Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera dalam serangan peneroka haram di Jericho.

Isnin, 04-01-2021 – Sekumpulan peneroka haram yahudi pada hari Rabu lepas telah menyerang seorang warga Palestin di Arab Al-Rashayida di utara Jericho dalam kawasan taklukan Tebing Barat. 

Menurut sumber tempatan, beberapa peneroka menyerbu masuk kawasan Arab Al-Rashyida dengan kawalan tentera zionis Israel dan mencederakan seorang warga Palestin bernama Ammar Abu Kharbish.

Peneroka haram dan tentera zionis Israel menyerbu kawasan Arab Al-Rashayida dan kawasan Arab Zayed dan meruntuhkan beberapa rumah dan merosakkan hampir 350 batang pokok zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Sholah: Latihan Ketenteraan “Tiang Kukuh” tegaskan kesatuan bangsa

Isnin, 04-01-2021 – Ketua gerakan Hamas di luar Negara, Dr Maher Sholah mengatakan latihan ketenteraan gabungan “Tiang Kukuh” hadir untuk menguatkan kerjasama dan koordinasi antara sayap ketenteraan Palestine di Gaza untuk mendepani penjajah Israel dan membela bangsa Palestine.

Dalam kenyataan media bertarikh Rabu, 30 Dec, Sholah menegaskan bahawa latihan ketenteraan gabungan ini sebagai penegasan kesatuan kebangsaan Palestine, memperlihatkan kekuatan dan komitmen bangsa Palestin bagi menghadapi pengganas zionis, tambah Sholah lagi, latihan ketenteraan ini membawa harapan umat dan bangsa Palestine,
akan kemampuan dan kesiapsiagaan pejuang ketenteraan Palestine. Ia turut mendampat sambutan positif dari bangsa Palestine yang berada di luar Negara dan mereka berbangga melihat kesatuan yang di bina.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang nelayan dan petani Gaza

Khamis, 31-12-2020 – Tentera Rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerang nelayan dan petani Palestin di barat dan timur Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan dan bot mereka Ketika mereka bekerja sekitar tiga batu nautika di perairan al-Sudaniya di utara kota Gaza.

Tentera laut rejim turut melepaskan tembakan air ke arah bot nelayan, memaksa mereka pulang ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penggeledahan dan penangkapan oleh Israel di Tebing Barat dan Al-Quds

Khamis, 31-12-2020 – Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan pemuda Palestine di kawasan yang di jajah di Tebing Barat dan Al-Quds Di Jenin, pasukan Israel menyerbu kawasan Yabud, Jenin Selatan yang berakhir dengan tentangan sengit oleh pemuda Palestine.

Menurut sumber di lokasi, pertentangan antara pemuda Palestine dengan pasukan Israel berlaku setelah pihak Israel menyerbu dan menggeledah rumah orang awam sambil meyoalsiasat penghuninya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Pasca normalisasi, penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco

Rabu, 30-12-2020 – Anggota Jawatankuasa Pertahanan wilayah Al-Quds dan Jawatankuasa Pembela Al-Aqsha, Shaleh al-Syuwaiki menegaskan, penjajah zionis memanfaatkan wabak Covid-19 tahun 2020 untuk melancarkan tindakan Yahudinisasi terhadap Al-Aqsha dan mengizinkan para pendatang Zionis menodai kesucian Al-Aqsha lebih dari sebelumnya.

Dalam wawancara khusus dengan Pusat Informasi Palestina, Syuwaiki mengatakan, persoalan Al-Quds dan Masjidil Aqsha merupakan isu seluruh umat Islam. Beliau menyeru untuk memikul tanggungjawab dokongan bangsa Arab dan dunia untuk menyelamatkan Al-Aqsha dan kota Al-Quds.

Sejak awal Mac 2020, penjajah Israel melancarkan pelbagai penipuan untuk melancarkan deal of century, dan melakukan proses Yahudinisasi Al-Quds dalam waktu yang sangat cepat. Pihak Yahudi menegaskan kepada dunia bahawa Al-Quds merupakan ibukota Israel Raya, namun pada hakikatnya bahawa para pelancong asing yang mengunjungi Al-Quds mengetahui benar bahawa Al-Quds barat tak ada sebarang rintangan dan sekatan sebaliknya di Al-Quds timur penuh dengan sekatan dan militan zionis, ungkap Syuwaiki.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik tiga kanak-kanak dekat Masjid Aqsa

Rabu, 30-12-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Selasa menculik tiga kanak-kanak Baitulmuqaddis Ketika mereka berada dekat Masjid Aqsa.

Menurut sumber tempatan, kanak-kanak itu berada dekat kawasan solat Bab al-Rahma apabila polis rejim menahan dan membawa mereka ke pusat tahanan di kota suci itu.

Malam sebelumnya, tiga pemuda Baitulmuqaddis ditahan ketika serbuan polis di daerah Issawiy.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menghalau dan merobohkan rumah penduduk Islam Jeruslem di Silwan

Rabu, 30-12-2020 – Pihak rejim Zionis Israel telah mengusir keluarga Jerusalem dengan merobohkan rumah mereka di Silwan kawasan jajahan Jerusalem dengan alasan bangunan dibina tanpa permit. .

Sumber tempatan melaporkan polis rejim zionis mengusir keluarga Suheir Ghaith dengan merobohkan rumah mereka di kawasan Wadi Qaddum di Silwan selepas mereka menerima notis merobohkan bangunan.Rejim Zionis memberitahu keluarga Ghaith untuk merobohkan rumah mereka sendiri atau pihak rejim zionis akan merobohkan rumah Ghaith dan dikenakan bayaran sebanyak 45 ribu shekel atau 13 ribu dollar amerika sebagai kos operasi merobohkan rumah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pasca normalisasi, penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco

Rabu, 30-12-2020 – Pesawat Israel milik “El Al” melakukan penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco hari ini. Radio Israel menyebut pesawat tersebut membawa delegasi Israel bersama Amerika. Bersama di dalam pesawat tersebut ialah Ghared Kuchner, menantu dan juga penasihat Presiden Amerika serta ketua keamanan Israel, Mier ben Shabat.

Penurut laporan media itu lagi, deligasi tersebut akan mengadakan dialog bagi menyepakati hubungan dua hala serta diplomatic antara Tel Aviv dan Rabat. Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu sebelum ini menyebut ben Shabat akan bertemu Raja Morocco, Mohammad VI.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Tiga warga Palestin cedera akibat serangan balingan batu oleh peneroka haram Israel.

Rabu, 23-12-2020 – Pada hari Isnin lepas, tiga warga Palestin mengalami kecederaan akibat kereta mereka diserang oleh peneroka haram Yahudi di barat Bandar Nablus di kawasan penaklukan Tebing Barat.  

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata beberapa peneroka haram dari kawasan haram Shavei Shomron berkumpul di simpang Taneeb di jalan di antara Nablus dan Tulkarem sambil melontarkan batu ke arah kereta yang lalu lalang. Daghlas memberitahu pihak akhbar bahawa tiga penumpang kereta cedera dan banyak kereta mengalami kerosakan akibat serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Bapa Musallam: Hamas ialah sahabat orang Kristian

Rabu, 23-12-2020 – Bapa Manuel Musallam, seorang paderi terkemuka Palestin dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Keamanan Baitulmuqaddis, telah mempertahankan Gerakan Hamas daripada kempen memburukkan Hamas dan menuduhnya melakukan penyeksaan ke atas orang Kristian di Gaza.

“Saya bertanya kepada mereka yang mendakwa bahawa Hamas menyeksa orang Kristian di Gaza, ‘Siapakah anda?’” Bapa Musallam bertanya dalam kenyataan akhbarnya untuk al-Resalah Net.

“Takdir kami satu, tanah kami satu, dan kami memikul senjata yang sama, berjalan di arah yang sama, dan menghadapi nasib yang sama. Jika Hamas bukan sahabat, siapa lagi?” paderi Palestin itu berkata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel merobohkan tiga rumah Palestin di bandar-bandar Arab

Rabu, 23-12-2020 – Regim Zionis Israel merobohkan lewat tengah malam Isnin sebuah rumah milik rakyat Palestin di bandar Qalansuwa di daerah tengah Israel (tanah yang dijajah pada 1948) dengan alasan pembinaan tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis regim Zionis Israel mengepung kawasan di mana rumah itu berada sebelum jentolak memulakannya.

Pihak berkuasa Israel juga merobohkan dua rumah Palestin di kota Kafr Qasim milik keluarga Aref Farij.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Robohkan Bangunan Palestin Di Kharba Saimiya Hebron

Rabu, 23-12-2020 – Pasukan penjajah Israel, Isnin (21/12) merobohkan bangunan milik warga Palestin, di samping gudang dan perigi sumber air di Kharbah Saimiya berdekatan kota Samu, Hebron.

Menurut sumber tempatan, bulldozer milik Israel menolak dua buah bangunan penginapan yang diduduki 20 orang anggota keluarga, selain kandang ternak dan perigi.

Koordinator perjuangan rakyat di Hebron selatan, Ratib al-Jabur melaporkan, pasukan Israel merobohkan sebuah rumah milik seorang warga, Syahdah Riziq Abul Jian, di kawasan seluas 200 meter persegi.

Rumah lainnya milik dua orang warga, Ahmad Sulaiman dan Hamad Riziq abul Jian, seluas 90 meter dan sebuah perigi serta kandang ternak di kawasan seluas 500 meter.

Warga Palestin di Kharbah Saimiya berdekatan kota Sam terus berhadapan dengan kejahatan zionis dalam pelbagai bentuk. Mereka dilarang membangun dan membaiki rumah mahupun bertani. Selain itu mereka dilarang membina jalan dengan tujuan untuk mengusir warga dari kawasan tersebut.

Kawasan Kharbah Saimiya termasuk sebahagian daripada kota Samu, terletak di wilayah Barat yang dipisahkan dengan jalan lintas yang dikenal dengan KM 60, dan menjadi nadi kehidupan yang menyambungkan antara penempatan di kawasan Hebron dengan wilayah Palestina jajahan tahun 48, dan berada di kawasan C menurut perundingan Oslo, yang dikelilingi 5 penempatan Zionis.

Kawasan ini tidak mendapatkan fasiliti minimum, sehingga kebanyakan warga terpaksa meninggalkan rumah dan ladang mereka atas tekanan penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

137 Peneroka Haram Cemar Masjid Al-Aqsa di Bawah Pengawasan Polis

Rabu, 23-12-2020 –  Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki, di kala polis melarang jemaah Islam untuk memasuki masjid.

Menurut sumber tempatan, 137 peneroka memasuki masjid melalui Pintu al-Maghariba dan menziarah halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

Yehuda Etzion, seorang pengganas Yahudi yang terkenal, memimpin salah satu kumpulan peneroka haram yang mencemarkan tempat suci Islam tersebut.

Etzion, yang pada suatu masa lalu terlibat dalam melakukan serangan keganasan ke atas rakyat Palestin dan merancang untuk meletupkan Kubah Batu Masjidil Aqsa pada tahun 1980-an, dilaporkan dilihat memegang peta Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount) dan menunjukkannya kepada peneroka muda semasa lawatan di Masjid.

Sementara itu, pasukan polis Israel telah menghalang beberapa jemaah Islam dari memasuki Masjid serta beberapa yang lain dari berada di kawasan tertentu di halaman Masjid semasa lawatan peneroka haram berkenaan dan memaksa yang lain meninggalkan tempat suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas mengkritik tindakan politik pihak berkuasa Palestin

Rabu, 23-12-2020 – Jurucakap Hamas, Hazim Qasim dalam kenyataan bertulisnya mempersoalkan pihak berkuasa Palestine pimpinan Mahmud Abas yang tidak meletakkan syarat untuk memulakan semula hubungan dengan Amerika agar menarik balik pengakuan Al-Quds sebagai ibukota Israel dan mengkaji semula kedudukan kedutaannya di Al-Quds, sedangkan dua isu tersebut menjadi sebab utama pemutusan hubungan Palestine – Amerika. Kenapa pihak berkuasa Palestine tidak tegas dan sanggup tunduk demi memuaskan Amerika, soal beliau lagi.

Pihak berkuasa Palestine di katakan meminta Amerika membuka kembali pejabat perwakilan Palestine di Washington dan mengembalikan pejabat konsul Amerika di Al-Quds Timur dan menolak rancangan aneksasi Israel sebagaimana di tetapkan oleh Netanyahu sebagai syarat untuk menyambung semula hubungan diplomatik dengan Amerika yang telah terputus.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis larang penanaman pokok zaitun di Kampung Jalud

Selasa, 22-12-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu menghalang warga Palestin daripada menanam pokok zaitub di tana milik warga Palestin di Kampung Jalud, selatan Nablus.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, IOF menghalang penduduk tempatan daripada menanam beberapa pokok zaitun di kawasan dekat sekolah kampung itu atas alasan kawasan itu berada di tanah Israel.

Daghlas mengesahkan yang semua penduduk kampung berhasrat untuk menanam pokok di tanah milik peribadi penduduk tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati