
Rabu , 15-02-2012 – Anggota Majlis Legislatif Badan Reformasi dan Rekonsiliasi, As-Syiekh Fathi Qar’awi menegaskan bahawa konsensus yang dipersetujui oleh pimpinan Hamas dalam Deklarasi Doha, membuktikan komitment Hamas untuk terus berusaha mengimplementasi rekonsiliasi Palestin dan menamatkan perpecahan. Beliau turut memberitahu bahawa deklarasi ini pada masa yang sama menjadi ujian buat Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan PA sendiri.
Qar’awi dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, pada hari Ahad (12 Februari), memberitahu bahawa deklarasi tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, undang-undang dan politik, dan beliau menyatakan bahawa dalam bahagian undang-undang deklarasi ini masih belum dapat mengambil alih kuasa kementerian Mahmoud Abbas, kerana beliau masih dianggap sebagai Perdana Menteri, namum pada bahagian politik, “ianya dipersetujui bahawa kita boleh mengubahnya dari dalam dan membebaskan sistem itu kerana ianya masih dalam peringkat perubahan.”
Ditanya sekiranya terdapat percanggahan dalam Hamas sendiri berkenaan deklarasi tersebut, Syeikh Qar’awi berkata, “di dalam Hamas terdapat lebih dari satu pandangan dalam kedua-dua kes, pertama, ianya terjadi kerana masing-masing ingin memastikan yang terbaik untuk Hamas dalam menjalankan rekonsiliasi ini dan keduanya, percanggah dalam pendapat bukanlah sesuatu yang memalukan, bahkan sebaliknya ia adalah semangat yang positif.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen