
Selasa, 20/07/2010 – Ahli parlimen Palestin dan pihak pegawai berkumpul di hadapan Dewan Perundangan di Ramallah bagi menentang penangguhan pilihanraya bandar Palestin yang dijadualkan pada 17 Julai.Pilihanraya ditangguh selepas pertemuan Pihak Berkuasa Palestin pada 10 Jun atas alasan tuntutan dari beberapa negara Arab dan lain-lain “rakan dunia”. Desakan ini memuncak bagi mengelak mengakhiri kepungan di Jalur Gaza.
Qais Abed Al-Karim, Ketua Jawatankuasa Urusan Sosial dari Badan Perundangan, berkata keputusan PA untuk menunda pilihanraya umum itu “tidak sah dan bertentangan dengan Undang-Undang Dasar Palestin”, dan menambah pilihanraya perlu diadakan segera bagi mengakhiri pemisahan Tebing Barat-Semenanjung Gaza” .
Sejak pengumuman pilihanraya pada bulan Januari, Hamas telah menyatakan bahawa tidak akan menyokong sebarang pilihanraya di wilayah kawalan mereka. Oleh kerana itu Pusat Suruhanjaya Pilihanraya Palestin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pilihanraya di Jalur Gaza.
sumber : PNN
penterjemah : syed
Selasa, 20/07/2010 – Tentera Zionis Israel ceroboh kem pelarian Balata di kota Nablus di utara Tebing Barat yang dijajah hari Ahad, tetapi tiada penahanan dilaporkan.
Saksi mengatakan bahawa sembilan tentera Zionis menyerang kem pelarian Balata pada pukul 2 pagi. Tentera Zionis mundur setelah dua jam menceroboh, saksi menambah. Pencerobohan Tentera Zionis Israel di Tebing Barat berlaku setiap hari dengan dalih untuk mencari apa yang mereka sebut “orang Palestin dikehendaki”.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen
![]()
Selasa, 20/07/2010 – Wakil Dasar Luar Negera Eropah, Catherine Ashton pagi ini memasuki Semenajung Gaza kali yang kedua melalui persimpangan Beit Hanoun di utara Gaza dalam rangka lawatannya untuk tempoh tiga bulan ke wilayah Palestin yang diduduki itu.
Ashton memulakan perjalanannya untuk melihat sebuah kilang farmasi yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah di Beit Hanoun dan kemudian memeriksa kawasan Jabalia dan Beit Lahia di utara semenanjung, selain akan juga melawat sekolah milik UNRWA di bandar Gaza.
Dalam satu sidang median Ashton berkata sewaktu lawatannya itu beliau harus pergi untuk melihat apa yang terjadi di wilayah tersebut terutamanya yang melibatkan sektor kemanusiaan dan ekonomi.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
Haneyya seru Gaddafi lawat Gaza

Selasa, 20/07/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyeru pemimpin Libya, Muammar Gaddafi agar melawat Genting Gaza bagi melihat sendiri situasi kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh penduduknya dan turut serta bagi memecahkan kepungan yang dikenakan ke atas kawasan tersebut.
Semasa upacara sambutan delegasi kapal Libya ‘Harapan’ di pejabat Perdana Menteri di Gaza pada Ahad (18/7), Haneyya menghargai peranan yang diambil oleh kerajaan dan rakyat Libya kerana mempunyai pendirian yang teguh terhadap isu Palestin dan penghantaran kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau juga menegaskan Gaza masih lagi kepung dan segala usaha bagi menggambarkan situasi yang sebaliknya dianggap sebagai dakyah Zionis yang berusaha untuk menghalal dan menghiasi kepungan yang diambil dalam keadaan dunia menuntut ia dibatalkan sama sekali. Namun beliau juga menegaskan rakyat Palestin masih mampu memelihara semangat juang yang tinggi berhadapan dengan penjajahan Zionis tersebut sekalipun terpaksa menghadapi kepungan yang berterusan.
Beliau juga meminta agar konvoi bantuan sentiasa dihantar bagi memecahkan kepungan yang dikenakan dan bagi membongkar kepalsuan dakwaan Zionis kononnya kepungan sudah dikendurkan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir
![]()
Ahad, 18/07/2010 – Sebuah delegasi wanita Mauritania mula bergerak ke Gaza pada hari Rabu, dalam perjalanan yang ditaja oleh kumpulan Nasional Rabat Menyokong Palestin. Ketua delegasi, adalah Senator dari Parti Islam “Tawasol”, sebagai sebahagian daripada kempen yang dipanggil “perpaduan wanita Mauritania dengan rakan-rakan mereka di Palestin.”
Delegasi ini membawa bantuan untuk anak-anak dan wanita di Jaluran Gaza dikepung selama lebih daripada empat tahun oleh penjajah Israel. Delegasi tersebut termasuk wanita dari pelbagai organisasi wanitaan di Mauritania.
Delegasi Wanita Mauritania akan masuk Gaza melalui Rafah Mesir dalam beberapa hari akan datang, mengikut laman web Sahara Media Mauritania. Timbalan Ketua Parti Tawasol Islam, Muhammad Ghulam Wild Haj Sheikh, peserta Mauritania turut serta baru-baru ini dalam armada konvoi kebebasan yang disekat oleh tentera Israel di laut Mediterranean, yang mengorbankan dan mencederakan ramai orang.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen
Protes Gaza hentikan El AI

Ahad, 18/07/2010 – Sebuah pesawat penerbangan El Al di Athens yang menuju ke Tel Aviv terpaksa ditangguhkan disebabkan protes yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens.
Para pemprotes menyekat kaunter masuk sebagai bantahan terhadap kepungan yang dilakukan rejim Zionis ke atas Gaza serta polisi-polisi radikal yang diamalkan oleh rejim itu. Protes tersebut diadakan sebagai lambang penyatuan tanpa keganasan mereka dengan penduduk Palestin serta sebagai tindakan susulan selepas sebuah kapal bantuan Libya cuba memecahkan kepungan rejim Zionis itu.
sumber : PNN
penterjemah : salwa

Ahad, 18/07/2010 – Forum Tahanan Palestin menegaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel telah melaksanakan hukuman tambahan bagi para tahanan Palestin di penjara Israel Jalbo, dengan mencipta pelbagai alasan sebagai usaha untuk menekan para tahanan dan melemahkan ketahanan mereka.
Dalam satu pernyataan yang dikeluarkan semalam, Khamis (15/7), Forum Tahanan Palestin menjelaskan bahawa hukuman tersebut termasuk penangguhan kunjungan keluarga selama dua bulan, menempatkan sejumlah tahanan Palestin di sel terasing dan tidak dibenarkan pergi ke kantin penjara. Pihak Forum Tahanan melihat tindakan Israel ini bertentangan dengan semua penetapan dan perjanjian antarabangsa.
Pernyataan ini menyeru agar masyarakat antarabangsa membuat memo bantahan secepat mungkin untuk menghentikan tindakan rasis tidak bertamadun ini. Hampir setiap hari pihak penjara Zionis Israel melanggar hak-hak tahanan Palestin di penjara-penjara mereka.
sumber : COMES
penterjemah : osman
![]()
Ahad, 18/07/2010 – Kapal bantuan “Harapan” Libya telah memasuki pelabuhan El Arish Khamis pagi lepas setelah dipaksa oleh tentera Zionis Israel untuk menukar laluan daripada menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung itu.
Lapangan rasmi El Arish, Kapten Gamal Abdel Maksoud berkata: “Para penumpang akan memasuki Semenanjung Gaza dengan bekalan perubatan melalui Rafah, manakala makanan dan bantuan akan masuk melalui pintu lintasan sempadan Awja. Menteri Luar Negeri Mesir Ahmed Aboul Gheit berkata: “Kaherah meluluskan permintaan kapal untuk berlabuh di pelabuhan El Arish bagi memberikan bantuan melalui darat ke Semenanjung Gaza.”
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
![]()
Ahad, 18/07/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menangkap seorang warga Paestin selepas menemui sebilah pisau semasa melakukan pemeriksaan pada kenderaannya di persimpangan perkampungan Kharsa hampir dengan bandar Dura, selatan Hebron di Tebing Barat.
Para saksi mengatakan bahawa Tentera Rejim Zionis telah menangkap Ali Hisham Rajoub (35 tahun) dengan alasan mencari pisau di dalam kenderaan nya.
Saksi juga menambah bahawa polis Israel membawa suspek ke balai polis di Kiryat Arba Timur wilayah, dengan alasan bahawa suspek adalah peniaga daging kambing dan menggunakan pisau dalam pekerjaannya dan mengatakan bahawa setiap orang menggunakan pisau samada ketika makan atau dalam beberapa pekerjaan atau memotong yang tidak membuat setiap seorang menjadi pengganas.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Jumaat, 16/07/2010 – Kerajaan Mesir pada malam selasa yang lepas (14-7) melarang konvoi dari Jordan (Ansar 1) memasuki pelabuhan laut Mesir (Nuwaiba`) untuk menuju ke Gaza dengan alasan tidak mampu mencapai persetujuan keselamatan.
Menurut Ketua konvoi, yang juga presiden persatuan doktor-doktor haiwan, Abdel Fattah Kilani, pihak berkuasa Mesir telah melarang 138 anggota dari memasuki wilayah mereka. Kilani menjelaskan lagi dalam laporan akhbar bahawa Kementerian Luar Mesir telah berhubung dengan Kementerian Luar Jordan dan meminta mereka senarai nama-nama delegasi yang telah menyertai konvoi tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif
Israel Kepung Kapal Bantuan Libya

Jumaat, 16/07/2010 – Ketua Pelaksana Yayasan Pembangunan Al-Qadafi Yusuf Ridlwan menegaskan, sebanyak 8 buah kapal perang Zionis-Israel mengepung kapal bantuan ke Gaza. Kapal bantuan ini berasal dari Libya. Sukarelawan Libya turut bersama mengikuti konvoi bantuan ke Gaza. PM Zionis-Israel telah mengarahkan agar kapal-kapal dari Libya itu berada berdekatan perairan Gaza.
Kapal dari Libya itu dipercayai mengalami kerosakan teknikal yang kecil. Kerosakan itu disebabkan gangguan pihak tentera Zionis. Seluruh relawan bertegas untuk berlabuh di pelabuhan Gaza walaupun mendapat keizinan untuk berlabuh di Pelabuah el- Arish, Mesir.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair
Syekh Raed Shalah Di Penjara

Jumaat, 16/07/2010 – Keputusan penjajah Israel memenjarakan Syekh Raed Shalah menyemarakkan kemarahan penduduk Palestin dan wilayah Palestin jajahan ’48, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Sebelumnya, Mahkamah Pusat Israel di Jerusalem mengeluarkan arahan hukuman penjara kepada Syekh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin ’48 selama lima bulan bermula 25 Julai ini dan akan dihantar ke penjara Ramlah atau Ailon.
Wakil ketua gerakan Islam di wilayah Palestin ’48, Kamal Al-Khatib menegaskan, hukuman ke atas Syekh Shalah sangat berkepentingan politik dan satu kezaliman yang bertujuan menghentikan peranan dan perjuangannya terhadap Al-Quds dan masjid Al-Aqsa.
Al-Khatib menegaskan, “terpenjaranya Syekh Raed Shalah tidak akan menghalang mereka meneruskan misi yang dibawa oleh beliau. Kami akan melanjutkan projek yang dimulakan beliau selama ini. Penjara tidak akan menghalangi mereka menunaikan kewajiban membela Al-Quds dan Al-Aqsa.”
sumber : COMES
penterjemah : osman
![]()
Jumaat, 16/07/2010 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu telah bersetuju dengan rancangan untuk membina 32 unit perumahan di sekitar daerah “Pisgat Ze’ev”, utara wilayah yang diduduki itu sejak tahun 1948.
Menurut radio tentera Zionis Israel, proses pembinaan tetap dilaksanakan walaupun kerajaan AS dan pembangkang meminta unit pembangunan penempatan di Baitulmuqaddis dibekukan sebelum pelancaran rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan kerajaan Israel berlangsung.
Seorang anggota Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis, Elisa Peleg juga wakil parti Likud yang berkuasa ketika ini berkata: “Kerajaan Israel akan terus membina penempatan di Baitulmuqaddis yang diduduki dan tidak akan membenarkan campur tangan pihak ketiga dalam hal ini,” sambil menambah jawatankuasa itu akan menyemak pembangunan 50 unit tambahan untuk penempatan itu sendiri.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
![]()
Jumaat, 16/07/2010 – Anggota-anggota Knesset Israel pada Selasa malam telah mengundi dengan kelebihan 16 undi untuk menarik balik beberapa keistimewaan selaku ahli parlimen yang diberikan kepada salah seorang anggota Knesset, Haneen Zoubi. Hal in berikutan keterlibatan Zoubi dalam armada kebebasan yang diserang tentera laut Zionis pada hujung Mei lalu.
Akbar Hebrew, Jerusalem Post, melaporkan pada hari Rabu tinjauan pendapat beberapa orang pengamal undang-undang berketurunan Arab dan Yahudi bahawa tindakan (anngota Knesset terhadap Zoubi) itu akan merosakkan sistem demokrasi di negara haram Israel.
Walaubagaimanapun, penentang-penentang tindakan Zoubi berkata penarikan balik keistimewaan itu merupakan satu hukuman terhadap mereka yang didapati boleh mengancam negara haram Israel.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa