Categories
Berita Semasa

MP UK: Sekatan ke atas Gaza tidak berperikemanusiaan.

Isnin , 18/01/2010 – Seorang ahli pengubal undang-undang UK daripada Parti Buruh yang sedang melawat Gaza berkata sekatan ke atas Gaza oleh Israel dan Mesir merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Categories
Berita Semasa

Amaran dari pakar: Pembinaan tembok besi oleh Mesir beri kesan negatif kepada kehidupan di Gaza.

Isnin , 18/01/2010 – Pakar-pakar alam sekitar dan ekonomi Sabtu lalu mengeluarkan amaran akan kesan negatif kepada alam sekitar dan ekonomi berpunca dari pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza, dan turut menegaskan tembok itu akan memusnahkan sumber air bawah tanah.

Categories
Berita Semasa

Israel mohon maaf secara rasmi kepada Turki.

Sabtu, 16/01/2010 – Israel telah memohon maaf secara rasmi kepada Turki ekoran daripada kebiadapan Timbalan Menteri Luar Negeri Israel Daniel Ayalon semasa menerima Duta Turki ke Israel.

Categories
Berita Semasa

Kementerian untuk Banduan seru pembebasan tahanan Gaza yang sakit.

Sabtu, 16/01/2010 – Kementerian untuk Banduan di Semenanjung Gaza telah memohon Badan-badan antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Penjajah Israel untuk membebaskan tahanan Gaza, Nassim Khattab yang amat memerlukan rawatan segera.

Categories
Berita Semasa

Hamas : Keputusan mahkamah ke atas Sheikh Salahudin adalah permulaan langkah serangan ke atas Aqsa.

Jumaat , 15/01/2010 –Rabu lalu, Pergerakan Hamas secara tegasnya mengecam keputusan mahkamah Israel yang dikeluarkan terhadap Sheikh Ra’ed Salah, iaitu Ketua Pergerakan Islam di tanah jajahan tahun 1948, menekankan bahawa keputusan ini merupakan permulaan awal yang telah direncanakan untuk pencerobohan terhadap Masjid Aqsa.

Categories
Berita Semasa

Delegasi terbesar parlimen Eropah akan ziarah Gaza pada hari Jumaat .

Jumaat , 15/01/2010 – Delegasi terbesar parlimen Eropah dijangka tiba di Semenjanjung Gaza pada hari Jumaat melalui sempadan Rafah untuk melaporkan situasi kemanusiaan yang tragik di sana.

Categories
Berita Semasa

Barakat: Tembok Mesir lebih merbahaya.

Jumaat , 15/01/2010 –Ali Barakat, Ketua Biro Politik HAMAS di Lubnan menegaskan tembok keluli Mesir yang dibina sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada hari ini adalah jauh lebih merbahaya terhadap rakyat dan perjuangan Palestin berbanding tembok keselamatan regim Zionis yang dijadual akan dibina dengan sempadan Sunai, Mesir. Beliau juga menegaskan, situasi ini akan mengetatkan lagi kepungan terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman serangan baru Zionis terhadap Gaza.

Categories
Berita Semasa

Ashaal: Tembok besi Arab adalah lambang jenayah kemanusiaan.

Jumaat , 15/01/2010 – Selasa lalu, Dr Abdullah al-Ashal, bekas pembantu kepada Menteri Luar Mesir mengatakan bahawa tembok besi yang dibina oleh Mesir sepanjang sempadan negaranya dengan Semenanjung Gaza ialah satu jenayah kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Categories
Berita Semasa

Israel mengutuk program televisyen Turki.

Jumaat , 15/01/2010 – Kutukan Israel terhadap salah sebuah program televisyen Turki yang menggambarkan ejen perisik Israel tidak ubah seperti merebut bayi, telah meningkatkan lagi ketegangan bagi kedua-dua Negara tersebut.

Categories
Berita Semasa

35 rakyat Palestin dicederakan oleh pihak keselamatan Mesir berdekatan Terminal Salahuddin.

Jumaat , 15/01/2010 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa 35 orang rakyat cedera terkena tembakan senjatan pihak keselamatan Mesir pada petang Rabu lepas ketika berpuluh-puluh rakyat Palestin berhimpun di Terminal Saluhuddin di Rafah bagi membantah serangan pihak berkuasa Mesir ke atas konvoi Viva Palestina.

Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa masyarakat antarabangsa halang kekejaman Israel ke atas Gaza .

Khamis , 14/01/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan pada Selasa lalu bahawa kerajaannya sedang berhati-hati memantau kebangkitan terbaru militari Israel ke atas Semenajung Gaza yang dikepung. Walaubagaimanapun beliau menafikan berlakunya satu lagi kekejaman menyeluruh oleh Israel ke atas Semenanjung itu.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus menceroboh ladang zaitun milik orang Palestin.

Khamis , 14/01/2010 – Tentera rejim Zionis telah menyerang timur pinggir bandar Shujaia di Gaza tengahari Selasa lalu dan meratakan kebun-kebun penduduk Palestin, menurut sumber-sumber tempatan.

Categories
Berita Semasa

Israel menelefon keluarga tahanan untuk menggalakkan mereka menekan Hamas.

Khamis , 14/01/2010 – Jabatan Tahanan Palestin mengatakan bahawa perisikan Israel telah mula menghubungi keluarga tahanan di Semenanjung Gaza untuk menggalakkan mereka menekan Gerakan Hamas untuk memudahkan perundingan tuntutan mengenai pertukaran tawanan.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Pengepungan oleh Israel ke atas Gaza adalah dasar koloni.

Rabu , 13/01/2010 – Ismail Haneya, PM Palestin yang dipilih rakyat secara demokrasi menyifatkan pengepungan Israel ke atas Gaza adalah satu bentuk kolonisme dan merupakan produk ideologi ekstrim Zionis yang bertunjangkan penghapusan bangsa lain.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melaksanakan skim kolonialis terbesar.

Rabu , 13/01/2010 – Pusat hak sosial dan ekonomi Quds telah memperingatkan projek kolonialis yang belum pernah terjadi sebelumnya kini sedang dilaksanakan oleh rejim Zionis di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.