Categories
Berita Semasa

Hamas Lakukan Demonstrasi Sokong Al-Aqsa Dan Tawanan Palestin

Sabtu, 25-02-2012 – Ribuan pendukung dan pejuang Hamas, Selasa (21/2) berdemonstrasi bermula dari perkarangan masjid Khulafa di kem Jabalia, sebagai sokongan terhadap Masjid Aqsa yang berulangkali menjadi sasaran serbuan pihak Israel, serta penegasan atas kemenangan isu tawanan, khasnya terhadap Khidir Adnan yang melakukan mogok lapar secara terbuka selama 66 hari.

Demonstrasi turut disertai sejumlah pimpinan Hamas dan Jihad Islami serta para anggota parlimen dan delegasi Jordan yang berkunjung ke Gaza bersama para bekas tawanan Jordan di Penjara Israel, ayah tawanan Abdullah Bargoutsi dan ibu tahanan dari Jordan yang ditahan sebanyak 11 kali di penjara Israel, Mar’i Abu Saidah. Para peserta demonstrasi membawa sepanduk yang menyokong Al-Aqsa, serta poster Khidir Adnan dan sejumlah tawanan Palestin yang dijatuhi hukuman berat oleh Israel.

Mushir Al-Misri, seorang tokoh Hamas dalam ucapannya menyatakan, “Kami katakan dengan terang dari hati warga Hamas, bahawa pilihan perjuangan akan tetap terbuka di hadapan serangan terhadap Masjidil Aqsa. Dan selagi kami tidak melihat para tawanan kembali bersama keluarga mereka. Dalam konteks ini, tawanan Khidir Adnan telah menang melawan kehendak Israel dan membongkar sejauh mana kejahatan Israel terhadap para tawanan Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas 30 dunums tanah Palestin di Yatta

Sabtu, 25-02-2012 – Tentera Zionis Israel (IOA) mengambil keputusan untuk merampas 30 dunums tanah pertanian Palestin di timur kampung Yatta , selatan Al-Khalil.

Media Quds telah memetik Ratib Al-Jabour, penyelaras jawatankuasa popular anti penempatan sebagai berkata IOA memberitahu pemilik tanah bahawa tanah mereka yang telah dirampas minggu yang lalu telah dipindahkan menjadi harta benda negeri dan mereka tidak akan dibenarkan kembali kepadanya.

Jabour berkata kumpulan peneroka Yahudi menyerbu tanah ini kira-kira dua minggu lalu dan mengambil gambar telaga air dan gua kemudian mengisytiharkannya tidak akan berada di tangan rakyat Palestin untuk satu tempoh yang lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel setuju bina 500 penempatan baru di Tebing Barat

Sabtu, 25-02-2012 – Zionis Israel telah bersetuju membangunkan 500 penempatan haram yang baru di Shilo, Tebing Barat. Selain itu, Zionis Israel turut membenarkan pembinaan 200 penempatan yang dibangunkan atas dasar kemausiaan. Ketika ini, jumlah penduduk Yahudi di kawasan itu mencecah 2000 orang.

Dalam pada itu, kezaliman Zionis terus memuncak apabila merampas kawasan pertanian milik rakyat Palestin. Kawasan pertanian itu seluas 30 ekar telah dirampas dengan zalim.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Tadamun: Israel pindahkan dua bersaudara yang sakit ke penjara Ramla

Sabtu, 25-02-2012 – Kesatuan Antarabangsa Tadamun Hak Asasi Manusia berkata jumlah tahanan Palestin yang ditahan di hospital penjara Ramla meningkat kepada 8 orang selepas dua saudara yang berada di dalam keadaan kesihatan membimbangkan telah dipindahkan ke hospital itu.

Jurucakap kesatuan Ahmed Al-Betawi berkata pihak berkuasa penjara Israel memindahkan Farid Assad, 29 dan saudaranya Mohamed, 20 ke fasiliti perubatan penjara Ramla. Betawi menambah Farid menderita sakit lumpuh sendi dan menggunakan kerusi roda manakala saudaranya mengalami jangkitan serius pada arteri dan badannya membengkak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Tuntut Pemecatan Grandi Sebagai Ketua Pesuruhjaya UNRWA

Sabtu, 25-02-2012 – Bahagian Hal Ehwal Pelarian Gerakan Hamas menuntut supaya menyingkirkan Filippo Grandi daripada jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya UNRWA selepas beliau mengumumkan bahawa agensi itu akan mengurangkan bantuan penting di kawasan tandus Semenanjung Gaza .

Bahagian Hal Ehwal Pelarian Hamas berkata, Grandi telah gagal untuk memenuhi tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya UNRWA, dan prestasinya adalah lemah serta membuktikan ketidakcekapan untuk menjalankan agensi dengan betul.

Mereka menuntut Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon supaya melucutkan jawatan Grandi atau tidak memperbaharui jawatan Grandi sebagai presiden UNRWA untuk tahun akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Biro Politik Hamas Menekankan Keperluan Ketat Bagi Perlaksanaan Dan Perjanjian Perdamaian Di Kaherah Dan Doha Deklarasi.

Sabtu, 25-02-2012 – Pergerakan Penentangan Islam Hamas menetapkan keperluan untuk perlaksanaan yang ketat dan perjanjian perdamaian di Kaherah dan Doha Deklarasi. Ia datang dalam satu kenyataan pejabat maklumat Rabu lalu, berakhir pembahagian dan penyatuan barisan hadapan negara bergantung kepada hak-hak syariah negara kami dan penentangan yang berani”.

Satu penyataan oleh Hamas “Biro Politik Penentangan ISlam Hamas,mesyuarat tetap dengan kehadiran dan penyertaan pemimpin di dalam rumah dan di luar negara di Kaherah di luar rangka pemimpin pertubuhan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Zahalka: “Kenyataan Lieberman Mendedahkan Sifat Perkauman Israel”

Sabtu, 25-02-2012 – Ahli Knesset Arab (MK), Jamal Zahalka, Perhimpunan Demokratik Kebangsaan, mengecam kuat kenyataan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, yang menyerang ahli Knesset Arab, dan menyatakan “mereka mengalihkan parti-parti mereka kepada wakil-wakil kumpulan pengganas di Knesset”.

Lieberman menyerang MK Arab yang melawat tahanan yang sakit Adnan Khader yang bakal berakhir pada hari Selasa 66 hari mogok lapar selepas Israel memutuskan untuk melepaskan beliau pada 17 April. Lieberman mengatakan bahawa “MK Arab telah mengkhianati Israel, dengan mempertahankan wakil-wakil Jihad Islam, dan hanya diam sepanjang pembunuhan beribu-ribu penunjuk perasaan di Syria”.

Membalas kenyataan Lieberman, MK Zahalka berkata “Lieberman harus diberikan ucapan terima kasih kerana berterus-terang, dan kerana menunjukkan wajah sebenar dan sifat Israel yang memakai topeng demokrasi untuk menutup wajah perkauman yang buruk”.

“Kita tidak boleh menganggap Lieberman sebagai isu yang kecil, dia mempunyai 15 ahli Knesset yang menyokongnya, dia boleh menjatuhkan kerajaan Israel apabila dia inginkan”, Zahalka menambah, “Dia adalah Menteri Luar yang memainkan peranan penting dalam politk Israel; dunia harus tahu bahawa sifat perkauman Lieberman menunjukkan sifat sebenar perkauman Israel, apa yang perlu kita lakukan adalah menerjemah kenyataannya, seperti mereka, daripada Hebrew kepada bahasa Inggeris”.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar 66 hari berakhir setelah Israel setuju untuk membebaskan Khader Adnan

Sabtu, 25-02-2012 –  Tahanan Palestin Khader Adnan bersetuju untuk menghentikan mogok lapar 66 harinya pada Selasa selepas bertemu dengan pegawai-pegawai Israel yang berjanji membebaskan beliau pada April. Khader berada dalam situasi kritikal,mungkin menghadapi kegagalan fungsi organ , minggu lepas dalam satu hospital penjara Israel.

Kesnya mendapat perhatian antarabangsa, demonstrasi di bandar raya di seluruh dunia , dan sebuah laman sosial ‘Twitter hashtag’ bantahan yang dibuat #KhaderAdnan menjadi topik tumpuan pada Isnin. Mogok lapar 66 hari Adnan adalah yang paling lama dikendalikan oleh serorang tahanan Palestin dalam tahanan Israel. Dia bermula mogok laparnya atas penculikannya oleh tentera Israel pada 18hb Disember, membantah fakta itu yang dia telah di tahan tanpa bicara dikenali ‘penahanan pentadbiran’

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serbu Aqsa dengan perlindungan polis

Khamis, 23-02-2012 – 2 kumpulan pendatang Yahudi serbu masjid Aqsa pada pagi Isnin dengan dilindungi polis, saksi memberitahu. Akhbar Quds memetik kata-kata saksi-saksi tersebut, bahawa pendatang-pendatang itu merayau-rayau di halaman masjid dengan perlindungan teliti pihak polis.

Mereka berkata, tentera rejim Israel menghalang pemuda-pemuda Palestin masuk ke dataran Aqsa. Manakala, pemimpin kebangsaan dan agama Palestin menyeru wanita Palestin agar pergi ke masjid Aqsa untuk menghadapi wanita Yahudi yang merancang untuk menyerbu kawasan suci itu pada pagi Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Qardhawi Seru Bangsa Arab Bela Al-Aqsa

Khamis, 23-02-2012 – Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ketua persatuan ulama dunia sekaligus sebagai ketua dewan pendiri Al-Quds Institution Internasional menyeru bangsa Arab agar melindungi Masjid Al-Aqsa dan menghalang semua ancaman Yahudi yang ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk membangunkan kuil impian mereka.

Dalam pada itu, Qardhawi memperingatkan, kumpulan-kumpulan Yahudi radikal atas penodaan mereka terhadap Al-Aqsa, selain berulangkalinya serbuan mereka ke Al-Aqsa. Beliau menegaskan bahawa Al-Aqsa adalah “garis merah” yang tidak boleh diganggu sama sekali.

Ketua ulama dunia ini menyeru agar rakyat Palestin sama ada yang ada di Tebing Barat maupun di Semenanjung Gaza, bangsa Arab Mesir, Jordan, Syria serta negara tetangga untuk melakukan intifadah melindungi Al-Aqsa dan membebaskannya dari penjajahan Zionis. Beliau juga mengingatkan Zionis bahawa umat Islam ketika ini sedang mengalami musim kebangkitan Arab. Mata dan telinga mereka senantiasa tertuju pada Yahudi. Mereka tidak tidur.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

UFree: Doktor Israel menyembunyikan insiden penyeksaan di penjara Israel

Khamis, 23-02-2012 – Oslo berasaskan Network Eropah yang menyokong hak-hak tahanan Palestin-UFree berkata banyak doktor Israel yang melindungi insiden penyeksaan yang berlaku terhadap tahanan Palestin di penjara Israel.

Menurut laporan oleh UFree berdasarkan testimoni daripada banduan, doktor di dalam penjara Israel tidak melaporkan mengenai kecederaan dan lebam yang ada di badan banduan yang dilakukan oleh penyiasat Israel, sebaliknya mereka menulis laporan perubatan palsu terhadap tahanan untuk sesi penyeksaan yang lebih.

Laporan itu juga berkata mahkamah Israel sengaja meluluskan pengakuan yang diambil di bawah penyeksaan dan penyalahgunaan serta menggunakan mereka sebagai bukti terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Khatib: IOA guna bahan kimia percepatkan gali Al-Aqsa

Selasa, 21-02-2012 – Badan Pendudukan Israel (IOA) menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan penggalian di bawah bahagian Masjid Al-Aqsa, di kawasan Baitulmaqdis yang diduduki. Hal ini diumumkan oleh Kamal Al-Khatib, Timbalan Ketua Gerakan Islam di kawasan Palestin yang diduduki pada tahun 1948.

Beliau berkata dalam kenyataan akhbar, Selasa lepas bahawa penggunaan bahan-bahan kimia tersebut bertujuan untuk mempercepatkan proses penghakisan lapisan berbatu atau asas yang melindungi masjid Al-Aqsa.

Beliau berpendapat IOA telah merancang untuk melemahkan asas tapak suci tersebut sebagai persediaan untuk merobohkan dan membina kuil mereka di atasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

IOF serah notis pemusnahan di sebuah kampung di Jenin

Selasa, 21-02-2012 – Tentera rejim Zionis telah menyerahkan notis pemusnahan kepada dua orang penduduk tempatan di Kampung Arraba, selatan Jenin.

Sumber tempatan memaklumkan wartawan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa tentera rejim Zionis (IOF) menggempur kampung terbabit malam tadi dengan menaiki kenderaan yang lengkap bersenjata, serta diiringi oleh kakitangan sebuah organisasi di Pentadbiran Awam dan Jabatan Pembinaan ketika menyerahkan notis.

Tambahnya lagi, IOF juga memberi amaran kepada penduduk tempatan bahawa mereka patut memusnahkan rumah masing-masing bagi memberi laluan kepada pembinaan penempatan haram Yahudi, mabo Dotan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan perubatan: Adnan dalam risiko kematian

Selasa, 21-02-2012 – Persatuan banduan Palestin telah memberi amaran bahawa pemimpin Jihad Islam yang ditahan Sheikh Khader Adnan berada dalam keadaan bahaya dan kematian boleh berlaku selepas 60 hari melakukanmogok lapar.

Kata persatuan itu dalam satu kenyataan pada Rabu, menurut peguam Jawad Boulus, laporan perubatan oleh doktor yang melawat menunjukkan bahawa Adnan adalah dalam keadaan yang sangat serius.

Laporan oleh doktor untuk hak asasi manusia berkata bahawa mogok lapar boleh membawa kepada kesan negatif yang serius di dalam tubuh manusia yang boleh membawa kepada jantung atau kegagalan buah pinggang, pendarahan dalaman, kerosakan hati, atau sistem imun runtuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Menegaskan Tidak Akan Minta Maaf Atas Serangan Terhadap Freedom Flotilla

Selasa, 21-02-2012 – Pemerintah Israel menegaskan kembali penolakan meminta maaf atas tindakannya menyerang kapal Freedom Flotilla yang menyebabkan kematian rakyat Turki pada Mei 2010 lalu.

Wakil PM Israel, Silvan Salom dalam keterangannya kepada media Turki, Anatolia, “kami telah menyatakan berulangkali bahawa kami menginginkan hubungan baik dengan Turki, namun demikian jika Turki terus mendesak kami untuk meminta maaf atas terbunuhnya sukarelawan Turki, maka kami tidak akan melakukannya”.

Silvan menambahkan, jika anda bertanya apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan hubungan Israel-Turki, maka jawabannya seperti yang dikatakan tokoh Amerika, bahawa tarian Tanggo memerlukan dua orang, inilah yang harus difahami pihak Turki. Silvan mendakwa bahawa Turki sebagai pihak yang mengubah dasar dan sikap terhadap Israel.

Berkait hal ini, wakil PM Israel menyatakan, pentingnya mengakhiri krisis diplomasi antara Israel dan Ankara, dan membuka lembaran baru hubungan antara dua pihak. Silvan menyebutkan bahawa Turki merupakan negara muslim pertama yang membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman