Categories
Berita Semasa

7 Penduduk Yahudi Cedera Parah Dalam Aksi Berani Mati di Tel Aviv

Khamis, 06-07-2023 – Sekurang-kurangnya 7 penduduk Yahudi cedera parah, Selasa (4/7/2023) dalam dua aksi berani mati di utara Tel Aviv.

Pasukan penjajah Zionis mengatakan aksi melanggar dan menikam dilakukan oleh seorang di utara Tel Aviv dan tidak termasuk aksi penembakan.

Pasukan Zionis menyatakan bahawa kejadian tersebut berbeza dengan latar belakang nasional (iaitu, aksi komando). Pasukan Zionis menambah bahawa salah seorang penduduk menembak suspek di lokasi tersebut dan membunuhnya.

Menurut media Ibrani, seorang warga Palestin melanggar sekumpulan penduduk Yahudi lalu keluar dari kereta dan terus menikam penduduk lainnya.

Sebuah klip video memperlihatkan seorang penduduk Yahudi menembak suspek serangan beberapa kali ketika dia tercedera. Menurut laporan Israel, suspek serangan adalah warga Hebron.

Juru bicara Hamas untuk al-Quds, Muhammad Hamadeh mengatakan bahwa aksi heroik di Tel Aviv dan serangan pejuang palestin di Jenin adalah sebahagian dari reaksi dan respons alami terhadap pembantaian yang sedang berlangsung terhadap rakyat Palestin dan pembelaan diri yang sah melawan penjajah yang melanggar semua norma kemanusiaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Zionis Setuju Dirikan Perumahan Baharu Yahudi Di Galilea

Rabu, 05-07-2023 – Menteri Pembangunan dan Perumahan penjajah Zionis Israel, Yitzhak Golkonov, bersetuju membina koloni penempatan baharu Yahudi di Galilea (Al-Jalil) dengan nama “Ramat Erbil”.

Saluran TV7 Israel menyatakan bahawa pemerintah penjajah Zionis Israel, dalam sidang akhbar baru-baru ini bersetuju membina penempatan baharu Yahudi.Projek tersebut mendapat sokongan daripada Menteri Perumahan, Orit Strok, Menteri Negev dan Galilea, Yitzhak Fisralov dan Menteri Imigrasi dan Kemudahan, Ofir Sofer.

Pada fasa pertama, ratusan juta Shekel akan diperuntukkan bagi tujuan perancangan penempatan. Bahagian Penyelesaian akan ditugaskan untuk mengawasi pembinaan tersebut.

Menteri Perumahan Zionis mengatakan bahawa pembinaan penempatan baharu Yahudi di Galilea akan menambah kehadiran Yahudi di sana kerana pemerintah Israel berusaha mengubah demografi di Galilea dan Negev agar penduduk Yahudi menjadi majoriti di sana.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF musnahkan bekalan elektrik dan air di kem pelarian Jenin

Rabu, 05-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin memusnahkan bekalan elektrik dan air ketika serangan besar-besaran di kota Jenin dan kem pelarian.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, perbandaran Jenin berkata, tentera IOF memusnahkan bekalan utama air dan elektrik di kem, dan menambah yang kru-krunya tidak dapat akses untuk membaikinya.Manakala, Forum Media Palestin menyelar IOF kerana sengaja menyasarkan wartawan Palestin yang membuat liputan terhadap serangan Israel ke atas Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditahan selepas didakwa melakukan serangan menikam berhampiran Tel Aviv

Rabu, 05-07-2023 – Seorang  remaja lelaki Palestin ditahan pada petang Isnin selepas didakwa melakukan serangan tikaman berhampiran Tel Aviv di tengah-tengah Palestin yang diduduki 1948.

Menurut klip video, pegawai polis Israel menahan seorang remaja lelaki Palestin, mendakwa dia melakukan serangan tikaman di Bnei Brak.

Sementara itu, sumber media Ibrani berkata bahawa serangan tikaman itu mengakibatkan seorang penceroboh Yahudi cedera, sambil menambah bahawa penyerang berusia empat belas tahun itu telah ditangkap.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin setelah menyerbu kediaman di Nablus

Selasa, 04-07-2023 – Rejim Zionis menculik seorang pemuda Palestin pada pagi Khamis setelah mengepung kediaman di bandar Urif, di selatan Nablus.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel mengepung kediaman dan menggunakan pembesar suara untuk menggesa beliau untuk menyerah sebelum menyerbu dan menahan beliau. Saksi melaporkan kedengaran bunyi tembakan ketika serbuan rejim Zionis ke atas kediaman berkenaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin menderita akibat gas pemedih mata ketika serbuan IOF di kampung Tebing Barat

Selasa, 04-07-2023 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata pada Khamis ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) di kampung Tura, barat Jenin.

Menurut sumber tempatan, pertelingkahan berlaku ketika polis rejim menyerbu kampung itu, yang terletak dekat tembok pemisah.

IOF turut memasang pos pemeriksaan di jalan berdekatan yang menuju ke kampung-kampung berhampiran serta menghentikan kereta-kereta untuk pemeriksaan keselamatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin diculik oleh IOF di Tebing Barat

Jumaat, 30-06-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menculik beberapa warga Palestin pada serbuan subuh dan pagi di Tebing Barat pada Selasa, ketika pertelingkahan dengan pemuda tempatan dan pejuang di beberapa kawasan.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik enam warga dari rumah mereka dan melepaskan tembakan kepada para pemuda, mencederakan dua daripada mereka, Ketika serbuan di kota Nablus.

Manakala, tentera rejim diserang oleh para pejuang ketika mereka menyerbu kem pelarian di timur Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ahmad Manasra akan hadir lagi di mahkamah

Rabu, 28-06-2023 – Mahkamah Agung Israel mengambil keputusan mengadakan perbicaraan baru untuk tahanan Ahmed Manasra pada Isnin untuk mendengar rayuan terhadap sambungan pengasingannya yang telah diserahkan.

Peguamnya, Khaled Zabarqa, mengesahkan yang Manasra dijadualkan muncul di mahkamah pada Isnin jam 3.30 petang bagi mempertimbangkan petisyen yang diserahkan oleh pasukan pembela terhadap penerusan pengasingannya.Pada Mac lepas, rejim zionis menetapkan hukuman pengasingan 6 bulan terhadap Manasra.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan baru rejim Zionis di Tebing Barat.

Isnin, 26-06-2023 – Rejim Zionis melancarkan serangan terbaru ke atas rakyat Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat pada petang Khamis.

Di Nablus, rejim Zionis mengenakan sekatan keselamatan yang ketat di bandar Turif dengan diselangi  beberapa serangan peneroka haram dalam beberapa hari. Kawalan ketat keselamatan  serupa turut dikenakan di bandar Husan, di barat Bethlehem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera dalam serangan oleh pendatang di selatan Nablus

Isnin, 26-06-2023 – Enam warga Palestin cedera pada petang Khamis apabila pendatang Yahudi menyerang rumah warga Palestin dekat kampung  Jalud, di selatan Tebing Barat Nablus.

Sumber tempatan melaporkan seorang warga Palestin cedera di kepala akibat tembakan peluruh getah bersalut besi manakala lima orang lagi cedera akibat batu atau serpihan setelah puluhan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh tentera rejim zionis (IOF), menyerang rumah warga Palestin di sekitar kampung Jalud.

Mereka menambah yang puluhan warga Palestin menderita masalah pernafasan ketika pertelingkahan yang tercetus di antara IOF dan orang kampung yang menentang serangan pendatang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Penentangan hanya satu-satunya pilihan yang ada untuk mendapatkan semula hak rakyat Palestin

Isnin, 26-06-2023 – Ketua biro politik Pergerakan Hamas di luar negara, Khaled Mishaal, menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya pilihan bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan menubuhkan negara merdeka mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, Mishaal berkata bahawa negara penjajahan Israel dan pendatang Yahudinya keliru berikutan aktiviti penentangan yang semakin memuncak di seluruh wilayah yang diduduki terutamanya di Tebing Barat.

“Operasi penentangan sebegini menggambarkan bahawa penentangan Palestin mampu menghadapi jenayah Israel di semua peringkat sehingga mencapai pembebasan penuh tanah Palestin,” tegas Mishaal.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas bertemu pegawai kanan Iran

Rabu, 21-06-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah bertemu dengan wakil Ketua Tertinggi Revolusi Iran, Brigedier Jeneral Ali Akbar Ahmidan, di Tehran, pada petang Isnin.

Ketua Hamas diiringi oleh delegasi kanan Hamas.

Haneyya membincangkan perkembangan politik berkaitan Palestin dengan pegawai Iran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin cedera parah di Jenin

Rabu, 21-06-2023 – Dua rakyat Palestin cedera parah apabila Regim Zionis Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang mereka naiki di perkampungan Nazlet al-Sheikh Zayed, barat daya Jenin, pada petang Isnin.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa kedua-dua warga Palestin telah dipindahkan ke hospital berdekatan di Jenin dengan kesan tembakan, dengan seorang dalam keadaan kritikal.

Pertubuhan Penyelamat Tanpa Sempadan Israel berkata bahawa dua askar cedera ringan akibat tembakan bersahaja selepas melepaskan tembakan ke arah kereta Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lancarkan 22 Serangan Di Tabing Barat

Rabu, 21-06-2023 – Aksi-aksi perjuangan Palestin di Tebing Barat selama dua puluh empat jam terakhir berterusan. Sebanyak 22 aksi perlawanan berlaku termasuk 6 tembakan yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi.

Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya letupan dua alat peledak, pelemparan bom molotov dan hadangan terhadap serangan para penduduk pendatang Yahudi serta menghancurkan kenderaan milik mereka.Disamping itu berlaku juga pertempuran konfrontasi dan pelemparan batu di 11 tempat di pelbagai daerah terpisah dari Tebing Barat.

Di antara aksi yang memberi kesan kepada pasukan Zionis adalah serangan para pejuang Palestin yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dengan peluru dan bom berangkai sewaktu penyerbuan pasukan Zionis ke kem pelarian Jenin, selain serangan tembakan ke pos pemeriksaan tentera Israel Al-Jalama di Jenin.

Para mujahidin turut menembak pasukan penjajah Zionis Israel berdekatan pos pemeriksaan tentera Hamra di Jericho.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang haram Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di bawah kawalan polis

Selasa, 20-06-2023 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi ekstremis mencemarkan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram pada pagi Ahad dan kemudian pada sebelah petang.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 201 pendatang memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.

Sebilangan pendatang yang diiringi anggota polis turut berkumpul di kawasan timur Masjid dan memulakan solat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin