Categories
Berita Semasa

Kerajaan haram Israel membantah laporan media bahawa mereka akan kembalikan 90% tanah Tebing Barat

Para pegawai dari pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak sepenuhnya laporan media yang mengatakan Israel merancang untuk menyerahkan kembali sehingga 90% daripada tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat sewaktu perbincangan dengan para pemimpin Palestin.

Selasa, 17/08/2010 – Laporan itu yang diterbitkan pada Khamis lalu oleh sebuah akhbar yang berpusat di London menyatakan para pegawai Israel telah membincangkan rancangan sebagai resolusi atas konflik tersebut yang merangkumi penyerahan 90% dari tanah Palestin yang diduduki untuk negara Palestin. Tindakan ini akan melibatkan 50,000 orang penduduk Israel yang ketika ini tinggal di penempatan haram Tebing Barat agar kembali semula ke Israel.

Laporan tersebut menyatakan tanah tersebut yang sepatutunya dikembalikan kepada pemiliknya yang sah tidak menyenaraikan Baitulmuqaddis Timur, yang telah dirampas satu demi satu oleh Israel dari penduduk asal Palestin sejak tahun 1967.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Syaikh Yusuf Qardhawi bersama konvoi ke Gaza melalui laut

Selasa, 17/08/2010 – Pengerusi Persatuan Ulama Se-Dunia, Syaikh Dr. Yusuf Qardhawi telah menyatakan akan mengikuti konvoi keamanan ke Gaza melalui jalan laut. Selain itu tokoh ulama tafsir terkenal abad ini, Syaikh Muhammad Ali Ash Shawi dan Syaikh Ihsan Hendricks juga turut bersama menyertai konvoi kali ini. Bersama mereka sejumlah tokoh ulama besar dan agamawan yang turut serta.

Syaikh Ihsan menceritakan pengalaman ketika bersama konvoi “Miles of Smiles 2”, apa yang berlaku terhadap rakyat Gaza adalah persis kepada apa yang berlaku terhadapa rakyat Afrika Selatan ketika apartheid berlaku.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Barak ambil tanggungjawab penuh atas konvoi kapal (flotilla) ke Gaza

Selasa, 17/08/2010 – Menteri Pertahanan menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan konvoi kapal bantuan ke Gaza pada Mei lalu yang mengorbankan 9 orang aktivis. Menurutnya, kerajaan (haram Zionis) telah mengjangka keganasan itu akan berlaku dan kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menterinya.

Barak memberi keterangan dihadapan jawatankuasa siasatan rejim Zionis bahawa kerajaannya telah menubuhkan satu pasukan perisikan 5 hari sebelum serangan ke atas 6 buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan dan menyerahkan laporannya kepada kabinet dalaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Walaubagaimanapun, dalam testimoninya pada Isnin lalu, Netanyahu memaklumkan bahawa perbincangan yang dibuat menfokuskan tentang perhubungan awam. Tetapi Barak mendakwa bahawa kerajaan (haram Zionis) telah membincangkan beberapa tindakan militari yang boleh diambil termasuklah kemungkinan berlakunya senario yang ekstrim, lapor akbar Haaretz.

sumber : PNN
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 2 remaja Palestin di Hebron

Selasa, 17/08/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) hari ini menahan 2 orang remaja Palestin di kawasan Kota Lama, Bandar Hebron di Tebing Barat.  Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menahan Adel Al-Slaima, 17, yang berasal dari Kota Lama dan memindahkannya ke penempatan Keriat Arba.Menurut sumber itu lagi, IOF juga menahan Majd Al-Jabari, 14, ketika remaja itu berada di kawasan Al-Haram Al-Ibrahimi atas kesalahan “memiliki sebuah pisau”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tiga Delegasi Perubatan Masuk Gaza

Selasa, 17/08/2010 – Tiga delegasi perubatan dari United Kingdom, Kanada dan Scotland tiba di Gaza melalui Rafah Jumaat lepas . Delegasi tersebut termasuk 6 orang Inggeris dan 4 orang Kanada, yang dijadualkan untuk membuat lawatan singkat di Gaza. Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza menyambut delegasi perubatan Scotland yang diketuai oleh Dr Dennis Rotovic, Pengarah Yayasan Edinburgh yang memberi sokongan langsung kepada aktiviti penting.

Jabatan itu mengatakan pada laman web, bahawa kunjungan mereka dalam konteks membincangkan sokongan sektor kesihatan dengan melakukan latihan dan pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video dan melalui televisyen.  Lawatan ini bertujuan untuk membawa para pakar perubatan ke Gaza dan menghantar doktor Palestin di luar negeri untuk mendapatkan pengalaman dan manfaat keluarga mereka yang berada di Gaza.  Sempadan Gaza dan pintu masuk menyaksikan kemasukan delegasi antarabangsa terbesar dalam dua hari, di mana hampir 141 aktivis keamanan antarabangsa memasuki Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Wakil wanita dalam Suruhanjaya Siasatan Mavi Marmara ?

Selasa, 17/08/2010 – Mahkamah Agung Israel menuntut agar kerajaan Israel mempertimbangkan untuk memasukkan sekurang-kurangnya seorang wanita dalam Suruhanjaya Turkel untuk menyiasat pembunuhan kapal Marmara, selewat-lewatnya 19 Ogos.

Menurut surat khabar Hebrew Israel “Ha’aretz”, Kerajaan Israel berusaha untuk mengelakkan masalah ini, dan telah menghindarinya selama beberapa minggu. Ini kerana ditakuti ianya akan mengganggu perjalanan proses penyiasatan dan membebankan ahli Jawatankuasa yang lain.

Pengerusi Suruhanjaya Penyelidik, Hakim Ya’acov Turkel, menolak penyertaan wanita dalam jawatankuasa, dengan anggapan bahawa ianya akan menambahkan lagi bebanan. Tegasnya lagi, dia tidak akan membantu kerja-kerja yang akan dipertangungjawabkan ke atas wanita itu sebaliknya akan menggandakannya lagi. Para penasihat undang-undang dari kerajaan Israel berkata dalam sidang mahkamah: “Masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya sedang menunggu keputusan dari Suruhanjaya, khususnya kebangkitan Jawatankuasa yang dibentuk oleh Setiausaha PBB, General Ban Ki-moon. Oleh kerana itu penyertaan wanita dalam Suruhanjaya Turkel berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan pengumuman keputusan penyiasatan. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Israel memberi kebenaran kepada peniaga Palestin

Selasa, 17/08/2010 – Sumber-sumber di Beit Hanoun “Erez” mengesahkan yang pihak berkuasa Israel memberi kebenaran khas kepada 50 peniaga warga Palestin dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan barangan perniagaan dengan melalui jalan di antara Semenanjung Gaza dan “Israel”.  Radio Israel memetik sumber Israel mengatakan kemasukan kemudahan tambahan akan dibenarkan dalam masa terdekat seterusnya meluaskan laluan Kerem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 300 trak sehari.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir menjumpai 17 terowong pada Khamis lalu.

Selasa, 17/08/2010 – Pihak keselamatan Mesir telah menemui 17 buah terowong semasa kempen keselamatan besar-besaran pada Khamis lalu, menurut sumber tempatan.  Sumber tempatan melaporkan terowong itu didapati kosong ketika pasukan keselamatan Mesir menemuinya.  Sumber juga mengatakan 15 daripada 17 terowong itu digunakan untuk menyeludup bahan binaan seperti semen dan baja.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis-Israel larang solat di Al-Aqsa

Selasa, 17/08/2010 – Tentera Zionis-Israel telah menghalang rakyat Palestin untuk solat Jumaat yang pertama di dalam Ramadhan kali ini. Di anggarkan puluhan ribu umat Islam akan solat di al-Aqsa. Meraka yang hanya dibenarkan untuk menunaikan solat ialah lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan 45 tahun ke atas bagi wanita.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

220 Pelbagai Pertubuhan Switzerland Sokong Freedom Flotilla

Selasa, 17/08/2010 – Sebanyak 220 organisasi kemasyarakatan, parti dan pelbagai persatuan Switzerland menyatakan sokongan terhadap Freedom Flotilla. Mereka akan bergabung dengan salah sebuah kapal dari Switzerland yang dijadualkan akan berlayar menuju Gaza, sebelum akhir tahun ini.

Ketua Persatuan Hak untuk Semua, Anwar Garbi dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa sejumlah parti politik Swiss menyatakan sokongannya terhadap flotilla 2 yang akan disertai lebih kurang 450 aktivis negara tersebut. Garbi yang juga anggota Eropa Campaign untuk penghapusan sekatan Gaza mengatakan, organisasi Hak Asasi Manusia Switzerland mendukung penuh kapal Swiss yang akan berlayar ke Gaza. Mereka sudah berkoordinasi dengan pelbagai pihak di Eropah dalam rangka melancarkan gerak kerja.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel tuju tuduhan baru terhadap Haneen Zoubi

Isnin , 16/08/2010 – Anggota Israeli Knesset, Ahli Parlimen Haneen Zoubi, berkata dalam satu kenyataan bahawa beberapa tuduhan Israel berkecenderungan menuduhnya mengetahui tentang “militan pra-bersenjata” di atas kapal konvoi pembebasan, dalam usaha membalas dendam terhadapnya.

Komen Zoubi muncul selepas satu video ditunjukkan oleh Radio Tentera Israel yang mendakwa Zoubi muncul di atas kapal konvoi tersebut dan mengetahui terlebih dahulu maklumat tentang aktivis bersenjatakan kayu dan alatan tajam.

Anggota Knesset berkata: “Terdapat banyak masalah di peringkat politik dan ketenteraan Israel pada masa yang sama, terutamanya dalam hal berkaitan pencabulan dan peralihan tanggungjawab antara pemimpin kerajaan bagi membunuh kebebasan, jadi mereka telah memilih musuh yang sama bagi mengganggu pendapat orang awam Israel dan mengalih perhatian daripada mereka, musuh itu ialah Haneen Zoubi.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Krisis bekalan elektrik Gaza yang tidak berpenghujung, sekarang apa?

Isnin , 16/08/2010 – Naib Pengerusi Agensi Tenaga di Gaza, Kanaan Obeid, memberi amaran berkenaan penutupan sepenuhnya satu-satunya pusat jana kuasa Gaza sekali lagi sekiranya kuantiti minyak yang diperlukan tidak dipam ke satu-satunya generator yang masih berfungsi.

Obaid berkata satu-satunya janakuasa Gaza akan terhenti pada pagi Jumaat ini jika kuantiti diesel yang diperlukan tidak dimasukkan atau dipamkan ke Gaza pada hari ini atau esok, menekankan pada masa yang sama bahawa kuantiti yang dipamkan masih menurun dan penurunan tersebut tidak berubah.

Dia menerangkan bahawa tempat tersebut memerlukan 400 bekas diesel industri untuk menggerakkan hanya 1 generator, tetapi yang dimasukkan cuma kurang dari 80 bekas sehingga saat ini, menekankan bahawa krisis bekalan elektrik masih di takuk yang lama dengan penurunan minyak yang berterusan bagi menggerakkan satu-satunya generator yang berfungsi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Turkel mula Menyoal Netanyahu

Isnin , 16/08/2010 – Pada hari ini, Jawatankuasa Turkel Israel yang ditubuhkan bagi menyiasat serangan ke atas “konvoi kebebasan” telah memulakan kerja mereka pada Isnin lepas di mana mereka akan menginterview Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang akan menjadi ahli politik pertama yang memberi testimony kepada Jawatankuasa itu.

Berdasarkan akhbar Israel berbahasa Hebrew, “Maariv”, testimony Netanyahu akan dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama akan kekal rahsia sementara bahagian yang satu lagi akan diterbitkan di Internet di laman web Jawatankuasa Turkel pada petang ini.

Keputusan ini dicapai pada Ahad lepas iaitu sebahagian daripada maklumat yang dikumpul perlu disiarkan kepada orang ramai dan jawatankuasa tersebut akan memilih bahagian-bahagian yang perlu dirahsiakan bagi tujuan keselamatan Israel .

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

Adakah anda percayakan jiran anda? Tidak, jika dia Israel .

Isnin , 16/08/2010 – Rakyat Lebanon dan Palestin sentiasa curiga terhadap jiran Israel mereka yang licik atas sebab yang kukuh. Apabila seseorang melihat ke arah sumber air yang luas kepunyaan Israel , kenapakah mereka mahu menggerudi betul-betul di sempadan anda? Adakah mungkin sementara mereka membuli anda, mereka juga mengeringkan sumber semulajadi anda?

Ini semuanya adalah tentang perang! Jika kita mengimbas kembali era semasa pra-perang Iraq kita mempelajari situasi di mana pelantar-pelantar minyak di bahagian sempadan Kuwait menggunakan teknik menggerudi bersudut bagi mencuri sumber minyak Iraq . Perbuatan ini sahaja telah menjadi alat yang menyebabkan Iraq menyerang Kuwait yang kemudiannya membawa kepada Perang di Iraq. Oleh itu, adalah penting bagi komuniti antarabangsa (PBB) untuk memantau aktiviti-aktiviti sebegitu bagi mengelakkan konflik, tetapi berdasarkan apa yang telah kita lihat pada masa lampau, mereka cenderung melepaskan tangan dan membiarkan konflik berlaku. Lagipun, meneruskan peperangan terjadi adalah matlamat Amerika!

Oleh itu, apakah masalah Lebanon dan Palestin dan mengapakah PBB tidak mengambil langkah bagi menyelesaikan perebutan sempadan? Di dalam PBB terdapat satu organisasi yang menguruskan isu tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah
Categories
Berita Semasa

30 organisasi Itali menyertai armada (Kebebasan)

Jumaat , 13/08/2010 – Lebih dari 30 institusi awam Itali telah bergabung dengan armada (kebebasan 2) yang dijadualkan akan bertolak sebelum akhir tahun ini dalam usaha untuk menghapuskan sekatan di Gaza yang telah berlanjutan untuk tahun keempat berturut-turut.

Seorang jawatankuasa dalam “Kempen Negara-Negara Eropah Menghapuskan Kepungan di Gaza” (salah satu organisasi yang bertindak sebagai penyelenggara armada) Mohammed Hanoun, telah bersetuju untuk membentuk sebuah Lajnah Itali yang berfungsi sebagai pengantara yang boleh menghubungkan antara Jawatankuasa Kempen Eropah dan Republik Itali,sebagai usaha penyusunan dan persediaan bagi melancarkan armada kebebasan terhadap Gaza.

Hanoun menambah lagi ketika membuat kenyataan kepada media “Safa” melalui telefon, bahawa persetejuan itu datang selepas perbincangan yang diadakan di Rom dengan penyertaan lebih dari 30 lembaga masyarakat awam di Itali di samping puluhan orang undang-undang di Itali.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif