Categories
Berita Semasa

Lebih 100 cedera ketika pertelingkahan pada hari Jumaat di Tebing Barat

Selasa,08-06-2021 – Puluhan warga Palestin telah cedera pada Jumaat akibat tembakan peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami kesukaran bernafas ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) dekat Bukit Sobeih, selatan Nablus.

Ahmed Jibril, pengarah ambulans dan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, menyatakan pasukan perubatan merawat 113 kecederaan.

Jibril menyatakan, kecederaan melibatkan 16 jenis termasuk akibat daripada peluru hidup, 20 oleh peluru besi bersalut getah, empat kesan pukulan oleh tentera IOF, dan 73 susah bernafas.

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Aktivis Jerusalem

Selasa,08-06-2021 – Polis Israel telah menahan aktivis Jerusalem, Muna al-Kurd di rumahnya di Sheikh Jarrah pada
hari Ahad dan mengarahkan abangnya Mohammed hadir untuk siasatan.

Bapa Muna berkata polis Israel menyerbu rumah mereka dan mengambil anak perempuannya setelah menggeledah rumah untuk mencari abangnya, dan menambah bahawa polis mengancam akan menyerbu sekali lagi sekiranya Mohammed tidak menyerah diri.

Pasukan polis yang lain telah masuk ke rumah pemuda Jerusalem, Iyad Abu Snene dan memanggilnya untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Perkhidmatan Penjara Israel Zionis mengembalikan tahanan ke penjara Shatta dari tahanan kurungan pengasingan.

Selasa,08-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Zionis Israel mengembalikan tahanan Palestin dari Rabee Abu Nawas ke Penjara Shatta setelah di letakkan selama 16 bulan dalam tahanan kurungan pengasingan, menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin pada petang Sabtu. 

Bantahan dari tahanan-tahanan lain telah memaksa pihak IPS menghantarkan kembali ke penjara biasa.Persatuan itu berkata tahanan berusia 32 tahun dari perkampungan Sinjil di Ramallah telah ditahan dalam kurunganan pengasingan kerana menentang terhadap serbuan pihak Zionis Israel ke atas Penjara Ofer pada bulan Februari 2020. Dia telah cedera ketika serbuan itu dan keluarga beliau di halang dari bertemu dengan beliau ketika tempoh tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Perarakan Dibubar, Wartawan Ditangkap

Selasa,08-06-2021 – Puluhan peserta perarakan diusir secara paksa oleh Polis Israel ketika mereka hampir tiba di kejiranan Syeikh Jarrah Dalam masa yang sama, seorang wartawan koresponden TV Al-Jazeera, Givara Budairi, ditahan ketika membuat liputan berkenaan.

Sabtu lalu, satu perarakan dilancarkan sebagai solidariti bersama kejiranan Syeikh Jarrah sempena ulangtahun ke-54 Naksa di mana Israel menduduki Tebing Barat termasuklah Timur Jerusalem, Jalur Gaza, Dataran Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Rejin Zionis tahan rakyat Palestin di al-Khalil

Selasa,08-06-2021 – Rejim Zionis menahan seorang rakyat Palestin di al-Khalil pada waktu Subuh hari Ahad, kata pusat media tahanan.

Ia menambah bahawa tentera rejim menyerbu rumah Wajdi Jaradat di bandar Sa’eer di timur laut al-Khalil dan menyebabkan kekecohan sebelum membawa dia pergi.

Tebing Barat dan Baitulmuqaddis menyaksikan gerakan penahanan rakyat Palestin pada setiap hari oleh tentera rejim Zionis selepas memecah masuk rumah mereka dan mencederakan penghuni terutamanya wanita dan kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Para Petani Dari Tebing Barat Tunjuk Perasaan Setelah Dihalang Memasuki Tanah Mereka

Selasa,08-06-2021 – Berpuluh-puluh petani Palestin di bandar Husan, di sebelah barat Bethlehem, telah menyertai tunjuk perasaan pada Sabtu petang lalu sebagai bantahan terhadap tindakan tentera rejim Zionis yang menghalang mereka untuk memasuki kawasan di mana terletaknya tanah pertanian mereka.

Pada awal pagi, pasukan rejim Zionis telah menghalang petani-petani Husan dari memasuki dan mengusahakan tanah mereka, yang terpisah dari kawasan bandar oleh kawasan penempatan haram.

Petani Mohamed Hamamera mengatakan bahawa tanah pertanian miliknya dan milik yang lain-lain terletak di kawasan di dalam penempatan Beitar Illit, yang telah dibina secara haram di atas sebidang tanah yang telah diilhak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Perarakan Besar-besaran di Gaza Tuntut Perletakan Jawatan Schmale

Isnin,07-06-2021 – Berpuluh-puluh ribu warga Palestin pada hari Isnin lalu telah menyertai perarakan yang dianjurkan oleh oleh kesatuan pekerja UNRW di Kota Gaza untuk menuntut pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale untuk meletak jawatan.

Para penunjuk perasaan membawa papan sepanduk yang menuntut Schmale untuk meninggalkan Gaza dan meletak jawatan, sebagai bantahan atas komen yang dibuatnya baru-baru ini kepada TV Israel di mana dia menyokong penyasaran orang awam dan kediaman mereka di Gaza, meremehkan angka kehilangan nyawa serta jumlah kemusnahan, serta memuji kemampuan tentera rejim Zionis untuk mengebom sasaran dengan tepat.

Para penunjuk perasaan telah berkumpul di hadapan ibu pejabat UNRWA di Kota Gaza sebelum berarak ke Ansar di sebelah barat kota.

“Kami tidak akan bertenang sehinggalah pengarah operasi UNRWA dan timbalannya mengundur diri kerana kegagalan besar mereka,” kata ketua kesatuan pekerja UNRWA Amir al-Mes’hal semasa tunjuk perasaan tersebut.

Mes’hal menekankan bahawa perarakan itu diadakan untuk menyatakan kemarahan rakyat Palestin terhadap apa yang dikatakan oleh Schmale.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lebih 30 penahanan di Tebing Barat, Jerusalem dan kawasan jajahan 1948.

Isnin,07-06-2021 – Rejim Zionis Israel melancarkan kempen besar-besaran tangkapan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Isnin dan waktu subuh Selasa lepas. Di Ramallah, Rejim Zionis menyerbu bandar Beit Rima di barat Ramallah dan menahan Jadallah Al-Barghouti dan Ali Al-Barghouti. Mereka dibawa ke lokasi penahanan yang tidak diketahui umum. Youssef Allan juga turut ditahan di bandar Beit Ur di barat Ramallah. Rejim Zionis Israel turut menyerbu perkampungan Beit Sira dan menahan lima orang pemuda Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ancam roboh 10 rumah penduduk Palestin di Ramallah.

Isnin,07-06-2021 – Tentera rejim Israel mengugut   akan merobohkan 10 buah rumah milik penduduk Palestin di bandar Ni’lin dan Deir Qaddis, barat Ramallah.

Datuk Bandar Ni’lin, Emad al-Khawaja berkata bahawa pihak rejim Israel telah menceroboh masuk ke dalam bandar Deir Qaddis dan kawasan berhampiran untuk menyerahkan surat arahan roboh ke atas 10 buah rumah.

Tambah beliau lagi, sebenarnya pemilik rumah di situ sudah memiliki permit membina yang dikeluarkan pihak berkuasa Palestin tetapi pihak rejim mendakwa bangunan itu terletak terlalu hampir dengan  pagar sempadan yang memisahkan bandar itu dan petempatan haram pendatang Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Hammad memberi amaran kepada Israel atas penutupan sempadan dan gangguan pembinaan semula.

Isnin,07-06-2021 – Ahli biro politik Hamas menyatakan bahawa pejuang Palestin tidak akan berdiam diri jika rejim zionis terus menutup sempadan dan menghalang usaha pembinaan semula.

“Kami masih memegang senjata dan roket kami masih bersedia untuk dilancarkan,” Hammad berkata ketika perayaan yang diadakan pada petang Ahad untuk menghormati para syuhada Palestin yang terbunuh ketika Perang Sword of Jerusalem.

“Pejuang Gaza sentiasa memantau pergerakan musuh iaitu zionis dan para pendatang. Kami sentiasa bersedia,” beliau menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Suasana tegang di penjara Negev berikutan serangan ganas ke atas sel

Isnin,07-06-2021 – Pasukan penjara Israel telah masuk dan menggeledah sel di penjara Negev, yang menimbulkan ketegangan dengan tahanan Palestin.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS), keadaan yang sangat tegang dengan para tahanan berlaku di penjara Negev setelah pasukan dari unit Masada menyerbu sel-sel di bahagian 22. Ketegangan dilaporkan meningkat di semua bahagian penjara dan semua banduan diberi perhatian yang tinggi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Pecah Masuk Laman Al-Aqsa

Isnin,07-06-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di bawah perlindungan polis Israel pada pagi Selasa.

Sumber Jerusalem melaporkan 52 orang peneroka telah mencemari Masjid Al-Aqsa secara berkumpulan dari Gerbang Magharabi dan membuat kunjungan provokatif di halamannya sebelum keluar melalui Bab Al-Silsila.

Sumber-sumber tersebut menjelaskan bahawa polis Israel mengawal serangan peneroka terbabit, ketika mereka dikerah untuk berada di halaman masjid, pintu gerbang dan jalan masuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

US lancar kempen sekat kargo Israel ke seluruh dunia

Isnin,07-06-2021 – “Sekat Kapal”, satu gabungan NGO, kesatuan dan aktivis Amerika, telah melancarkan kempen satu minggu bermula Rabu, 2 Jun, menyeru semua kesatuan pekerja pelabuhan di seluruh dunia untuk menolak daripada mengendalikan semua kargo dari Israel yang tiba di pelabuhan mereka.


Dalam satu kenyataan, Sekata Kapal berkata minggu pro-Palestin ini bertujuan untuk menghantar mesej jelas kepada Israel bahawa mereka perlu membayar harga yang sangat mahal di atas tindakan penjajahan dan pendudukan berterusan; dan amalan kekejaman dan keganasan berterusan ke atas rakyat Palestin.


Penganjur kempen ini akan bekerjasama dalam melarang kapal milik syarikat perkapalan Israel daripada menurun atau menaikkan kargo di pelabuhan-pelabuhan di Amerika Syarikat dan negara lain di seluruh dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang perkampungan Palestin Deir Jarir.

Rabu,02-06-2021 – Seorang penduduk Palestin cedera manakala sebuah kereta rosak teruk selepas sekumpulan pendatang Yahudi menyerang  perkampungan Deir Jarir, utara Ramallah.

Menurut sumber tempatan, pelampau Yahudi membaling batu ke arah petani Palestin yang sedang berkerja menyebabkan  seorang cedera. Serangan itu turut merosakkan sebuah kereta. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

ICHR keluarkan fakta tentang pembunuhan oleh Israel di Gaza

Rabu,02-06-2021 – Satu dokumen fakta dikeluarkan oleh Suruhanjaya Bebas untuk Hak Asasi Manusia (ICHR) menyatakan bahawa “pembunuhan seluruh keluarga Palestin adalah satu tindakan sistematik dan terancang oleh rejim zionis”.

“Ketika keganasan terbaru dalam tempoh 11 hari berturu-turut, tentera rejim telah mengebom puluhan rumah dan unit kediaman secara bersasar dan disengajakan serta memusnahkan kesemuanya, mengakibatkan kematian seluruh keluarga yang terlibat,” ICHR menjelaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati