Categories
Berita Semasa

Perarakan besar-besaran esok menuntut pembebasan tahanan politik di Tebing Barat AL-KHALIL,

Selasa , 29/11/2011 – Persatuan Belia Muslim dan Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik di Tebing Barat menyeru semua rakyat Palestin untuk menyertai perarakan yang bakal diadakan pada 22 Mac tahun hadapan, bersamaan hari Rabu, bagi menyuarakan bantahan terhadap polisi penangkapan berunsurkan politik yang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin (PA)

Kenyataan bersama ini dikeluarkan pada hari Selasa lalu oleh persatuan belia dan jawatankuasa keluarga terbabit.

Antara yang tertulis dalam kata kenyataan bersama itu adalah, “Menjelang mesyuara antara Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashaal dan Ketua PA, Mahmoud Abbas yang akan diadakan tidak lama lagi, kami menjangkakan keadaan tenteram akan mendominasi situasi sebenar dan meningkatkan keyakinan kami terhadap perjanjian ke arah perpaduan, tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya kebelakangan ini dari
segi pembebasan dan tangkapan politik.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Sayap Kanan Israel Adakan Buku Panduan Perniagaan Yang Menggaji Warga Palestin

Sabtu ,26/11/2011 – Cucu kepada mendiang Rabbi Meir Kahane, yang terkenal dengan kepercayaan penghapusan etnik bangsa Arab dari Palestin, sedang memimpin sebuah gerakan untuk mendokumen dan memboikot semua perniagaan di Israel yang menggaji warga Palestin.

Rancangan tersebut ditemui apabila Meit Ettinger, pemuda berusia 19 tahun telah dilaporkan kepada polis kerana berjalan sekeliling pasar Mahane Yehuda di Baitulmaqdis sambil bertanya kepada peniaga sama ada mereka menggaji bangsa Arab. Seorang peniaga Palestin merasa curiga dengan kemungkinan Ettinger sedang merancang untuk menyerangnya atau warga Palestin lain yang bekerja di pasar tersebut, lantas terus menghubungi polis Israel.

Apabila disoal polis, mereka menemui bukti yang Ettinger sedang mengumpul data untuk buku panduan memboikot perniagaan warga Palestin, dan perniagaan warga Israel yang menggaji warga Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Pelancaran Pengishtiharaan Sedunia Menolak Pengepungan Di Gaza.

Sabtu ,26/11/2011 – “Musim bunga kebebasan”,”Pengishtiharan penolakan pengepungan rakyat”,telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen dari Palestin,Eropah dan aktivis Arab dan antarabangsa datang berkonvoi melalui satu majlis besar-besaran yang diaadakan di Gaza pada Selasa malam 22-11-2011.

Para peserta mengesahkan penolakan mereka terhadapa pengepungan rakyat,dan sekatan Zionis berterusan di Semenanjung Gaza,menggesa kerajaan dan pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia untuk keperluan yang menggunakan segala cara yang aman untuk memaksa penduduk ke akhir pengepungan yang zalim.

Kata Dr.Ahmed Bahar,Timbalan Pengerusi Pertama Majlis Undangan,Kuartet bagi pihaknya;yang diketuai Amerika Syarikat yang dikenakan pengepungan tidak adil kepada rakyat Palestin sebagai hukuman kerana pilihan demokratik mereka yang adil bahawa dunia telah menyaksikan dalam tempoh sebelumnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi Perpaduan Tiba di Gaza

Sabtu ,26/11/2011 – Sebuah konvoi perpaduan berjaya dibentuk ke Semenanjung Gaza pada petang Isnin, melalui Terminal Sempadan Rafah, antara Semenanjung Gaza dan Mesir. Ahli kumpulan-ahli kumpulan konvoi “Freedom Spring” bakal mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik dan sosial di Gaza.

Wakil-wakil gerakan Arab Spring adalah sebahagian daripada konvoi tersebut dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan pimpinan hamas yang dibubarkan di Gaza, dan beberapa pegawai Palestin, di samping untuk mengadakan mesyuarat dengan ahli perniagaan Gaza, wakil-wakil pergerakan wanita, dan wakil-wakil NGO tempatan.

Ahli-ahli kunjungan konvoi akan melawat kem-kem pelarian di Gaza, untuk memerhatikan keadaan yang mencamaskan, dan juga berhasrat untuk melawat UNRWA (United Nations Relief and Works Agency) untuk Pelarian Palestin di Near East.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Enam, termasuk banduan yang baru dibebaskan, telah ditahan oleh tentera Israel dalam serbuan waktu pagi.

Sabtu ,26/11/2011 – Dalam kejadian serbuan awal pagi yang terbaru, yang telah dilancarkan oleh tentera Israel di Tebing Barat pada hari Isnin, askar-askar Israel telah menahan enam orang rakyat Palestin, termasuk seorang yang baru sahaja dibebaskan dari sebuah tahanan Israel bulan lepas melalui perjanjian pertukaran banduan.

Dua beradik, berumur 17 dan 18 tahun, merupakan antara yang diculik pada awal pagi Isnin kelmarin. Dua beradik tersebut, Imad al-Amour, 18, dan Mohammed al-Amour,17, telah diculik dari rumah keluarga mereka di Perkampungan Tiqu’a, bahagian selatan Bethlehem.

Ghassan Mohammed Hanini, 22 tahun, telah ditahan berdekatan dengan Qalqilia dalam percubaannya untuk melepasi sebuah pusat pemeriksaan tentera Israel. Hanini baru sahaja dibebaskan dari kem tahanan Israel dimana dia telah ditahan selama tiga tahun sebagai ‘tahanan pentadbiran’ tanpa sebarang dakwaan. Dia merupakan antara 477 rakyat Palestin yang telah dibebaskan melalui pertukaran dengan seorang banduan rakyat Israel yang ditahan oleh puak tentangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Hijazi: Kami menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem

Sabtu ,26/11/2011 – Dr. Safwat Hijazi, pemimpin Rabetat Ahl Al-Sunnah yang menganjurkan konvoi utama ke Gaza pada hari Isnin, memberitahu sidang akhbar di bandar Gaza selepas ketibaannya bahawa Rabeta beliau telah menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem.

Beliau berkata bahawa ketibaan konvoi ke Gaza, yang terkumpul dari 40 buah negara, adalah salah satu daripada saat-saat terbaik hidupnya.

Hijazi berkata bahawa wakil-wakil dari 40 buah negara telah memutuskan untuk memecahkan pengepungan ke atas Gaza, yang secara haram yang dikenakan oleh “Zionis”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Sabtu ,26/11/2011 – Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan tembok sempadan akan ditutup selamanya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Gaza: Pemerintah Bantah Keras Penangkapan Wartawan wanita, Isra Salhab

Sabtu ,26/11/2011 – Biro media pemerintah menyatakan bantahan keras atas penangkapan seorang wartawan wanita Al-Quds, Isra Salhab, penyampai program Ahrar di TV Al-Quds. Penangkapan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa bahkan undang-undang Israel juga.

Pasukan Israel menangkap Salhab (26) setelah memanggilnya ke pusat penyiasatan di Al-Quds, kemudian dinyatakan bahawa wartawan tersebut ditahan untuk penyiasatan lanjut dan dialihkan ke sel penjara Israel.

Dalam laporan yang diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (22/11) Biro media menegaskan bahawa penangkapan wartawan Salhab merupakan tindakan tekanan dan sekatan kebebasan yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin untuk menodai kehormatan dan kebebasan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Darawi: Kerajaan, PLO dan pilihanraya adalah agenda utama pertemuan Abbas-Mishaal

Sabtu ,26/11/2011 – Ketua Pusat Pengajian Palestin di Mesir, Ibrahim al-Darawi berkata terdapat tiga isu yang akan menjadi agenda utama di antara Presiden dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Mishaal yang dijadualkan pada Khamis di Kaherah.

Akhbar Quds melaporkan Darawi berkata, tiga isu tersebut adalah: penstrukturan semula Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk benar-benar menjadi wakil rakyat Palestin, pilihanraya dan kerajaan serta tanggungjawabnya.

Darawi berkata, jawatankuasa khas membincangkan rundingan damai di antara Hamas dan Fatah bersetuju untuk menggugurkan pencalonan Fayyad sebagai perdana menteri, namun tiada kesepakatan tentang nama yang akan dicalonkan sebaliknya ia akan dibincangkan dalam pertemuan Abbas-Mishaal nanti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Fatah setuju tidak lantik Fayyad

Rabu ,23/11/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata bahawa pergerakan Fatah telah bersetuju untuk memilih individu lain selain daripada Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan Palestin campuran akan datang. Abu Zuhri memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Sabtu lepas bahawa pegawai-pegawai Hamas dan Fatah telah mencapai kata sepakat beberapa hari lepas untuk tidak memasukkan nama Salam Fayyad dalam kerajaan campuran akan datang,
tetapi masih belum mencalonkan mana-mana nama untuk jawatan Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, pegawai-pegawai Hamas dan Fatah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan seterusnya pada 25 November ini yang akan disertai oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mashaal dan Presiden PA, Mahmoud Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Prof. Qasem pada kira-: Keretakan dalaman hanya akan berakhir jika PA mengakhiri hubungan dengan Israel

Rabu ,23/11/2011 – Profesor sains politik Abdulsattar Qasem tidak menaruh harapan peluang mencapai perdamaian nasional yang tulen antara puak Hamas dan Fatah jika pihak berkuasa Palestin (PA) tidak mengakhiri kerjasama keselamatan dengan Israel dan meletak pergantungan kewangan kepada Barat.

Qasem pada kira-kepada Quds Press bahawa Hamas dan Fatah boleh mengulangi kesilapan yang lalu jika sebab-sebab sebenar pertikaian mereka tidak ditangani daripada akar umbinya, terutamanya dengan mengambil kira perjanjian PA yang ditandatangani dengan Israel.

“Saya percaya terdapat potensi yang besar untuk mencapai perdamaian jika punca sebenar perpecahan dan persengketaan antara puak Fatah dan Hamas telah ditangani,” profesor itu menegaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Gaza memberi amaran banjir besar akan berlaku jika Israel membuka empangan

Rabu ,23/11/2011 – Kementerian Pertanian dan Pertahanan Gaza telah memberi amaran akan berlakunya banjir besar sekiranya Israel meneruskan ancamannya untuk membuka empangan lembah Gaza. Kol. Yousef Al-Zahhar, ketua skuad pertahanan awam di Gaza memberitahu PIC pada Ahad bahawa banjir tersebut boleh mengakibatkan kerosakan kepada 100 rumah dan ratusan sarang lebah serta 100 kilometer persegi tanah yang telah digembur di Mighraka, Gaza Tengah. Beliau berkata, ternakan di kawasan tersebut turut akan mati lemas, dan akan menyebabkan pendapat kaum Badwi di kawasan itu terjejas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa acara yang akan diadakan di Kaherah bagi menyokong Baitulmuqaddis

Rabu ,23/11/2011 – Kempen popular Mesir-Palestin Sabtu lalu berkata ia akan menganjurkan beberapa acara, termasuk perarakan besar-besaran pada hari Ahad sebagai sokongan terhadap bandar yang diduduki, Baitulmuqaddis .

Pihak penganjur kempen ini bertemu Selasa lalu dengan Sheikh besar MasjidAl-Azhar, Ahmed Attayeb dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyokong penduduk Palestin dan menghadapi pencabulan Israel terhadap mereka.

Kempen ini melibatkan beberapa tokoh agama, negara dan politik Mesir yang berhasrat untuk menganjurkan perarakan besar-besaran bagi menyokong Baitulmuqaddis Jumaat depan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al Azhar Tegaskan Kembali Surat Shalahuddin kepada Raja Richard

Rabu ,23/11/2011 – Syeikhul Azhar, Dr. Ahmad Muhammad Thayib menegaskan bahawa al Azhar dan seluruh kaum muslimin di barat dan di timur, menolak projek Zionis untuk melakukan pengyahudian kota al Quds. Beliau mengingatkan entiti Zionis Israel dan pihak yang menyokongnyan akan kesan buruk yang mengancam perdamaian Palestin bahkan mengancam perdamaian seluruh dunia.

Al Azhar menegaskan bahawa monopoli terhadap kota suci al Quds dan yahudinisasi padanya, merupakan pelanggaran terhadap persetujuan dan undang-undang antarabangsa serta norma-norma yang melarang perubahan pada status tanah, penduduk, dan identiti di wilayah pendudukan. Oleh itu, al Azhar tegas dalam pernyataannya, “Maka Yahudinisasi al Quds tidak ada asas legitimasi.”

Al Azhar kembali menegaskan ketetapan jalan yang ditempuh Shalahuddin bagaimana cara pembebasan kota al Quds, ketika dia menulis surat kepada Raja Salib Richard The Lion Heart, “Anda jangan berpikir bahawa kami akan menyerahkan al Quds, tidak pernah, demikian juga kami, sebagai umat muslim, tidak mungkin akan menyerahkan hak-hak kami di al Quds, dalam apa keadaan sekalipun, anda tidak akan dapat mengambil seketul batu pun di tanah ini, selama masih ada jihad.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Laporan: “Kampung Warga Palestin Hadapi Kesukaran Hidup Dalam Kegelapan”

Rabu ,23/11/2011 – Organisasi Sepanyol, Seeba berjaya memasang panel solar di sebuah kampung warga Palestin di Tebing Barat, yang dikenali sebagai Amenzil. Untuk pertama kalinya penduduk kampung tersebut mendapat tenaga elektrik, tetapi Israel telah mengeluarkan satu injuksi tentera mengarahkan penduduk menyahpasang panel tersebut.

Kampung tersebut tidak pernah mendapat tenaga yang sepatutnya, tetapi setelah panel solar dipasang, penduduk dapat menyediakan rumah dan khemah mereka dengan lampu, membeli set televisyen, dan barang-barang elektrik yang lain.

Dengan kerjasama Universiti An-Najah di Nablus, NGO Sepanyol tersebut memasang 2 panel solar di kampung kecil “Amenzil” yang terletak di selatan Tebing Barat, dan penduduk dapat menaiktaraf generator gas mereka yang hanya dapat menampung peralatan asas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep