Isnin, 3/1/2005 – HAMAS tidak mahu memberhentikan operasi melancarkan roket kepada Israel kerana ingin melindungi rakyat Palestin daripada serangan ganas rejim Zionis. Ini sebagai membalas saranan pengerusi PLO Mahmud Abbas agar memberhentikan serangan kepada pihak rejim Zionis kerana ia akan menjadikan Israel menyerang balas.
Khamis, 30/12/2004 – ‘Tsunami’ ini tidak berupa ombak besar setinggi 6 meter seperti yang mengejutkan rakyat Malaysia ketika ini tetapi ia datang dengan taburan peluru yang meragut nyawa rakyat Palestin. Hari ini sekurang2nya 2 rakyat Palestin terkorban dalam serangan rejim Zionis (baca: RZ) di selatan Gaza di bandar Khan Yunus.
Jerusalem, Khamis, 30/12/2004 – Zionis- Israel mula membina bahagian-bahagian tembok pemisah di sekitar kampung Hazimah utara Jerusalem. Jika pembinaan itu diteruskan, 70 000 rakyat Palestin diancam dan terus tidak dibenarkan masuk Jerusalem, kota suci umat Islam.
Berdamai dengan Israel ?
Pejuang Palestin keras kepala tidak mahu berdamai ?
Israel membuka pintu perundingan ?
Di mana penyelesaian konflik Palestin-Israel ?
Kolumnis Palestinkini , saudara Maszlee Malek mengupas persoalan ini.
Gaza, Selasa, 29/12/2004 ? Beberapa roket pejuang Palestin menyerang beberapa penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza. Pejuang-pejuang terdiri daripada kumpulan Brigade Izzudin Al-Qassan, Brigade Alawiyah Nashir, Brigade Abu Risys dan Brigade Al-Quds.
Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)
Dalam siri yang lepas Maszlee Malik telah mewawancara Dr Azzam Tamimi berkaitan isu Palestin dan juga perkembangan terkini di Palestin. Dalam siri wawancara kali ini, Dr. Azzam akan berkongsi dengan para pembaca beberapa persoalan berkaitan serangan berani mai, tembok pemisah dan juga masa depan perjuangan bersenjata di Palestin untuk mencapai kemerdekaan.
Isnin, 27/12/2004 – Kumpulan2 Palestin hari ini mengecam rancangan Tony Blair (PM Britain) utk menganjurkan persidangan Timur Tengah yang kelihatan lebih berat kepada kemahunan Israel. Persidangan yang pada asalnya memfokuskan kepada reformasi politik dan ekonomi Palestin telah bertukar kepada mencampuri urusan dalaman Palestin atas tekanan Israel.
Isnin, 27/12/2004 –Zionis telah melemparkan 2 biji bom(firebomb) ke atas Masjid Hassan Bek di Haifa, ketika umat Islam sedang mendirikan solat subuh.
Jumaat, 24/12/2004 – Tahanan politik Palestin di penjara yg terletak digurun Negev iaitu Syeikh Tayseer Amran daripada bandar Nablus telah dipanjangkan tempah tahanan buat kali ke-3. Beliau diberitahu 5 hari sebelum beliau sepatutnya dibebaskan. Beliau berumur 45 tahun telah pun sebelum ini dipenjara selama 19 bulan tanpa bicara.
Dunia,
Bangunlah dari lenamu,
Tatapan bisu itu
Sudah tidak relevan
Pandangan kosong itu
Sudah tidak diperlukan
Khamis, 23/12/2004 – Salim Muhamad al-Ser (32 tahun), komander brigade Qassam syahid tengahari semlm semasa bertempur dengan rejim Zionis. Beliau dipercayai ditembak tepat di kepala oleh penembak tepat(sniper).
Dr Azzam Tamimi , pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT) di UK dan juga merupakan aktivis isu Palestin di eringkat antarabangsa telah datang ke Malaysia baru-baru ini di atas jemputan Citizen International dan juga Malaysian Sociological Research Institue (MSRI). Dalam kesempatan tersebut, beliau telah diwawancara oleh aktivis isu Palestin dan juga kolumnis laman web palestinkini.info, Maszlee Malik berkaitan perkembangan terkini isu Palestin. Berikut adalah butiran wawancara tersebut:
Selasa, 21/12/2004 –Menteri Luar Israel, Silvan Shalom dan Ketua Perisik Dalam Negeri Israel ?Shabak?, Evy Deghter tidak berniat membebaskan tahanan dari kumpulan Hamas dan Jihad Islami yang sebahagian mereka termasuk dalam tahanan yang akan dibebaskan oleh kerajaan Zionis-Israel.
Selasa, 21/12/2004 – Kumpulan penduduk Israel (baca: rejim Zionis) hari ini mengumumkan tidak akan mengundurkan diri dari koloni Yahudi di tanah Palestin. Sementara itu, pengerusi Kounsil YESHA, Bentzi Lieberman berkata “Kami tetap dengan pendirian kami iaitu membantah sebarang keputusan yang kami anggap sebagai jenayah antarabangsa menghalau Yahudi dari rumah kami (baca: tanah Palestin yang dijajah rejim Zionis)”.

Helikopter rejim Zionis (RZ) telah menyerang utara Gaza selepas RZ memaksa rakyat Palestin di kem pelarian Gaza mengosongkan khemah mereka yang berakhir dengan serangan selama 2 hari. 11 rakyat Palestin terkorban 40 yg lain cedera. Beberapa rumah di bandar Bait Lahya dan Tal al-Zatar dimusnahkan oleh helikopter Apache buatan US semalam (19/12/2004), wakil al-jazeera melaporkan.