
Selasa, 21/04/2009 – Hamas di Tebing Barat mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang setia kepada Fatah telah menahan 10 penyokong Hamas di utara Tebing Barat bandar Tulkarem, termasuk 8 daripada mereka yang pernah ditahan di Israel.

Selasa, 21/04/2009 – Hamas di Tebing Barat mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang setia kepada Fatah telah menahan 10 penyokong Hamas di utara Tebing Barat bandar Tulkarem, termasuk 8 daripada mereka yang pernah ditahan di Israel.

Selasa, 21/04/2009 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan gerakannya tidak akan membenarkan dialog Palestin ditukar menjadi acara ‘merebus batu’ dan menyeru agar keegoan dan penerimaan campurtangan luar ditinggalkan sama sekali. Beliau juga mengatakan pihak pejuang Palestin mampu menjayakan perjanjian pertukaran tawanan dengan syarat-syarat yang ditentukan pihak pejuang sendiri.

Isnin, 20/04/2009 – Gerakan Perubahan dan Reformasi Dewan Perundangan Palestin mengecam keras cubaan bunuh Syaikh Hamid Betawi. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Fatah. Selain itu, pimpinan Hamas turut ditangkap. Kejadian berlaku setelah Syaikh Hamid selesai solat Zuhur di masjid. Menurut salah seorang pimpinan Hamas, Misri (gambar) , sejak kemenangan Hamas di parlimen Palestin, pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman dilakukan oleh Fatah.
Dengan perkembangan yang terkini, rundingan damai antara Hamas dan Fatah menemui jalan sukar.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Isnin, 20/04/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melawat Amerika Syarikat selepas dia diberitahu bahawa Presiden AS, Barack Obama tidak akan bertemu dengannya.
Netanyahu telah merancang untuk melawat Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menyertai mesyuarat AIPAC (Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel).
Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan Netanyahu telah memberitahu presiden Israel, Shimon Peres untuk mewakili Israel pada mesyuarat itu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79

Isnin, 20/04/2009 – Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menolak tuduhan yang dibuat oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza bahawa pasukan keselamatan telah melakukan jenayah pembunuhan di luar batasan keadilan dan penghakiman semasa serangan Zionis terhadap Gaza baru-baru ini.

Isnin, 20/04/2009 – Pihak Berkuasa Mesir telah membuat keputusan untuk membuka Terminal Rafah di antara Gaza dan Mesir pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pesakit, pelajar dan mereka yang mempunyai visa meninggalkan Gaza untuk memenuhi keperluan masing-masing tetapi tidak dibenarkan membawa masuk sebarang barang-barang keperluan.

Isnin, 20/04/2009 – Sumber Palestin melaporkan pada Khamis malam (16/4/2009) bahawa Tentera Udara Israel telah melepaskan tembakan ke sebuah rumah di timur Dir Al Balah, Semenanjung Gaza sehingga menghancurkannya.
Rumah itu adalah milik penduduk bernama Hasan Abu Safiyya, sumber itu menambah. Sumber perubatan pula menyebut tiada kecederaan dilaporkan dan menambah rumah itu kosong ketika dibom.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Isnin, 20/04/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, pimpinan HAMAS berkata HAMAS telah mengkaji segala cadangan yang dikemukakan bagi melaksanakan perdamaian Palestin, termasuk cadangan Mesir. Delegasinya akan menuju ke Kaherah pada akhir bulan ini bagi menyemukakan jawapan terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Isnin, 20/04/2009 – Anggota parlimen dari Hamas, Dr. Yunus Al-Ashtal menegaskan pentingnya para pejuang bertegas terhadap tuntutannya sehingga mendapatkan kesempatan untuk membebaskan seramai mungkin tawanan Palestin dari penjara Israel.

Jumaat, 17/04/2009 –Dalam sidang akhbar bertarikh 17 April sempena Hari Tahanan Palestin, Hamas berkata penculikan askar Israel merupakan visi strategik yang diyakini pergerakan bagi membebaskan tahanan-tahanan Palestin.

Jumaat, 17/04/2009 – Hammad al-Raqb jurucakap media bagi HAMAS di daerah Khan Yunous menegaskan gerakannya telah berjanji dan bertegas akan tetap berusaha untuk membebaskan tawanan Palestin dalam penjara Zionis, walau bagaimana besar pengorbanan yang terpaksa ditanggung.

Khamis, 16/04/2009 – Sidang anggota politik HAMAS, Mohammed Nazzal menegaskan gerakannya tiada kaitan dengan isu Lebanon Hizbullah dan kerajaan Mesir. Nazzal berkata kepada akhbar Al-Quds Al-Arabi terbitan semalam (Selasa) yang mana gerakan HAMAS bersimpati kepada parti Hizbullah yang berhadapan dengan kempen menentang mereka. Beliau menyatakan bantuan ke atas rakyat Palestin dan menyalurkan senjata kepada mereka bukan atas dasar perang tetapi lebih kepada melindungi.
Rabu, 15/04/2009 – Kementerian Pertanian Palestin tujuan Zionis-Israel menghancurkan kapal-kapal nelayan Gaza adalah sebagai penerusan kezaliman. Tindakan Zionis-Israel jelas bertentangan dengan undang-undang dah kemanusiaan. Zionis-Israel mendakwa kapal-kapal nelayan Gaza membawa senjata api.

Rabu, 15/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh laman al-Aqsa yang dilakukan beberapa kali oleh beberapa orang perampas dan pelampau Zionis dalam masa beberapa hari yang lalu. Ia menegaskan langkah provokasi tersebut hanyalah percubaan untuk menjadikan seluruh kawasan itu berada dalam keadaan peperangan sebenar yang bermatlamat mempertahankan tempat suci Islam dan tempat Rasulullah saw diisra’kan.

Rabu, 15/04/2009 – Radio Hebrew melaporkan pada hari Selasa bahawa Israel dan Amerika akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di gambarkan sebagai yang terbesar yang akan menguji keupayaan 3 peluru berpandu yang dibina oleh Amerika untuk Israel.