
Selasa, 11/08/2009 – Pemimpin Palestin, Ismail Haneyya menegaskan akan perlunya untuk menghentikan dasar penganiayaan yang dilakukan di penjara-penjara Tebing Barat yang kebanyakannya hanya membawa kepada kematian banduan-banduan Hamas di situ.

Selasa, 11/08/2009 – Pemimpin Palestin, Ismail Haneyya menegaskan akan perlunya untuk menghentikan dasar penganiayaan yang dilakukan di penjara-penjara Tebing Barat yang kebanyakannya hanya membawa kepada kematian banduan-banduan Hamas di situ.
Selasa, 11/08/2009 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS mempersendakan kenyataan ketua pengganas Benyamin Netanyahu yang menganggap pengunduran mereka dari Gaza sebagai satu kesilapan. Briged itu menegaskan bahawa pengunduran itu sebenarnya terpaksa dilakukan hasil perjuangan dan keteguhan penduduk Gaza.

Selasa, 11/08/2009 – Ahli Parlimen bernama Ahmed Abu Halabiya yang merupakan ketua Institut Antarabangsa Al-Quds, cawangan Gaza memberi amaran bahawa serangan dan keganasan berterusan Israel ke atas Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa serta tempat-tempat suci umat Islam telah benar-benar melampaui batas.

Isnin, 10/08/2009 – Kempen antarabangsa yang memperjuangkan pembebasan ahli parlimen ( MP ) Palestin yang ditahan di dalam penjara Rejim Zionis telah mengeluarkan satu mesej kepada semua speaker parlimen Arab bagi mengajak untuk menyertai kempen tersebut bagi menghidupkan semula kes penculikan tersebut yang semakin dilupai.

Isnin, 10/08/2009 – Beberapa kumpulan Yahudi disertai oleh beberapa rabi dan pengikut sebuah biara Yahudi membina sebuah tugu besar bagi Heikal Sulaiman di atas binaan sebuah kuil Taurat yang baru berdekatan dengan Masjidil Aqsa di bandar al-Quds.

Jumaat, 07/08/2009 – Syarikat bekalan elektrik Gaza mengingatkan bahawa satu daripada unit jana elektriknya akan berhenti beroperasi pada hari Jumaat atau Sabtu ini jika Israel masih tidak membenarkan masuk kuantiti tambahan bahan api untuk kegunaan stesen tersebut.

Tentera Israel semalam (Khamis) berjaya melengkapkan siri ujian ke atas sistem pertahanan baru kereta kebal Merkava IV. Mereka mendakwa bahawa sistem baru itu mampu memintas dan memusnahkan peluru anti-kereta kebal yang berada dalam jarak yang jauh dari kereta kebal terbabit.

Jumaat, 07/08/2009 – Akhbar Arab Saudi, Al Anbaa’ melaporkan pada Khamis, bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap Hizubullah di Selatan Lubnan. Akhbar tersebut menyatakan, Washington telah melatih untuk persiapan serangan tersebut. Akhbar tersebut menambah lagi, Pegawai Senior US memberitahu wartawan mereka, tentera Israel telah dibahagikan kepada unit latihan khas untuk bersiap sedia jika serangan terhadap Hizbullah diperlukan, terutamanya apabila menyerang pusat serangan Hizbullah di Sungai Litani.

Jumaat, 07/08/2009 – Institut “Kesatuan Hak Asasi Manusia Palestin” mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya yang sah dari Palestin dan negara luar bagi menyiasat kematian seorang tahanan politik yang secara jelas telah diseksa oleh pihak keselamatan Palestin.

Jumaat, 07/08/2009 – Hamas pada Rabu mengesahkan tuduhan jenayah terhadap penyokong dan kumpulan kecil mereka di Tebing Barat oleh puak militan yang setia kepada Mahmoud Abbas, bekas ketua PA, hanya akan menaikkan kekuatan mereka. Gerakan tersebut dalam satu kenyataan berkata bahawa pembunuhan secara ganas terhadap pemimpin Hamas, Kamal Abu Taima di bawah pihak keselamatan Ramallah yang mahu menghapuskan pengaruh Hamas di Tebing Barat seperti mana dirancang Israel yang bersekongkol dengan Koordinator Keselamatan Amerika, Keith Dayton.

Jumaat, 07/08/2009 – Beberapa sumber Palestin di al-Quds melaporkan bahawa pada hari ini (Rabu, 5/8) beberapa kumpulan pegawai Majlis Bandaran Zionis al-Quds menyerahkan notis perobohan rumah kepada 13 penduduk al-Quds di beberapa perkampungan bandar tersebut, dengan alasan pembinaan dilakukan tanpa kebenaran dan melakukan tindakan yang dianggap memperkecilkan arahan-arahan Zionis di bandar tersebut.

Khamis, 06/08/2009 – Persidangan Fatah yang diadakan di bandar Bethlehem, Tebing Barat telah memasuki hari kedua dengan para perwakilan yang menyertai persidangan itu mengkritik kepimpinan kerana tidak menuntut satu siasatan atas kematian bekas Presiden, Yasser Arafat dan menghentam mereka kerana tidak berkeras mengenainya.

Khamis, 06/08/2009 – Dr Atif ‘Udwan, ahli Majlis Perundangan Palestin dari blok ‘perubahan dan reformasi’ yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Pelarian berkata bahawa resolusi Knesset yang dikeluarkan kelmarin yang mencadangkan agar tanah Palestin 1948 diswastakan, sebagai satu langkah merbahaya yang menjelaskan lagi hakikat jelek regim Yahudi.

Khamis, 06/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa seorang warga Palestin telah terbunuh di dalam terowong di sempadan Rafah-Mesir.

Khamis, 06/08/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, membuat kenyataan pada petang Selasa, bahawa Pihak Keselamatan Palestin sentiasa komited dalam proses keamanan berdasarkan prinsip-prinsip keadilan dan undang-undang antarabangsa, tetapi tambah beliau lagi, rakyat Palestin layak mempertahankan hak mereka untuk menghukum puak pemberontak yang dijamin undang-undang antarabangsa. Dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Fatah Kali Ke-6 di Baitul Lahm, Tebing Barat, Abbas menyatakan hak untuk bertindak balas. Beliau menambah lagi, rakyat Palestin tidak akan menerima untuk diheret ke dalam kancah pemberontakan, dan sentiasa mahu komited dalam mempertahankan prinsip kesalahan memberontak.