Categories
Berita Semasa

Zionis menyamar dan culik remaja Palestin.

Jumaat , 06/01/2012 – Satu pasukan khas Zonis yang menyamar sebagai pejuang Palestin telah menyerbu dan menculik remaja di Issawiya. Dengan taktik kotor ini, seorang kanak-kanak berjaya sementara ramai yang berjaya meloloskan diri mereka. Di samping itu, Zionis turut menyerbu penempatan awam Palestin dan melepaskan gas pemedih mata. Ramai yang mengalami sesak nafas lalu meninggalkan rumah mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Marwan Barghotsi: Proses Perdamaian Telah Gagal

Jumaat , 06/01/2012 – Pemimpin Gerakan Fatah, Marwan Barghotsi mengecam situasi yang berlaku terhadap proses kompromi dengan penjajah Zionis dan kesannya terhadap Otoriti Palestin di Ramallah. Anggota Dewan Legislatif Palestin, yang ketika ini masih terperosok di penjara Zionis Israel, ini menegaskan bahawa “proses perdamaian telah gagal dan berakhir, tidak ada gunanya mengerahkan usaha yang sia-sia untuk mencari kehidupan di tubuh yang mati.”

Barghotsi mengingatkan tentang peripentingnya beralih menuju strategi nasional Palestin yang baru dan meninjau kembali sejumlah tugas otoriti Palestin yang boleh merealisasikan dan menguatkan perjuangan nasional dalam menghadapi penjajah dan kependudukan Yahudi serta mendukung dan menyokong perjuangan rakyat secara damai selain melepaskan diri dari segala bentuk kerjasama dengan penjajah Israel.

Hal tersebut disampaikan Barghotsi melalui surat yang diseludup dari penjara, Selasa (3/1), bertepatan dengan peringatan 47 tahun revolusi Palestin. Beliau menegaskan pentingnya capaian besar nasional yang merealisasikan pembebasan ratusan pejuang Palestin dalam pertukaran tawanan antara Hamas dan penjajah Israel. Beliau turut menyeru agar Otoriti Palestin di Ramallah, PLO dan fraksi-fraksi Palestin untuk bekerja membebaskan seluruh tawanan dan membuat strategi nasional menyeluruh untuk merealisasikan tujuan nasional ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pusat: Kematian Issa buktikan amalan jenayah Israel terhadap tahanan

Jumaat , 06/01/2012 – Pusat Perlidungan Tawanan Palestin berkata kematian tahanan yang telah dibebaskan, Zakaria Issa membuktikan perilaku jenayah Israel terhadap tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan pada Isnin lepas, ia berkata “syahidnya Issa” adalah hasil daripada dasar pengabaian perubatan tahanan.

Ia menambah Israel telah menyekat rawatan perubatan yang betul untuk tahanan Palestin dan menafikan mereka hak untuk berjumpa dengan doktor di luar penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tindakan Israel meruntuhkan lintasan di Gaza di kecam.

Jumaat , 06/01/2012 – Pihak Berkuasa Palestin mengutuk pada Selasa langkah Israel meruntuhkan satu lintasan tertutup di Gaza,ia akan memperketatkan sekatan di sekitar pantai.

Stesen radio Israel Rishet Bet melaporkan pada Isnin yang letupan-letupan kuat telah kedengaran apabila angkatan tentera Israel meruntuhkan bangunan-bangunan di Karni , ini ada lah amaran kepada pejuang-pejuang Palestin dan perancangan untuk mengurangkan serangan ke atas Israel.

Pada mesyuarat mingguan kabinetnya, kerajaan dipetik berkata “perataan” di lintasan komersial utama di Gaza yang telah ditutup oleh Israel pada tahun 2007 ialah satu tindakan “haram” oleh pihak tertentu

sumber : Ma an News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Bekas Tahanan Mati Akibat Keadaan Kesihatan yang teruk sewaktu di penjara

Jumaat , 06/01/2012 – Zakariyya Daoud, seorang bekas tahanan politik Palestin, yang sakit teruk sewaktu berada di penjara Israel dan hanya dibebaskan pada 22 Ogos 2011, telah meninggal dunia akibat kanser pada hari Isnin. Die telah didiagnosis ketika di penjara Israel dan tidak diberikan perhatian bagi rawatan perubatan yang khusus serta keperluan.

Israel telah membebaskan Daoud, 43, setelah beliau menghabiskan 9 dari 16 tahun hukuman penjara kerana keadaan kesihatannya yang merosot secara berterusan. Beliau merupakan ayah kepada 4 orang anak; Ahmad, 19, Wisal 20, Malak, 14, dan Dalal, 13, Agensi Berita Maan melaporkan.

Beliau telah diculik dan dipenjarakan oleh Israel pada 10 Februari 2003, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Barhoum:Wawancara Dengan Pihak Berkuasa Penjajah Adalah “Pemasaran”.

Jumaat , 06/01/2012 – Jurucakap Gerakan Perlawanan Islam “Hamas’,Fauzi Barhoum berkata,bahawa apa yang berlaku pada pertemuan diantara pihak berkuasa Ramallah dan penjajah dengan kewujudan wakil-wakil Kuartet,adalah satu sandiwara dan membuang masa dan tidak serasi dengan segala harapan,cita-cita dan inspirasi rakyat Palestin yang menolak semua kes-kes rundingan dengan penjajahan.

Barhoum berkata dalam satu kenyataan bertulis melalui Pusat Maklumat Palestin,” Hasil daripada pertemuan ini adalah hasrat dan harapan mereka untuk menyokong rakyat Palestin untuk mengembalikan pasaran kelemahan rakyat kita dan untuk megelirukan orang ramai tentang pendangan dunia yang menjadi asas terbesar dalam kes Palestin.

Beliau menegaskan bahawa memerlukan kuasa besar daripada Gerakan Hamas khususnya untuk menghentikan pertemuan ini dengan segera dan menghentikan apa-apa yang berkaitan dengan kehendak dan aspirasi penjajah,yang akan menggunakan semua pertemuan ini untuk melengkapkan Zionis itu berdasarkan asas penukaran dan penyelesaian,sambil menambah bahawa pertemuan ini adalah peluang kepada musuh Zionis untuk menyiapakan projek-projek Judaization.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatuk makwa

Categories
Berita Semasa

Laporan: “4500 Warga Palestin Masih Ditahan Oleh Israel”

Jumaat , 06/01/2012 – Abdul-Nasser Farawna, bekas tahanan politik dan penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal tahanan, telah menerbitkan satu laporan, mendedahkan bahawa sehingga tahun baru 2012, dan walaupun Israel telah membebaskan seramai 1027 tahanan sebagai perjanjian pertukaran-tahanan, masih terdapat 4500 orang tahanan Palestin dan berdozen tahanan Arab, masih dipenjarakan di beberapa pusat soal siasat Israel, penjara, dan pusat tahanan. Tahanan Arab terdiri daripada warganegara beberapa negara Arab, tetapi majoritinya dari Jordan, Syria, dan Mesir.

Laporan tersebut mendedahkan majoriti besar tahanan politik Palestin (82%) yang ditahan pihak Israel adalah dari Tebing Barat, dan selebihnya dari Semenanjung Gaza, kawasan jajahan Arab, dan kawasan taklukan Timur Baitulmaqdis.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

IOF geledah rumah, culik 13 rakyat Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Menjelang waktu Subuh Isnin lalu, tentera rejim Zionis (IOF) telah menculik seramai 13 orang rakyat Palestin dari beberapa buah kawasan yang berbeza, kebanyakkannya dari Bandar Al-Khalil. Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menculik 6 orang rakyat Palestin dari Bandar Al-Khalil, yang mana 2 orang daripada mereka dari Kem Pelarian Al-Aroub semasa operasi menggeledah rumah-rumah dilakukan.

Operasi melakukan penangkapan tanpa sebab ini dilakukan oleh IOF hampir setiap hari dengan alasan ingin mencari rakyat Palestin yang terbabit membaling batu ataupun sedang merancang melakukan serangan ke atas rejim Zionis.

Dalam kejadian berasingan, pertempuran telah berlaku menjelang waktu Subuh di Kampung Romana yang terletak di bahagian barat Bandar Jenin, antara 2 orang pemuda Palestin dengan IOF yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang perkampungan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kami menyeru kepada PA di Ramallah untuk menghentikan mesyuarat dengan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, telah menggesa Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah untuk tidak menghadiri mesyuarat hari Selasa dengan Israel di Amman kerana mesyuarat itu pasti hanya akan menyebelahi pihak Israel.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa Israel akan mengeksploitasi mesyuarat, yang akan dihadiri oleh jawatankuasa kuartet antarabangsa, untuk menggilap imej yang telah berlumuran dengan jenayah yang berulang-ulang terhadap rakyat Palestin.

Hamas sememangnya kecewa pada mesyuarat politik yang berterusan di antara PA dan Israel, kata jurucakap itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas : 72 penyokongnya ditahan oleh PA Ramallah bulan lepas.

Rabu , 04/01/2012 – Hamas menegaskan bahawa pihak berkuasa Fatah di Tebing Barat terus melancarkan penangkapan terhadap penyokong dan penggerak Hamas, “dan hal ini bukan semakin berhenti malaah menjadi-jadi meskipun peremuan untuk membincangkan rekonsiliasi sedang berjalan di antara Fatah dan Hamas.”

Laporan ini telah dikeluarkan oleh pihak media Hamas yang memantau perjalanan kerajaan Perjanjian Oslo dan pihak keselamatannya di Tebing Barat sepanjang bulan Disember lepas.

Laporan itu memberitahu bahawa di samping pegangan politik “penangkapan” yang dilakukan Fatah di Tebing Barat, mereka juga turut secara membabi buta menahan puluhan pejuang Hamas yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, tenaga pengajar mereka, dan para pekerja yang pernah ditahan PA sebelum ini, sebelum mereka dibicarakan dengan tuduhan tangkapan mereka yang lepas, kesetiaan mereka dan apakah perkara yang mereka lakukan sekarang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan yang dibebaskan berada dalam koma

Rabu , 04/01/2012 – Tahanan Palestin yang dibebaskan, Zakaria Issa berada keadaan koma sejak pagi Isnin lalu kerana keadaan kansernya merosot selepas kehilangan penglihatan, percakapan dan keupayaan untuk menggerakkan kaki dan tangan kanannya.

Ahli-ahli keluarga berkata Issa, 43, meninggal dunia selepas cuba mendapatkan rawatan di Tebing Barat dan Jordan namun gagal untuk menyembuhkannya.

Rejim Zionis Israel telah membebaskan Issa hampir empat bulan lalu selepas kanser otak yang dialaminya menjadi lebih teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya ulas tentang Marmara: Darah para syuhada Turki berjaya menentang serangan

Rabu , 04/01/2012 – Perdana Menteri Gaza Ismail Haneyya berkata, darah para syuhada Turki yang tumpah ketika cuba menembusi sekatan Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara.

Beliau berkata, ketika melawat kapal Marmara pada Isnin, Israel telah melakukan jenayah lanun yang paling ganas terhadap Freedom Flotilla dalam rangka keganasan ke atas dunia yang menyokong Gaza.

Haneyya berkata, “kami tidak akan menyerahkan tanah air dan hak kami sekurang-kurangnya sebagai tanda kesetiaan kepada para syuhada Freedom Flotilla.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rampas 13 Hektar Tanah Wadi Jauz di Al-Quds

Rabu , 04/01/2012 – Sumber Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Rakyat mengungkapkan tentang sejumlah rampasan tanah rakyat di beberapa wilayah industri di Wadi Jauz, Al-Quds terjajah. Ia mencakupi 13 hektar tanah dimana terdapat 170 kedai yang melibatkan 700 warga Palestin. Kawasan ini terbentang antara sempadan universiti Arab hingga muzium Palestin yang dikenali sebagai Muzium Raukfar.

Rakyat dikejutkan dengan memo yang ditampalkan pemerintah di sepanjang jalan tersebut yang mengandungi perintah untuk meratakan 13 hektar tanah dari mulai sempadan Unversiti Arab hingga Muzium Raukfar.

Berkait masalah ini, Pengarah Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Rakyat, Ziyad Hamuri mengatakan, arahan pemerintah Zionis yang terbaru ini sebenarnya telah diusulkan sejak empat bulan yang lalu namun baru dikeluarkan hari ini. Tindakan ini merupakan sebahagian dari projek Yahudinisasi Al-Quds di wilayah utara Kota Lama yang didakwa oleh penjajah Zionis sebagai tindakan untuk kepentingan umum.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Amman bakal menjadi tuan rumah mesyuarat antara Palestin dan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jordan berkata Amman akan menjadi tuan rumah mesyuarat Palestin-Israel pada Selasa depan dalam usaha untuk menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua pihak.

Jurucakap kementerian itu menyatakan bahawa Menteri Luar Jordan, Naser Judeh akan menjadi tuan rumah mesyuarat di Amman yang akan dihadiri oleh wakil utusan antarabangsa di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel, menurut agensi berita Petra.

Satu lagi mesyuarat akan diadakan secara berasingan tanpa wakil utusan antara Palestin dan Israel di Amman berdasarkan keputusan mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mencari titik persamaan untuk menyambung semula rundingan langsung antara Palestin dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Ridhuan: Wawancara Dengan Kuasa Jahat Adalah Membuang Masa.

Rabu , 04/01/2012 – Pemimpin Gerakan Perlawanan Islam Dr.Ismail Ridhuan menyifatkan,mesyuarat yang berlaku diantara pihak berkuasa dan para pemimpin penjajahan Zionis sebagai “mesyuarat yang tidak masuk akal,membuang masa dan ia mendatangkan peluang kepada penduduk Zionis untuk merampas lebih banyak tanah dan penerusan pencerobohan itu.

Ridhuan menegaskan kenyataan itu dalam “Pusat Maklumat Palestin” pada Isnin (2-1-2012) pertemuan Oman adalah memberikan penduduk Zionis peluang untuk melakukan lebih daripada pencerobohan Zionis,dan memberi perlindungan bagi fanatik terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka dan menyumbang kepada kesan negatif terhadap perpaduan Palestin.

Beliau menambah,”penaklukan Zionis tidak mahukan perdamaian Palestin yang sebenar dan beliau mahu menumpukan perpecahan yang menyebelahinya,mesyuarat ini datang dari pentadbiran AS dan Kuartet untuk membenarkan musuh Zionis untuk meneruskan jenayah itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa