Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin dijatuhkan hukuman ranapkan rumah.

Khamis,  19/03/2009 – Satu lagi perintah yang membenarkan hukuman secara kolektif terhadap Warga Palestin di mana Mahkamah Agung Israel memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Israel untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin di Timur Baitulmuqaddis yang membawa kepada serangan terhadap jentolak di bandar itu pada Julai 2008.

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Persetujuan pembentukan kerajaan perpaduan nasional dicapai.

Khamis,  19/03/2009 – Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum mendedahkan semua fraksi Palestin bersetuju membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional sebelum mengadakan pilihanraya umum.

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Zionis bertanggungjawab penuh gagalkan perjanjian tawanan.

Khamis, 19/03/2009 – HAMAS mendakwa regim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sambil menegaskan Zionis membelakangi segala nilai dan neraca kemanusiaan. Zionis juga mengeksploitasi sokongan antarabangsa kepadanya juga dokongan sekutunya Amerika Syarikat, di samping pendirian memalukan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negara Arab.

Categories
Berita Semasa

Tuduhan Zionis palsu, percubaan menekan HAMAS.

Khamis, 19/03/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Khalil Abu Lailah menyifatkan kenyataan regim Zionis bahawa HAMAS berpendirian keras dalam perjanjian pertukaran tawanan sebagai dusta dan palsu. Beliau menegaskan pendirikan HAMAS tidak pernah berubah semenjak penawanan Gel’ad Shalit, seorang tentera Zionis.

Categories
Berita Semasa

Mesh’al: Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahrain kerana sokongan terhadap rakyat Palestin.

Khamis, 19/03/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Mesh’al menghargai dan mengalu-alukan pendirian kerajaan Bahrain yang menyokong rakyat Palestin semasa serangan Zionis terhadap Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Categories
Berita Semasa

Kos kewangan selepas serangan Israel ke atas Gaza hampir $1.9 Billion

Jumaat,  13/03/2009 – Peserta-peserta Seminar Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu Rakyat Palestin, telah membuat analisis mengenai kerosakan akibat dari peperangan Israel-Gaza. Kos dianggarkan menghampiri $1.9 bilion, Agensi Akhbar Palestin, WAFA, melaporkan.

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Peluang bersejarah untuk damai.

Jumaat,  13/03/2009 – Fawzi Barhoum menegaskan semua fraksi yang mengadakan dialog di Kaherah mempunyai peluang cerah untuk proses perdamaian nasional dan menyeru mereka untuk merebut peluang tersebut bagi menyelesaikan segala perpecahan dalaman yang berlaku serta menggabungkan diri dalam arus perdana dunia secara bersama.

Categories
Berita Semasa

2 serangan udara rejim Zionis semalam.

Jumaat,  13/03/2009 – Dua serangan udara Israel telah dilakukan pada waktu subuh Khamis lalu di sempadan Mesir-Palestin berdekatan kem pelarian Yibna, selatan Rafah, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat Israel itu mengebom kawasan Al Abd Jabr menyebabkan kerosakan beberapa rumah penduduk Palestin di situ.

Dalam Tebing Barat, askar-askar rejim Zionis pada awal pagi Khamis telah menceroboh bahagian-bahagian lain di bandar Jenin dan menyerang di sepanjang kawasan rondaan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

Categories
Foto/Video/Muzik

Konvoi “Viva Palestina” oleh George Galloway pada 14 February 2009.

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin teruk mengalami penderitaan.


Khamis,  12/03/2009 – Pusat kajian tahanan Palestin melaporkan tahanan Palestin telah mengalami banyak penderitaan dan pencabulan di penjara Israel dan menyatakan ramai tahanan tidak dapat berjumpa dengan keluarga mereka setelah dua tahun.

Kenyataan yang diterima oleh PIC itu memaklumkan banyak lagi penderitaan yang dialami setiap hari oleh tahanan Palestin di penjara Israel seperti dasar mengabaikan perubatan, pemindahan arbitrari, memisahkan adik beradik di penjara dari dan merampas barang peribadi mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

Categories
Berita Semasa

Haniyah bertemu ahli Parlimen UK, George Gollaway di Gaza.

Khamis,  12/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, telah bertemu dengan Ahli Parlimen UK, George Gallaway di Gaza. Gallaway dalam rangka konvoi bersama aktivis dari Eropah telah datang ke Gaza bagi meneruskan kempen “Arteri Kehidupan”.

Categories
Foto/Video/Muzik

PM Palestin, Ismail Haniya menangis ketika mengimami solat jemaah.

Categories
Berita Semasa

Tangkapan politik di Tebing Barat ancam dialog perpaduan nasional.

Khamis,  12/03/2009 – Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.

Categories
Berita Semasa

Hamas tolak Fayyad sebagai Perdana Menteri.

Rabu,  11/03/2009 – Hamas pada hari Selasa menolak Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Gabungan sekiranya kerajaan gabungan berjaya ditubuhkan.

Categories
Berita Semasa

Pembebasan Shalit: Israel mesti terima semua tuntutan HAMAS.

Rabu,  11/03/2009 – Ketua ‘Harakah Islamiyyah’ dan ketua ‘Blok Kesatuan Perubahan Arab’, Abdullah Sarsur membayangkan keganjalannya terhadap sikap degil kerajaan Zionis sepanjang 3 tahun lalu berkenaan isu pertukaran tawanan antara regim tersebut dengan HAMAS.