Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mengeluarkan 23 perintah henti kerja ke atas kediaman di Salfit.

Selasa, 26-09-2023 – Tentera rejim Zionis menghantar perintah henti-kerja pada hari Rabu ke atas 23 kediaman Palestin di bandar Qarawat Bani Hassan, di barat Salfit di bawah alasan pembinaan tanpa permit.

Menurut sumber tempatan, pekerja dari pentadbiran awam tentera rejim Zionis telah diiringi oleh tentera menyerbu bahagian utara bandar dan menyerahkan perintah henti kerja ke atas 23 rumah, dimana 9 rumah tersebut tidak didiami.

Dalam kejadian berasingan, tentera rejim Zionis menjadikan bumbung sebuah rumah kepada pos kawalan di kampung Jaibun.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Para pejuang serang pusat pemeriksaan IOF di Jenin

Selasa, 26-09-2023 – Para pejuang Palestin pada Rabu lepas menyasarkan pusat pemeriksaan Israel di Jenin, manakala tentera rejim zionis (IOF) menculik dua orang pemuda di Nablus dan Baitulmuqaddis.

Menurut laporan media Palestin, para pejuang melepaskan tembakan ke  pusat pemeriksaan Dotan di barat daya Jenin dan meninggalkan tempat itu.

Manakala IOF menculik seorang pemuda, penduduk bandar Qabatiya di Jenin, setelah menghalangnya di pusat pemeriksaan tentera dekat bandar Huwara di selatan Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam keputusan Paraguay untuk buka semula kedutaa di Jerusalem Timur yang dijajah

Selasa, 26-09-2023 – Gerakan Hamas dengan tegas mengutuk keputusan Presiden Paraguay, Santiago Peña, untuk membuka semula kedutaan negara tersebut di Jerusalem Timur yang diduduki selepas penggantinya mengeluarkan langkah haram seperti itu pada tahun 2018.

Dalam kenyataan pada hari Rabu, jurucakap Hamas, Jihad Taha, menyeru presiden Paraguay yang baru untuk membatalkan keputusan salah dan tidak adil tersebut serta mengelak daripada menyokong negara penjajah Israel dalam pelanggarannya terhadap rakyat Palestin dan hak mereka.

Jurucakap Taha menekankan bahawa keadilan sejati memerlukan usaha untuk mengakhiri penjajahan Israel dan menyokong aspirasi rakyat Palestin untuk kebebasan dan penentuan nasib sendiri.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas seru PA untuk hentikan penahanan politik

Khamis, 21-09-2023 – Gerakan Hamas menyeru pihak berkuasa Palestin (PA) dan pasukan keselamatannya agar memihak kepada pilihan rakyat Palestin, dan menghentikan menganiaya pejuang dan membebaskan tahanan politik dari penjara.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Hamas berkata, kempen tangkapan oleh PA terhadap pejuang dari pelbagai kumpulan, yang selaras dengan rejim, tidak akan berjaya melemahkan semangat rakyat Palestin dan kesatuan mereka dengan segala bentuk perjuangan yang sah bagi membebaskan tanah mereka dan hak untuk kembali. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF, pendatang Yahudi perbaharui serangan di Nablus, Jericho

Rabu, 20-09-2023 – Pertelingkahan dilaporkan pada petang Ahad rentetan serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di timur Nablus. 

Tentera IOF melepaskan tembakan bom setelah menyerbu kawasan al-Quneitra di kampung Beit Furik timur Nablus.

Pejuang Palestin melepaskan tembakan peluru hidup di pos pemeriksaan Beit Furik bagi membalas serangan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengeluarkan notis henti-kerja ke atas kediaman Palestin di al-Khalil.

Isnin, 18-09-2023 – Rejim Zionis Israel pada hari Khamis lepas telah mengeluarkan notis henti kerja ke atas kediaman Palestin setelah menyerbu Masafer Yatta di selatan al-Khalil.

Notis henti kerja telah dikeluarkan ke atas rumah berkeluasan 100 meter persegi di Masafer Yatta milik warga Palestin,  Jibril al-Adrah. Pada masa yang sama, pertempuran dilaporkan di antara pejuang muda Palestin dan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Arroub , di utara al-Khalil.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Maher Al-Akhras tangguhkan mogok lapar

Isnin, 18-09-2023 – Tahanan Palestin Maher Al-Akhras pada Khamis menangguhkan mogok laparnya yang telah berlangsung selama 23 hari.

Al-Akhras mengakhiri mogok laparnya bagi memberikan peluang kepada peguamnya untuk berunding dengan pendakwa Israel setelah satu tuduhan dikenakan ke atasnya. Pihak berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengesahkannya dalam satu kenyataan ringkas

Keputusan itu diambil setelah sesi perbicaraan dijadualkan pada 26 Oktober.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamada: Rakyat Kami Akan Bertindak Tegas Terhadap Pencerobohan Aqsa

Isnin, 18-09-2023 – Jurucakap Hamas, Mohamed Hamada menyatakan, Israel hanya berkhayal jika menganggap pencerobohan Masjid Aqsa berlaku tanpa halangan, dengan menegaskan rakyat Palestin akan bertindak balas dengan tegas.

Dalam kenyataan akhbar pada Khamis, beliau menambah, operasi penentangan heroik di Jerusalem dan Tebing Barat memberi mesej jelas tindak balas tersebut yang lebih teguh dan keras.

Beliau turut menuduh pendudukan Israel berusaha tingkatkan perang agama terhadap Jerusalem dan Masjid Aqsa untuk hari-hari mendatang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Hamas tegas dalam  menolak Perjanjian Oslo

Jumaat, 15-09-2023 – Pada ulang tahun ke 30, Perjanjian Oslo, Pergerakan Hamas menyeru agar kekuatan perpaduan kebangsaan dan kerjasama dalam perjuangan untuk menentang penjajahan rejim Zionis Israel  dan mencapaii aspirasi untuk kemerdekaan dan kembali ke tanah air.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas, Pergerakan Hamass menguatkan lagi pembantahan semua perjanjian untuk  menyerahkan hak rakyat Palestin dan memanggil barisan pimpinan PLO untuk mengisytiharkan kegagalan Perjanjian Oslo dan menarik balik pengiktirafan penjajahan rejim Zionis Israel.

Pergerakan Hamas turut memanggil untuk mengatur kembali usaha negara Palestin dan mencapai kerjasama dalam negara melalui persetujuan menyeluruh dengan strategi dan program perjuangan kemerdekaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pergerakan Hamas meletakan rejim Zionis sebagai pihak yang bertanggungjawa ke atas ketegagan di Masjid al-Aqsa.

Jumaat, 15-09-2023 – Pergerakan Hamas telah meletakkan rejim Zionis Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang ketegangan di Masjid al Aqsa hasil dari pelanggaran peraturan dan cubaan untuk meletakkan undang-undang baru.

Yang di harungi oleh Masjid al-Aqsa adalah hasil dari pelan penaklulkan haram penjenayah rejim Zionis dan peneroka haram untuk menjalankan ugutan ketika hari perayaan Yahudi tidak akan dilupakan oleh rakyat Palestin yang akan menentang dengan keazaman dan iltizam perjuangan menurut Pergerakan Hamas.

Pergerakan Hamas telah meletakan rejim Zionis sebagai mengambil kesempatas atas perayaan Yahudi untuk menjalankan serbuan ke atas Masjid al-Aqsa dan meletakkan undang-undang baru di lokasi dengan menyatakan ianya sebahagian dari perang keagamaan yang dianjurkan oleh kerajaan rejim Zionis Israel ke atas tanah suci Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Tahanan Maher al-Ahras menempuhi mogok lapar pada hari ke 19

Jumaat, 15-09-2023 – Ahli kanan Jihad Islam Maher al-Akhras memasuki hari Ahad, hari ke-19 fasa mogok lapar dalam bantahan ke atas penahanan haram.

Akhras memulakan mogok lapar sebaik sahaja beliau diculik dari kediaman beliau di Silat ad-Dhaher di Jenin, utara Tebing Barat pada 23hb Ogos 2023.

Mogok terakhir Akhras pada 2020, telah berlarutan selama 103 hari menarik tumpuan dan solidariti  dalam negeri dan antarabangsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Serbuan besar-besaran, dan kempen penahanan di Tebing Barat

Jumaat, 15-09-2023 – Rejim Zionis (IOF) melancarkan serbuan besar-besaran dan kempen penahanan di seluruh Tebing Barat, yang mencetuskan pertelingkahan ganas pada subuh Khamis.

Di Nablus, pertelingkahan tercetus di bandar Beita setelah ia diserbu secara ganas oleh tentera IOF.Puluhan rumah tempatan diserbu dan digeledah ketika serbuan enam jam itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Rakyat Palestin Di Jerusalem

Khamis, 14-09-2023 – Pihak polis Israel menculik sejumlah rakyat Palestin, kebanyakannya semasa menggeledah peumahan di kejiranan berbeza di Jerusalem.

Berdasarkan sumber tempatan, tiga pelajar antara mangsa ketika dalam perjalanan ke sekolah di dalam Masjid Aqsa, Riyad Al-Aqsa.

Sebilangan pelajar lain juga turut diganggu pegawai polis semasa hampir tiba di sekolah masing-masing di Masjid Aqsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Amoudi: Tahanan Palestin tidak akan terhalang oleh tindakan Israel

Selasa, 12-09-2023 – Ali al-Amoudi, ketua jabatan media Hamas di Gaza, telah menyatakan bahawa tahanan Palestin tidak akan terhalang oleh tindakan penindasan yang dikenakan oleh Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir.

Dalam satu temu bual dengan Saluran Al-Aqsa pada hari Ahad, Amoudi mengesahkan bahawa isu tahanan Palestin adalah keutamaan utama bagi Gerakan Hamas, menekankan bahawa Gerakan akan menyokong tahanan tersebut dengan apa cara sekalipun.

Amoudi menyeru rakyat Palestin untuk menyokong tahanan dalam perjuangan mereka dan mendedahkan jenayah-jenayah Israel terhadap tahanan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Israel Terbitkan Video Ledakan Bom yang Mecederakan Tenteranya di Nablus

Selasa, 12-09-2023 – Media Israel menerbitkan dokumentasi ledakan bom berangkai terhadap tentera penjajah Zionis Israel di Nablus beberapa hari yang lalu yang menyebabkan 4 orang tentera penjajah Zionis tercedera.

Kejadian tersebut terakam melalui kamera di helmet seorang tentera Israel di lokasi kejadian menunjukkan momen ketika bom berangkai tersebut meledak ketika tentera Israel berjalan kaki. Letupan bom tersebut berlaku pada akhir bulan lalu.

Chanel 14 Israel mengatakan bahawa bom tersebut meledak ketika pasukan tentera dari unit khas “Egoz” yang bertanggungjawab untuk mengawal serbuan penduduk pendatang Yahudi berkawal di kawasan Makam Yusuf pada malam itu.

Channel 12 Israel melaporkan bahawa bom tersebut seberat 20 kilogram dan diklasifikasikan sebagai buatan tempatan dan diledakkan dari jarak jauh.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman