
Rabu, 18-12-2013 – Menteri Luar Israel Zionis yang juga Ketua Parti Yarael Betuna yang berhaluan kanan radikal, Avigdor Lieberman, mengungkapkan niatnya untuk keluar dari gabungan bersama parti Likud yang dipimpin oleh PM Zionis Benyamin Netanyahu. Demikian seperti dipetik daripada surat khabar Zionis “Ma’arev”.
Beliau mengatakan, pertemuan pimpinan pusat parti telah memutuskan bahawa keberadaannya dalam gabungan bersama partai Likud hanya disebabkan permintaan yang beliau terima dari Netanyahu. Beliau mengingatkan bahawa kecenderungan di dalam parti adalah keluar dari gabungan yang terbentuk setelah pilihanraya umum pada Januari lalu. Lieberman menegaskan bahawa dia akan mengambil keputusan dalam waktu dekat.
Surat khabar Ma’arev juga mengatakan bahawa Lieberman dalam pernyataannya berkaitan Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan bahawa militan ‘Israel’ akan melakukan pendudukan terhadap Semenanjung Gaza bila faksi-faksi pejuang Palestin terus menembak roketnya ke penempatan-penempatan Yahudi.
Menteri Luar Zionis tersebut menambah, dia dan partainya tidak akan menyokong setiap tindakan militan ke Semenanjung Gaza selagi tidak bertujuan untuk menduduki Semenanjung Gaza. Dia mengingatkan bahwa ‘Israel’ tidak berusaha menguasai Semenanjung Gaza, namun ingin menghapuskan kekuatan militan yang didirikan organisasi-organisasi Palestin di sana.
sumber : COMES
penterjemah : Osman