Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Serbu Stadium, Ganggu Acara Sukan

Khamis, 22-08-2019 – Tentera dan pegawai risikan Zionis Israel telah menyerbu stadium Burj al-Laqlaq pada Ahad lepas, di Kota Lama BaitulMaqdis dan membuang semua sepanduk yang dipasang di dalam bangunan tersebut. Tentera Zionis Israel menyerang rakyat Palestin yang berada di sana sebelum memaksa mereka keluar dari stadium.

Mereka juga menahan belia Palestin yang sepatutnya bermain dalam acara sukan yang telah dijadualkan. Kejadian ini berlaku sehari selepas tentera Israel mengharamkan satu persidangan yang dijadualkan pada hari Sabtu di tempat yang sama untuk membincangkan dasar Israel yang merobohkan rumah sekitar BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed
ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan tangki air pertanian di utara Lembah Jordan

Selasa, 20-08-2019 – Tentera rejim (IOF) pada pagi Ahad memusnahkan sebuah tangki air besar yang digunakan untuk tujuan pertanian di utara Lembah Jordan.

Wakil tempatan Mu’taaz Bisharat berkata yang IOF memusnahkan tangki yang digunakan oleh warga Palestin untuk pengairan tanah pertanian dekat Kampung Bardala.

Walaupun ia berlesen, tentera rejim mendakwa yang tangki itu dibina tanpa kebenaran, sesuatu yang telah menjadi alasan selama bertahun-tahun untuk menghalang pembangunan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

8 Tahanan Pentadbiran Palestin Mogok Lapar

Selasa, 20-08-2019 – 2 orang tahanan Palestin yang sedang meringkuk di dalam penjara rejim Israel telah menyertai mogok lapar yang sedang dilangsungkan bagi menyuarakan bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka, lapor Persatuan Tahanan Palestin Ahad lalu. 

Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa Naser al-Jada’ dan Thaer Hamdan telah memulakan mogok lapar tanpa penghujung masing-masing sejak 12 dan 7 hari yang lalu, sebagai menunjukkan bantahan atas penahanan mereka yang dilakukan tanpa pendakwaan atau perbicaraan oleh pihak Perkhidmatan Penjara Israel. 

Kini sejumlah lapan orang tahanan Palestin sudah menyertai mogok lapar sebagai membantah pertahanan pentadbiran mereka. Mogok berkenaan telah dimulakan 49 hari lalu oleh Huthaifa Halabiya dan beberapa tahanan lain juga telah turut serta.

Kesihatan Halabiya dilaporkan semakin merosot, namun pihak Perkhidmatan Penjara Palestin tetap tidak mengendahkan tuntutan dan aduan beliau, serta tetap berkeras tidak mahu memberikan bantuan perubatan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul


Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan berpuluh pekerja asal Tebing Barat.

Selasa, 20-08-2019 – Polis rejim Israel menahan berpuluh pekerja dari Tebing Barat dalam operasi meluas di seluruh wilayah yang didudukinya dengan alasan mereka tidak mempunyai permit kerja.

Menurut Persekutuan Am, Kesatuan Sekerja Palestin, pihak polis rejim memperhebat kehadiran mereka di semua jalan di laluan masuk yang selalu diguna pekerja warga Palestin dan di kawasan yang berbeza.
Sekurang-kurangnya, 30 pekerja dari Tebing Barat dilaporkan berjaya ditangkap selepas polis memaksa mereka turun dari bas yang mereka naiki di pusat pemeriksaan berhampira bandar Kiryat Gat. Operasi pemeriksaan masih terus berjalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tangkap10 penduduk Palestin.

Isnin , 19-08-2019 – Tentera rejim zionis Israel menahan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dalam satu operasi berbeza pada pagi Khamis, lalu.

Menurut kata saksi tempatan, anggota tentera rejim menahan dua pemuda dari kawasan berlainan di Bethlehem, salah seorang dari mereka ditahan ketika di dalam kenderaan di jalan masuk menuju bandar Nahalin. Di Qalqilya pula, dua warganya ditangkap di dalam rumah dan seorang lagi di jalan masuk ke Izbat at-Tabib. Mereka dikenali sebagai Mohamed Dawoud, Mohamed al-Turkey dan Hamad Tabib.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar Beit Kahil, bertelingkah dengan para pemuda

Isnin , 19-08-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh hari Khamis menyerbu bandar Beit Kahil, utara al-Khalil, menyerbu rumah-rumah dan bertelingkah dengan para pemuda tempatan.

Menurut sumber tempatan, segerombolan pasukan tentera rejim menyerbu sekali lagi kediaman dua tahanan daripada keluarga Asafera, yang dituduh membunuh seorang tenterea israel di penempatan Etzion, selatan Tebing Barat.

Beberapa penduduk dilaporkan menderita akibat terkena gas pemedih mata ketika pertelingkahan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tembak Mati Pemuda Palestin Yang Didakwa Menikam Anggota Polis

Isnin , 19-08-2019 -  Seorang warga Palestin meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah ditembak pasukan Israel atas tuduhan  melakukan serangan menikam anggota polis di kota lama Al-Quds terjajah.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa seorang anggota polis Israel mengalami kecederaan akibat ditikam berdekatan pintu gerbang Silsilah kota Lama Al-Quds.Pihak Canel Israel melaporkan, polis Israel kemudiannya melancarkan tembakan terhadap dua orang pemuda Palestin yang didakwa sebagai pelaku serangan tersebut.

Selepas insiden tersebut, pasukan Israel menutup semua gerbang masuk Masjidil Aqsa, sementara pasukan  polis khas Israel menyerbu halaman masjid dan mula mengosongkan masjid dengan mengusir para jamaah yang solat di sana.

Sejak menduduki kota Al-Quds, penjajah zionis Israel mengambil urusan pemerintahan dan keselamatan kota termasuk kawasan kompleks Masjidil Aqsa. Pihak Israel  menempatkan anggota keselamatan di setiap gerbang masuk masjid. Mereka memeriksa setiap orang yang hendak masuk dan melarang masuk warga Palestin di bawah umur 50 tahun, kecuali pada hari Jumaat.

Namun pada waktu yang sama, penjajah Israel mengizinkan para pendatang Yahudi menyerbu masuk halaman Masjidil Aqsa setiap hari di waktu pagi dan petang selain hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman  
Categories
Berita Semasa

Israel hentikan pembinaan kediaman warga Palestin di Bethlehem

Imej daripada https://www.albawaba.com/

Jumaat , 16-08-2019 – Pihak rejim Israel pada Selasa mengeluarkan arahan menghalang pembinaan rumah rakyat Palestin di kampung al-Walaja, barat laut Kota Bethlehem.

Sumber tempatan menyatakan yang pihak rejim Israel menyerahkan arahan itu kepada Halima al-A’raj atas alasan pembinaan tersebut tiada lessen. Kampung Al-Walaja sering menjadi sasaran oleh pihak rejim dengan alasan tidak munasabah bagi menyekat pembinaan dan memusnahkan rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Menteri Israel ancam akan bunuh pemimpin Hamas di Gaza.

Jumaat , 16-08-2019 – Rejim Zionis Israel mengancam akan membunuh pemimpin Gaza sekiranya pihaknya melakukan serangan ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza di masa hadapan.

Rejim Israel menuduh Hamas bertanggungjawab dalam siri “serangan terbaru” yang dilancarkan pihak “angkatan bersenjata Palestin” di kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki Israel.

Menteri Luar Israel, Israel Katz dalam satu kenyataan sidang medianya menyatakan, “Kami berusaha secara berterusan untuk mengurangkan ancaman dari pihak Hamas seperti dengan memusnahkan terowong yang mereka bina. Kami sekarang akan bertindakbalas terhadap setiap kejadian yang melibatkan soal keselamatan tetapi berkemungkinan kami akan terus melancarkan kempen ketenteraan di sana. “

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Sinwar Ungkap Pertemuan Pemimpin Al-Qassam dan Brigade Al-Quds

Jumaat , 16-08-2019 -  Ketua Gerakan Pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar, pada hari Rabu (14/8/2019), mengungkapkan tentang pertemuan yang diadakan beberapa hari  lalu antara para pemimpin Hamas dan Jihad Islam yang melibatkan bahagian politik dan ketenteraan untuk membincangkan projek perjuangan dan rancangan pembebasan dan hak kembali pelarian Palestin.

Sinwar mengatakan bahawa gerakan Hamas dan fraksi-fraksi perjuangan serta kekuatan-kekuatan nasional dan Islam akan terus meneruskan persiapan dan menghimpun kekuatan serta menyediakan logistik dan menyempurnakannya untuk projek pembebasan dan hak kembali pelarian Palestin. 

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan yang berjalan beberapa hari yang lalu adalah pertemuan tingkat pimpinan tinggi. Beliau mengatakan, "Kami beberapa hari yang lalu mengadakan pertemuan tingkat tertinggi yang melibatkan para tokoh dari pimpinan politik Hamas dan Jihad Islam, yang dihadiri pimpinan Brigade Al-Qassam dan Brigade Al-Quds."

Sinwar mengatakan, "Kami duduk selama hampir enam jam, dengan cinta dan persaudaraan, membincangkan detail rancangan perjuangan dan persiapan serta pengaturan untuk pembebasan dan hak kembali pelarian serta rancangan mengusir penceroboh.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Melancarkan Kempen Pencarian di Kampung Lembah Jordan

Jumaat , 16-08-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu Khirbet al-Hadidiya di utara Lembah Jordan dan mencari perkhemahan rakyat Palestin.

Aktivis, Aref Daraghmeh berkata dua kenderaan milik Zionis dan beberapa askar mereka telah memasuki kampung itu pada sebelah petang.

Daraghmeh berkata bahawa pihak Israel mencari khemah milik rakyat Palestin, Omar Bsharat tanpa menyatakan sebarang alasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Dua drone berjaya melintasi sempadan Israel, kembali semula ke Gaza.

Khamis , 15-08-2019 – Tentera rejim Israel mendakwa bahawa pihaknya telah mengesan dua buah drone atau pesawat kecil tanpa pemandu terbang melintasi sempadan di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laman web Yedioth Ahronoth, pihak pertahanan Israel mengesan drone tersebut terbang memasuki ruang udara sempadannya tetapi tidak lama dan kemudian kembali semula ke Gaza.

Sementara itu, laman web berbahasa Yahudi yang lainnya pula melaporkan berita tentang kejadian pemuda Palestin membaling batu ke arah anggota tentera Israel dari arah pagar keselamatan dan kemudiannya mereka melarikan diri dari kawasan itu. Kejadian berlaku di utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Qabha rayu Bassam Sayeh segera dibebaskan dari penjara.

Rabu , 14-08-2019 – Bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin, Wasfi Qabha merayu agar seorang tahanan warga Palestin, Bassam as-Sayeh dibebaskan dengan segera dan menjelaskan bahawa tahanan itu sedang menghidap penyakit kanser tahap 3 serta dalam keadaan koma.

Menerusi kenyataan medianya, beliau mengesa komuniti ahli diplomatik, Pesuruhjaya bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Pertubuhan Tahanan Palestin serta semua pihak-pihak yang berkenaan supaya campur tangan dan melibatkan diri bagi pembebasan segera tahanan tersebut dari penjara sebelum terlambat.

Bekas menteri itu berkata bahawa Sayeh sepatutnya telah mendapat perintah pembebasan lebih awal dari mahkamah Israel beberapa bulan yang lepas tetapi pihak rejim telah menangguhkan perkara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel bertindak ganas, tahan pegawal keselamatan Masjidil Aqsa.

Jumaat , 09-08-2019 – Polis rejim zionis Israel bertindak ganas, menangkap seorang anggota pengawal keselamatan di luar ruang solat Bab al-Rahmah, Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis.

Menurut saksi kejadian, pegawai polis rejim menahan seorang anggota keselamatan masjid, Muhamad Idrees. Selepas dipukul dia telah dibawa ke balài polis berdekatan masjid dengan tangan bergari. Sebelum itu, polis rejim menangkap seorang aktivis pro-Aqsa, Nidham Abu Rumouz di ruang solat yang sama dan membawanya untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan pengesanan elektronik ke atas Sheikh Salah

Jumaat , 09-08-2019 – Mahkamah Tinggi Israel pada Selasa meluluskan permintaan pendakwa untuk melanjutkan tempoh pemantauan Sheikh Ra’ed Saleh, ketua Gerakan Islami, dengan menggunakan pengesan elektronik di pergelangan kaki (GPS dan alat pencuri dengar).

Oleh itu, alat pengesan akan berada di kaki Sheikh Salah untuk tempoh lagi tiga bulan.

Peguam Khaled Zabarqa, yang mewakili Sheikh Salah, berkata yang Sheikh telah ditaha di rumah dan dipantau secara elektronik sejak 6 Julai 2018 setelah beliau diasingkan selama 11 bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati