengenai detail operasinya, Abu Ubaida menjelaskan bahawa ia adalah operasi kompleks yang dilakukan oleh Mujahidin Al-Qassam pada petang Sabtu 25 Mei 24 di bahagian utara Semenanjung Gaza, dimana Mujahidin memancing pasukan Zionis ke salah satu terowong di kem Jabalia dan memerangkap mereka dalam terowong tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Isnin, 27-05-2024 – Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Ismail Haneyya, bersama pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang Palestin bertemu pada hari Rabu dengan menteri luar Iran yang baharu, Ali Bagheri, di Tehran.
Pertemuan itu membincangkan keseluruhan perjuangan Palestin dan pelbagai sudut perkembangannya, terutama perang di Semenanjung Gaza serta kesan-kesannya.
Pertemuan itu diadakan seiringan dengan majlis pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi.
Sementara itu, mesyuarat peringkat tinggi di antara pemimpin-pemimpin Axis of Resistance telah diadakan pada hari Rabu di ibu negara Iran dengan kehadiran Komander Pengawal Revolusi, Mejar Jeneral Hossein Salami, dan Komander Pasukan Quds dalam Pengawal Revolusi, Brigedier Jeneral Ismail Qaani.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Haneyya, Muhammad al-Hindi, Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Sheikh Naim Qassem, Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, dan wakil kumpulan Ansar Allah Houthi Yaman serta wakil dari Iraq.
Haneyya tiba di Tehran pada hari Rabu untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dan untuk mengucapkan takziah atas kehilangan tragis itu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Isnin, 27-05-2024 – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada hari Khamis memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat peningkatan penyakit berjangkit di Semenanjung Gaza.
“WHO melaporkan penyakit berjangkit, termasuk cirit-birit dan penyakit disyaki hepatitis A semakin meningkat di Gaza,” kata UNRWA di X.
“Kita perlukan gencatan senjata sekarang,” katanya, dengan menekankan keperluan menyediakan penjagaan kesihatan berterusan, “tetapi tempat perlindungan yang sesak dan sanitasi terhad akibat pemindahan paksa menimbulkan risiko kesihatan yang teruk.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Jumaat, 24-05-2024 – Ketika Perang genosid Israel yang disokong AS di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-229 pada Rabu, serangan udara dan tembakan artileri diteruskan dan menyasarkan kawasan yang berlainan dan mengorbankan lebih banyak orang awam, terutama di utara Gaza.
Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa tentera rejim Israel terus mengebom rumah di kawasan yang berbeza di Gaza selama 24 jam yang lalu, di tengah-tengah serangan yang berterusan di Rafah dan Jabalia.
Menurut sumber media, dua orang awam mati syahid dan yang lain cedera dalam serangan rejim Israel di jalan raya di kejiranan al-Sabra di Selatan Bandar Gaza, sementara mayat seorang awam ditemui dan dipindahkan dari bandar al-Zahra di tengah Gaza.
Tentera Israel juga melancarkan serangan udara ke atas rumah-rumah milik keluarga Abu Zayda, Darabiyah dan Musa di utara Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 20 warga dan mencederakan yang lain.
10 warga lain telah mati syahid dan yang lain cedera apabila tentera rejim Israel mengebom struktur yang melindungi keluarga yang berpindah di kawasan al-Zawaida di tengah Gaza.
Dalam serangan lain ke atas sebuah rumah di kawasan Bir An-Najah di tengah Gaza, turut meragut nyawa enam orang awam dan mencederakan beberapa yang lain.
Beberapa korban lain turut dilaporkan di kawasan lain di Gaza berikutan serangan udara, artileri dan tembakan Israel malam tadi dan hari ini.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Jumaat, 24-05-2024 – Pelampau penduduk haram Israel telah mencetuskan satu kebakaran ke atas stor kenderaan terpakai milik penduduk palestin di bandar Yetma yang terletak di selatan Nablus, kawasan penjajahan utara Tebing Barat, mengakibatkan kebakaran besar-besaran puluhan kereta, dalam kejadian petang Ahad itu.
Sumber tempatan turut melaporkan, kumpulan pelampau penduduk yang mendiami secara haram penempatan Avitar, di puncak Gunung Subeih itu menyerang bandar Yetma dan mencetuskan kebakaran ke atas gudang kenderaan tersebut yang terletak berhambiran jalan utama, dan mengakibatkan beberapa kenderaan musnah. Tambahnya lagi, api yang marak turut merebak ke ladang-ladang buah zaitun yang terdekat.
Penduduk haram Israel terus- terusan pula menyerang beberapa perumahan dengan cuba membakar rumah-rumah berhampiran sebelum dihalang oleh penduduk setempat.
Serangan keganasan oleh penduduk haram itu akhirnya dileraikan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan dan bom gas pemedih mata ke atas penduduk.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Jumaat, 24-05-2024 – Polis Israel menutup “Lion’s Gate” Masjid Al-Aqsa pada petang Selasa dan menghalang para jemaah daripada memasuki tempat suci tersebut.
Puluhan jemaah berkumpul di hadapan “Lion’s Gate” selepas polis menghalang mereka daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, memaksa mereka untuk menunaikan solat di luar masjid.
Polis Israel juga memperketat langkah-langkah keselamatan di sekitar pintu-pintu Kota Lama Baitulmaqdis yang diduduki, menutup Pintu Damascus untuk beberapa waktu, menyerang seorang pejalan kaki, dan mengumumkan lebih banyak jalan akan ditutup sepanjang hari untuk memudahkan penerobosan oleh puak ekstremis ke Kota Lama dan Tembok Al-Buraq (Tembok Barat).
Pada pagi ini, ratusan penduduk telah menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa melalui Pintu Al-Maghareba, di bawah perlindungan polis Israel. Mereka melaksanakan ritual Talmud yang bersifat perkauman, melakukan pergerakan provokatif di halaman masjid, dan mengibarkan bendera Israel di Kubah Batu.
Organisasi ekstremis daripada kumpulan kuil yang didakwa telah digerakkan, beberapa hari lalu, untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Masjid Al-Aqsa dan mengibarkan bendera Israel di halaman masjid berkenaan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Selasa, 21-05-2024 – Pergerakan Hamas telah meluahkan kekecewaan pada laporan-laporan media mendakwa ia terlibat dalam plot menyahstabilkan Jordan.
Hamas menegaskan dalam sebuah kenyataan media pada Rabu bahawa pergerakan itu tidak terlibat dalam apa jua ‘tindakan sabotaj’ Yang mensasarkan Jordan, menekankan yang ia tidak masuk campur dalam hal ehwal dalaman negara lain.
Hamas mengulangi bahawa polisinya adalah stabil dan jelas dalam menghadkan konfrantasinya hanya terhadap ‘penjajahan Zionis.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul