Categories
Berita Semasa

9 rakyat Palestin di tahan di West Bank.

 

Khamis , 08/12/2011 – Pada Isnin, Palestinian News dan Information agency (WAFA) melaporkan penahanan sembilan orang Palestin merentasi West Bank oleh tentera Israel . Penahanan berlaku dalam kawasan-kawasan Nablus, Bethlehem and Hebron

Di bandar raya Nablus, dua lelaki telah ditahan bersama dengan seorang dari Balata , dan satu lagi dari kem pelarian Ein Beit al-Maa, dalam serbuan sebelum subuh pada Isnin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Taman Baru Baitulmaqqadis Akan Dibina di Tanah Arab.

Khamis , 08/12/2011 – Suatu Jawatankuasa Perancangan di Majlis Perbandaran di Baitulmaqqadis telah menyediakan rancangan bagi pembinaan “ Taman Negara” baru di Gunung Al Masharef (Kawasan pergunungan Scopus). Para aktivis di Palestin dan Israel berkata, rancangan itu bertujuan bagi menyekat pembangunan

Al Esawiyya dan At-Tour, dimana kedua-duanya adalah kejiranan arab.

Majlis Perbandaran Baitulmaqqadis mendakwa bahawa taman tersebut akan meninggalkan kesan yang besar pada “ aspek arkeologikal dan kesan semulajadi terhadap bandar tersebut”.

Taman tersebut akan dibina diatas tanah seluas 734 dunam ,kebanyakannya adalah milikan persendirian oleh rakyat Palestin di Al Esawiyya dan At-Tour, sementara sebahagian lagi kawasan akan dibangunkan adalah di Perkampungan Lifta, dimana perkampungan tersebut telah dimusnahkan ketika penaklukan Israel terhadap Palestin pada tahun 1948.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Attouan : Penyingkiran Saya Adalah Sebahagian Daripada Kezaliman Politik Yang Diamalkan Oleh Penjajahan Terhadap Palestin.

Khamis , 08/12/2011 – Naib Presiden Baitulmaqdis Ahmad Attouan mengutuk keputusan Zionis untuk menyingkirkannya dari bandar Jerusalem yang dilancarkan pada hari Selasa (06/12/2011) oelh mahkamah Majestrit di bandar Jerusalem,dan pihak berkuasa penjjahan akan melaksanakannya sebaik saja diluluskan.

Attouan memberitahu “Quds Press” apabila beliau tiba di kota Ramallah petang ini,bahawa apa yang dilakukan oleh pihak penjajahan terhadapnya adalah,”adalah sebahagian daripada penindasan politik yang diamalkan oleh kuasa-kuasa penjajahan terhadap kota Jerusalem dan rakyatnya terhadapnya wakil rakyat yang sah,” dan berkta bahawa prosuder ini adalah sebahagian daripada serangan siri yang berpanjangan terhadap rakyat Baitulmaqdis kerana mereka memiliki simbolik kehadiran Palestin dalam Kota Suci.

Dan Ahli Parlimen menambah penyingkiran Attouan adalah keputusan mahkamah Majestrit Zionis pada Selasa akan datang selepas keengganan beliau sejak beliau diculik selama hampir dua bulan,daripada ketetapan Palang Merah Syiekh Jarrah yang menjadi mangsa lebih daripada kira-kira setengah tahun,bertindak balas terhadap permintaan pihak berkuasa Zionis meninggalkan kota Jerusalem dengan sukarela menuntut padanya “kehadiran Zionis menyalahi undang-undang”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Empat Warga Palestin diculik Tentera Berdekatan Qalqilia

Khamis , 08/12/2011 – Tentera Israel telah menceroboh perkampungan Kufr Qaddoum, pada subuh hari Selasa, berdekatan dengan Tebing Barat Bandar Qalqilia, dengan memecah masuk ke beberapa buah kediaman dan menculik tiga orang penduduk.

Saksi-saksi melaporkan bahawa askar tersebut telah menggunakan kenderaan berperisai dalam pencerobohan mereka, dan merempuh beberapa kediaman sebelum menculik Anas Barham, 20, Rif’at Barham, Abdullah Rajab, 21, dan Abdul Hafeeth Anwar, 20.

Askar-askar tersebut turut memecah masuk ke kediaman milik Ehab Moayyad, dan menyerahkan kepadanya arahan ketenteraan yang mengarahkan dia untuk ke pusat keselamatan yang berdekatan untuk tujuan soal siasat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Tawan Beit Hanoun

Khamis , 08/12/2011 – Tentera Israel telah menawan Beit Hanoun, pada subuh hari Selasa, yang terletak di timur Khan Younis di bahagian selatan Semenanjung Gaza dan telah melepaskan tembakan rawak, lapor sumber media di Gaza.

Sumber juga menambah beberapa kereta perisai telah menawan kawasan tersebut dan memulakan tembakan di beberapa arah membawa kepada kemusnahan sebilangan rumah; tiada kecederaan dilaporkan. Serangan tersebut adalah sebahagian serangan berulang-ulang yang mensasarkan nelayan warga Palestin di perairan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Rekonsiliasi bergerak ke arah yang betul

Rabu , 07/12/2011 – Pegawai Hubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan, memberitahu bahawa keperluan untuk meneruskan usaha untuk mencapai rekonsiliasi dan kesefahaman yang dicapai pada pertemuan terakhir di antara Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas di Kaherah.

Hamdan berkata dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin bertarikh Ahad (4 Disember) bahawa : “Persepakatan telah dicapai di Kaherah dan plan untuk langkah-langkah telah digariskan. Apa yang tinggal sekarang adalah untuk menjalankan proses ini di tanah Palestin ini, dan warga Palestin mahu melihat hasilnya terealisasi serta segala pertembungan diselesaikan.”

Seorang pimpinan Hamas menyebut : “tetapi perkara ini memerlukan beberapa waktu, dan kami memerlukan sokongan warga Palestin, dan kami memandang bahawa proses ini sedang berjalan menuju arah yang betul, inshaAllah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel Luluskan 650 Unit Penempatan di Pisgat Ze’ev

Rabu , 07/12/2011 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembanggunan Daerah Israel telah meluluskan pembinaan 650 unit kediaman di penempatan Pisgat Ze’ev dekat Bandar Baitulmaqqadis. Penempatan tersebut, dibangunkan pertama kali pada tahun 1985, dan dibangunkan pada tanah kepunyaan penduduk perkampungan di Beit Hamina dan Hizma, di Utara Baitulmaqqadis.

Khalil At-Tafakji, seorang rakyat Palestin yang pakar dalam pemetaan dan penempatan melaporkan bahawa rancangan tersebut telah diluluskan secara rasmi dan pembinaan projek tersebut telah disiarkan di dalam surat khabar rasmi Israel, dibawah projek #11647, bagi tujuan rayuan.

Tafakji menyatakan yang unit tersebut adalah sebahagian daripada rancangan mega itu yang menyasarkan pembinaan 58,000 unit pada tahun 2030, selepas tarikh akhir sebenarnya berakhir pada tahun 2020.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Turki Akan Beri Bantuan $300 juta Kepada Hamas

Rabu , 07/12/2011 – Sumber Turki melaporkan Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan, telah menghantar satu surat sulit kepada Ismail Haniyya, Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, menjemputnya melawat Turki, dan memaklumkan bahawa beliau akan menawarkan bantuan $300 juta.

Bantuan segera untuk pihak berkuasa Gaza disebabkan masalah kewangan serius yang dihadapi oleh kerajaan Hamas.

Sumber Hamas melaporkan Erdogan memberi maklum balas positif terhadap kenyataan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Marshal, yang menghubunginya untuk meningkatkan hubungan antara Hamas dan Turki.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Hamas Dan Fattah Membincangkan Tentang Tangkapan Politik Dan Fail Pasport.

Rabu , 07/12/2011 – Jurucakap bagi Gerakan Perlawanan Islam “Hamas” Fauzi Baharom,tentang persepakatan Hamas dan Fattah untuk mengadakan mesyuarat bersama pada hari Ahad malam (04/12/2011) dimana untuk membincangkan tentang isu-isu yang belum selesai dan yg paling penting fail tahanan politik dan fail pasport.

Barhoum berkata dalam satu kenyataan kepada Pusat Maklumat Palestin hari ini,”bahawa mesyuarat ini sebagai persediaan untuk mesyuarat akan datang diantara semua pihak Palestin di Kaherah pada bulan ini.”sambil menambah bahawa ketua Ismail akan mengambil gerakan Hamas pada mesyuarat terbuka nanti.

Beliau juga berkata bahawa Hamas telah membuat beberapa siri mesyuarat dengan pihak Palestinuntuk meletakkan mereka dalam perkembangan terbaru dan apa yang berlaku daripada mesyuarat dua hala diantara Presiden Mahmoud Abbas dan Presiden Biro Politik Hamas,Khaled Meshaal bercakap mengenai fail yang dibincangkan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Gereja Latin di Beit Jala anjur upacara sembahyang ditanah yang diancam oleh tembok, penempatan.

Rabu , 07/12/2011 – Sebagai sebahagian daripada protes secara aman mingguan bagi menentang pendudukan, penempatan, tembok, dan percubaan secara haram Israel memperluaskan tanah kepunyaan Biara Kristian Cremisan di Beit Jala, rakyat palestin beragama Kristian telah mengadakan upacara sembahyang di atas tanah kepunyaan kepada penduduk bandar itu, yang terletak berdekatan dengan Tebing Barat Bethlehem.

Rangkaian Berita Palestine (PNN) melaporkan Gereja Latin di bandar itu telah menganjurkan upacara-upacara ini di atas tanah yang masih menjadi persoalan sejak beberapa minggu lalu.

Nader Bandak, Penasihat kepada Presiden Mahmoud Abbas dalam isu-isu Agama Kristian, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaran Beit Jala, Nader Abu Amsha, Setiausaha Pergerakan Fateh di Bethlehem, Yousef Al Aref, dan beberapa pegawai serta perwakilan dari pertubuhan badan bukan kerajaan di kawasan tersebut termasuklah himpunan penduduk dan tuan tanah, telah menghadiri upacara tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Roboh Kediaman Rakyat Palestin di Baitulmaqqadis.

Rabu , 07/12/2011 – Tentera Israel telah bertindak merobohkan kediaman milik seorang penduduk, Nawal Al Jahaleen di kawasan Janal Al Mukabber, bertempat di Timur Baitulmaqqadis.

Fakhri Abu Diab, ahli Jawatankuasa Pembela Tanah Kediaman Kawasan di Silwan, di Timur Baitulmaqqadis, menyatakan bahawa Majlis Berkuasa Bandar Baitulmaqqadis mendakwa bahawa rumah tersebut dibina tanpa permit pembinaan yang sah.

Abu Diab menambah bahawa hanya pembinaan jalan sahaja yang dibenarkan untuk dibangunkan di tanah Nawal. Sementara itu, rumah beliau juga sedang dalam proses untuk dirobohkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Pemain Kelab Bola sepak Real Madrid ,Cristiano Ronaldo Derma But Sukan Kepada Pertubuhan Kanak-kanak Palestin.

Rabu , 07/12/2011 – Pemain tengah Kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menunjukkan keprihatian beliau pada kanak-kanak Palestin di Tebing Gaza dengan mendermakan but sukan beliau kepada Pertubuhan kanank-kanak Palestin tersebut.

Menurut rangkaian Real Madrid yang berbahasa arab, kasut tersebut, telah dilelong pada harga € 2,400, dengan bidaan pertama pada harga €700. Hasil lelongan tersebut akan digunakan bagi membina sekolah untuk kanak-kanak di Tebing Gaza.

Ini bukan pertama kali, bekas penyerang Kelab Manchester United itu menunjukkan sokongan beliau terhadap Palestin, malah sewaktu beliau masih bersama Manchester United, Ronaldo telah dirakam memakai selendang bahu Palestin, sebagai menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan Israel menuntut untuk menangkap aktivis Hamas di Jerusalem

Isnin , 05/12/2011 – Pihak keselamatan umum Israel dan polis telah mendakwa bahawa 18 aktivis Hamas di Jerusalem yang diduduki telah ditangkap ketika mereka cuba untuk merekrut rakyat Palestin untuk pergerakan mereka.

Radio Hebrew berkata pada hari Selasa bahawa tangkapan berlaku dalam tempoh beberapa bulan yang lalu dan aktivis juga telah cuba untuk mendapatkan wang untuk Hamas. Ia berkata bahawa aktivis yang ditangkap di timur Jerusalem, telah disoal siasat oleh agensi-agensi keselamatan yang berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas tegaskan semula ketidak setujuan terhadap isu pemisahan

Isnin , 05/12/2011 – Hamas menegaskan dari pihaknya bahawa isu pemisahan Palestin yang diutarakan oleh UN pada 64 tahun yang lalu adalah tidak sah, dan memberitahu bahawa warga Palestin tidak akan sekali-kali menyerahkan diri, serta tidak mungkin mereka akan melepaskan hatta sedikitpun tanah ini, dan tidak langsung akan cuba berkrompomi.

Hamas dalam kenyataannya sempena ulangtahun ke-64 pemisahan Palestin untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Selasa (29 November) memberitahu bahawa rakyat Palestin tetap tegar walaupun di mana mereka berada, dan akan terus mempertahankan hak rhadap tanah ini, kesuciannya dan tempat-tempat sucinya, dan tidak akan gentar dengan jenayah Zionis yang merancang, membina petempatan, dan mengyahudisasikan Palestin.

Hamas menyeru agar rekonsiliasi Palestin dapat diaplikasikan dengan segera dan kesatuan daripada semua kekuatan Palestin perlu disatukan dalam usaha mengembalikan hak dan membebaskan tanah ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis halang lawatan kepada tahanan penjara Palestin

Isnin , 05/12/2011 – Pada Isnin lepas pihak berkuasa rejim Zionis telah menghalang seorang wanita bernama Sajeda daripada melawat bapanya, Jamal Abul Hajja yang ditahan di penjara rejim Zionis tanpa memberi sebarang sebab.

Ahli keluarga Sheikh tersebut yang merupakan salah seorang pemimpin Hamas memberitahu wartawan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pihak tentera rejim Zionis (IOF) telah menghalau Sajeda keluar daripada bas yang dinaikinya semasa dalam perjalanan untuk bertemu bapanya yang ditahan di sebuah penjara di kawasan
gurun di Nafha.

Menurut mereka lagi, pihak IOF yang bertugas di pos kawalan Jalama, yang terletak di barat laut Jenin telah memaklumkan Sajeda bahawa dia telah dilarang melawat bapanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa