Categories
Berita Semasa

Keluarga Tahanan Nablus Tuntut Kebebasan Ahli Keluarga Dari Penjara Juneid

Khamis , 12/01/2012 – Keluarga tahanan politik di bandar Nablus mengadakan mogok pada Isnin lepas bagi menuntut pihak berkuasa Palestin dan pasukan keselamatan untuk membebaskan ahli keluarga mereka yang ditahan di penjara Al-Juneid.

Mogok tersebut adalah anjuran Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik dan Persatuan Belia Islam. Kedua-dua organisasi ini terlibat dalam perjuangan damai untuk mengawal dasar-dasar keselamatan pihak berkuasa Palestin dan mempertahankan kebebasan awam di Tebing Barat.

Para pembantah melaungkan “Kebebasan untuk Tahanan Al-Juneid” turut membawa gambar-gambar tahanan dan kain rentang yang menuntut pengakhiran kepada tangkapan politik demi pendamaian kebangsaan.

Tokoh-tokoh negara yang terkemuka, penggubal undang-undang dan aktivis hak asasi manusia dari Nablus juga mengambil bahagian dalam mogok tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF serbu kampung Nablus dan tahan kanak-kanak

Khamis , 12/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menyerbu kampung Sebastia di barat utara Nablus Selasa lalu dan menahan kanak-kanak di salah satu jalan di sana, kata sumber tempatan.

Seorang pegawai kampung di situ berkataaskar IOF menyekat jalan-jalan kampung dan menahan Ahmed Azem yang berusia 14 tahun tanpa memberi sebab penangkapan itu.

Sumber itu, berkata tentera-tentera keluar dari kampung itu tidak lama kemudian selepas menahan kanak-kanak itu, yang berkemungkinan dibawa ke pangkalan tentera IOF di penempatan bersebelahan Shavi Shimron.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Barhum: Sambutan Hebat Lawatan Luar Negeri Haneyya Bimbangkan Zionis

Khamis , 12/01/2012 – Jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum menegaskan sambutan hebat terhadap perdana menteri Ismail Haneyya dalam kunjungan terakhirnya menunjukan realiti bangsa Arab dan kecintaanya terhadap bangsa Palestin.

Dalam pernyataan akhbarnya Barhum mengatakan, sambutan yang begitu besar ini menunjukkan hakikat sokongan bangsa Arab terhadao Al-Quds dan Tebing Barat. Keadaan ini membuat entiti Zionis bimbang dan meletakkan Hamas berada dalam keadaan yang lebih dalam aspek kuasa tuntutan. Konspirasi hari ini telah menunjukkan simpatisme bangsa Arab yang begitu besar terhadap Gaza dan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011.Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011. Al-Aqsa: 70 Serangan Zionis Keatas Tempat Suci Pada Tahun 2011.

Khamis , 12/01/2012 – Yayasan Aqsa Waqaf dan Warisan dalam laporan yang dikeluarkan Selasa (10-1-2012) sekitar tujuh puluh serangan Zionis di tempat suci di wilayah-wilayah Palestin,Jerusalem,dan Tebing Barat,terutamanya pembakaran lapan buah masjid dan pelantar 120 kubur dari tanah perkuburan di Jerusalem,sebagai tambahan kepada kerja-kerja pencemaran dan vandalisme seperti menaip slogan yang menyinggung perasaan orang arab dan umat islam kepada beberapa buah masjid.

Laporan itu termasuk pemantauan serangan keatas kepelbagaian,dari pembakaran masjid,atau cubaan untuk membakar,membakar,atau keputusan-keputusan kehakiman untuk merobohkan dan lain-lain lagi.

Yayasan Aqsa mengingatkan bahawa perusahaan Zionis dan senjata telah meningkatkan serangan ke sebahagian besar di tempat suci,dan mengambil bahagian dalam tangan Zionis;seperti pejabat.badan kehakiman.dan kuasa-kuasa penjajahan dan lain-lain lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi dari Jordan Bersedia Menghantar Bantuan ke Gaza

Khamis , 12/01/2012 – Ketua Jawatankuasa ‘Artery of Life’, Jurutera, Wael Al-Saqqa, menyatakan bahawa beberapa orang perseorangan Jordan dan institusi popular dalam persediaan untuk konvoi “Ansar 2” bagi memecahkan pengepungan Israel ke atas Gaza, dan menghantar bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan.

Dalam sidang media, Al-Saqqa mengatakan bahawa jawatankuasa tersebut telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Mesir bagi memudahkan perjalanan konvoi, dan untuk memastikan laluan ke Gaza adalah betul.

Beliau kemudiannya menambah bahawa konvoi tersebut akan membawa bekalan bantuan, terutamanya peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

Konvoi tersebut bakal meninggalkan Jordan tidak lama lagi; mereka akan meninggalkan Amman menuju Pelabuhan Aqaba Jordan sebelum berlayar ke Gaza melalui Pelabuhan Nweibe’ Mesir.

Al-Saqqa berkata bahawa beliau berharap agar Pihak Berkuasa Mesir akan memberikan kerjasama dengan konvoi tersebut dan memastikan mereka tiba di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh : Palestin bukan simbol politik, bahkan ianya adalah tanggungjawab agama dan negara.

Isnin , 09/01/2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh, menyampaikan mesej bahawa Tunisia bersedia untuk membantu menghancurkan kepungan politik dan ekonomi ke atas Gaza, dan memberitahu bahawa Palestin adalah bukan simbol politik, tetapi ia adalah tanggungjawab agama dan kenegaraan.

Haniyyeh sewaktu sidang media ditemani Perdana Menteri Tunisia, Hemaidi Al-Jabali, pada hari Khamis (5 Januari) berkata bahawa rakyat Tunisia telah berjaya melepasi saat revolusi dan pilihanraya, sehingga pada saat ini Tunisia sedang masuk ke tahap pembinaan kepiminan negara. Haniyyeh juga memberitahu bahawa perkara tersebut adalah salah satu dari catatan paling bersejarah.

Haniyyeh menyatakan kegembirannya terhadap kejayaan Tunisia ke dalam tempoh “baik pulih” masaalah dan situasi mereka, kepada mereka yang menyambut beliau di Lapanganterbang Antarabangsa Tunisia yang menyorak “rakyat mahu Palestin bebas”, sangat bermakna kerana membawa maksud bahawa pembebasan Palestin itu semakin dekat, di samping memberitahu bahawa Tunisia mempunyai semangat Arab yang mendalam terhadap Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOF tangkap 8 lagi rakyat Palestin dan tahan 2 remaja berjam-jam

Isnin , 09/01/2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 8 orang rakyat Palestin di beberapa tempat sekitar Tebing Barat menjelang Subuh hari Khamis lalu selepas menutup mata dan mengikat tangan mereka, kata sumber tempatan.

2 orang remaja Palestin yang berasal dari Kampung Ya’bad, Jenin turut ditahan oleh IOF pada waktu malam dalam satu operasi sekatan jalanraya oleh pihak tentera berhampiran penempatan haram Yahudi.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menyoal-siasat kedua-dua remaja terbabit yang berusia 13 dan 17 tahun sebelum kemudiannya menyerahkan mereka kepada pegawai Palestin yang berautoriti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Beratus-ratus Pendatang Haram Yahudi Serbu Kampung Salfit

Isnin , 09/01/2012 – Beratus-ratus pendatang haram Yahudi menyerbu kampung Kefel Haris pada lewat malam hari Rabu dan tinggal hingga terbit fajar Khamis di bawah perlindungan tentera zionis (IOF), kata sumber-sumber tempatan.

Media Yahudi melaporkan bahawa 1400 pendatang yahudi tiba di kampung di bawah keselamatan yang ketat IOF untuk menjalankan upacara Talmud berhampiran tapak Islam sebelum pulang pada waktu pagi.

Makmun Buzaya, jurucakap perbandaran kampung, berkata bahawa unit IOF menyerbu kampung pada Rabu malam, mengenakan perintah berkurung, menduduki bumbung bangunan, dan mendirikan halangan tentera.

Buzaya berkata bahawa peneroka mendakwa mereka melawat tempat-tempat suci agama Yahudi di kampung, sambil menambah bahawa mereka menyerbu kampung itu 46 kali sepanjang 2011 bagi maksud yang sama.

Penduduk kampung memberitahu wartawan PIC bahawa peneroka menyerang kereta dan harta awam dan mencampakkan sampah di rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tufkaji: Rundingan damai dengan Israel diakhiri dengan Baitulmaqdis milik Palestin

Isnin , 09/01/2012 – Pakar hal ehwal penyelesaian Palestin, Khalil Tufkaji memberi amaran sekiranya ada keputusan baru di masa hadapan selepas dari perbicangan pihak berkuasa Palestin dalam rundingan damai yang terkini dengan Israel, berkata langkah itu hanya akan berakhir Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Beliau berkata bahawa bilangan peneroka Yahudi telah meningkat sejak perjanjian Oslo 1993 dan Israel telah membina lebih daripada 20000 unit untuk mereka dan berdozen-dozen unit di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Pakar berkata,”Israel bekerja untuk negeri mereka kerana mereka akan tinggal di sana selama-lamanya.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneyya tiba di Tunisia untuk lawatan rasmi

Isnin , 09/01/2012 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya Gaza tiba di ibu negara Tunisia untuk majlis rasmi dan umum pada Khamis lalu.

Perdana Menteri Tunisia, Dr. Hamed Al-Jibali menyambut ketibaan Haneyya di lapangan terbang bersama-sama menteri dan pemimpin parti Nahda, Sheikh Rashed Al-Ghanoushi.

