
Jumaat , 27/08/2010 – Perwakilan Tinggi Hal Luar Negeri dari Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, menyatakan keprihatinannya terhadap keputusan regim Israel untuk menghukum pencetus tunjuk perasaan, Rhamah Abu Abdallah dari Bil’in. Bil’in merupakan sebuah desa kecil di tengah Tebing Barat.
Abu Rhamah telah dituduh bersalah oleh mahkamah tentera regim Israel pada hari Selasa atas kesalahan menghasut dan menyusun demonstrasi haram. Beliau sebelum itu telah pun berada di dalam tahanan tentera selama 8 bulan. Beliau dibebaskan dari tuduhan membaling batu dan memiliki senjata. Desa Bil’in telah menganjurkan tunjuk perasaan secara aman terhadap regim Israel yang membina tembok di atas tanah penduduk kampung sejak dari enam tahun yang lalu.
Sebagai ahli Jawatankuasa Popular dan penyelaras sejak ia mula dibentuk pada tahun 2004, Abdullah telah mewakili desa Bil’in ke seluruh dunia. Pada Jun 2009, beliau menghadiri perbicaraan undang-undang di Montreal untuk menentang dua syarikat Kanada yang membina penempatan haram di tanah Bil’in. Pada Disember 2008, beliau turut serta dalam lawatan ucapan mengelilingi Perancis, dan pada tarikh 10 Disember 2008, iaitu tepat setahun sebelum penangkapannya, Abdallah menerima Carl Von Ossietzky. Ia merupakan Pingat untuk Perkhidmatan Posisi dalam Realisasi Hak Asasi Manusia yang diberikan oleh Kumpulan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia di Berlin.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada
.jpg)








