Jumaat, 18-02-2022 – Pegawai Kanan Hamas Abdul-Hakim Hanini mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang bahaya yang menimpa tahanan Mohamed al-Zar’ini, yang cedera akibat tembakan peluru.
Zar’ini telah diculik dari rumahnya di bandar Burqin Tebing Barat setelah cedera ditembak oleh Israel.Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Hanini berkata yang Zar’ini mungkin akan diseksa oleh penyiasat Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 18-02-2022 – Puak-puak Palestin di Semenanjung Gaza telah memberi amaran bahawa negara penjajah Israel akan membayar mahal untuk jenayah dan pencerobohan yang berterusan terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
Ini berlaku semasa duduk-dalam yang diadakan pada hari Rabu oleh puak-puak di Gaza sebagai solidariti dengan keluarga Sheikh Jarrah, yang terdedah kepada serangan harian oleh pasukan rejim zionis polis dan penjajah Israel dan diancam pengusiran dari rumah mereka.
“Kerajaan penjajah yang dipimpin oleh Naftali Bennett tidak memahami pengajaran daripada mereka yang mendahuluinya dan tidak menyedari bahawa rakyat kita mempunyai keupayaan untuk mengenakan peraturan penglibatan dengan cara yang mencapai kepentingan negara yang lebih tinggi,” pegawai kanan Kesatuan Demokratik Palestin Amer al -Jaab berkata dalam ucapan bagi pihak puak-puak Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor Syuhada
Jumaat, 18-02-2022 – Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan pada hari Rabu bahawa seorang pejuangnya telah terkorban selepas sebuah terowong runtuh di Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan, Briged al-Qassam bersedih di atas kematian Ashraf Abed yang berusia 23 tahun dan memuji semua pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidupnya untuk Palestin dan rakyatnya.
“Darah syuhada kita akan kekal sebagai obor di jalan untuk membebaskan Palestin dan api yang akan membakar pencerobohan sehingga penyingkirannya dari tanah kita,” kata Briged.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 17-02-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi mencabut puluhan pokok zaitun dan meratakan tanah di Kampung Shufa di tenggara Tulkarem sebelum subuh Isnin bagi membuat jalan untuk penempatan berdekatan.
Murad Durubi, seorang aktivis di kampung tersebut, berkata yang para pendatang datang pada waktu tengah malam dan memusnahkan lebih 40 pokok di kawasan itu bagi membina jalan untuk penempatan Avnei Hefetz.Beliau menyatakan yang tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha degil mereka untuk merampas lebih banyak tanah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 15-02-2022 – Perhimpunan Agung Persidangan Popular untuk Rakyat Palestin di Luar Negara (PCPA) telah mengumumkan hasratnya untuk mengadakan persidangan kedua pada 25 Februari nanti.
Dalam satu kenyataan di laman webnya, jurucakap PCPA Ahmed Muhaisen berkata persidangan perhimpunan agung tersebut akan ditamatkan sesinya pada 27 hari bulan yang sama.
Muhaisen menekankan peranan penting yang dimainkan oleh persidangan itu dalam menyatukan usaha nasional rakyat Palestin di luar negara dan mengukuhkan perhimpunan popular mengenai hak-hak Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 15-02-2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera apabila pertelingkhana tercetus di Tebing Barat pada petang Isnin, manakala dua bekas tahanan ditahan di Baitulmuqaddis.
Di Bethlehem, pertelingkahan tercetus di bandar Al-Khader apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar di tengah-tengah tembakan peluru hidup.
Di Ramallah, satu serangan Molotov Cocktail dilaporkan di penempatan Psagot, yang dibina secara haram di tanah kota al-Bireh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 15-02-2022 – Anggota biro politik Hamas Zaher Jabarin menegaskan bahawa isu tahanan di penjara Israel akan menyatukan dan menjadi prioriti bangsa Palestin dan faksi-faksi perjuangan di setiap tahap dan tahun konflik dengan penjajah Israel.
Jabarin menegaskan bahawa setiap pertempuran yang dilakukan para tahanan tidak akan dibiarkan Hamas dan faksi-faksi perjuangan lainnya hanya berakhir di dalam penjara, namun akan diperluas ke seluruh wilayah Palestin sama ada di Tebing Barat, Gaza, Palestin 48 dan diaspora dimanapun berada.
Menjawab pernyataan berkaitan para tahanan yang membubarkan badan koordinasi di penjara Israel, sebagai protes atas tindakan menekan yang terus dilakukan pihak penjara, Jabarin selaku ketua biro urusan tahanan, mangsa cedera dan para syuhada Hamas mengatakan, “Langkah tersebut diambil pasca perlanggaran janji pihak penjara untuk memberikan hak-hak tahanan dan ini merupakan kebiasaan penjajah zionis di setiap fasa perjuangan dan jihad yang dilakukan para tahanan di dalam penjara.Jabarin menambah bahawa penjajah zionis berusaha menutup capaian gerakan tahanan dalam tempoh 7 dekad lalu.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 15-02-2022 – Rejim Zionis membunuh tiga pemuda Palestin dan menculik seorang lagi selepas membedilkereta yang dinaiki mereka dengan peluru di Bandar Nablus, utara Tebing Barat.
Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata tentera Israel yang menyamar di dalam dua kenderaan awam menyerbu kejiranan al-Makhfiya di Bandar Nablus dan melepaskan tembakan secara langsung ke arah kereta warga Palestin dan membunuh tiga penumpang mudanya.
Sumber perubatan tempatan mengenal pasti pemuda yang terbunuh sebagai Ibrahim an- Nabulsi, Adham Mabrouk dan Mohamed ad-Dakhil, dan menambah bahawa mayat mereka telah dipindahkan ke Hospital Rafidia di Nablus.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 09-02-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang dikawal oleh polis rejim mencemarkan Masjid Aqsa pada pagi Ahad dan petangnya.
Menurut sumber tempatan, puluhan pendatang memasuki masjid dalam pelbagai kumpulan melalui pintu Maghariba Gate dan melawat datarannya pada waktu pagi.
Ketika lawatan mereka di kota suci itu, para pendatang mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah daripada mereka melakukan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 09-02-2022 – Gerakan Hamas menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Maghribi dan kepimpinannya atas kehilangan tragis Rayan Oram yang berusia lima tahun, yang mayatnya telah dikeluarkan dari perigi pada hari Sabtu’.
Berita kematian Rayan, susulan operasi menyelamat selama lima hari, menimbulkan kesedihan yang mendalam di Maghribi dan mengundang takziah dari seluruh dunia. Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam perigi di kampungnya di Ighrane pada petang Selasa, yang telah mencetuskan usaha menyelamat besar-besaran.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 08-02-2022 – Ahmed Bahar, timbalan dipertua Majlis Perundangan Palestin (PLC), telah meminta Kesatuan Afrika untuk membuat keputusan muktamad terhadap cadangan yang menggesa untuk menerima keahlian negara penceroboh Israel sebagai pemerhati.
“Rakyat Palestin, negara-negara Arab dan Islam dan rakyat bebas di dunia sedang menunggu keputusan [Afrika] yang mengusir penceroboh [dari Kesatuan] dan memutuskan semua hubungan dengannya,” kata Bahar dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.
Beliau menekankan keperluan untuk menolak “permintaan negara penceroboh untuk menjadi ahli pemerhati dalam Kesatuan, selaras dengan prinsip nilai dan kehendak negara Afrika dan rakyatnya yang melihat penceroboh itu sebagai entiti pengganas dan perkauman.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 07-02-2022 – Sekumpulan peneroka ekstrim Yahudi memusnahkan puluhan pokok zaitun dan menyerang pengembala di Masafer Yatta, selatan al-Khalil dinTebing Barat pada hari Khamis.
Penguasa tempatan Fuaad al-Omar berkata peneroka telah mencabut 60 pokok zaitun berusia satu tahun milik petani tempatan dari keluarga Amour.
Ini merupakan kali kedua peneroka mencabut pokok zaitun di kawasan yang sama dalam tempoh kurang dari dua bulan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 07-02-2022 – Lebih separuh daripada tahanan Palestin yang ditahan di penjara Ofer Israel telah dijangkiti oleh COVID-19, demikian pendedahan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Khamis.
PPS mendakwa yang pentadbiran penjara Israel telah mula menggunakan epidemik sebagai alasan untuk menganiaya dan menzalimi para tahanan.
Pentadbiran penjara mempergunakan epidemik sebagai alasan untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas para tahanan yang memang sudah sedia menderita, PPS menambah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 07-02-2022 – Liga Arab telah mengalu-alukan laporan baru-baru ini oleh Amnesty International mengenai rejim apartheid Israel dan dasar serta amalan perkauman terhadap rakyat Palestin; menyeru supaya tindakan susulan terhadap penemuannya untuk menguatkuasakan resolusi antarabangsa yang berkaitan.
Berucap pada sidang akhbar pada hari Khamis, Sa’eid Abu Ali, penolong setiausaha agung untuk Palestin dan wilayah Arab yang diduduki Liga Arab, menyifatkan laporan itu sebagai “dokumen perundangan antarabangsa yang penting,” terutamanya memandangkan jenayah perang Israel yang sedang berlaku, dan jenayah terhadap kemanusiaan yang meningkat pada 2021 di Palestin.
“Laporan itu adalah kesaksian baharu yang telah mendedahkan realiti sistem pendudukan dan alat eksekutifnya, yang mengamalkan diskriminasi, apartheid dan jenayah pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di wilayah Palestin dan Arab yang diduduki,” kata Abu Ali.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 04-02-2022 – Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit telah meluluskan pembinaan semula penempatan Evyatar di bandar Beita selatan Nablus, di utara Tebing Barat, media Israel mendedahkannya pada Rabu.
Sumber Hebrew melaporkan yang Avichai Mandelblit telah meluluskan tindakan itu pada hari terakhir perkhidmatannya.
Penempatan Evyatar telah dikosongkan tujuh bulan lalu, di tengah-tengah gesaan Yahudi agar membinanya semula.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati