Categories
Berita Semasa

Fatah menyokong tentera Mesir terhadap pembunuhan pro demokrasi Mesir

Khamis ,22-08-2013 – ‘FATAH’, yang diketuai oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan pendirian dan sokongannya terhadap tentera Mesir dalam tragedi pembunuhan penunjuk perasaan secara aman dan para penentang terhadap rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan dan Kebudayaan, pada hari Sabtu, ‘FATAH’ melahirkan keyakinannya terhadap keupayaan tentera Mesir untuk menumpaskan konspirasi dan komplot rakyat, negeri dan Negara di Mesir.

‘FATAH’ juga mengumumkan tindakan berat sebelahnya dan sokongannya terhadap hak pasukan tentera Mesir dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan Mesir dalam menghadapi keganasan, seperti yang beliau sifatkan, serta merujuk kepada para penentang terhadap rampasan kuasa dan penyokong-penyokong yang menginginkan legitimasi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Penyelesaian Amerika – Zionis

Selasa ,20-08-2013 – Jika semua wilayah Amerika Syarikat dan entiti Zionis memilih lebih daripada apa yang disesuaikan daripada keadaan dan masa untuk mencari penyelesaian isu Palestin, menjadikan lebih hampir untuk mencairkan hingga ke akhir kes ini, apa yang telah disediakan oleh mereka, hingga ke hari ini, lebih baik daripada masa semasa untuk bergerak ke hadapan ke arah penyamaaan atau penyelesaian kepada penapisan isu Palestin, dengan syarat-syarat yang lebih baik dan munasabah dari setiap wilayah Amerika Syarikat dari satu sudut dan entiti Zionis dari satu sudut yang lain, dan dengan perikatan strategik yang sedia ada antara keduanya.

Keadaan politik rakyat Palestin, berada dalam kedudukan yang paling lemah sejak penubuhan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan gerakan penentangan Palestin bermula pada separuh kedua dari enam puluhan abad yang lalu, bahkan berada dalam kedudukan yang paling lemah sejak berlakunya bencana pada tahun 1948. Rakyat Palestin tinggal di kawasan pada tahun 1948, dengan pembahagian wilayah antara Tebing Barat dan Gaza pada tahun 1967, perpecahan Arab serta keadaan-keadaan politik yang menyedihkan di bawah pukulan kehancuran Iraq, krisis Syria yang dahsyat, dan tarikan Jordan antara kerajaan dan gerakan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Palestin kelihatan seperti kehabisan daya hidup, dalam kedua-dua kebangkitan, di mana setiap daripadanya berakhir dengan perangkap yang menambahkan kerosakan bersejarah kepada Palestin dari, dan keadaan hidup rakyatnya dari sudut yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Anggota PA menangkap 6 penyokong Hamas di West Bank

Selasa ,20-08-2013 – Anggota Pihak Berkuasa Keselamatan telah menahan dalam dua hari lepas 6 sekutu Hamas dan menyaman 12 yang lain di Tebing Barat.

Di Salfit, perkhidmatan perisikan telah menyaman warganegara dari kampung Farkha dan menahan tawanan yang telah dibebaskan Kanaan Shatat dari bandar Bidya selepas menyerbu rumahnya. Keluarganya mengesahkan beliau melancarkan mogok lapar selepas ditangkap.

Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan (PSS) di Ramallah memanggil dua pelajar di Universiti Birzeit, yang telah melancarkan mogok lapar selama enam hari yang turut bersama-sama dengan beberapa pemimpin yang telah ditahan dan aktivis dari blok Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pelancaran Program Membeli-belah Pertama di Umm al-Fahm sebagai Bantuan kepada Al-Aqsa

Selasa ,20-08-2013 – Yayasan “Wanita Islam Demi al-Aqsa” melancarkan program Festival Membeli-belah pertama di Oasis Resort di Umm al-Fahm di wilayah Palestin. Ianya melalui penyertaan yang aktif daripada adik-beradik dan kaum keluarga. Festival ini mempunyai banyak aktiviti-aktiviti rekreasi dan pendidikan yang dijalankan oleh yayasan ini.

Festival ini juga mempunyai bazar amal yang besar yang menawarkan pelbagai keperluan keluarga baju, kasut, barangan rumah, alat tulis dan sebagainya yang diperlukan oleh rumah. Harganya sangat popular bagi menarik banyak keluarga untuk membeli seperti yang dikatakan oleh penganjur festival.

Dalam temu bual bersama Ola Hijazi, wakil Yayasan “Wanita Islam Demi al-Aqsa”, beliau berkata, bazar amal ini telah diadakan selama lapan tahun berturut-turut, tetapi pada tahun ini kami memilih untuk melakukannya dengan lebih meluas supaya semua ahli keluarga arab di Palestin dapat menyertainya dan meninjau produk-produk yang ditawarkan. Kami melihat kehadiran yang sangat memberansangkan pada hari pertama dan kami berharap agar ramai lagi yang hadir pada jam ini dan hari-hari yang seterusnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru terbesar konvoi laut secara besar-besaran ke Gaza untuk menerobos sekatan

Selasa ,20-08-2013 – Pergerakan Hamas menggesa orang ramai di rantau ini dan di seluruh dunia untuk menggunakan seluruh usaha yang mungkin untuk menghentikan pengepungan di Gaza terutamanya selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri, membuat satu kenyataan menggesa untuk menganjurkan konvoi
laut terbesar ke Gaza untuk memecahkan pengepungan selepas perkembangan terkini.

Semenanjung Gaza telah dikepung sejak 2006 tetapi kesannya semakin teruk berikutan peristiwa 30 Jun di Mesir,
tentera Mesir memusnahkan terowong Rafah dan menyekat kemasukan barang ke wilayah pantai manakala hampir menutup keseluruhan lintasan Rafah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk seru rakyat Palestin di Tebing Barat bangkit menentang penjajah

Selasa ,20-08-2013 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan Hamas tidak akan dipisahkan dari rakyat dan seluruh Palestin dan akan kekal sebagai gerakan perjuangan sehingga dapat memerdekakan tanahair dan mencapai hak untuk kembali semula.

Abu Marzouk, dalam satu kenyataan Ahad lalu di laman Facebook beliau menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat supaya bangkit menentang penjajahan bagi mengusir mereka dari tanah Palestin, merobohkan dinding dan menamatkan pembinaan penempatan haram.

Beliau menegaskan Semenanjung Gaza adalah sebahagian daripada bumi Palestin dan yang telah menentang Israel sejak Nakba Palestin, serta menegaskan bahawa semua gerakan pembebasan yang dipimpin oleh Fatah dan pergerakan penentangan yang diketuai oleh Hamas telah dilancarkan dari Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

“HAMAS” mengecam letupan yang di sasarkan di pinggir selatan bandar

Selasa ,20-08-2013 – Kerajaan Hamas mengutuk serta mengecam letupan yang disasarkan di selatan Beirut pada hari Khamis 15 Ogos.Dalam satu kenyataan, pergerakan itu mengisytiharkan bahawa serangan ini berdosa terhadap rakyat Lubnan di selatan bandar serta merangkumi semua rakyat Lubnan dan menolak sebarang kegiatan sabotaj dan pemusnahan yang mengancam perpaduan masyarakat Lubnan serta melemahkan sebarang perkhidmatan musuh-musuh.

Pergerakan Hamas juga mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Mangsa dan mengharap pemulihan segera kepada yang cedera, serta menyeru kepada kesatuan dan perpaduan agar peluang tidak terlepas ke tangan para perancang konspirasi. Hamas juga menegaskan komitmen serta keprihatinan mereka terhadap keamanan dan kestabilan Lubnan

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfahana

Categories
Berita Semasa

Satu operasi rahsia menyeludup Yahudi Yaman kepada Zionis

Sabtu ,17-08-2013 – Media Hebrew mendedahkan pada hari Khamis (15-8) mengenai pelancaran operasi rahsia Zionis yang bertujuan menggantikan Yahudi Yaman kepada Zionis pada tempoh yang lalu.

Sebuah laman sesawang “Wala” berkata mengenai berita Zionis bahawa Agensi Yahudi serta bersama bantuan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Hal Ehwal Luar Negeri dan penyerapan Zionisme, menjalankan operasi rahsia untuk menggantikan 17 orang Yahudi Yaman dari Yaman kepada Zionis.

Beliau menyebut secara tidak langsung bahawa tahun 2009 telah menjadi anjakan 151 orang Yahudi dari Yaman. Sehubungan itu, sejak awal tahun ini telah bertambah 45 orang Yahudi dari Yaman kepada Zionis. Hal ini menunjukkan bahawa tiga puluh orang Yaman Yahudi telah dipindahkan ke Britain pada Ogos lepas atas alasan bahawa mereka adalah pelarian politik dan kemudian dihantar pulang ke Argentina dan kemudian dihantar pulang ke Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nor syuhadak

Categories
Berita Semasa

Front Rakyat Minta Abbas Hentikan Perundingan

Sabtu ,17-08-2013 – Front rakyat untuk pembebasan Palestin kembali menyatakan penolakannya terhadap perundingan dengan Zionis. Ia meminta Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas untuk menarik balik keputusanya dan menghentikan perundingan segera, sesuai dengan konsensus nasional dan PLO yang menolak sebarang perundingan dengan Zionis.

Dalam keterangannya, Khamis (15/8) Front Rakyat menjelaskan, keputusan pihak Otoroti untuk kembali ke perundingan adalah keputusan sepihak dan sangat merugikan bagi kepentingan Palestin. Perundingan tersebut hanya menguntungkan pihak Zionis demi tujuan strategis Amerika dan Zionis. Disebutkan, pihaknya akan tetap pada keputusan awal walau apapun risikonya untuk membatalkan kesepakatan Oslo dan kesannya yang akan menghancurkan masalah Palestin.

Berkaitan isu lain, Front menyambut pembebasan 26 tawanan Palestin. Pembahagian masalah tawanan di penjara Israel serta menguruskannya agar bebas dari tekanan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rundingan dengan Israel tidak memberi faedah kepada Palestin

Sabtu ,17-08-2013 – Gerakan Hamas mengutuk penyambungan rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan rejim Israel dan memberi amaran ia tidak akan mengambil kira kepentingan Palestin.

Hamas berkata rundingan yang diperbaharui itu akan menjejaskan rakyat Palestin, hak dan kesatuan serta masa depan Palestin. Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan, menekankan dalam kenyataannya bahawa gerakannya menolak sekeras-kerasnya sambungan rundingan yang hanya akan mementingkan rejim. Beliau menyeru semua rakyat Palestin dan semua kumpulan agar sedia menghadapi perancangan bahaya ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Forum media mengutuk pembunuhan 7 wartawan oleh pasukan keselamatan Mesir

Sabtu ,17-08-2013 – Forum media Palestin mengutuk pasukan keselamatan Mesir yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh wartawan dan penulis serta mencederakan dan menangkap yang lain semasa demonstrasi bantahan secara aman yang memihak kepada Presiden
Mesir Mohamed Morsi.

Forum itu berkata dalam satu kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin pada petang khamis, 8.15 bahawa data yang ada merujuk kepada pembunuhan sekurang-kurangnya tujuh orang wartawan dan penulis serta mencederakan dan menahan beberapa
orang yang lain sebaik sahaja pasukan keselamatan Mesir melancarkan das tembakan secara rawak semasa menghalang demonstrasi bantahan secara aman yang berpihak kepada Presiden Morsi.

Antara senarai wartawan yang mati terbunuh ialah :

1) Mick Deane, jurugambar “British Sky News”,beliau terbunuh semasa membuat liputan tentang peristiwa Rabiah el-Adawiyah di Kaherah. Beliau juga menyertai liputan mengenai peperangan Gaza baru-baru ini.

2) Ahmed Abdul Jawad, wartawan di jabatan berita di saluran percuma 25 dan saluran Mesir 25.

3)Habibah Ahmed Abdul Aziz, wartawan akhbar “Gulf News” UAE

4) Asma Saqar, penulis berita tentang menangani isu-isu keluarga dan sosial daripada perspektif islam.

5) Mus’ab al-Shami, jurugambar rangkaian pemantauan media. Beliau terbunuh ketika membuat liputan demonstrasi bantahan di Rabiah

6) Adam Mohamed Adam jurugambar pentas di Rabiah el-Adawiyah

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Abdullah al-Barghouthi dipindahkan ke hospital penjara Ramle

Sabtu ,17-08-2013 – Banduan dari Jordan, Abdullah al-Barghouthi telah dipindahkan dari hospital Afula ke hospital penjara Ramle walaupun keadaan kesihatannya merosot secara mendadak selepas 104 hari mogok lapar, menurut sumber dari hak asasi manusia.

Institusi Mandela bagi hal ehwal tahanan Palestin mengesahkan bahawa al-Barghouthi telah dipindahkan ke hospital penjara Ramle setelah menghentikan mogok lapar sejak Ahad lalu.Institusi itu melahirkan kebimbangan terhadap status kesihatan al-Barghouthi apabila beliau
dipindahkan dari penjara Afula sebelum beliau sembuh sepenuhnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul husna

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionismenahan 9 penduduk Palestin di Tebing Barat termasuk pemimpin Hamas

Sabtu ,17-08-2013 – Tentera Zionis Israel (IOF) pada subuh semalam telah menahan sepuluh rakyat Palestin dari tempat berbeza di Tebing Barat, termasuk pemimpin bernama Hamas Hatem Amro (49 tahun).

Sumber khas memberitahu wartawan PIC pasukan itu menyerbu dan menggeledah rumah Amro, kemudian menangkap dan membawanya ke tempat soal siasat Ashkelon.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesir Tutup Laluan di Sempadan Rafah

Sabtu ,17-08-2013 – Maher Abu Sabha, pengarah laluan sempadan di Gaza memaklumkan bahawa pihak berkuasa Mesir mengumumkan penutupan sempadan Rafah di Selatan Tebing Gaza..

“Pihak Mesir telah memaklumkan secara rasmi penutupan sempadan Rafah di kedua-dua hala disebabkan kepincangan situasi keselamatan di Utara Sinai,” kata Sabha dalam kenyataanya. Kementerian Ketua Direktorat Bahagian Dalaman laluan sempadan telah mengumumkan penutupan semua pejabat pendaftaran (bagi yang ingin mengembara) dan pembatalan semua senrai ahli yang telah mendaftar untuk mengembara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda sulaiman

Categories
Berita Semasa

Latihan ketenteraan untuk tentera penjajah di Jenin

Isnin ,05-08-2013 – Pasukan penjahahan Zionis menyerbu tanah lapang di selatan Jenin pada Rabu malam (31/7), dan menjalankan operasi dan latihan ketenteraan berselang dengan pendaratan helikopter.

Saksi berkata bahawa operasi ketenteraan besar-besaran yang dimulakan oleh pasukan penjajahan sejak petang hari di atas tanah pertanian bertempat di tanah lapang bandar barat daya, Jenin di mana pendaratan tentera dari sebuah helikopter berdekatan “Mapudothan” yang dirampas. Rakyat menyatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan bom bertubi-tubi seperti melancarkan bom pancaran cahaya, dan saya mendengar suara-suara tentera semasa latihan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : norsyuhadak