Mereka telah mengadakan pertemuan ringkas di lapangan terbang sebelum menuju ke majlis resepsi popular di mana beribu-ribu warga Tunisia mengibarkan bendera Palestin dan Tunisia bersama gambar as-syahid Sheikh Ahmed Yassin, pengasas Hamas dan Haneyya serta mereka terpanggil untuk membebaskan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF tahan 3 pensyarah Palestin dan 3 warganegara di Al-Khalil

Isnin , 09/01/2012 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pensyarah Palestin Dr Mohammed Salibi setelah menyerbu kediamannya di Nablus pada Subuh hari Khamis, sumber tempatan menyebut.

Ahmed Al-Beitawi, penyelidik di yayasan hak asasi manusia Tadamun berkata pihak tentera menyerbu kediaman Salibi dan menyerang anak-anaknya sebelum membawanya pergi.Beliau berkata, IOF telah menahannya pada 13-12-2009 dan menahannya selama 14 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pertemuan jawatankuasa am saling tukar nama tahanan

Isnin , 09/01/2012 – Jawatankuasa Pemantau Kebebasan Awam telah membincangkan isu-isu dalam pertimbangan dan saling bertukar nama-nama tahanan politik dari puak Fatah dan Hamas dalam mesyuarat keduanya Rabu lepas.

Pemimpin Jihad Islamiah dan penyelaras Jawatankuasa tersebut, Khaled Al-Batsh berkata Jawatankuasa memutuskan untuk menyempurnakan tugasan yang ditetapkan walaupun dalam kadar perlahan kerana
ia merupakan hasil dari penggal lima tahun.

Khaled juga menyatakan kedua kumpulan Palestin ingin menyambung pertimbangan dan perbincangan mengenai isu-isu tahanan politik, passport, institusi-institusi yang yang ditutup, serta kebebasan awam
dan politik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah

Categories
Berita Semasa

Pertemuan Perundingan Amman Sia-sia dan Permainkan Hak Palestin

Isnin , 09/01/2012 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Ismail Asyqar mengkritik pertemuan perundingan antara Otoriti Palestin dan penjajah Israel di Amman dan menyebutnya sebagai menyia-nyiakan hak-hak Palestin. Ia hanya menyelamatkan dan memperbaiki citra Zionis Israel dan memberikan tali hayat kepada Israel. Beliau menegaskan bahawa pertemuan seperti ini tertolak secara nasional dan dinilai mempermainkan hak-hak dan kepentingan Palestin.

Asyqar melihat Otoriti Palestin di Ramallah bertanggungjawab penuh terhadap pertemuan seperti ini dan meminta wakil Palestin agar menghentikan usaha tersebut segera kerana perundingan itu dilaksanakan di luar konteks nasional Palestin.

Beliau menambah, “Wakil Palestin harus segera menghentikan perundingan yang tidak memberikan kebaikan nasional buat Palestin, namun memberikan keuntungan kepada penjajah Israel.” Beliau mengatakan, “Kami katakan kepada Otoriti Palestin dan wakil perunding Palestin, cukuplah mempermainkan dan menyia-nyiakan hak-hak dan kepentingan Palestin, Anda harus segera menghentikannya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel Disyaki Bakar Kenderaan Warga Palestin di Bethlehem

Isnin , 09/01/2012 – Pada awal pagi Rabu, beberapa orang yang tidak dikenali telah membakar 2 buah trak warga Palestin dan menyembur cat slogan sayap kanan gerakan penduduk Israel.

Grafiti tersebut, lebih kurang sama dengan grafiti yang dicat di beberapa buah masjid, kereta, dan bangunan oleh penduduk Israel sejak beberapa minggu lepas, bertulis “Balas Dendam”, dan “Tanda Harga”. ‘Tanda Harga’ adalah simbol yang digunakan oleh sayap kanan penduduk Israel yang menyatakan warga Palestin harus ‘membayar harga’ kepada keputusan kerajaan Israel untuk memusnahkan penempatan haram warga Israel.

Beberapa buah kereta yang diletakkan sebuah pusat mencuci kereta di perkampungan Sharafat, kawasan Bethlehem tenggara Baitulmaqdis dimusnahkan pada serangan hari Rabu. Pusat cuci kereta tersebut terletak berdekatan pintu masuk ke penempatan Gilo – sebuah penempatan Israel yang dibina atas tanah curi milik Palestin di kawasan Bethlehem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel mengupah pelajar menyebarkan propaganda dalam talian

Isnin , 09/01/2012 – Kerajaan Israel telah melancarkan satu program dengan mengupah pelajar-pelajar untuk mempromosikan agenda Israel di Facebook dan ruang sembang internet.

Pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan menerima wang sejumlah dua ribu dolar daripada Agensi Yahudi, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Israel, dengan memperuntukkan lima jam seminggu di talian dengan mempromosikan nilai mata percakapan yang disediakan oleh kerajaan Israel.

Menurut Kesatuan Kebangsaan Pelajar Israel, yang merupakan rakan kongsi dalam program ini, program ini merujuk kepada satu petikan “memperdalam dan memperluas aktiviti-aktiviti hasbara pelajar”. Hasbara bermaksud propaganda dalam bahasa Hebrew.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas