Categories
Berita Semasa

Duta AS Dan Shapiro menekankan hak Israel untuk mempertahankan diri

Jumaat,25-10-2013 – Duta AS Dan Shapiro menekankan bahawa sokongan negaranya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan organisasi pengganas di Gaza.

Kenyataan duta AS itu dikeluarkan ketika lawatannya di terowong yang ditemui dari Gaza hingga wilayah Palestin bagi menentang Israel.
Amerika Syarikat meneruskan polisi pilih kasih yang memenangkan rejim Israel dan menjejaskan hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Mesir : Kerajaan sementara Mesir membatalkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin

Jumaat,18-10-2013 – Majlis kabinet Mesir memutuskan untuk membatalkan Petubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai rekod pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Kementerian Solidariti Sosial , ekoran keputusan mahkamah yang tidak rasmi dengan melarang sebarang aktiviti persatuan tersebut serta mana-mana cawangan yang berkaitan dengannya.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kabinet bahawa keputusan itu dibuat berikutan “pelaksanaan penghakiman oleh mahkamah tentang perkara-perkara penting di Kaherah pada 23 September” lalu.

Dan kenyataan itu menambah “satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Solidariti telah ditugaskan untuk menghapuskan dan mengharamkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Solidariti, termasuk pengharaman dan sekatan semua harta dan entiti yang dijelaskan oleh undang-undang, dan jawatankuasa tersebut memutuskan lagi untuk membentuk jawatankuasa cawangan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk melengkapkan pelaksanaannya”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Waed Menuntut Kebenaran Keluarga Kunjunig tawanan

Jumaat,18-10-2013 – Gerakan Peduli Tahanan Palestin mendesak pihak penjara Zionis agar membenarkan ahli keluarga menziarahi tahanan Palestin sempena Eidul Adha. Secara purata, lebih 14 tahun(14 kali Eid Adha) ahli keluarga dinafikan hak untuk menziarahi ahli keluarga yang berada dalam tahanan Zionis. Menurut Waed, yang merupakan juru bicara Gerakan Peduli Tahanan Palestin, hanya anak yang berusia 8 tahun ke bawah sahaja dibenarkan untuk menziarahi ahli keluarga yang ditahan. Mereka yang ditahan kebanyakan merupakan ibu bapa kepada anak-anak ini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Parlimen Antarabangsa Memutuskan Pengguguran Keanggotaan Mesir

Jumaat,18-10-2013 – Kesatuan Parlimen Antarabangsa menggugurkan keanggotaan Mesir ketika persidangannya kali ke 129 yang diadakan pada awal Ahad semalam 10/6 di Geneva yang sebelum ini Somalia dan Bhutan juga digugurkan keanggotaannya.

Keputusan ini diputuskan selepas selesai majlis Syura pada bulan Julai lepas disebabkan ketiadaan Institusi Perundangan yang berfungsi di Mesir pada masa ini.

Sebaliknya, Penasihat Presiden Tunisia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Anwar Gharbi dalam satu kenyataanya kepada ”Quds Press” meluahkan rasa kekesalan kerana Tunisia tidak hadir di mesyuarat Kesatuan Parlimen Antarabangsa tersebut. Beliau berkata, Tunisia adalah
sebuah negara masa kini yang tiada dalam demonstrasi paling penting iaitu Persidangan Kesatuan Parlimen Antarabangsa kali ke 129 yang melibatkan 163 buah negara. Semua negara dalam kesatuan tersebut tertanya-tanya tentang Tunisia dan masa depan proses
demokrasi dan perlembagaan, namun malangnya tiada siapa yang menjawab persoalan ini. Cukup dengan hanya melakukan tinjauan di halaman Lembaga Tunisia ini dan soalan yang dikemukankan rakan-rakan Tunisia iaitu “kenapa Tunisia tidak hadir, dan saya sebagai rakyat Tunisia mengemukakan soalan ini kepada Lembaga Perundangan dan Kementerian Hal Ehwal Luar jika ini adalah hak rakyat untuk mengetahui sebab ketidakhadiran Tunisia”, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kementerian Perancangan: Israel membunuh seorang warganegara, dan telah menangkap 290 yang lain sepanjang September

Jumaat,18-10-2013 – Kementerian Perancangan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis pada bulan September meneruskan polisi-polisi penindasan terhadap rakyat Palestin, dimana mereka berterusan menyerang rakyat Palestin manakala rampasan juga tanah telah meningkat.

Seorang warganegara terbunuh manakala 70 yang lain cedera pada bulan yang lalu. Regim zionis juga menahan 290 orang rakyat Palestin dari bahagian yang berlainan di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Semenanjung Gaza.

Kata kementerian itu dalam laporan bulanannya, yang memantau pelanggaran Israel yang paling menonjol dan penyelewengan terhadap rakyat Palestin, dimana bulan September menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menangguhkan perbicaraan Mona Qadan untuk kali kesembilan

Jumaat,18-10-2013 – Satu mahkamah Israel menangguhkan perbicaraan tahanan Mona Qadan pada Selasa untuk kali kesembilan berturut-turut, pusat kajian dan hak asasi tahanan Ahrar menyatakan.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat itu berkata, mahkamah Israel telah berulang kali menangguhkan perbicaraan Qadan, 43, tanpa sebarang sebab. Beliau berkata mahkamah Israel tidak mengambil berat keadaan kesihatan Qadan yang membimbangkan. Qadan berasal dari perkampungan Arraba di Jenin. Beliau menyebut bahawa Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) menghalang keluarga Qadan melawat dan setiap kali saudara Qadan memohon kebenaran untuk melawat ia akan ditolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Israel Mengotorkan Halaman Masjid Al-aqsa

Rabu,09-10-2013 – Hampir 22 orang zionis Israel mengotorkan halaman masjid al-Aqsa sebentar tadi dari pintu Mughrabi yang dijaga pasukan polis Israel dan pasukan khas yang dilakukan penceroboh sepanjang operasi pencerobohan. Mereka melaksanakan solat talmud di situ.

Sumber tempatan berkata, jumlah penceroboh Israel berkurangan secara ketara berbanding pencerobohan sewaktu perayaan yahudi di mana halaman masjid al-aqsa hari ini menyaksikan kehadiran yang ketara di kalangan jemaah solat, pelajar dan pelawat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sani’a: Ketegangan pada tahun wilayah 1948 membuka jalan bagi Intifada baru

Rabu,09-10-2013 –Talab Sani’a, ketua Parti Demokratik Arab di Palestin pada 1948, berkata keadaan rakyat Palestin di wilayah 1948 telah bertambah buruk sejak Al-Aqsa Intifada pada tahun 2000.

Beliau menegaskan bahawa keganasan Israel terhadap warga Arab dalam Talian Hijau telah meningkat. Sani’a memberitahu Quds Press pada hari Sabtu bahawa amalan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah 1948, terutamanya melanggar hak-hak asasi mereka, membuka jalan bagi tercetusnya Intifada yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hamas berhubung rapat dengan Qatar

Rabu,09-10-2013 – Ezzat Resheq, ahli biro politik Hamas, menafikan sebarang perubahan dalam perhubungan dengan Qatar, dan menekankan bahawa Qatar memberikan Hamas kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Resheq menafikan laporan yang direka oleh beberapa pihak media tentang sekatan pergerakan pemimpin Hamas di Qatar dan berkata, “kami menikmati kebebasan bekerja dan bergerak. Hubungan kami dengan Emir Qatar adalah sangat rapat dan khabar angin itu bertujuan menjejaskan Hamas dan Qatar.”

Beliau menekankan bahawa rundingan dengan tentera Israel menutup jenayah dan perancangan Israel ke atas tanah dan kawasan suci Palestin untuk memasukkan unsur Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

 

Categories
Berita Semasa

Rasyiq: Qatar Telah Berikan Pelbagai Kemudahan Kepada Gaza

Rabu,09-10-2013 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezat Rasyiq membantah cadangan perubahan tentang hubungan Hamas-Qatar. Beliau menegaskan, bahkan hubungan dengan Doha berada dalam keadaan terbaik sekarang ini. Qatar telah memberikan pelbagai bentuk kemudahan kepada Hamas. Ia telah memenuhi semua keperluan Gaza.

Adalah tidak benar tentang beberapa berita media yang melaporkan bahawa gerakan Hamas terkongkong di Qatar.Kholid Misy’al bersama beberapa pimpinan Hamas lainya menikmati kebebasan dan dapat bergerak bebas. Hubungan kami dengan Emir Qatar sangat baik. Semua isu dan berita buruk tentang Hamas di sana, hanya bermaksud memperburuk hubungan Hamas dan Qatar.

Dalam status facebooknya, Ahad (6/10) Rasyiq mengatakan, ada 10 kesimpulan berkait perkembangan terakhir di Palestin. Perundingan dengan Zionis telah memberikan kesempatan bagi mereka untuk melanjutkan kejahatan dan rancangan buruknya untuk menghancurkan dan mengambil alih tanah untuk diyahudikan. Keadaan ini tentu menjadi kewajiban kepada kita semua untuk menghalangnya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mohamed al-Ramahi dari Ramallah memasuki tahun kesembilan berada dalam tahanan

Rabu,02-10-2013 – Menurut Pusat Pengajian Tahanan Ahrar dan Hak Asasi Manusia, Mohamed Omar Mohamed al- Ramahi, 25 tahun, tahanan dari bandar Ramallah telah masuk tahun kesembilan berturut-turut berada di penjara Zionis.

Al-Ramahi ditahan pada 29/9/2005 di rumahnya yang terletak di al-Bireh, dan ketika itu beliau adalah seorang pelajar menengah am. Sementara itu, pengarah pusat pengajian Ahrar, Fuad Khuffash berkata, al-Ramahi didakwa terlibat dalam kes pembunuhan salah seorang pemimpin perisikan zionis dalam tempoh itu bersama sekumpulan lelaki muda dan semuanya telah ditangkap.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sekatan dan kekurangan bahan bakar menyulitkan pembelajaran di Gaza

Rabu,02-10-2013 – Kementerian Pendidikan menegaskan sekatan di Rafah dan kekurangan bahan bakar mengakibatkan pembelajaran di Gaza mengalami kesulitan. Dengan adanya sekatan dan kenderaan yang tidak dapat bergerak memberi kesan kepada pelajar dan mahasiswa di Gaza.

Kementerian Pendidkan mendesak masyarakat antarabangsa dan Hak Asasi Manusia agar campur tangan bagi menghapuskan sekatan yang dikenakan.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis isytihar penempatan musnah sebagai zon ketenteraan tertutup

Rabu,02-10-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengistiharkan penempatan Khirbat Makhoul yang telah musnah sebagai zon ketenteraan tertutup untuk mencegah perarakan. Aref Daraghme, penegrusi perbandaran Wadi Al-Malih, berkata IOF membuat sekatan jalan raya menuju ke penempatan itu dan sekitarnya.Beliau menyatakan IOF semakin meningkatkan keberadaan mereka untuk menghalang perarakan kesatuan para aktivis dan wartawan ke penempatan itu yang telah dimusnahkan tiga kali oleh IOF sejak beberapa minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan kerajaan Gaza terhadap Mesir agar buka lintasa Rafah bagi mengelakkan bencana kemanusiaan

Rabu,02-10-2013 – Kerajaan Palestin merayu pihak berkuasa Mesir supaya mengambil kira keadaan penduduk yang dikepung di Gaza dengan membuka semula lintasan Rafah.

Kamel Abu Madi, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Gaza, dalam sidang akhbar yang diadakan petang Ahad lalu di Rafah menyeru Mesir membuka Rafah di kedua-dua arah.

Beliau menegaskan jumlah pelepasan telah berkurangan secara mendadak tahun ini dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di Gaza, sambil menyatakan lintasan itu dibuka selama enam hari sahaja sejak awal bulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Seorang ibu merayu untuk melepaskan kedua-dua anak-anaknya

Rabu,02-10-2013 – Keluarga Houtari merayu kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan dengan hak-hak kanak-kanak untuk campur tangan dan menuntut pembebasan dua kanak-kanak yang berada di penjara-penjara Israel.

Ibu Ali dan Mahmoud Al-Houtari, dari Qalqilia, berkata Regim Zionis Israel (IOF) menahan anak-anaknya Jun lalu ketika sedang membuat persediaan untuk peperiksaan sekolah akhir tanpa memberi sebab penangkapan itu.

Dia berkata bahawa Ali, 18 tahun, dan Mahmoud, 16 tahun, telah ditahan selama seminggu di sebuah pusat soal siasat sebelum mereka dipindahkan ke penjara Megiddo menunggu perbicaraan mereka atas tuduhan membaling Molotov koktel dan juga batu kearah askar regim IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada