Categories
Berita Semasa

IOF tahan empat pemuda Palestin di Tebing Barat

Selasa, 20-09-2022 – Pasukan pencerobohan Israel (IOF) menahan empat orang pemuda Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada petang hari Ahad.

Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menangkap bekas banduan Palestin, Iyad Taqatqa di bandar Beit Fajjar, selatan bandar Baitullaham, di Tebing Barat.

Dalam kejadian berkaitan, IOF menahan pemuda Palestin, Mohammad Al Helali di pintu masuk timur bandar Qalqilya di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Wanita Gaza meninggal akibat cedera yang dialami ketika serangan Israel pada tahun 2006

Selasa, 20-09-2022 – Seorang wanita Palestin diisytiharkan meninggal dunia pada Sabtu akibat kecederaan yang dialaminya pada tahun 2006 apabila bot bersenjata Israel membunuh keluarganya di pantai Beit Lahia utara Semenanjung Gaza.

Amina Ghalia, kakak Huda Ghalia, meninggal di Mesir setelah menerima rawatan perubatan selama 26 tahun akibat cedera teruk dalam serangan Israel, demikian menurut sumber keluarganya.

Pada 9 Jun, 2006, bot bersenjata Israel melancarkan serangan peluru ke atas keluarga Ghalia, membunuh bapanya, ibu tirinya dan lima adik-beradiknya ketika sedang berehat di pantai pada Jumaat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pengusiran Badwi Tanda Peningkatan Serius Pembersihan Etnik

Isnin, 19-09-2022 – Jawatankuasa Muslim-Kristian bagi Menyelamatkan Jerusalem dan Tempat Sucinya pada hari Rabu memberi amaran tentang peningkatan kempen pengusiran secara paksa yang dilancarkan oleh Rejim Zionis terhadap masyarakat Badwi di pinggir Jerusalem.

Dalam satu kenyataan akhbar, Jawatankuasa itu berkata pengeluaran notis pengusiran terhadap berpuluh-puluh keluarga Badwi merupakan peningkatan yang serius dalam dasar pembersihan etnik oleh Israel dan pemindahan paksa penduduk Palestin dari tanah mereka.

“Perintah pengusiran yang semakin meningkat yang berbetulan dengan rampasan tanah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kempen perobohan rumah terhadap tanah dan rumah Palestin mencerminkan rancangan Israel untuk memperluaskan perang terbukanya terhadap
Jerusalem,” dakwa Jawatankuasa itu, sambil menambah bahawa rancangan sedemikian bertujuan untuk menukar haluan Jerusalem kepada Judaisme dan melenyapkan mercu tandanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim zionis musnahkan dua rumah warga Palestin di bandar Lod

Isnin, 19-09-2022 – Rejim zionis pada Rabu memusnahkan dua rumah warga Palestin di bandar Lod atas alasan pembinaannya tidak berlesen.

Menurut laman web Arab48, jentolak-jentolak mula memusnahkan dua rumah milik keluarga Shawahna setelah polis rejim  membuat sekatan di kawasan itu pada waktu pagi.

Saksi mata menyatakan yang polis rejim menyerang sejumlah warga daripada keluarga tersebut apabila mereka cuba menghalang pemusnahan rumah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh mengalami sesak nafas dalam serbuan IOF di Nablus

Isnin, 19-09-2022 – Puluhan pemuda Palestin mengalami masalah pernafasan semasa serbuan oleh pasukan pencerobohan Israel (IOF) di perkampungan Burqa di barat laut bandar Nablus Tebing Barat pada hari Rabu.

“Askar Israel melepaskan bom gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin, menyebabkan berpuluh-puluh daripada mereka mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran yang meletus sebagai tindak balas kepada serbuan Israel di perkampungan Burqa,” Ghassan Douglas yang bertanggungjawab ke atas fail penempatan di bahagian utara Tebing Barat memberitahu agensi berita WAFA.

Laporan yang dikeluarkan oleh PIC mengatakan bahawa 832 serangan penentangan Palestin telah dilaporkan pada Ogos 2022, dengan 73 serangan tembakan telah dilakukan di bandar Nablus dan Jenin, Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Bertemu Pegawai Russia di Moscow

Khamis, 15-09-2022 – Delegasi peringkat tertinggi Gerakan Hamas bertemu dengan pegawai Rusia di Moscow sebagai sebahagian daripada lawatan semasa ke negara itu pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan ringkas, Gerakan itu berkata delegasi kanan Hamas yang diketuai oleh pengerusi biro politiknya Ismail Haneyya, bertemu dengan Leonid Slutsky, Pengerusi Jawatankuasa Duma Negeri Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, dan Grigory Karasin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Majlis Persekutuan Rusia di Moscow.

Isu Palestin dan perkembangan serantau dan antarabangsa telah dibincangkan pada pertemuan itu, tambah kenyataan berkenaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Abu Hamid batal serah petisyen pengampunan

Khamis, 15-09-2022 – Banduan Palestin yang diserang barah, Nasser Abu Hamid telah menolak cadangan peguamnya untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada presiden Israel untuk membebaskannya.

“Cadangan ini dibuat selepas semua prosedur undang-undang yang ada untuk membebaskan Abu Hamid telah habis digunakan,” kata ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Qaddoura Faris dalam ucapannya pada sidang mingguan yang diadakan pada hari Selasa di pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar Al-Bireh, Tebing Barat.

Faris menambah bahawa pentadbiran penjara Israel menolak saranan perubatan baru-baru ini yang dinyatakan oleh hospital Israel Assaf Harofeh untuk membebaskan Abu Hamid bagi mendapatkan rawatan yang diperlukannya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Shin Bet: Aksi Serangan Tembakan Meningkat 30%

Rabu, 14-09-2022 – Ketua Bahagian Perisikan Israel, Shin Bet, Ronen Barak menegaskan bahawa aksi serangan tembakan yang dilakukan pejuang Palestin di Tebing Barat meningkat 30% berbanding tahun lalu.

Dalam pidatonya di Institut Tindakan Kontra-Perlawanan di Universiti Reichman Israel yang dihadiri oleh duta besar Amerika Syarikat di jajahan Zionis Israel, Ahad (11/9/2022), Barak mengatakan bahawa tahun ini terjadi 130 serangan tembakan berbanding dengan tahun 2021 iaitu sebanyak 98 aksi serangan dan tahun 2019 sebanyak 19 aksi.

Ketua Bahagian Perisikan Israel ini merumuskan bahawa meningkatnya aksi serangan perlawanan selama tiga tahun ini adalah bukti banyaknya jumlah senjata ketika ini di Tebing Barat, serta hilangnya kedaulatan dan efektif bahagian Keselamatan Palestin.

Menurut Barak lebih dari 2000 warga Palestin telah ditangkap sepanjang beberapa bulan terakhir.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin ditahan dalam serbuan semalaman di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Rabu, 14-09-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan enam warga Palestin dalam serbuan semalaman di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. Salah seorang tahanan adalah kanak-kanak.

Sumber tempatan melaporkan yang tiga pekerja Palestin dikepung di pos pemeriksaan Al Dhaheriya, selatan al-Khalil, ketika mereka dalam perjalanan pulang.

Polis rejim turut menahan seorang kanak-kanak Palestin setelah memecah masuk rumah keluarganya di bandar al-Issawiya, Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Usir Keluarga Palestin di Negev

Rabu, 14-09-2022 – Pihak berkuasa Israel usir pada pagi Ahad beberapa warga Palestin daripada keluarga ad-Dabsan selepas merobohkan khemah mereka di kawasan Umm Alaq di padang pasir Negev.

Jawatankuasa Pemandu Tinggi Arab Negev, bagi pihaknya, memulakan usaha untuk menyokong keluarga dan kehadirannya di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa itu berkata ia akan mengambil langkah yang perlu untuk menghalang pihak berkuasa Israel daripada mengusir keluarga Arab di Negev untuk menjalankan projek penanaman semula hutan yang besar.

Jawatankuasa itu memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk mengusir masyarakat Arab dari kawasan mereka di Negev sebagai permulaan untuk mengubah mereka menjadi hutan akan mencetuskan satu lagi protes, seperti yang berlaku di kampung Sa’wat al-Attrash Januari lalu.

Dianggarkan 80,000 orang Badwi Palestin kerakyatan Israel, tinggal di beberapa komuniti Negev, yang sering dinafikan perkhidmatan penting, termasuk kemudahan air, elektrik dan pendidikan.

Perobohan perkampungan Palestin di Negev adalah dasar Israel yang sistematik yang bertujuan untuk mengusir penduduk asli dari Negev dan memindahkan mereka ke kawasan zon kerajaan untuk membuka jalan untuk menanam hutan dan mengembangkan serta membina penempatan bagi masyarakat Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Larang Pegawai Palestin Masuk Masjid Al-Aqsa

Rabu, 14-09-2022 – Rejim Zionis melarang Timbalan Pengarah Jabatan Wakaf Jerusalem daripada memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Khamis lalu, tentera Israel cuba menceroboh rumah Sheikh Najeh Bakirat di bandar Sur Baher di Jerusalem, tetapi beliau tiada di rumah. Beliau kemudiannya dipanggil ke pusat siasatan Moskobiya, dan dimaklumkan bahawa larangan perjalanan anaknya telah diperbaharui.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin dipaksa robohkan rumah

Rabu, 14-09-2022 – Pihak berkuasa perbandaran Israel di Baitulmuqaddis yang diduduki memaksa seorang wanita Palestin merobohkan rumahnya sendiri di kejiranan Batn al-Hawa di Silwan pada petang hari Ahad.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa pihak perbandaran Israel memaksa Nisreen Abu Tayeh untuk merobohkan sendiri rumahnya kerana dikatakan dibina tanpa kebenaran Israel.

Rumah yang dimaksudkan itu menempatkan Nisreen Abu Tayeh dan empat anaknya yang merupakan anak yatim.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Tahanan Palestin Ma’tan Merosot

Isnin, 12-09-2022 – Persatuan Banduan Palestin (PPS) pada hari Khamis berkata bahawa keadaan kesihatan tahanan Abdul Basit Ma’tan merosot akibat dasar pengabaian perubatan Israel yang disengajakan.

“Pentadbiran penjara Israel terus menyekat Ma’tan daripada menerima rawatan perubatan walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot,” kata PPS, sambil menambah bahawa Ma’tan yang merupakan pesakit kanser kolon telah menjalani beberapa pembedahan untuk membuang sebahagian daripada kolonnya.

Tambah PPS, Ma’tan merupakan bekas tahanan yang telah ditahan tiga bulan selepas tamat tempoh penjara enam bulan selain dinafikan rawatan perubatan di luar negara selepas dibebaskan. Persatuan itu juga menegaskan kanser berkemungkinan telah merebak dalam badan Ma’tan memandangkan ketumbuhan tidak dibuang sepenuhnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sheikh Katib menggesa warga Palestin agar menghalang perancangan jahat ke atas Gaza

Isnin, 12-09-2022 – Sheikh Kamal al-Khatib, timbalan ketua Gerakan Islami, menyeru rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan agar berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi Masjid Aqsa.

Dalam ucapannya ketika melawat Masjid Aqsa pada Rabu, Sheikh Khatib berkata, Masjid Aqsa memerlukan kehadiran semua, tua dan muda, pada setiap masa, terutamanya ketika solat lima waktu.Beliau menyatakan keyakinannya yang perancangan jahat Israel terhadap Masjid Aqsa akan gagal. Beliau menyifatkan keadaan Masjid Aqsa yang setiap hari terdedah kepada pencemaran oleh pendatang Israel sebagai ‘serangan ganas ke atas kota suci Islam’.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Hamid berjuang untuk hidup

Isnin, 12-09-2022 – Persatuan Banduan Palestin (PPS) pada hari Khamis berkata bahawa banduan, Nasser Abu Hamid yang merupakan pesakit kanser kini sedang bertarung nyawa dalam penjara Israel kerana keadaan kesihatannya yang semakin teruk.

Dalam satu kenyataan ringkas, PPS memetik laporan perubatan yang menunjukkan Abu Hamid sedang nazak, sambil menambah bahawa sidang media akan diadakan lewat petang ini untuk menangani isu ini.

Pada Januari 2022, doktor melaporkan bahawa Abu Hamid mengalami radang paru-paru akut akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan paru-paru dan menyebabkan dia koma.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan