Categories
Berita Semasa

Fayyad Telah dihalang dari memasuki Jerusalem Untuk mendirikan Sekolah Baru

Khamis, 04/11/2010 – Menteri Keselamatan Umum ragim Israel, Yitzchak Aharonovitch, mengeluarkan keputusan menghalang Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, dari memasuki Baitulmuqaddis untuk membangunkan sekolah Palestin baru di Jerusalem Timur.

Dr Fayyad bercadang melawat dua buah sekolah Arab untuk merayakan renovasi mereka. Dia juga merancang untuk memulakan sebuah projek jalan baru di lingkungan Arab di bandar.

Ketiga-tiga projek tersebut dibiayai oleh Pihak Berkuasa Palestin, sedangkan kerajaan Israel menganggap projek ini sebagai “kesalahan terhadap kedaulatan Israel di Jerusalem”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Front Rakyat: Pengkhianatan Besar Jika Iktiraf Israel

Khamis, 04/11/2010 – Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap entiti Israel merupakan pengkhianatan terhadap hak sejarah bangsa Palestin. Mengabaikan hal itu merupakan pengkhianatan besar yang patut dipersoalkan dan dilihat secara undang-undang dan revolusi.

Pihak Front mengatakan, Selasa (2/11) pada peringatan 93 tahun Deklarasi Balfour, bahawa “Palestin adalah milik seluruh rakyat Palestin, tanpa mengurangkan walau satu inci pun dari wilayahnya. Kita tegaskan bahawa hak rakyat kita untuk kembali merupakan hak sempurna dan tidak berkurang, tidak boleh diperdagangkanan, ditukar dan diganti dengan pampasan”.

Front memperbaharui penolakan mutlaknya terhadap perundingan yang memberikan legitimasi kepada Israel menguasai tanah air, wilayah dan rumah rakyat Palestin. Front menuntut perundingan Palestin untuk kembali kepada pilihan rakyat Palestin. Pilihan perjuangan dan perlawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pejabat Israel Membatalkan Perjalanan Ke Inggeris Setelah Terancam Dengan Penangkapan

Khamis, 04/11/2010 – Setelah diberitahu oleh Kementerian Luar Negeri UK bahawa dia boleh menghadapi penangkapan saat tiba di Inggeris, Menteri Kabinet Israel Dan Meridor memutuskan untuk membatalkan perjalanannya. Ini kerana Meridor berperanan dalam serangan 31 Mei Israel atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan aktivis kemanusiaan dibunuh oleh tentera Zionis.

Meridor adalah Menteri Perisikan dan Tenaga Atom Israel, telah betemu dengan Perdana Menteri Binyamin Netanyahu beberapa hari sebelum serangan terhadap kapal bantuan, menurut saksi Netanyahu semasa penyiasatan rasmi dilakukan. Selama pertemuan itu, Meridor dan 7 menteri yang lain dipercayai membincang dan merancang tindakan Israel terhadap bantuan kapal.

Isi perbincangan tidak diketahui kerana kerajaan Israel telah menolak untuk membuat transkrip awam, tetapi percaya bahawa potensi serangan tentera terhadap kapal itu dibahas.

Israel telah menolak untuk menyertai dalam penyiasatan antarabangsa ke dalam serangan terhadap kapal bantuan, dan telah menolak untuk melepaskan ratusan laptop, kamera, video dan perakam yang dimiliki oleh para aktivis dan disita oleh tentera Israel selama serangan itu. Mereka bagaimanapun mengeluarkan beberapa video yang telah ditapis untuk media.

Para pegawai Israel di bawah tekanan daripada negara di seluruh dunia kerana perlakuan mereka terhadap rakyat Palestin, termasuk tiga tahun pengepungan panjang terhadap rakyat Gaza, di mana mereka telah menghalang kemasukan semua, tetapi barang yang paling asas – bahkan mencegah penduduk dari membina semula selepas pencerobohan Israel yang menghancurkan tahun lalu yang berlangsung tiga minggu dan mengakibatkan kematian 1,400 orang Palestin dan 5 orang Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Musleh: Rundingan Damai Di Tengah-Tengah Kempen

Rabu, 03/11/2010 – Ahli Parlimen Hamas di Ramallah, Mahmoud Musleh telah menyatakan bahawa perbincangan dengan Fatah tentang rundingan damai sementara kempen terus berjalan di Tebing Barat merupakan satu bentuk penipuan kepada orang awam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa adalah tidak munasabah untuk bersetuju melaksanakan rundingan apabila pihak yang satu lagi sedang menculik dan mendera warga Palestin. Polisi yang diusahakan oleh pihak keselamatan PA di Tebing Barat tidak akan membuahkan hasil yang baik kepada gerakan Islam, Musleh menekankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pemantau Sains Kristian: Rejim Zionis tahan 100 kanak-kanak dari Silwan di bulan Oktober

Rabu, 03/11/2010 – Akhbar Pemantau Sains Kristian (CSM) melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan 100 orang kanak-kanak secara rawak pada bulan lepas di daerah Silwan, timur Jerusalem. Kebanyakan mereka berusia di bawah 13 tahun.

Sementara itu, polis rejim Zionis mendakwa pihaknya hanya menahan 40 orang awam di timur Jerusalem atas kesalahan membaling batu ke arah anggota polis dan terlibat dalam keganasan semasa dalam perjalanan pergi ataupun pulang sekolah. Demikian dilaporkan oleh akhbar terbabit.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia menyangkal dakwaan polis rejim Zionis itu dengan memaklumkan bahawa mereka menerima banyak aduan yang mengatakan penahanan itu dijalankan oleh pasukan pengintip ketika tiada berlaku kekacauan mahupun pembalingan batu. Kata kumpulan hak asasi manusia itu lagi, kanak-kanak terbabit diculik ketika mereka berada di pintu rumah masing-masing ataupun jalanraya dan lorong-lorong berhampiran yang menjadi tempat permainan mereka. Ada juga kanak-kanak yang diculik daripada rumah mereka pada jam 3 atau 4 pagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

(Panas) Zionis perhebatkan latihan ketenteraan di Tebing Barat

Rabu, 03/11/2010 – Hampir seminggu Zionis Israel melakukan latihan ketenteraan di Tebing Barat. Apa yang pastinya latihan semakin diperhebat. Pesawat tempur di dapati berterbangan membuat latihan intensif. Latihan turut diteruskan di sebelah malam. Terdapat sumber yang menyatakan latihan ini adalah persiapan untuk menyerang Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Fattah dan Hamas dijadualkan bertemu 9hb ini di Damsyiq

Rabu, 03/11/2010 – Sumber lain Pusat Informasi Palestin mengumumkan tarikh untuk pertemuan kedua antara Hamas dan Fattah telah ditetapkan pada hari Selasa minggu depan (9 November) bertempat di Damsyiq, ibu kota Syria untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan rekonsiliasi Palestin.

Dr. Ismael Radwan, salah seorang pimpinan Hamas menyatakan bahawa beliau akan mewakili Hamas dalam pertemuan dengan Fattah di Damsyiq minggu depan, beliau juga menambah, “Menteri Hamas, Dr. Ismael Al-Ashqar akan mengetuai delegasi Hamas dari Gaza.”

Radwan berkata dalam laporan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Isnin (1 November), bahawa pertemuan kali ini akan memberi fokus kepada isu keamanan dan pembaikan semula struktur dan pembaharuan sistem keselamatan untuk peringkat negara, dan untuk mempertahankan dan membela hak-hak warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hammad tidak membenarkan perang terhadap Israel pada masa ini

Rabu, 03/11/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hammad mengatakan bahawa keadaan serantau dan antarabangsa adalah tidak sesuai untuk mengadakan perang yang terbaru terhadap regim Israel di Semenanjung Gaza.

Dia berkata kepada surat kabar Al-Hayat yang berpusat di London, yang diterbitkan pada hari Isnin, bahawa kerajaan tidak takut perang, mendakwa Israel dengan memprovokasi AS untuk melancarkan perang terhadap Iran. Menteri menegaskan bahawa rakyat Palestin akan berdiri cepat dan akan berakhir dengan kemenangan seolah-olah ini adalah perang yang terakhir di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mogok umum di Silwan sebagai memprotes kunjungan datuk bandar Israel

Rabu, 03/11/2010 – Sumber tempatan berkata mogok umum itu diadakan Isnin pagi di sekitar kejiranan kawasan Silwan sebagai protes atas kunjungan provokatif yang dibuat oleh datuk bandar Israel di kota suci, Nir Barakat berdekatan daerah Al-Ras Amud .

Barakat bertanggung jawab mengeluarkan perintah memusnahkan rumah-rumah Palestin di Baitulmuqaddis yang diduduki yang menjadikan beratus-ratus penduduk Palestin tidak mempunyai rumah. Dalam pada itu, pada hari yang sama di Silwan tentera Zionis Israel (IOF) telah menculik ahli jawatankuasa mempertahankan kejiranan, Al-Bustan Adnan Ghaith tanpa dapat dipastikan sebab penahanannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis membuat soal-siasat terhadap pegawai HAMAS di Yabad

Rabu, 03/11/2010 – Seorang Pegawai Perisikan senior menemani Tentera Penjajah Israel (IOF) yang menyerbu dua buah rumah milik tokoh HAMAS di Kampung Yabad, Daerah Jenin, dan melakukan soal-siasat di dua buah rumah itu.

Sumber HAMAS di kampung itu memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa tentera itu mengelilingu rumah Syeikh Ezeddin Amarne, 48 dan menyoalnya dalam rumahnya selama dua jam.

Amarne, yang buta, telah dipenjarakan beberapa tahun di penjara dimiliki Israel.

Sumber itu juga menyatakan pasukan yang sama juga memecah masuk rumah Syeikh Adnan Hamarshe, 46, dan menyoal siasatnya. Hamarshe merupakan tahanan yang berkhidmat dalam pentadbiran paling tua, sebelum dia dibebaskan.

Sumbar itu menambah bahawa pasukan itu memberi mesej berbaur ancaman kepada dua orang iu dan mengarah mereka menyampaikan ancaman itu kepada pemimpin HAMAS. Kedua mereka menolak dan mangatakan bahawa mereka bukan pihak yang mengambilberat hal itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Israel Harus Bayar Harga Shalit

Rabu, 03/11/2010 – Pemimpin gerakan Hamas dan juga Wakil Ketua Parlimen, Dr. Sholah Bardawil menegaskan, Israel harus membayar harga Shalit dan melaksanakan syarat yang ditetapkan faksi pejuang.

Pernyataan tersebut diungkapkan dalam majlis perpaduan yang diselenggarakan oleh Persatuan Tahanan dan bekas Tahanan, Isnin pagi (1/11) di depan pejabat pusat Palang Merah di Khan Yunis bersama para tahanan di penjara Israel.

Bardawil menambah, membebasan tahanan merupakan hutang yang melilit di leher kita masing-masing, ia tidak akan terlepas sampai kita berusaha membebaskan mereka. Kerana itu, kita wajib melepaskan kezaliman yang melilit mereka. Beliau menambahkan, meskipun para tahanan mengalami kezaliman yang dilakukan Israel, namun mereka tetap konsisten dan tetap utuh memegang prinsip.

Tokoh Hamas ini meminta badan hak asasi manusia antarabangsa dan semua pihak berkaitan untuk bekerja dengan serius untuk merealisasikan tuntutan para tahanan dan membebaskan mereka. Beliau menegaskan, Hamas akan terus berusaha sekuat tenaga membebaskan mereka.

Dalam sambutan mewakili keluarga tahanan, beliau menyatakan bahawa para tahanan dilarang menerima kunjungan ahli keluarga, mereka dikurung di sel terasing dan tidak mendapat makanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ahli politik Eropah akan lawat Jerusalem, Tebing Barat dan bertemu pegawai-pegawai Palestin

Selasa, 02/11/2010 – Delegasi berprofil tinggi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Negara-negara Eropah dijadualkan melawat Jerusalem dan Tebing Barat pada hari Ahad untuk menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis di sana serta bertemu dengan pegawai-pegawai dan rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Eropah-Palestin (CEPR) menyatakan bahawa delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Eropah yang diketuai oleh seorang anggota Parlimen Eropah, Gerald Kaufman akan berlepas ke Jerusalem dan Tebing Barat untuk melihat dengan lebih dekat impak negatif yang berlaku hasil daripada penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

Delegasi itu juga akan melawat ibupejabat Palang Merah di Jerusalem untuk bertemu dengan para penggubal undang-undang dan pegawai Palestin yang menerima ancaman dibuang dari tanahair sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan Yahudi membiarkan seorang rakyat Palestin dalam keadaan kritikal selepas satu serangan kejam

Selasa, 02/11/2010 – Sekumpulan Yahudi menyerang seorang rakyat Palestin ketika beliau sedang berjalan di Hillel Street di Barat BaitulMaqdis sehingga tidak sedarkan diri. Keluarga mangsa mengatakan beliau diberikan rawatan intensif di Hospital Hadasa Ain Karim.

Mereka menambah bahawa mangsa,Fareed Kamil Al-Toubasi dibiarkan dalam keadaan cedera parah setelah beliau menerima beberapa pukulan keras ke beberapa bahagian tubuh, termasuk kepala dan dada. Beliau mampu bangun untuk beberapa saat dan kembali tidak sedarkan diri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Laporan: 3 Terbunuh, Puluhan Lagi Tercedera Diserang Tentera Israel Pada Oktober di Semenanjung Gaza

Selasa, 02/11/2010 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pasukan perubatan di Semenanjung Gaza mencatatkan kematian dan kecederaan puluhan warga Palestin akibat serangan tentera rejim Israel pada bulan Oktober 2010.

Laporan yang dikeluarkan pada Ahad itu menyatakan, gerombolan tentera Israel melancarkan 3 serangan udara di kawasan-kawasan berbeza lalu menyebabkan 2 terbunuh dan 10 tercedera. Mangsa korban tersebut dikenali sebagai Mahmoud Jabir Washah, 21, dan Mohammed Hisham Zaqout, 22.

Tentera Israel melepaskan tembakan peluru meriam di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza dengan menyasarkan ladang-ladang serta kediaman yang mana salah satunya milik Jihad Subhi Afana, 20 di timur Jibalia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Idea untuk Persidangan Antarabangsa cuma Membazir Masa dan Tenaga

Selasa, 02/11/2010 – Pegawai Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Osama Hamdan menyatakan usaha kerajaan Mesir yang terbaru untuk menyelamatkan keruntuhan proses damai antara Israel dan Pihak (Mahmoud) Abbas satu pembaziran masa dan tenaga.

Dia berkata dalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa apa yang dikatakan proses damai itu telah gagal lama dulu, sambil menambah bahawa lebih baik untuk mengumumkan kegagalan proses itu dan seterusnya membina projek kebangsaan Palestin dalam asas memberi sokongan kepada kebebasan, pertahanan dan hak untuk kembali.

Komentarnya tentang berita bahawa satu gerak kerja baharu Kaherah untuk menganjurkan satu Persidangan Keamanan Antarabangsa, beliau berkata bahawa tiada gunanya untuk persidangan seperti itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz