Categories
Berita Semasa

Hamas memberi amaran terhadap pelan UNRWA untuk bergerak keluar dari Gaza

Jumaat, 30/09/2011 – UNRWA telah mula untuk mengecilkan perkhidmatan di Semenanjung Gaza dalam menjangkakan pelan rahsia untuk memindahkan keluar dari Gaza khusus untuk Jordan, Dr. Esam Odwan, ketua jabatan pelarian di Hamas, berkata pada hari Ahad .

Beliau memberitahu sebuah perhimpunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa bagi pelarian di Semenanjung Gaza dalam membantah pengurangan dalam perkhidmatan UNRWA bahawa agensi itu mendakwa defisit bajet semasa ia memperoleh jumlah wang tambahan dari beberapa negara pada tahun ini adalah dalam anggaran 200 juta dolar.

Odwan mengenakan bayaran terhadap UNRWA kerana melambatkan penyusunan semula rumah-rumah yang musnah di Rafah walhal Arab Saudi telah menyumbang 70 juta ringgit yang diperuntukkan untuk tujuan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Attoun diculik dari khemah Persatuan Palang Merah

Khamis, 29/09/2011 – Unit Pengawal Sempadan Israel yang berpakaian Arab tengah hari Isninlalu telah menculik Ahli Parlimen Palestin, Ahmed Attoun di pintu masuk Persatuan Palang Merah Baitulmuqaddis dalam langkah yang dijangka mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Palestin tempatan.

Operasi itu juga diselaraskan bersama bahagian minoriti unit polis Israel, menurut laporan media.

Ahli Parlimen Attoun bersama Ahli Parlimen Palestin bernama Ahmed Totah dan bekas menteri Palestin di Baitulmuqaddis, Khalid Abu Arafeh tinggal di khemah pemprotes di satu kawasan Persatuan Palang Merah daerah Sheikh Jarrah selepas itu tentera Zionis Israel menararik balik hak kediaman mereka di bandar asal Baitulmuqaddis dan cuba mengusir mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Letupan paip gas Mesir yang membekalkan kepada Zionis

Khamis, 29/09/2011 – Untuk keenam kalinya berturut-turut dalam masa sebulan, paip yang mensalurkan gas dari Mesir meletup, sementara pelakunya masih belum diketahui. Letupan keenam ini berlaku pada pagi hari Selasa (27 September) yang mana letupan melibatkan paip yang menuju ke Jordan, Lubnan dan Zionis.

Sumber dari kaum Badawi untuk Pusat Informasi Palestin menyatakan letupan berlaku di stesyen berdekatan dengan jalan barat Bandar El-Arisy, dan api mencecah tinggi sehingga hampir 15 meter ke langit, dan letupan yang kuat dan dahsyat itu telah mengejutkan penduduk tempatan.

Sebab letupan masih belum dikenalpasti, dan tiada laporan mengenai sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rasyiq Sesalkan Sepanyol Iktiraf Israel Negara Yahudi

Khamis, 29/09/2011 – Anggota biro politik gerakan Hamas, Ezat Rasyiq mengungkapkan penyesalan terhadap pernyataan menteri luar Sepanyol, Trinidad Jimenez yang mengiktiraf Israel sebagai negara bagi bangsa Yahudi.

Dalam pernyataan akhbar yang disiarkan pusat informasi Palestina, Rasyiq mengungkapkan pengiktirafan terhadap keyahudian negara Israel adalah pengiktirafan terhadap perkauman negara Zionis, selain menentang prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia. Pernyataan tersebut sebagai ancaman terhadap hak kembali pelarian Palestin, selain ancaman pengusiran bagi warga Palestin yang tinggal di wilayah jajahan 48.

Rasyiq menegaskan, kenyataan ini merupakan kemunduran besar dari sikap pemerintah Sepanyol dan rakyat yang berjanji akan mendukung Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pam Baru Israel Curi Air Silwan

Khamis, 29/09/2011 – Sekumpulan penduduk di Jerusalam menuduh pihak berkuasa pendudukan Israel menggunakan pam yang besar untuk mencuri bekalan air dari telaga Ayyoub bersejarah di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur Silwan.

Terletak 450 meter di selatan Masjid al-Aqsa, kedalaman 130 meter dan telah membekalkan Jerusalem, Jericho, Ramallah dan Bethlehem dengan air, kata Fakhri Abu Diab, seorang ahli jawatankuasa Mempertahan Silwan.

Sebelum Israel, agensi bantuan PBB UNRWA telah memasang pam di sana untuk membekalkan air kepada masyarakat Palestin di wilayah yang dijajah Israel dan Jordan.

Abu Diab berkata beberapa tahun yang lalu pihak berkuasa Israel mula mencuri sebahagian daripada air telaga dan memindahkan penempatan Yahudi. Beberapa hari lalu, pihak berkuasa memasang pam dan tangki besar dalam langkah yang bertujuan untuk memindahkan air kepada sebahagian barat dari kota, katanya.

Di tempat lain, pihak berkuasa Israel membanjiri kawasan besar Muslim bersejarah Ma’manullah tanah perkuburan dengan ancaman kerosakan yang serius, sumber-sumber biasa dengan kejadian itu berkata Ahad.

Mustafa Abu Zahra, pengerusi jawatankuasa penyelenggaraan tanah perkuburan, berkata beliau melihat deposit besar air di bahagian barat tanah perkuburan yang disebabkan oleh paip air yang didirikan di sana.

Tanah perkuburan Islam yang terbesar dan yang paling penting di Jerusalam, dengan beberapa sahabat Nabi Muhammad yang dikebumikan di sana. Ia juga menjadi tapak projek pembinaan yang menimbulkan banyak kontroversi yang melibatkan pembuangan rangka manusia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peres: Abbas ialah pemimpin Palestin yang terbaik untuk bekerjasama dengan Israel

Khamis, 29/09/2011 – Presiden Israel Shimon Peres berkata pada Isnin bahawa presiden pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas merupakan pemimpin Palestin terbaik untuk bekerjasama dengan Israel dalam proses damai.

“Saya menyeru sahabat saya, presiden Mahmoud Abbas yang saya hormati sebagai pemimpin terbaik pernah bekerjasama dengan Israel agar kembali ke meja rundingan,” Peres berkata di majlis Rosh Hashanah yang dihadiri para diplomat asing.

“Terdapat sokongan majoriti yang jelas terhadap konsep dua negara untuk dua orang dan setelah ucapan ini berakhir, maka tibalah masa untuk melaksanakannya,” Peres berkata dan menambah bahawa kedua-dua belah pihak mesti merealisasikan rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan pelepasan Salah akan didengar pada Isnin

Selasa, 27/09/2011 – Mahkamah imigran di Birmingham dijadualkan mendengar rayuan oleh pemimpin politik Palestin Sheikh Raed Salah.

Salah telah ditahan 3 bulan lalu setelah memasuki UK ketika Setiausaha Theres May mengumumkan arahan melarang beliau memasuki negara itu.  Kesahihan larangan dan penangkapan Salah telah dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dan Salah turut menyaman memohon pampas atas kesalahan penangkapan. Perbicaraan dua hari diadakan pada 14-15 September tetapi keputusan belum dikeluarkan. Ia dijangka dikeluarkan dalam minggu ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza Kehabisan Stok 120 Jenis Ubat

Selasa, 27/09/2011 – Kementerian Kesihatan di Gaza menegaskan berlakunya krisis kekurangan ubat di Gaza terus meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Bahagian Ubat-ubatan, Dr. Munir Burs, dalam laporan bulan September ini menyatakan, 120 jenis ubat-ubatan sama sekali tidak ada stok, sementara itu 150 jenis peralatan medik juga kehabisan stok. Ketika ini 76 jenis ubat dan 75 jenis peralatan medik dijangka habis dalam tempoh tiga bulan ke hadapan.

Dr. Munir menyebutkan bahawa perkhidmatan kesihatan di beberapa hospital dan pusat-pusat kesihatan mengalami kesan langsung dari krisis ini yang dari masa ke masa terus meningkat. Hal ini mengancam kelangsungan kerja di beberapa hospital. Disebutkan bahawa pihak kementerian berusaha mengelola keadaan sukar tersebut agar tetap dapat memberikan khidmat kesihatan secara menyeluruh dalam batas yang boleh dilakukan.

Beliau mendesak agar pihak berkaitan seperti badan kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk memberikan bantuan ubat-ubatan ke Gaza secara berterusan supaya krisis dapat diatasi secara optimum.

sumber : COMES
penterjemah : osman dan hijjaz

Categories
Berita Semasa

Fatah lancar kempen tangkapan besar-besaran penduduk

Isnin, 26/09/2011 – Badan Keselamatan PA di Tebing Barat sejak mala Rabu lalu telah melancarkan penangkapan besar-besaran para penduduk daerah itu, dan menumpukan kerja mereka di dua kawasan, Al-Khalil (Hebron) dan Nablus yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang demonstrasi terhadap pengganas Zioni pada hari Jumaat berikutnya.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Badan Khidmat Inteligen telah menahan wartawan, Muhammad Mana (29 tahun) di Bandar Nablus, dan seperti yang dilaporkan media, badan tersebut memecah masuk rumah seorang penulis blog, Thamer Saba’anah dekat Bandar Jenin. Saba’anah baru sahaja dilepaskan daripada tahanan PA Fatah seminggu lepas.

Beberapa mahasiswa Universiti Palestin turut memberitahu bahawa mereka ternampak konco-konco badan tersebut telah meletakkan kereta-kereta mereka di luar pintu universiti, yang turut dilaporkan oleh saksi lain di Bandar Nablus adalah Badan Keamanan Fatah telah menceroboh beberapa buah rumah penduduk dekat Bandar Bahtha, dalam usaha mencari 15 pendukung Hamas sekitar daerah Nablus dan Tulkarem.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Karamah” Tunisia Tunggu Keizinan Mesir Untuk Masuk Gaza.

Isnin, 26/09/2011 – “Konvoi Kemanusiaan Karamah” dijangka tiba di Gaza dalam waktu terdekat ini. Konvoi tersebut telah bertolak pada pertengahan September lalu dari ibukota Tunisia dan sekarang dalam proses mendapatkan keizinan untuk memasuki wilayah Mesir menuju Gaza.

Akhbar Tunisia edisi Khamis (22/9) menyatakan bahawa anggota Konvoi Tunisia menuntut pegawai terlibat di Mesir atau kedutaan Tunisia untuk segera memberi izin bagi mereka mengunjungi Gaza melalui pintu masuk Rafah.

Konvoi Karamah yang membawa bantuan perubatan berupa ubat-ubatan dan kerusi roda merupakan yang pertama memasuki Gaza setelah revolusi Tunisia.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Protes BDS memaksa penutupan peruncit Israel di London

Isnin, 26/09/2011 – Kempen boikot, penjualan, dan sekatan (BDS) mendatangkan hasil sehingga pembekal produk kecantikan Ahava Israel di London ditutup setelah dua tahun protes dwi-mingguan diadakan.

Aktivis pro-Palestin telah menyasarkan Ahava berdasarkan fakta ibu pejabat utamanya terletak di penempatan haram Israel, Mitzpe Shalem dan produk yang diimport adalah dari Laut Mati dimana Israel telah adakan sekatan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 2000 dengan melanggar syarat Perjanjian Laut Mati.

Walaupun bantahan kadang-kala membawa kepada kerahan pegawai-pegawai polis Britain berhampiran kedai yang terletak di kawasan berprestij Covent Garden London, namun kedai menanggung kerugian besar dan akhirnya ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel mengumumkan situasi kecemasan di Baitulmuqaddis

Isnin, 26/09/2011 – Polis rejim Israel mengumumkan situasi darurat pada Jumaat kerana bimbangkan demonstrasi rakyat Palestin bersempenan permohonan keahlian penuh PBB.

Jurucakapnya berkata, mereka telah mengumumkan situasi darurat tahap ketiga, iaitu satu tahap lebih rendah daripada tahap maksimum. Pengumuman ini disasarkan untuk solat jumaat.

Walaupun situasi darurat tersebut meliputi semua kawasan Tebing Barat, ia tertumpu di Baitulmuqaddis dan kawasan perhubungan antara warga Palestin dan tentera serta pendatang Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel masih tahan lima penduduk Gaza sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang”

Jumaat, 23/09/2011 – Tentera Zionis Israel masih menahan lima penduduk Gaza di bawah undang-undang yang kononnya mengatakan pejuang yang melanggar undang-undang selepas menamatkan tempoh tahanan di penjara, kata Kementerian Tahanan Palestin di Gaza Rabu lalu.

Riyadh Al-Ashqar, jurucakap kementerian itu, berkata IOA telah membebaskan Mughiseeb Abu Abdullah, 29, minggu lalu selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kemudian ditambah dua tahun lagi di bawah undang-undang tersebut dan mengurangkan bilangan tahanan menjadi lima orang.

Dia ditahan IOA dengan mengguna pakai undang-undang itu pada tahun 2005 selepas pengunduran dari Semenanjung Gaza dan selepas mendapat pengesahan Knesset bagi mengelak daripada undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

OIC kutuk tindakan Israel luluskan 900 unit penempatan

Jumaat, 23/09/2011 – Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menyelar tindakan Israel meluluskan pembinaan 900 unit penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, setiausaha agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata keputusan untuk meluaskan penempatan oleh jawatankuasa perumahan baru Israel itu merupakan tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa kerana Baitulmuqaddis ialah jajahan Palestin.

Ihsanoglu menekankan bahawa bahawa Baitulmuqaddis merupakan salah satu bahagian kawasan jajahan Palestin dan penempatan Yahudi itu adalah tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sambutan “Langkah September” Dingin di Jenin

Jumaat, 23/09/2011 – Kekecewaan menimpa pimpinan gerakan Fatah di Jenin akibat kurangnya sambutan masyarakat terhadap festival “Mendukung Langkah September” di kota Jenin yang dijalankan berdekatan pejabat gabenor pada Rabu (21/9).

Kehadiran massa sangat sedikit, hanya kelompok siswa sekolah yang diwajibkan datang setelah waktu persekolahan ditamatkan awal pada pukul sepuluh pagi dan mereka dipaksa datang ke tempat festival. Keadaan ini juga terjadi pada pegawai pemerintah yang diwajibkan datang pada pukul sepuluh, walaupun demikian penglibatan mereka sangat minimum.

Gerakan Fatah menyeru tindakan massa dan diadakan festival di beberapa bandar Tebing Barat, namun sambutan tidak seperti yang diharapkan, berbeza dengan apa yang disiarkan oleh beberapa media milik Fatah.

sumber : COMES
penterjemah : osman