Categories
Berita Semasa

Kepimpinan Hamas menemui Timbalan Menteri Luar Russia di Doha

Jumaat, 26-06-2020 – Pada Selasa, satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua politiknya Ismail Haneyya bertemu dengan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar Russia dan Nur Kholov, duta Russia ke Qatar, di ibu negara Qatar, Doha.

Delegasi Hamas itu turut disertai oleh bekas ketua politik Khaled Mishaal dan ketua perhubungan antarabangsa Mousa Abu Marzouk, demikian menurut kenyataan akhbar Gerakan Hamas.

Ketika mesyuarat, para pemimpin Hamas meletakkan peranan Bogdanov dan Kholov di dalam perkembangan politik di arena Palestin terutamanya tentang rancangan Israel untuk merampas sebahagian Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis (IOF) pada hari Rabu merobohkan tujuh rumah Palestin di Negev, Jerusalem dan Tebing Barat.

Jumaat, 26-06-2020 – Sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak Israel, yang dikawal oleh angkatan bersenjata, menyerbu kawasan Beir al-Hamam di Negev dan merobohkan tiga kediaman Palestin.

Konfrontasi meletus antara IOF dan penduduk tempatan, di mana IOF menyerang lelaki muda, wanita dan kanak-kanak.

Di Baitulmuqaddis, IOF merobohkan rumah yang didiami oleh warga Palestin Sharhabil Alqam dan lapan anggota  keluarganya di bandar Beit Hanina kerana didakwa “tidak berlesen”.

Tiga kediaman Palestin dirobohkan di kawasan yang berlainan di Ramallah, Tebing Barat, salah satunya masih dalam pembinaan.

Baru-baru ini, wilayah Palestin menyaksikan peningkatan yang tidak pernah terjadi sebelumnya dalam kempen perobohan Israel yang merangkumi terutamanya rumah, kemudahan pertanian dan komersial.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pertembungan di Abu Dis dan Eizariya, Israel Tangkap Remaja di Jabal Mukaber

Jumaat, 26-06-2020 – Pada hari Rabu (24/6/2020) malam, pertembungan berlaku antara pasukan penjajah  Israel dengan para pemuda Palestin, susulan serbuan yang dilakukan pasukan penjajah Israel ke kota Eizariya dan Abu Dis, di kota al-Quds. Sementara itu pasukan  penjajah Israel menangkap seorang remaja Palestin di Jabal Mukaber.

Sumber tempatan di kota Abu Dis melaporkan bahawa seramai tujuh pemuda mengalami sesak nafas setelah pasukan penjajah Israel menembak bom gas sepanjang konfrontasi yang berlaku di kota tersebut.

Begitu juga di kota Eizariya, konfrontasi serupa berlaku antara pasukan penjajah Israel dan para pemuda Palestin. Di mana pasukan  penjajah Israel menggunakan bom gas, meriam bunyi dan peluru logam untuk membubarkan para pemuda. Demikian menurut sumber-sumber tempatan Palestin di Eizariya.

Di kota Jabal Mukaber, pasukan  penjajah Israel menangkap seorang remaja Palestin, Issa Abu Sakran (17 tahun), setelah pasukan penjajah Israel menyerbu rumahnya di kota Abu Dis ketika berlaku demonstrasi dan gerakan kemarahan warga, bersama dengan mogok menyeluruh dan berkabung umum setelah seorang pemuda Palestina Ahmed Erekat meninggal dunia pada 23 Jun apabila di tembak oleh tentera Israel di pos pemeriksaan militan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Arahan bersyarat Mahkamah Israel pembebasan warga Baitulmuqaddis dan anak-anaknya

Khamis, 25-06-2020 – Satu Mahkamah Israel pada Isnin mengambil keputusan mengarahkan pembebasan bersyarat seorang warga Baitulmuqaddis dan anak-anak lelakinya beberapa hari setelah mereka diculik oleh pois rejim dari kediaman mereka di kota suci.

Menurut sumber tempatan, mahkamah itu mengarahkan pembebasan Mansour Abu Gharbiya dan tiga anak lelakinya dengan syarat setiap daripada mereka membayar penalty sebanyak 1,000 shekels dan ditahan di rumah sehingga 29 Jun.

Polis rejim Israel menyerbu kediaman Abu Gharbiya pada Khamis lepas di kejiranan as-Suwannah dan mengasari mereka ketika mengerah mereka keluar dari rumah menuju ke pusat tahanan di kota suci.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Bapa, anak lelaki serta cucu cedera dalam serangan di Ramallah

Khamis, 25-06-2020 – Tiga warga Palestin dari keluarga yang sama telah cedera setelah sekumpulan peneroka Israel menyerang mereka di kampung Ras Karkar, daerah Barat Ramallah.

Sumber tempatan mengatakan bahawa sejumlah besar peneroka Israel menyerang Rateb Abu Fkheida, 62, anaknya Othman, 28, dan cucunya Moheeb, 18, ketika mereka bekerja
di tanah pertanian mereka di Ras Karkar.

Ketiga-tiga warga Palestin itu mengalami luka dan lebam dan dikejarkan ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Ibu Warga Palestin dan Bayinya di Baitulmaqdis

Khamis, 25-6-2020 – Polis Israel pada Selasa lalu telah menculik seorang ibu warga Palestin bersama-sama bayinya berhampiran kawasan Bab Hitta di Kota Baitulmaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa polis Israel menahan seorang wanita Palestin yang hadir bersama bayinya yang berusia lima bulan di Bab Hitta di Baitulmaqdis.

Sementara itu, pasukan polis Israel telah menyerbu perkampungan al-Sawahira ash-Sharqiya dan Abu Dis di Baitulmaqdis dan telah menggeledah sebilangan rumah dan kedai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis usir rakyat Palestin dari tanah mereka di Bethlehem.

Rabu, 24-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Ahad yang lalu telah memerintahkan pengusiran seorang warga Palestin dari tanah pertaniannya di bandar al-Khader di daerah Bethlehem di Tebing Barat.

Aktivis anti-pengusiran Hasan Breijiya berkata, rejim Zionis telah menyerahkan notis kepada Bassam Ghoneim yang juga seorang warga tempatan bagi memerintahkannya untuk keluar dari tanah milik beliau yang berkeluasan satu ekar setengah, berdekatan dengan penempatan haram Israel di El’azar.

Penduduk di bandar al-Khader berulang kali menerima layanan teruk sementara rejim Zionis menggunakan kekerasan dengan mengancam tanah-tanah, pokok-pokok juga di cabut dan menceroboh tanah petani-petani disana. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Kementerian umumkan 84 kes baru COVID-19 di Tebing Barat

Rabu, 24-06-2020 – Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan terdapat 84 kes baru COVID-19 (coronavirus) dikesan di Tebing Barat pada Sabtu.

Menteri kesihatan al-Kaila melaporkan 84 jangkitan COVID-19 di Ramallah, al-Khalil daerah Nablus.

Para pesakit baru itu menurut Kaila, merupakan kontak rapat dengan kes-kes COVID-19 yang disahkan sebelum ini.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Sita Tanah Penduduk Di Betlhem Untuk Pembinaan Jalan Raya

Rabu, 24-06-2020 – Pasukan penjajah zionis, Ahad (21/6) mula membina jalan penempatan n di tanah Palestin yang mereka sita di Nahalin, Bethelem barat, Tebing Barat selatan.

Para aktivis di kota Nahalin melaporkan, pasukan Israel menyerbu kawasan dan melarang penduduk memasukinya, kemudian jentolak Israel mula meratakan tanah untuk membina jalan untuk menghubungkan penempatan Betar Elit yang mengandungi komuniti penempatan Ghosh Etsion, yang diduduki sekitar 4 ribu penduduk.

Wakil Datuk Bandar Nahalin, Hani Funun mengatakan, perluasan tersebut melibatkan  10 meter lebar dan sepanjang 2 kilometer, di tanah yang terletak di kawasan Ain Faris. Projek ini akan melibatkan memberi kesan kepada sekitar 3 hingga 4 ribu penduduk. Pemilik tanah akan sukar untuk pergi ke kawasan tanah mereka. 

Funun menyebutkan, kawasan Ain Faris sejak beberapa tahun menjadi sasaran serangan para penduduk Zionis Betar Elit, dengan menghalakan air limpah ke ladang-ladang pertanian yang menyebabkan kerusakan tanaman.

Beliau menambah bahawa para penduduk zionis memanfaatkan wabak Corona dengan menyita ratusan kawasan pertanian di kawasan Karkafiya dan Mishwanah di bahagian barat daya kota dan menanam dengan pokok-pokok liar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menangkap pengawal dan lima wanita di Masjidil Aqsa

Rabu, 24-06-2020 – Polis Israel telah menahan seorang penjaga Masjid al-Aqsa dan lima wanita di kawasan solat Bab al-Rahma di Baitulmaqdis.

Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel menahan penjaga Masjid al-Aqsa, Abed al-Karim Qa’oud dan memindahkannya ke pusat tahanan berdekatan untuk disoal siasat.

Lima wanita Palestin yang dikenali sebagai Shefaa Abu Ghalia, Aya Abu Nab, Aya Ma’touq, Maram al-Natsha, dan Mayar al-Natsha juga diserang dan ditangkap di lokasi tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas puji pendirian pakar lantikkan PBB menolak rancangan perluasan wilayah.

Rabu, 24-06-2020 – Pergerakan Hamas menyambut baik kenyataan berapa  pakar dari pertubuhan hak asasi manusia  bebas yang dilantik PBB berhubung rancangan perluasan wilayah pihak rejim Israel yang bakal dilaksanakan bermula seawal-awalnya bulan hadapan.

Kenyataan bersama terbaru melibatkan hampir 50 pakar hak asasi kemanusiaan – lantikan Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB – telah menyeru masyarakat antarabangsa yang menentang hasrat rejim Israel membuat pengisytiharan perluasan wilayah di bahagian yang jelas terletak di Tebing Barat pada awal Julai

Pergerakan itu menyatakan penghargaan, melalui satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakapnya Abdul Latif al-Qanu, keputusan sebulat suara pakar-pakar itu menentang  AS yang menyokong rancangan perluasan wilayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Para pendatang mula membina jalan baru untuk menghubungkan penempatan-penempatan di Tebing Barat

Isnin, 22-06-2020 – Para pendatang Yahudi meratakan seluas beberapa dunum tanah warga Palestin di bandar Qusra, selatan Nablus di Tebing Barat bagi membina jalan baru.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, jentolak yang dimiliki para pendatang mula meratakan tanah di bandar Qusra untuk membina jalan sepanjang 7 kilometer yang menghubungkan terutamanya pos Esh Kodesh dan penempatan Migdalim.

Jalan tersebut turut akan menghubungkan penempatan-penempatan dan pos-pos di utara Tebing Barat dengan Lembah Jordan, demikian menurut Daghlas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Amnesty: Tak Cukup Dengan Kritikan, Tel Aviv Perlu Diberi Hukuman

Isnin, 22-06-2020 – Amnesty Internasional mengutuk rancangan aneksasi Israel terhadap wilayah Tebing Barat terjajah.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan melalui twitter, Amnesty meminta masyarakat iantarabangsa terutama PBB, untuk mengenakan hukuman kepada Israel atas pelanggaran terhadap rakyat Palestin bukan sekadar kritikan.

Menurut Amnesty, kritikan tanpa hukuman tidak dapat menamatkan kezaliman dan tidak boleh menghentikan Israel untuk mengelak hukuman.

Amnesty menyatakan beberapa sebab yang disampaikan para pemerhati di PBB bahawa aneksasi akan meningkatkan pelbagai pelanggaran terhadap Hak Asasi Manusia di Palestin.

Pada Selasa lalu, sejumlah pemerhati PBB dalam siaran yang disampaikan pengawas Hak Asasi Manusia, menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk menentang aneksasi Israel dan menganggap langkah tersebut sebagai pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Russia: Rancangan Israel untuk peluasan akan mencetuskan lagi keganasan

Jumaat, 19-06-2020 – Russia dan Kesatuan Eropah berpendapat, rancangan Israel untuk merampas wilayah Palestin di Tebing Barat boleh mencetuskan gelombang baru keganasan di kawasan itu, demikian menurut Menteri Luar Russia Sergey Lavrov pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat olehnya ketika beliau bercakap di telefon dengan Wakil Tertinggi EU Hal Ehwal Luar dan Polisi Keselamatan, Josep Borrell.

“Situasi ini semakin meruncing akhir-akhir ini, dan kami menekankan pendirian kami yang senada dengan Kesatuan Eropah, bahawa perlaksanaan rancangan peluasan di wilayah Palestin Tebing Barat akan menggugat prospek penyelesaian dua negara terhadap masalah Palestin-Israel seterusnya akan menyebabkan letusan keganasan berbahaya di kawasan itu,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Malaysia Tolak Rancangan Pengilhakan Israel

Jumaat, 19-6-2020 – Ketua negara Malaysia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengesahkan penolakan baginda terhadap rancangan Israel untuk mengilhakkan sebahagian tanah Palestin, dan menitahkan agar semua rakyat Malaysia agar mendoakan rakyat Palestin yang terus menerus ditindas oleh Israel.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, mengatakan bahawa Seri Paduka telah menzahirkan keprihatinan baginda yang mendalam terhadap perjuangan Palestin.

Beliau juga mengesahkan sokongan Seri Paduka Baginda terhadap usaha Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa yang menentang rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian tanah Palestin.

“Seri Paduka Baginda percaya bahawa kebebasan rakyat Palestin dapat direalisasikan jika mereka diberi sokongan berterusan untuk menubuhkan sebuah negara merdeka di wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur,” kata kenyataan itu.

Baginda menitahkan agar supaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, untuk berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya hak Palestin akan dilindungi dan mereka akan segera bebas dari penjajahan Israel.

Baginda juga menyatakan harapan agar semua rakyat Malaysia terus menegakkan prinsip keadilan dan saling hormat menghormati, selain menolak segala bentuk keganasan sesama umat manusia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul