
Rabu, 02/07/2009 – ‘Kempen bebaskan ahli parlimen yang diculik’ dalam penjara Zionis telah menganjurkan satu bantahan besar-besaran dengan mendapat sambutan besar daripada pihak-pihak rasmi dan rakyat. Antara yang hadir ialah Perdana Menteri, Ismail Haneyya dan beberapa menteri majlis perundangan, ahli-ahli parlimen, setiausaha-setiausaha agung pelbagai fraksi Palestin, beberapa tokoh rasmi, akademik, orang-orang kenamaan dan sebilangan besar gerakan wanita Islam di Gaza.












