Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa keluarga mengesahkan tangkapan politik masih berterusan walaupun dalam fasa perbincangan perpaduan negara

Rabu , 28/12/2011 – Jawatankuasa Keluarga Tahanan Penjara berunsur Politik berkata bahawa ejen keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) masih melakukan tangkapan politik secara rambang di Tebing Barat walaupun fasa perbincangan ke arah perpaduan negara masih berlangsung antara gerakan Fatah dan Hamas.

Dalam satu kenyataan media bersama Persatuan Belia Muslim, jawatankuasa tersebut menyeru semua rakyat Palestin supaya menyertai protes ke-25 yang diadakan bagi mengutuk pencabulan terhadap hak-hak kebebasan di Tebing Barat. Protes itu akan menuntut supaya PA menamatkan aktiviti tangkapan politik terhadap rakyat Palestin dan ketidakadilan dalam proses pemecatan penjawat awam hanya kerana hubungan politik mereka.

“Pencabulan kebebasan merencatkan perbincangan” akan menjadi slogan protes tersebut yang dijangka diadakan pada hari Khamis di Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Penahanan 106 Kanak-Kanak Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Gerakan Antarabangsa Untuk Membela Kanak-Kanak menyatakan bahawa otoriti Israel terus melanjutkan penahanan 106 anak-anak Palestin. Disebutkan bahawa keadaan penahanan mereka sangat buruk. Terdapat pelanggaran undang-undang antarabangsa berkait penahanan kanak-kanak, terutama Konvensyen Genewa keempat.

Ayid Abu Qatis, Ketua Bahagian Pembelaan dalam keterangan akhbarnya menyambut pembebasan 55 kanak-kanak dalam tahap II persepakatan pertukaran tawanan menjelaskan bahawa proses pembebasan kanak-kanak dalam persepakatan pertukaran mencerminkan tidak wujudnya motif yang baik dari pihak Israel. Pembebasan mereka berlaku ketika tempoh tahanan mereka hampir tamat, sebahagiannya akan dibebaskan seminggu lagi atau lebih dari waktu pertukaran tawanan.

Gerakan yang memiliki cabang di wilayah Palestin ini menyebutkan bahaya dari cara yang digunakan penjajah Israel dalam proses penangkapan mahupun penahanan anak-anak adalah sangat buruk, terutama menghina kanak-kanak di mahkamah Israel dan tidak adanya standard pengadilan bagi kanak-kanak di mahkamah militan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Baher: Lumpuhkan hayat parlimen di Tebing Barat rugikan kepentingan negara

Rabu , 28/12/2011 – Timbalan Speaker Pertama Dewan Perundangan Palestin, Ahmed Baher dipanggil semasa mesyuarat Palestin di Kaherah bagi mencapai satu perjanjian yang membolehkan Parlimen Palestin menyambung semula sesinya di Tebing Barat dengan segera.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang asas Palestin, speaker Dewan Perundangan, Dr Aziz Dweik berhak untuk mengadakan sidang seperti yang dinyatakan dalam artikel dan 1, 2 dan 16 peraturan dalam majlis perundangan,” kata Baher dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu.

Beliau menegaskan usaha melumpuhkan sidang majlis ini di Tebing Barat dalam keadaan sukar yang dihadapi oleh rakyat Palestin di wilayah yang diduduki menjejaskan kepentingan negara dan menyediakan perkhidmatan percuma untuk mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mantan Penggubal Undang-undang Dihukum Tiga Bulan

Rabu , 28/12/2011 – Persatuan Tahanan Palestin (PSP) melaporkan bahawa Mahkamah Tentera Israel Ofer menghukum, Khamis, bekas penggubal undang-undang Husam Khader tiga bulan di bawah pentadbiran tahanan tanpa jaminan terhadapnya.

Pendakwaan Israel ke atas Khader adalah penjara sekurang-kurangnya enam bulan, namun mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh peguam beliau, dengan mengurangkan tempoh penjara Khader kepada hanya tiga bulan.

Peguam Jawad Boulos, Ketua Unit Undang-undang di PPS, menyatakan bahawa satu rayuan akan difailkan terhadap keputusan mahkamah untuk memenjarakan Khader selama tiga bulan, dan menuntut pembebasan serta-merta, disebabkan ikat jamin tidak pernah difailakan terhadapnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Mashaal dan Abbass Membincangkan Fail Pendamaian Di Kaherah.

Rabu , 28/12/2011 – Perjanjian Khaled Mashaal.Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam “Hamas” dan pihak berkuasa Palestin,Presiden Mahmoud Abbas dalam mesyuarat dua hala,pada hari Rabu malam (21-12-2011),di mana kedua-dua membincangkan mekanisma perlaksanaan perdamaian Palestin di akhir bahagian ini.

Berkata sumber-sumber Palestin yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Palestin,mesyuarat antara Khaled Mashaal dan Mahmoud Abbas membincangkan susulan yang telah dicapai mekanisme pendamaian yang akan dilaksanakan sebahagian daripada mereka.

Turut membincangkan dua tokoh Amanah diantara pihak Palestin,mesyuarat dijadualkan untuk kali kedua pada hari Khamis petang (22-12-2011) akan membincangkan tentang Pertubuhan Pembebasan Palestin yang ditetapkan dalam Deklarasi Kaherah tahun 2005 dan perjanjian 2011.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menceroboh Tulkarem, Melepaskan Tembakan Peluru Hidup dan Gas Pemedih Mata

Rabu , 28/12/2011 – Beberapa buah kenderaan tentera Israel telah menceroboh bahagian utara Tebing Barat bandar Tulkarem dan kem pelarian berdekatan pada Selasa petang.

Belia tempatan mula melemparkan batu-batu ke arah jip dan kenderaan berperisai, dan tentera telah bertindak balas dengan gas pemedih mata dan peluru hidup. Tiada sebarang kecedaraan telah dilaporkan.

Menurut sumber-sumber tempatan, sekurang-kurangnya lima kenderaan tentera Israel dilihat berada di bandar Tulkarem dan dikem-kem pelarian di sekitar pekan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar 5 kenderaan rakyat Palestin

Rabu , 28/12/2011 – Pendatang haram Yahudi telah melakukan serangan ke atas Kampung Beitin yang terletak di Ramallah sebelum waktu Subuh. Menurut sumber tempatan, pendatang haram tersebut membakar 5 buah kenderaan rakyat Palestin selepas menyerbu sebuah bangunan di sana.

Ketua kampung berkenaan memaklumkan bahawa pendatang haram Yahudi tersebut telah menyerbu salah satu bangunan pada jam 2 pagi dan membakar 5 buah kenderaan termasuk sebuah trak. Pemilik trak terbabit, Ahmed Abu Sunbul berkata bahawa mereka terjaga akibat terdengar suara orang bercakap-cakap dengan kuat dalam Bahasa Hebrew dan apabila mereka ternampak pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut sedang menyalakan api ke atas kenderaan-kenderaan, mereka pun bergegas memadamkan kebaran. Walaubagaimanapun, kesemua kenderaan terbabit rentung dijilat api.

Sementara itu, sumber tempatan memberitahu bahawa pihak berkuasa rejim Zionis telah memasuki kampung berkenaan dan melindungi pendatang-pendatang haram Yahudi tersebut tanpa menangkap mereka. Sebaliknya, pihak berkuasa rejim Zionis mengeluarkan pula saman terhadap beberapa orang rakyat Palestin termasuk Abu Sunbul.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ad-Dameer Mengutuk Penangkapan Harian di Kem Pelarian Shu’fat

Rabu , 28/12/2011 – Persatuan Pembelaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ad-Dameer mengecam tentera Israel yang menculik kanak-kanak dan remaja hampir setiap hari di kem pelarian Shu’fat, di Timur Baitul Maqdis, sambil menambah tentera Israel menculik lebih daripada 21 remaja, termasuk 11 kanak-kanak sepanjang 15 hari yang lepas.

Seorang peguam Ad-Dameer membuat kenyataan bahawa kes penculikan yang dilakukan secara langsung berkaitan permintaan terhadap pembukaan terminal Shu’fat oleh Israel yang membawa kepada pengasingan sejumlah 50,000 rakyat Palestin dari bandar Baitul Maqdis.

Askar yang bertugas di terminal hanya membenarkan mereka yang membawa kad ID Baitul Maqdis sahaja, atau permit khas untuk melepasi, oleh itu ramai belia yang tinggal di sana, dan tidak diberikan permit, dan kerap ditangkap.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Israel akan membina 1,000 buah unit lagi di Tebing Barat, Penempatan Jerusalem.

Rabu , 28/12/2011 – Kerajaan Israel pada hari Ahad telah memutuskan untuk membina 1,000 unit tambahan di beberapa penempatan Yahudi di kawasan Tebing Barat yang telah diduduki, termasuklah yang telah diperluaskan secara haram di Timur Jerusalem.

Yedioth Aharonoth Israel telah melaporkan bahawa Kementerian Perumahan Israel dan badan yang digelar “Penguatkuasa Tanah Israel” telah memutuskan untuk membina unit-unit baru di tiga kawasan penempatan, terletak di Timur Jerusalem dan di Tebing Barat.

Kelulusan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan yang lebih besar yang mensasarkan pembinaan 6,000 unit di 44 kawasan penempatan di bahagian-bahagian berlainan di Tebing Barat, termasuklah di Jerusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Membakar Masjid di Ramallah

Rabu , 28/12/2011 – Segerombolan penceroboh fanatik Israel membakar, pada hari Khamis waktu Subuh, sebuah masjid di Kampung Borqa, timur bandar Tebing Barat tengah Ramallah, dan menulis grafiti berbau perkauman di atas dinding tersebut. Kejadian tersebut disifatkan yang terbaru bagi siri serangan terhadap masjid-masjid rakyat Palestin dan harta mereka.

Menurut keterangan saksi, penceroboh membakar tingkat pertama dan kedua masjid, selepas menulis grafiti yang menghina orang-orang Arab, Palestin dan Islam.

Seorang penduduk Kampung Borqa memberitahu Laman Web Arabs48 bahawa segerombolan penceroboh yang fanatik dan bersenjata menyerang kampung tersebut pada waktu Subuh, dan membajar masjid, mengakibatkan kemusnahan yang teruk.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Para Tawanan Diseksa Sebelum Dibebaskan

Khamis , 22/12/2011 – Sejumlah tawanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Zionis Israel pada tahap kedua kesepakatan pertukaran, menegaskan bahawa Israel menghukum mereka beberapa hari sebelum dibebaskan, iaitu dengan meninggalkan mereka di lapangan terbuka dalam keadaan sangat sejuk selama 5 hari tanpa diberi selimut.

Para tawanan tersebut menjelaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel di waktu terakhir menjelang pembebasan mereka, melakukan tindakan pelecehan terhadap mereka dan tidak memberikan keperluan asasi sebelum dibebaskan. “Mereka dikumpulkan di dua penjara yang terpisah dan ditinggalkan kesejukan musim dingin selama 5 hari,” menurut para tawanan.

Para tawanan menyatakan mereka menyatakan perasaan yang bercampur baur ketika pembebasannya. Ini kerana mereka meninggalkan para tawanan yang masih dihukum penjara terlalu lama, ada yang sakit, ada yang masih anak-anak dan juga wanita. Disebutkan bahawa meskipun pihak otoriti penjajah Zionis Israel menunda waktu pembebasan mereka hingga malam, namun ribuan warga telah keluar sejak pagi hari untuk menyambut pembebasan para tawanan di kota-kota Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerang masjid di al-Khalil dan meninggalkan graffiti perkauman

Khamis , 22/12/2011 – Para pendatang Yahudi menconteng pintu masuk Masjid Sahaba, di Kampung Bani Naim di timur al-Khalil, dengan contengan perkauman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Imam Masjid Jihad Manasrah berkata pendatang Yahudi menulis pada tembok masjid kata-kata menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W serta ancaman terhadap rakyat Palestin.

Manasrah berkata serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan disedari ketika para Muslim tiba di masjid untuk menunaikan solat Subuh. Tulisan pada dinding itu ditandatangani oleh “Organisasi Pemuda Yitzhar”. Yitzhar ialah penempatan berdekatan kampung. Para penyerang itu memberi amaran tentang serangan akan datang yang merupakan sebahagian kempen yang mereka namakan “tanda harga”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 21 penduduk Quds, separuh darinya kanak-kanak

Khamis , 22/12/2011 – Pertubuhan Ad-Dhomir yang memeprjuangkan tahanan Palestin menyebut bahawa Zionis telah menahan lebih dari 20 penduduk Al-Quds semenjak pembukaan laluan Ketenteraan Baru Sha’fat, dari utara Bandar Al-Quds seminggu lalu.

Pertubuhan itu menjelaskan dalam sidang media hari Isnin (19 Disember), tindakan Zionis menahan penduduk semakin menjadi-jadi terutamanya selepas laluan baru tersebut dibuka yang menghubungkan di antara Kem Sha’fat dengan bandaraya disekitar Al-Quds, dan menyatakan bilangan terkini penangkapan adalah seramai 21 orang penduduk Palestin, termasuk 11 kanak-kanak, di kawasan laluan tersebut.

Ad-Dhomir memberitahu bahawa mereka menyaksikan di sepanjang minggu ini, peningkatan mendadak kekejaman Zionis terhadap kanak-kanak dan pemuda dari kawasan Kem Sha’fat. Zionis bertindak membelasah mereka dan menahan yang lain dengan tuduhan bahawa kanak-kanak tersebut menggangu mereka dengan batu dan menyerang seorang polis Zionis, serta penglibatan mereka di dalam demosntrasi serta tunjuk perasaan protes.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis (IOF) Tangkap 21 Penduduk Jerusalem

Khamis , 22/12/2011 – Institut Dhameer bagi tahanan Palestin berkata bahawa IOF menahan lebih daripada dua puluhpenduduk Palestin Jerusalem sejak pembukaan pos tentera Sha’fat ke utara Jerusalem yang dijajah, minggu yang lalu.

Institut itu berkata, dalam satu kenyataan pada hari Isnin, bahawakadar tangkapan telah nyata meningkat sejak pembukaanpersimpangan baru yang memisahkan kem pelarian Sha’fat dankawasan-kawasan perumahan di sekitarnya dari kota Jerusalem.Organisasi itu berkata bahawa 21 rakyat Palestin telah ditangkap, 11daripada mereka adalah kanak-kanak.

Mereka menambah bahawa minggu lepas menyaksikan peningkatanyang ketara dalam serangan IOF terhadap kanak-kanak dan remajakem pelarian Sha’fat. Beberapa belia mereka telah dipukul olehtentera IOF dan ditangkap atas alasan bahawa mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi dan membaling batu ke arah askarpenjajah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin mati semasa serbuan polis Israel

Khamis , 22/12/2011 – Seorang pekerja Palestin meninggal dunia Ahad lalu semasa polis mengejar beberapa pekerja bandar Tamra di Palestin yang diduduki pada tahun 1948, menurut sumber tempatan.

Mereka berkata Nazir Bani Odeh, 30 sedang bekerja di bengkel pembinaan apabila polis Israel menyerbu tempat tersebut dan kesemua pekerja Arab melarikan diri.

Pihak polis Israel telah menghalau para pekerja di mana Bani Odeh yang berasal dari kampung Tamon, daerah Tobas rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz